Wednesday, May 19, 2004
Pelawat Bahrin
Pagi ni aku ambil keputusan untuk terus ke ILPKL kerana aku terpaksa mengiringi degelasi dari Bahrin. Aku bertolak macam biasa macamana nak pergi ofis, sebab terpaksa hantar angah dulu. Tak sangka pulak awal sampai di ILPKL, iaitu pukul 7.50 pagi. Sedangkan rombongan tu dijangka akan sampai pukul 9.00 pagi. Sempat juga aku meninjau sekeliling institut dan bersembang dengan dua tiga orang pengajar. Tak lama lepas tu Hasni datang dan ajak aku ke kantin. Aku sebenarnya dah minum kat rumah, tapi dah member ajak kena ikut juga. Kat kantin ramai juga pengajar tengah mengisi alas perut. Jenuh juga aku terpaksa tawaf bersalaman. Ramai muka baru yang aku tak berapa tahu nama, tapi dia orang ni kenal aku. Jadi kenalah buat-buat kenal. Jam 8.45 kami dah tunggu rombongan depan bilik taklimat. Sebelum tu sempat juga kami berbincang bentuk presentation dan pogram lawatan yang akan dibuat. Pukul 9.10 baru rombongan sampai dan taklimat terus bermula. Rombongan Bahrin ini amat berminat dengan insitut kita ni dan bertanya macam-macam. Lepas tu barulah kita tau rupa kedatangan mereka ke sini untuk belajar konsep yang telah kita buat. Mereka ni negara kecil, penduduk hanya 750 ribu tapi pekerja asing je dah 600 ribu. Jadi ekonomi Bahrin ni banyak bergantung kepada tenaga luar. Mereka cuba untuk melatih rakyat tempatan untuk menjadi tenaga mahir. Habis taklimat terus lawatan, mula-mula pergi bahagian printing. Mereka amat terpegun dengan kecanggihan teknologi bahagian ini. Selepas tu pergi bahagian CAD-CAM. Semasa di bahagian Automotif pelawat diberi penerangan oleh W Mohd Azmi, tapi rupanya dia ni boleh cakap arab. Aku pun tak tau selama ini yang dia ni boleh cakap arab. Habis terpegun semua pak arab tu. Aku ada tanya juga denga pak arab tu, betulke bahasa azmi ni. Dia jawab 'perfect'. Lawatan kesemua area complete pukul 12.00 tgh. Komitmen pengajar-pengajar semua amat memuaskan. Selepas lunch pak arab tu bertolak pulak ke CIAST Shah Alam untuk pogram lawatan seterusnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment