10 Jun, 8 pagi mem hantar aku ke Putrajaya KLIA Transit. Aku ingat nak check in dulu barula cari alas perut, kebetulan tak sempat nak minum kat rumah. Tapi elok je aku sampai kat KLIA, Mat Setia call aku.... katanya 'jangan check in dulu, tunggu aku'. Aku pun terus tukar haluan, terus ke food court dan kena roti canai dan teh tarik. Boleh tahan juga roti canai kat situ. Harganya pun tak le mahal sangat, RM 1.50 je sekeping. Sedang elok tengah suap roti canai, Dato' KP pulak call katanya dah sampai dan tunggu kat luar. Aku jawab 'ada kat bawah ni, kejap lagi sampai'. Kami berkumpul semua tepat jam 9.00 dan terus check in. Pagi tu airport agak busy, maklumlah cuti sekolah. Pukul 10.10 flight kami berlepas...
Pukul 12.00 tgh kami mendarat di Kucing untuk transit selama 1 jam. Yang lecehnya kat sabah dan sarawak ni kita kena daftar di Imegresen, macamlah kita ni dari negara lain. Aku pulak hari tu lupa nak bawak pasport, jadi kenalah isi borang... Dalam pada itu sempat jugak aku cas hand set aku kat situ.
Tepat jam 1.45 tgh kami mendarat di Miri. Sebenarnya ini lah kali pertama aku sampai kat Miri. Kalau setakat Kuching, KK dan Labuan tu dah biasa aku sampai. Hj Rahman dan Suyanto dah tunggu kami. Kami terus ke Park City Everly Hotel. Hotel bertaraf 5 bintang. Rasanya hotel tercanggih di Miri. Selepas sembahyang pukul 2.30 ptg kami lunch di hotel. Aku order char kue tiau, tapi entah apa-apa rasanya. Tapi disebabkan lapar habis aku bedal. Pukul 3.30 ptg kami sampai di tapak projek ILP Miri. Rupanya petang tu kontraktor telah mengatur 2 pogram sempena lawatan kami. Yang pertama ground test dan kedua majlis penyerahan derma pembesaran surau perma jaya sebanyak RM 50 ribu oleh kontraktor. Jadi suasana di tapak agak meriah, siap dengan kemah sekali. Petang tu kami saksikan ground test dibuat. Dari segi filling tapak projek ni adalah yang paling mahal dengan anggaran harga 14 juta ringgit. Anggaran kontraktor maxsimum filling adalah 42 meter, tapi rupanya sampai ke 48 meter iaitu cukup-cukup 4 batang. Aku tenguk semua dah risau, terutama Suyanto. Kalau lebih 4 batang memang rugi. Harga 4 batang tu saja dah RM 1 ribu, belum campur dengan sewa mesin dan pekerja. Tepat jam 5 kami keluar dari tapak dan kontraktor telah pun membawa kami ke projek rumah contoh. Macam-macam jenis dari harga RM 60 ribu hinggalah RM 1 juta seunit. Tapi kalau nak diikutkan rumah di sini agak murah jika dibandingkan dengan Semenanjung. Pukul 5.30 petang dia orang bawak kami ke gokart trek. Trek tu baru je siap. Memang cantik trek tersebut, 'ikut standard international' kata Suyanto. Masih belum lagi diserahkan kepada KBS. Buat masa ni ada 2 gokart dan atas nama Naim Candera. Setelah mendengar sedikit taklimat macamana nak mengendalikan gokart tersebut aku dan Dato' terus mengenakan pakaian dan terus memulakan memandu. Inilah kali pertama aku memandu gokart, payah rupanya mandu gokart ni. Ingatkan senang.... Habis bergegar semua badan. Lap pertama hanya menyesuaikan bagaimana nak mix minyak dan brek. Paling mencabar semasa conner. Masuk lap ketiga baru dah boleh tune menggunakan mesin tersebut. Pukul 7 kami terpaksa berangkat kerana lampu di trek tersebut tidak berfungsi, kalau tidak memang lajak sampai malam. Seronok rupanya memandu gokart ni, Mat Setia dan Rozikin pun turut juga memandu. Tapi bila semuanya baru first time memandu, kelakar jugakle...
Malam kami dinner di Grand Palace Hotel. Suyanto telah pun booking VIP room. Agak exklusif juga tempatnya. Menu malam tu Chinese food. Macam-macam ada, dan inilah kali pertama aku makan jelly fish. Dalam bahasa melayunya obor-obor, sedap juga rasanya.
Pukul 11 malam kami balik ke hotel, Suyanto nak ajak tenguk night-live kat Miri. Tapi terpaksa di tolak kerana terlampau letih. Mungkin kerana gara-gara gokart, lagi pun keesokan harinya terpaksa berlepas awal ke Kucing.
No comments:
Post a Comment