Tuesday, October 03, 2006

MP

Aku telah ditugaskan untuk memberi ceramah induksi di salah sebuah hotel yang agak terkenal di Kuala Lumpur baru-baru ini. Semasa dalam lift hotel tersebut kebetulan aku bersama seorang bekas ahli parlimen parti pembangkang yang cukup terkenal bersama pembantunya. Aku tak boleh nak tegur sebab dia begitu asyik bercakap melalui telepon. Antara perbualan yang dapat aku tangkap adalah ‘Apa yang Tun cakap adalah benar, semua apa yang Tun cerita adalah soal kepentingan negara! Kita memang sokong sepenuhnya...’ dan banyak lagi……

Tak tau la sapa Tun yang dimaksudkan tu. Kalau la Tun yang dimaksudkan tu bekas PM... cepat betul manusia berubah. Aku biasa juga jadi petugas di parlimen, dan dia ni lah dulu antara MP yang cukup berbisa mengkritik bekas PM tu. Sekarang apa dah jadi. Itu la namanya politik, sekelip mata boleh berubah. Lantakla dia orang.....

9 comments:

Kaklong Syikin said...

salam,

rasanyakan, pemimpin2 politik ni berkawan di luar, tp dlm parlimen, depa adalah musuh..

zino said...

tak ingat ke falsafah mereka..tak ada kawan yg kekal dan tak ada musuh yg kekal.

zino sendiri pernah saksikan.. masa bertugas di parlimen.. masa debat hentam habis.. lepas tu jumpa kat surau macam tak ada apa yg berlaku..

pandai sungguh dia org berlakon hehe

NBK466 said...

Korang nak tergulik ker...berguling2 ker....kuak lentang ker lantak korang ler...asalkan kepentingan rakyat korang perjuangkan.

Lan Rambai said...

atau kita boleh bersangka baik begini. dia sokong kalau sesuatu itu baik walaupun dari musuh yang paling ketat.

Amiene Rev said...

Bodoh betul PM itu. Maksud aku Perompak Maling itu?

ha ha ha ha ha ha

hu hu hu hu hu hu

zzzzzttt...... Radio FM

mesej di atas ditulis dengan kod. gantikan setiap abjad dengan huruf ha. dan hu. akan dapat jawapannya.

cipthowiryawanchannel said...

sikap menunjukkan siapa diri yang sebenar..hehe..selamat ramadhan dan hari raya..:d

Anonymous said...

Selamat hari raya aidil fitri :)

Kaklong Syikin said...

salam,

selamat hariraya. maaf zahir batin ya bro.kamato

KAMATO said...

sykin, memang itula politik namanya... Salam Aidilfitri

zino, memang kadang2 tergelak tenguk mainan dia orang

nbk, kita tenguk je macamana dia orang berguling....

amiene, terima kasih kerja singgah di sini

aisputih, raya ni balik tak mesia, salam aidilfitri

marina, salam aidilfitri jua