Kenaikan harga rumah yang begitu mendadak sejak dua tahun kebelakangan ini di Bandar Baru Bangi menjadikan tempat ini sebagai pilihan utama bagi pemaju untuk membangunkan kawasan perumahan. Hampir setiap inci tanah di Bandar Baru Bangi ini dimajukan untuk perumahan. Yang peliknya mahal macamanapun harga rumah itu ianya tetap habis terjual. Rasanya dah tak ada tanah kosong lagi untuk dibangunkan. Projek terbaru adalah perumahan di tepi sungai di Seksyen 4 Tambahan. Sebelum ini tempat ini merupakan padang ragut sekumpulan lembu dan kerbau yang dipunyai oleh seseorang penduduk di sini yang memunafaatkan tanah simpanan sungai ini. Terdapat lebih kurang 300 ekor lembu di kawasan ini. Aku sempat merakamkan gelagat lembu-lembu ini semasa berjoging di kawasan ini. Seronok melihat gelagat lembu-lembu ini meragut di kawasan yang menunggu masa untuk dibangunkan.
Agaknya tuan punya lembu-lembu ini tengah memikir manakah tempat untuk yang sesuai untuk memindahkan lembu-lembunya.
10 comments:
banyak lembu tu kena share padang ragut kat UPM tu...
assalamualaikum...
nampaknya bkn manusia jer, lembu pun kena berpindah randah juga....
cantik gambar2 lembu tu...
zino, memang dah lama uncle tu bela lembu tepi sungai tu, mungkin dia boleh terus kat situ selagi takda orang complain dan lembunya tak jalan merata
ummi, tu la.... lembu tu pun tau posing
bergaya sungguh lembu2 itu diambil gambarnya
wowww..canteknya...
asuhara, mungkin dia pelik... selama ni takda sapa ambik gambar dia
arsaili, tq..... kadang2 seronok juga sesekali tunggu ambik gambar lembu2 ni
assalam..nice pic..i mmng tngh cari pic2 lembu..so mintak izin utk gune pakai pic u for my collection n reference...gud job bro =)
Salam, cantik gambar gambar lembu ni, nak mintak izin pakai for banner hari raya korban.
Terima Kasih tuan punya gambar!
Post a Comment