Aku masih teringat sorang kawan bercerita yang beliau terkena apabila terpaksa membayar hampir RM 50.00 apabila mengambil sepotong ikan patin masak tempoyak semasa berhenti makan di sebuah gerai di Bandar Termeloh. Sebenarnya ikan patin ni ada banyak jenis iaitu Patin Sangkar, Patin Muncung, Patin Buah, Patin Lawang, Patin Mas (kacukan patin buah & muncung), Patin Juara dan sebagainya.
Sepotong Ikan Patin Sangkar Masak Gulai Tempoyak biasanya dijual dalam harga sekitar RM5 hingga RM9 seketul. Bagi seketul Ikan Patin Muncung, Patin Juara atau sebagainya jika dimasak gulai tempoyak, harganya boleh mencecah sehingga RM100 seketul. Ini kerana Ikan Patin Muncung, Patin Buah, Patin Juara sukar ditangkap. Harga pasaran bagi ikan tersebut adalah diantara RM50 hingga RM220 sekilogram. Sungai Pahang terkenal dengan hidupan sepsis elit ini. Oleh itu, jika anda ingin makan ikan Patin tanyalah terlebih dahulu sama ada ianya Ikan Patin Sangkar atau sebaliknya.
20 comments:
Hi,
Bagi mengelakkan pelanggan ditipu, tertipu, tersilap makan dan sebagainya maka pihak LPT telah meletakkan nama ikan dan harga tepi setiap mangkuk ikan Patin di R&R Lancang (Temerloh). Patin Sungai RM5 seketul, Patin Buah (RM12 seketul) tapi kalau Fatin Dara kena RM5000 (kena pinang dulu)
Bye/iffli
huhuhu, tak pe lah, saya makan ikan kembung jer.
wah mahalnya ikan patin yang asli ... tuan punya blog beraya dapat ikan patin beso tu, jualllah ekor ikan tu kat saya ...ekor pun jadilah, nyum, nyum :)
aiyoo dah lama x mkn ikan patin masak tempoyak. menetes ayer lior hah
kamato..
dah tukar hobi ke.. nanti boleh joint zul ke laut dalam hehe..
tokei kedai kena lah letak harga.. kita ni mana lah tau patin yg mana satu.. nak selamat jangan ambik je.. hehe
salam..hensemnya tangan tuuuuuu..ahahaha...
my keturunan di haram menjamah ikan patin...satu sumpahan..kalau makan bole buta...tak pernah nak percaya, nasihat ibu..kalau tak percaya tak apa...tapi better jangan makan ikan tu..so sampai sekarang tak makan ikan patin
Fuh, nasib baik tak makan tempoyak. SO, patin masak tempoyak tak pernahlah bersentuhan. Memang pon selalu dengar gak orang luar yg makan kat sesetengah kedai kat situ katanya mahal tak hingat. Huhu...
saya pernah cuba sekali ikan ni... tu pun sikit tapi err... takleh la...
psst... dah dimasak apa ikan yang lagi satu tu? :D
myskills, fatin dara RM 5000 tu sesudah diskaun ke he he
maksu, saya pun suka ikan kembung masak singgang
silversarina, tak tau macamana ikan asli tu boleh mahal gitu... spesis mereka yg asli itu pun dah makin kurang
masy, saya kalau lalu belah termeloh memangcari punya
zino, tak mampu nak join zul, dia dah pro
arsaili, jadi tak pernahla rasa ikan tu ye....
deen, mungkin jugak sembab orang luar tu yang selalu kena sembelih
sas, ikan tu goreng pun sodap
Salam Kamato. Sepatutnya letak hargalah. Kalau tidak macam pasang perangkap je? Ikan tu dah selamat ke?
sy tak makan durian, x makan tempoyak & tak makan ikan patin... ikan sungai... mkn ikan temenung aja... hehehe
menjadi kesalahan bg peniaga yg tak letak tanda harga...
wah wah bro...bawak balik petua memancing dr jerman ka? lepas ni nak tunjuk tangan, jam tangan dan ikan apa pulak?
kalau makan patin ori tu boleh sampai tak nampak telinga tau!
Saya tak makan ikan sungai. Pernah sekali cuba makan ikan patin di Temerloh, terkeluar semula. :)
Sebelum komen ikan, nak komen tangan abang dulu... hehehehe, pendek-pendek, gemuk-gemuknya jari abang hehehehehe
Kalau orang Perak, ikan patin cuma dimasak tempoyak saja. Mungkin sebab kandungan lemaknya yang banyak di perut tu yang agak hanyir dan hanya boleh ditawarkan dengan benda masam seperti tempoyak menjadikan orang Perak tak tahu nak masak ikan itu selain daripada tempoyak. Tapi pernah juga saya terjumpa di sebuah rumah yang menganjurkan majlis kenduri, ikan patin ni dimasak kicap. Tetapi terasa sikit janggal la. Goreng memang tak pernah buat lagi..
Banyak lagi ke spesis Ptin Putih ni di tempat abang?
betol gitu, kena check harga & jenis patin. kot tak nanti, haru biru jadinya..
walau camna pun.. patin memang best gila kalau masak tempoyak.. best, best..
ikan gapi leh? mam 2 je,, haha
aduhaii trip mancing best ni.. dkt mana ni bang? berminat ni..
Assalamualaikum wbt;
Salam tahun baru daripada kami sekeluarga semoga tahun baru ini akan menambah kejayaan, kesejahteraan dan kebahagiaan untuk kita semua. Amin.
Salam Maal Hijrah, May Allah crown us with the best of iman, health, wealth and peace of mind in the New Year.
Post a Comment