Aidiladha merupakan perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t. Hari Raya Korban Aidil Adha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan diseluruh dunia bagi menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat haji di Mekah. Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah. Mengikut kalendar masihi, Aidiladha kali ini jatuh pada 8 Dec 2008 iaitu pada hari Isnin. Kebetulan pula cuti sekolah. Atas sebab-sebab itu jugala maka ramai pengguni Taman tempat aku duduk balik ke kampong masing-masing. Walau bagaimana pun tradisi takbir rumah ke rumah pada malam raya di Taman tetap diteruskan seperti biasa. Menjelang hampir jam 1.00 pagi barulah program tersebut selesai. Perut, tak usah cakapla…..macam nak meletop.
Sebahagian yang hadir dalam program takbran rumah ke rumah pada malam raya
Melaksanakan ibadat korban dengan menyembelih binatang ternakan bukan sahaja sebagai tanda mensyukuri nikmat Allah yang telah melebihkan rezeki kepada kita, tetapi di dalamnya mengandungi rahsia hidup bermasyarakat. Daging korban itu akan menghubungkan talian kasih sayang yang sangat rapat di antara si pemberi dengan si penerima, khususnya yang mempunyai kemampuan dan kurang mampu.
Selain mengeratkan silaturahim sesama Islam, ibadat korban dapat merapatkan jurang antara yang kaya dengan yang miskin. Ibadat korban dapat mengikis sifat tamak dan sayangkan harta. Sifat-sifat yang buruk ini boleh menjerumuskan manusia untuk melakukan perbuatan keji seperti penindasan, rasuah, penipuan dan lain-lain sifat keji yang patut kita hindarkan.
Selain mengeratkan silaturahim sesama Islam, ibadat korban dapat merapatkan jurang antara yang kaya dengan yang miskin. Ibadat korban dapat mengikis sifat tamak dan sayangkan harta. Sifat-sifat yang buruk ini boleh menjerumuskan manusia untuk melakukan perbuatan keji seperti penindasan, rasuah, penipuan dan lain-lain sifat keji yang patut kita hindarkan.
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
7 comments:
salam aidil adha
salam aidiladha!
salam eidul adha
Salam Eidul Adha.
Hari Raya Korban inilah masanya sesekali orang-orang miskin merasa dapat makan daging segar. Alhamdulillah...
sy suka melihat permaufakatan msyrakat semasa menjlnkn ibadah tu... moga sentiasa perpnjngan.
Lama sudah tidak berkesempatan melawat blog abang. Sedar-sedar, saya sudah terlepas 2 entri.
Selamat Hari Raya Aidil Adha buat Kakang sekeluarga...
nampak meriah acara korban tu.. salam aidil adha..(terlewat hehe)
Post a Comment