Wednesday, August 09, 2006

Taman ku

Taman tempat aku tinggal ni tak lah besar mana. Hanya 150 buah rumah sahaja. Daripada jumlah tersebut hampir setengah daripadanya merupakan penyewa. Oleh kerana bilangan kami yang tak ramai, kami boleh mengenali antara satu sama lain terutamanya di kalangan yang tinggal di rumah sendiri. Hubungan kami agak rapat. Semangat kejiranan agak kuat sehingga kami mampu mengetahui sakit demam di kalangan penduduk. Majlis kenduri-kendara sering dibuat secara gotong royong. Kumpulan pakatan untuk tujuan kenduri kendara juga telah berjalan. Terdapat beberapa oarng yang pakar dalam mengetuai masakan. Pendek kata sebut je menu apa dan untuk berapa orang makan, tau lah dia orang buat macamana. Aktiviti kemasyarakatan juga tak kurang hebatnya. Oleh kerana semangat kekitaan yang begitu kuat, cubaan sesetengah penduduk untuk berkelakuan sumbang juga sering dipatahkan. Malah taman ini merupakan taman yang tidak selamat bagi pasangan anak muda bukan muhrim yang duduk berdua-duaan tak kira siang ataupun malam. Walau bagaimanapun tak semua penduduk yang turut serta aktiviti kemasyarakatan. Setengah-sesetengah tu ada yang tak ambil peduli langsung, walaupun sebenarnya bilangan mereka agak kecil. Berbagai usaha telah dibuat samaada melalui aktiviti surau ataupun persatuan penduduk bertujuan untuk melibatkan keseluruhan penduduk taman, tetapi masih sukar bagi segelintir penduduk untuk turut serta. Bagi segelintir penduduk ini seolah-olah seperti mereka tidak duduk dalam masyarakat.
Nak dijadikan cerita salah satu keluarga yang termasuk kumpulan segelintir ini berhajat untuk mengadakan majlis kenduri perkahwinan anaknya. Seingat aku tak pernah keluarga ni melibatkan diri alam apa jua program dalam taman termasuklah kenduri-kendara. Keluarga tersebut telah menjemput penduduk untuk bermesyuarat di rumahnya bagi tujuan majlis tersebut. Beberapa orang termasuk yang aktif dalam pakatan menunjukan seolah-olah macam tak berminat. Sebagai seorang yang telah di amanahkan mengetuai penduduk aku terpaksa bersikap positif. Aku cuba mengendalikan mesyuarat sebaik mungkin dan memberikan jaminan kerjasama sewajarnya akan diberikan. Dalam masa yang sama aku tetap mengharap penglibatan sewajarnya akan diberikan oleh semua. Prinsip aku jelas, tak guna kita berkeras. Kalau kita menjauhi ia akan mengeruhkan lagi suasana. Mungkin ini cara terbaik untuk menarik minat mereka-mereka untuk bermasyarakat. Semoga harapan keluarga ini akan terlaksana sewajarnya dan penglibatan keseluruhan penduduk adalah seperti biasa.

9 comments:

Rie said...

kagum dengan ko. jiwa pemimpin

ontahsapo said...

pemimpin juga kena sabar...

Izhal said...

manusia ada jenis suka hidup bersociety dan ada juga yang suka kehidupan solitude... tapi bagi saya yang suka solitude tu kena tahu kita ni pasti perlu orang juga akhirnya, macam bila kita mati nantlah...

cara baik tu Tuan... contohnya, kalau kita mendekati geng2 pondan malahan mengeji depa, salah kita juga mereka terus memondan dan sesat heheh...

zino said...

kamato
tunjukkan teladan yg baik.. bantu dia sebaik mungkin.. dengan cara tu boleh melembutkan hati dia utk turut bermasyarakat nanti..

inshaAllah..

Kaklong Syikin said...

hmm baguslah tindakan bro. kamato ni, manatau ngan kerjasama kita ni mrk ni akan terbuka pintu hati nak join sama any program taman pd masa akan dtgkan?

KAMATO said...

esis, tq

OS, sabar sebahagian dari iman

izhal, pikir banyak kali jugak kalau nak dekat ngan pondan ...he he

zino, harap2 gitula

KAMATO said...

syikin, mungkin jugak .. tapi kalau tak nak join jugak tak kesah...biarkan mereka dengan dunianya

Lan Rambai said...

pelik jugak ek.. tak campur orang tapi bila nak kenduri ajak orang tolong pulak.. ermm spesis susah jumpa ni..

KAMATO said...

lan, ye la kalau tak harap jiran sapa lagi nak tolong....