Demam World Cup di Germany ni dah semakin panas. Mana-mana tempat tak kira gerai tepi jalan, kedai kecik, kedai besar, supermarket semua dah meriah promosi dan jualan barangan world cup. Macam-macam souvenirs ada, daripada yang sekecik sampai yang sebesar. Di tengah dataran bandar Bremen dilukis semua bendera negara yang masuk final. Semua orang daripada yang kecik sampai yang yang besar semua cerita bola. Walau bagaimanapun penyokong sini tak la terlalu fanatic macam penyokong UK. Lapan tahun lepas semasa World Cup di France, aku study di Plymouth UK. Masa tu nak join dia orang tenguk big screen kat student union pun risau. Masing-masing perangai dah macam hantu.
Sekarang ni jersey bola dari negara yang masuk final bergantungan kat mana-mana. Tapi harga dia.. mak oi..mahal bukan main. Baru ni belikan la jersey German untuk anak, tunjuk anak kat Malaysia melalui webcam. Bila je nampak no 13 kat depan tu…dia terus mekik Woi yo! no 13 Ballark! Hai anak aku ni pun kecik-kecik pun dah kena penyakit bola jugak, masa bila la dia tau nama pemain German ni….
15 comments:
yea lah..mmg mahai. jersey pasukan german aje dah 69euro..kalau dah convert mak aiii 320RM tuh..huhuhu. Tp En Akmal kita dah beli satu dah.. Lama dah.. Ramai gak yg kirim nih..tp dgr aje herga semua nak Tshirt aje... Kat C&A murah2 jugak.
selain en.kamato, baju yg dibeli itulah yg ditunggu2 dan dirindu2 oleh anak :)
dalam lab saya depa dah buat world cup toto... judi internet...maleh nak layan depa ni...
makan bola minum bola tidur bola cerita bola ... apa apa pun bola..
kadang2 mereka lebih dahulu dari kita dlm segelintir perkara...cuba tanya dia pasal akademi fantasia....
wah..teringat pula saya akan sukan komanwel kat mesia dulu.Banyak benda saya borong..tapi kalau world cup ni..beli prepaid Hotlink ke celcom ke..dapat poster..hahah..susah2 curi je banner kat tepi jalan>=)
maaf jarang singgah sebab selalu balik lambat dari lab nak online pun tak sempat:)
Jersey M'sia ker My Team ada tak? miah..ha..ha...
tuan kamato,
sini wabak world cup hebat, ramai semangat patriotik. lori sampah pun ade bendera england. gi malls, ramai pakai jersey england. saya pun teruja nak beli satu, tapi nak tunggu lps world cup dgn harapan harga turun lagik.
10hb england main, tapi kami di london (bwk mertua jln2). gamaknya mau lepak trafalgar square tgk match.
Kalau kat sini ni pun demam kat tempat dorang yang jadi host tu tak boleh nak bayangkan la demam dan kegilaannya macamana..... hehehe
Nak jersey yang nurah beli 'cetak rompak' punya la bang.... hehehe
ajzie, kalau dah minat tak kira mahal pun
syikin, memang pun...
izal, mana2 pun judi dengan bola tak boleh nak lari, sini pun kuat juga
zino, ngigau pun bola juga hehe
ontahsapo, takda pulak rancangan tua kat german ni...
marina, baru ni borong banyak juga survernir world cup, sampai terkejut casier, kebetulan pulak tengah offer
nbk466, bila agaknya kita nak masuk world cup...
baby, nak ke jesey?
dr faeez, kat bandar ni ada 2 big screen, nampak gaya ke situla esok
blackpurple, hang pakai saiz apa?
Aku size XL.. hahahahaha
lan, ok...
L kot.. :)
blackpurple, ok bulan depan aku balik
Alhamdulillah.... :)
Post a Comment