Monday, October 10, 2011

Cerita Pekebun

Pagi ini aku sempat sembang dengan abang A, seorang pesara guru yang sekarang aktif mengerjakan kebun. Satu kawasan tanah kosong rizab sungai di hujung Taman aku ni dikerjakannya. Cantik-cantik pokok pisangnya. Cuma baru-baru ni je apabila virus melanda sebahagian besar kebun-kebun pisang di Selangor, pokok-pokok pisangnya juga tak terkecuali. Aku mulakan cerita dengan bertanya pasal kebun-kebunnya. Dia terus bersyarah pasal baget yang baru di umum PM. Katanya tak disentuhpun pasal tanaman untuk makanan. Patutnya kita bagi keutamaan pasal tanaman makanan. Dia menambah sekarang Thailand, Vietnam dan Laos telah dilanda banjir. Banyak sawah-sawah yang musnah, padahal kita bergantung kepada mereka untuk sumber beras. Katanya lagi kalau harap sawah kita memang kebulurla kita. Budak-budak kita dah tak mau kerja sawah, banyak sawah-sawah terbengkalai atau dah ditukar tanaman lain termasuk sawit. Sawit ni pun satu hal, dah hampir pupus budak-budak kampong yang sanggup kerja kat kebun sawit. Silap haribulan Negara kita pun boleh tewas dalam industry sawit.


Banyak kebetulannya hujah abang A ni. Malaysia memang mempunyai kelebihan daya saing berbanding dengan banyak negara lain dari segi industri minyak kelapa sawit. Industri minyak kelapa sawit yang diperdagangkan semenjak 1960an membolehkan Malaysia memperolehi kelebihan “first-mover” dari segi kepakaran dan kemajuan teknologi berbanding dengan negara lain yang lewat berkecimpung dalam industri ini. Kini, industri minyak kelapa sawit berada di persimpangan. Walaupun Malaysia merupakan salah satu daripada pengeluar minyak kelapa sawit terbesar dunia, kita berhadapan dengan risiko kehilangan kelebihan daya saing kepada pengeluar lain di Asia, Afrika dan Amerika Selatan. Penanaman kelapa sawit di Malaysia kelihatan sudah berakhir kerana tanah yang sesuai untuk bercucuk-tanam semakin berkurangan. Kekurangan tenaga kerja dan kos pengeluaran yang meningkat lebih cepat berbanding dengan negara pengeluar lain juga antara faktor meruncingnya risiko ini.


Sekiranya Malaysia ingin mendapat semula kelebihan daya saingnya dalam industri minyak kelapa sawit, ia perlu:

• Meningkatkan penyelidikan & pembangunan (P&P) sebagai pemacu bagi bukan hanya teknologi dan innovasi malah pembangunan modal insan mahir dalam segmen huluan dan hiliran.

• Meningkatkan sumbangan pekebun kecil yang memiliki hampir 40% kawasan yang ditanam dengan kelapa sawit.

• Menganjak ke produk bernilai tambahan tinggi dalam segmen hiliran.

Peladang kelapa sawit di Malaysia membayar ses sebanyak RM15 bagi setiap tan kepada agensi P&P, Lembaga MInyak Sawit Malaysia (MPOB) untuk membiayai program penyelidikan dan sebagai sumbangan bagi tabung penyelarasan harga kelapa sawit. Sebahagian besar tabung ini masih belum terusik dan mungkin lebih baik dimanfaatkan bagi tujuan lain demi kebaikan industry. Tumpuan pada usaha untuk memenuhi keperluan P&P industry amat diperlukan terutamanya dalam aspek mekanisasi dan peningkatan produktiviti.

Apakah pulangan yang diterima oleh pekebun kecil atas ses yang dibayar selama ini berbaloi.

9 comments:

pB said...

lawo keter itam tu

sonata anak kancil said...

sape ada kebun kelapa sawit ni untong !

Unknown said...

assalamualaikum...

apa khabar?
cerita sawah n kebun kelapa sawit..

betul tu ..tertempias juga pada ummi...di utara sawah cuma tinggal keringat bonda yg masih berjuang mengusahakannya, manakala di selatan ,hasil kebun arwah, anak2 cuma terima hasilnya shj setelah dikumpul dan dibahagi sama rata.
yg muda2 tak ambil peduli lg ttg pertanian...

KAMATO said...

pb, keta lama....

KAMATO said...

sonata, untung kalau kena cara, kalau tak kena cara pening juga

KAMATO said...

ummi, sama la dengan kampong saya, masalah sungguh nak dapatkan budak2 buat kerja kampong

atuk said...

Assalamualaikum KAMATO

saya tak ada kebun kelapa sawit
tapi selalu beli minyak masak kelapa sawit..he he

Wassalam

KAMATO said...

atuk, saya pun selalu beli minyak sawit he he......

Faizal said...

cadangan baik demi kemajuan industri sawit negara...