Hari ni ke Humburg bagi urusan visa ke Saudi. Keadaan di bandar ini agak sibuk. Hari ni perlawanan antara Argentina dan Cote d'Ivoire di adakan disini. Bandar in dipenuhi dengan penyokong kedua pasukan. Selepas urusan di Labait selesai kami terus ke Toko Indonesia. Kat sinilah tempat untuk mendapatkan barangan makanan dari Indonesia dan Malaysia. Kedai ni dipunyai oleh seorang warga Indonesia yang telah menetap di German selama 39 tahun. Perniagaannya begitu berjaya, pelanggannya dari seluruh europe. Sebahagian besar urusan pembelian lebih kepada cara on-line. Selepas tu kami terus ke Labes iaitu satu restoran Turkish yang terkemuka di Bandaraya ini untuk makan tengahari. Agak mengah juga menghabiskan nasi dan setengah ekor ayam sorang. Selepas solat zohor sempat singgah dua tiga kedai jual product FIFA 2006.
Penyokong Argentina - satu keluarga
Bahan makanan di Toko Indonesia - semua ada termasuk petai, tempe, rempeyek dan macam lagi
Makanan Pak Arab - penat nak mengabis setengah ekor ayam
FIFA 2006 product yang sempat aku beli - ramai sangat yang pesan
14 comments:
hehe..mmg org arab kuat makan, kalau takat ayam setengah ekor tu biasa jer depa.kita org msia yg semput nak menghabiskan.
jgn kena cukai banyak udah kat airport nanti..banyak nao cenderamata dibawak balik, beg berat :)
eh..lepas ni nak ke saudi pulak? wah...luasnya perjalanan.
syikin, ada 2 pilihan je ayam panggang tu, setengah ekor atau satu ekor ayam.... he he
aiseh,baru nak buat entry pasal kedai toko indonesia... heheh...
nak pi saudi? ada kerja sana ke??? slamat jalan...
izhal, sebenarnya jauh jugak nak pergi toko indonesia tu, sejam setengah dengan inter city train.... insyaallah on the way balik nak ziarah sebentar...
terbaca komen diblog aku, aku akan tunggu kamato balik, dan kalau ada apa yg ingin dijual pada aku, jgn malu2 nak tunjuk, sure aku berminat, baru tgk gambar jer ni....
Best agaknya kalau ada kat sana time ni.. boleh tgk pelbagai ragam manusia.
kamu seorang sahabat yang pemurah. aku nak hadiah gak. hahaha
ontahsapo, aku bukan meniaga la..hehe
lan, memang macam2 rupa... ada hitam, ada putih, ada cokelat hehe
esis..pemurah..hehe, kalau ada apa salahnya...
Wah...tempe pun ada ekk... belacan ada?
Banyak orang pesan tu bang, boleh buat bisnes tu.... hehehe
BP, belacan pun ada jual gak.....
Musti tempat Kamato skg dibanjiri macam2 jenis manusia...tapi kalau jumpa awek2 Brazil yg seksi (yg sokmo difocuskan kat TV tuh)... kirim salam yek..he..he..he..
Best ler Toko Indonesia nih..Kat sini tak de mcm tuh.. FiFa 2006 product pun mcm best2 kat sini kami beli kat C&A aje. Murah tak herga product FiFa 2006 tuh? Kalau utk tShirt kinder herganya berapa yea?..
Wahhh namapk selera betul nasi turki nih? Kebab Teller pun sodap kan?
ni kira balik terus ke.. tercapai ke matlamat kesana..
nbk466, memang seksi dan seksa tenguk.. hehe
ajzie, untuk kinder kalau jenama adidas memang mahal, antara 30E hingga 48E... fifa official product yang tak da jenama memang murah...6E pun boleh dapat..
zino, 1 st part selesai, lepas ni datang kena lagi
Post a Comment