Tuesday, November 04, 2008

TT Raya

Baru-baru ni kami ahli-ahli Funser sempat bertemu di sebuah restaurant di Bangi, walau tak seramai mana yang hadir tetapi 40 meja yang aku booking awal tak cukup. Berikut sebahagian foto yang sempat di rakam.Sebahagian hiasan di hadapan restaurant. Malam tu Village View restaurant ni begitu sesak dengan pengunjung. Tempat ni sebenarnya baru bukak, lebih kurang 3 bulan yang lepas, tapi customer manjang penuh setiap malam.
Suasana dalam restaurant, setia menunggu teman-teman lain yang belum datang
MBSalleh – Macamanalah aku nak lead buat program kita, tak tahu masa bila aku free. Masalahnya aku ni jaga orang, kalau jaga pokok ke jaga bangunan ke…senang, benda tu tak bergerak.
Sufian – mana Suhaimi ni tak datang. Dah la dia yang mintak tukar tarikh TT ni malam ni. Aku dari Seremban pun boleh sampai sini.
Wajah-wajah ceria, yang kecik-kecik ni dengan aktiviti mereka sendiri
Shimi – Pening kepala aku. Kereta aku mat rempit sudah sondol, habis berkecai side mirror aku. Aku dah tanya kat Toyota, harga side mirror tu je RM300, belum masuk cat body lagi. Mamat tu pulak cuma bagi RM 200 je.
Katrina – Ni heroin filem bollywood
Kaum-kaum ibu ni pun tak kurang hebatnya depa sembang bila sesekali bertemu.
Zino – Khusuk, kalau mak mertua lalu belakang pun tak sedar.
Hero Malaya – Sapa la yang dia orang tenguk ni
Sebahagian yang hadir malam tu, tuan punya blog takda dalam gambar. Jurugambar tak datang, inila jadinya. Terima kasih yang hadir, Zino, Zainal, Krahim, MBsalleh, Shimi, Haslinda, Mroslan dan lain-lainnya. Insyaallah lain kali kita kumpul lagi.

23 comments:

zino said...

kamato..
boleh zino guna sebahagian gambar tu nak tempek kat blog zino ya hehe

KAMATO said...

no problem

MySkills said...

Betul ke mereka cakap Funser ni kelab untuk orang tua2 dan anak ramai? Berapa syarat minumum anak untuk joint? hehhe

Iffli

BUDAK NAKAL SIKIT JE said...

mana ada, org muda pun ada beli unser, macam saya...eheheeee

Sastri said...

waaa... seronok juga bertemu ramai-ramai macam ni... restoren tu kat mana ek? boleh la cuba kalau berkesempatan nih...

pB said...

pB je yang belum buat cerita TT nie

Mak Su said...

wow! happening!

Linda Ahmad said...

Betul tu Kamato, memang seronok bila sesekali dapat berkumpul ... Insyallah seperti yug dijanjikan kalau ada kelapangan dan dimurahkan rezeki kita TT kat Sbn 2pulak ye ...
BTW, nama laki den tu salah sikit ejaan nya F bukan P ....He he he

arsaili said...

salam...wahhh bagusnya..mengukuhkan lagi ukhwah

zino said...

hazelynn
tak sabar nak tunggu jemputan ke segemban hehe

CikguZue said...

salam,
sekarang ada di M'sia dah ke? lama sungguh tak jalan2 ke sini.

bab macam2 skrip tu, lawak jugak la...sekali dgn gambo macam2 gaya.hehehe...tentu meriah...

rudy bluehikari said...

ramainyaaaa...

zino said...

kamato
kemana menghilangnya tamu istimewa yg janji nak datang malam tu hehe

BUDAK NAKAL SIKIT JE said...

siapa tetamu tu zino?? saya balik ke kl dgn family next week, bole kita TT lagi sebelum raya?

silversarina said...

salam,
Ramai jugak tu yang hadir ... dulu kami guna unser jugak tapi bila anak2 dah tak de, pakai keta kecik je sekarang , tak dapatlah join Funser :)

Mulan said...

waaahhhh meriah gitu. lepas ni buat la trip mai pantai timur pulak.. bbq tepi pantai..

Unknown said...

aku dah sampai tempat ni memang menarik.. cuma yang tak syoknya tu dkt belah tu ada nyamuk pulak :)

cikdinz said...

macam kat village view je...

tumismenumis said...

Korang kalau organise event camni memang happening laa..
caya aa...

~mazudi.com~

KAMATO said...

Myskills, takda anak pun boleh join

Budak nakal sikit je, betul tu

Sastri, di jalan rekon tak jauh hentian kajang

pB, dah ada pun cerita tt tu….

Maksu, memang happening

Hazelynn, kami tunggu program seremban tu he he, nama tu dah betul….

Arsaili, Cuma kadang2 susah nak cari masa jumpa gini

Zino, kita tunggu untuk berkonvoi ke seremban

Cikguzue, dah lama balik…

Bluehikari, ini pun ramai yang ponteng

Zino, tak taula mana pergi member kita tu, sampai sekarang senyap, tak respon email pun

Silversarina, tak masalah nak join pun

Mulan, dulu sering jugak buat program kat pantai timur tapi setakat cerating

Penoreh, sekarang ni dah takda nyamuk tu…hehe

Cikdinz, betullatu…

Mazudi, dulu hamper setiap bulan kita jumpa

KAMATO said...

Myskills, takda anak pun boleh join

Budak nakal sikit je, betul tu

Sastri, di jalan rekon tak jauh hentian kajang

pB, dah ada pun cerita tt tu….

Maksu, memang happening

Hazelynn, kami tunggu program seremban tu he he, nama tu dah betul….

Arsaili, Cuma kadang2 susah nak cari masa jumpa gini

Zino, kita tunggu untuk berkonvoi ke seremban

Cikguzue, dah lama balik…

Bluehikari, ini pun ramai yang ponteng

Zino, tak taula mana pergi member kita tu, sampai sekarang senyap, tak respon email pun

Silversarina, tak masalah nak join pun

Mulan, dulu sering jugak buat program kat pantai timur tapi setakat cerating

Penoreh, sekarang ni dah takda nyamuk tu…hehe

Cikdinz, betullatu…

Mazudi, dulu hamper setiap bulan kita jumpa

BUDAK NAKAL SIKIT JE said...

Kamato, nak tanya sket opis u di putrajaya blok apa? Dan precint mana?
Nak lawat opis buleh tak? Eheheeee...

KAMATO said...

budak nakal,
no hal dtg la...d3 aras 7, tapi call dulu 012-6299733, saya selalu takda opis