Monday, November 20, 2006

Hujung minggu

Sejak MAS menyusun semula jadual penerbangan ni, program ke Alor Setar menjadi agak sukar. Kalau dulu ada flight dari KL jam 7 pagi, so kalau program bermula jam 8.30 kita tak perlu bermalam. Tapi sekarang flight paling awal pukul 8.30 pagi, terpaksala bermalam dulu semalam. Petang Jumaat terpaksa bertolak. Kali ini aku bermalam di GC sebab sepatutnya induksi dibuat di situ, rupanya program dah di ubah ke Iptura. Inila kali pertama aku bermalam kat hotel ni. Cukup tak menyelesakan. Lain kali memang tak mau duduk hotel ni. Tepat jam 8 pagi Pak Lah dah tunggu dilobi, untuk bawak aku ke iptura. Peserta kali tak ramai seperti kebiasaan, cuma 25 orang sahaja. Senang sikit mengendalikan kelas. Program habis jam 5 petang, flight balik KL jam 9.20 mlm. Sempat aku mengunjungi rumah Rahmat Said di Jitra, kebetulan anak dia baru keluar wad di Kedah Medical Center. Seperti kebiasaan aku cuba tak menghubingi sapa-sapa kalau aku outstation sekejap-sekejap. Bukan pasal apa, kalau contact sorang, orang lain macamana... Tapi kali ni En Sukimi dan En Zaihan, Pengarah JMTI dapat mencium aku ada di Alor Setar. Masing-masing call untuk berjumpa, dia orang ingat aku stay lagi semalam. Masa tu aku pun dah nak balik. Seperti yang aku agak dia orang bising sebab apa datang tak call. Sebenarnya walau pun aku dah tak kerja di JTM, tapi hubungan aku dengan dia orang masih rapat. Alhamdullilah setakat ni kalau pergi mana-mana tempat pun masih ramai kawan. Hampir tengah malam baru sampai rumah.

Pagi Ahad ke PICC Putrajaya untuk majlis konvo sebuah pusat bertauliah JPK. Awal pagi lagi CEO pusat tu dah call, agaknya takut aku terlupa. Kali ni terpaksa mengiringi menteri untuk penyampaian sijil. Seramai 380 graduan menerima sijil pagi tu. Penat jugak dibuatnya berdiri dekat 2 jam. Walaubagaimanapun banyak kelemahan institut ini dalam mengendalikan program seperti ini. Banyak perkara perlu diperbaiki terutama protokol majlis.
Petang menerima jemputan kenduri rakan sepejabat yang akan berangkat ke tanah suci dan terus mengunjungi rumah Hj Mat, kebetulan anak beliau baru berkatan. Habis masa hujung minggu ku.

9 comments:

Ajzie said...

Seronok dapat jumpa kawan2 lama. Next time kalau datang Kuittho boleh stay kat Katarina Hotel.. paling ok kot compare dengan yg lain2...

KAMATO said...

Ajzie, pernah juga duduk situ, biasanya kalau ke kuittho saya duduk di rumah tamu adtec

zino said...

kamato
banyak nya aktiviti.. hujung minggu ni sempat ke ke mutiara damansara?

blackpurple @ jowopinter said...

Wah... Memang sibuk betul .. Bukan VIP lagi ni...tapi VVIP...hehehe

Rie said...

tak lama lagi ada la kawan aku jadi menteri... namanya kamato

aminnn

KAMATO said...

zino, memang tak sempat pergi damansara tu, saya terbang ke Sydney malam tu, apa hal pun kirim salam semua

BP, bukannya sibuk... cuma kadang2 menyibuk

esis, mati hidup balik pun tak boleh nak jadi menteri he he...

Kaklong Syikin said...

salam,

wah..asyik outstation aje bro.kamato ya..penat rasanya.

tahniah utk abang...suh dia baca rajin lagi..nanti leh dpt no. 1..

tahniah utk adik Zhafranuddin (eh, dia ni ke abang???) sbb dah hadiah terbaik gak..

Anonymous said...

Okey kot kena bermalam kat sana..buleh claim kan? Dapat gak meluruskan pinggan semalaman...

KAMATO said...

syikin, dah kerja nak buat camna, sekarang ni kat sydney, balik nanti update

nbk, kalau tak boleh claim sapa pun tak mau gi he he