Baru-baru ni aku berkesempatan mengujungi Pulau Gemia. Ia merupakan sebuah pulau yang berkeluasan 9 ekar yang berhampiran Pulau Kapas. Pulau ini merupakan pulau persendirian yang terletak kira-kira 800 Meter dari Pulau Kapas dan mengambil masa 15minit perjalanan dari Jeti marang. Walaupun Pulau Gemia kecil namun banyak keistimewaan yang ada di pulau ini. Pulau Gemia dikelilingi pasir putih bersih, air laut yang sejernih kristal, batu-batu karang yang berwarna warni dan kehidupan marine seperti ikan dan penyu menjadi daya tarikkan utama pulau ini. Pulau ini boleh dianggap sebagai antara pulau yang terindah di Pantai Timur . Dikelilingi hutan dara, bukit batuan dan air laut yang membiru benar-benar memukau pengunjung untuk merasai kedamaian di Pulau Gemia.
Gem Wellness Spa & Island Resort adalah satu-satunya resort yang ada di Pulau Gemia yang sebelum ini dikenali sebagai Gem Island Resort. Resort ini juga menyediakan kemudahan lengkap bagi pengunjung untuk menikmati percutian yang menyeronokkan. Antara aktiviti yang wajib adalah snorkeling, berenang bersama ikan dan melihat keindahan batu karang yang berwarna warni yang cukup menakjubkan. Melepak di beranda resort dan melihat pemandangan indah Pulau Kapas yang tidak jauh dari resort dan dataran Marang yang sayup-sayup kelihatan dari kejauhan. Di bawah beranda pula kedengaran ombak lembut memukul batu dan melihat anak-anak ketam berlari-lari di atas batu setiap kali air ombak menghempas mereka.
Jetty di Pulau Gemia
Gem Wellness Spa & Island Resort
Untuk snorkeling tak perlu menggunakan boat, di pantai ini pun kita boleh menikmati hidupan laut yang menawan. Hampir setiap waktu terluang aku gunakan untuk snorkeling di pantai ini
Setiap tahun penyu akan mendarat di sini untuk bertelor
Anak-anak penyu ini menunggu masa untuk dilepaskan ke laut luas
Bilik-bilik di resort ini dipersisiran air
Suasana dalam bilik begitu mengasyikkan
6 comments:
berdua dengan akak ker?
thn 2000 sy ke pulau gemia ikut opis hubby trip...ianya sebuah pulau yg kecil tapi kemudahan nya brtarap 3/4 star...cuma masakan nya masa tu kurang sedap.
sy snorkling juga..mmg cantik ikan2 kat situ.
ni kena cari gambo2 lama ni kat album...ya lah masa tu camera digital lum ada lagi.
pb, dengan rakan2
zue, sekarang makanan di situ memang sedap
salam komato,
Insyaallah , kalau ada kesempatan nak ke sana.........dah lama kat bukit,nak ke laut pula.
Moga sihat hendaknya.
salam ayahanda srengenge, seronok juga sesekali kelaut, kalau datang bagitau, nak gak saya join
Post a Comment