Wednesday, March 28, 2012

RDC

Rainforest Discovery Centre (RDC), Sandakan

Aku berpeluang melawat RDC baru-baru ini. Satu tempat amat sesuai untuk dilawati. RDC di Hutan Simpan Kabili-Sepilok merupakan pusat pertama di Sabah yang ditubuhkan pada tahun 1997 bagi tujuan pendidikan alam sekitar dan rekreasi hutan, khusus untuk menyedarkan orang awam mengenai kepentingan konservasi hutan sekali gus memupuk sikap mencintai hutan di kalangan masyarakat.

Pusat ini dilengkapi Menara Pemerhentian tempat melihat pemandangan RDC secara lebih meluas dan spesies-spesies burung dari atas kanopi yang sukar dijumpai di Semenanjung.

Bagi pencinta alam, inilah tempat yang tidak harus dilepaskan jika berada di Sandakan. Kepelbagaian flora dan fauna memang berjaya menarik perhatian para pengunjung.

Keindahan alam di sini memukau pandangan

Monday, March 26, 2012

Paintball

Hujung minggu baru ni aku berkesempatan bersama staff tempat kerja beriadah di Extreme Park Shah Alam. Penat juga rupanya main paint ball ni, itu pun baru main 500 pellet seorang. Pedih juga kena tembak, tapi memang enjoy.

Sebelum berperang

Marker dah tersedia untuk diguna

Sudah bersedia untuk berjuang

Semangat, yang wanita pun boleh tahan ganas

Serang hendap, nasib baik ada plywood

Sakit juga kena tembak, tapi kena kontrol mancho

Aksi ganas

Kumpulan penembak berani mati

Saturday, March 17, 2012

Mee Udang Punya Cerita

Beberapa hari yang lepas seorang kenalan yang merupakan pegawai kanan di sebuah institusi kewangan menelefon aku

“Hujung minggu ni ada kawan nak datang rumah, boleh tak abang masakkan mee udang kat rumah saya”

“Okay boleh, berapa orang yang nak datang?”

“Tak ramai, lebih kurang 10 orang je”


Aku pun bagitau apa yang perlu sedia.

“Tomato sop nanti abang belikan, kalau suruh engkau cari memang tak jumpa punya”

“OK bang, udang saya dah beli ni kat Kelang, besar-besar. Abang jangan lupa, tolong ye masak petang Sabtu”

“Ye la, Insyaallah”

Hari yang ditetap aku pun pergi rumah kawan ni, pergi dengan mem.

“Ni berapa orang nak datang?”

“Tak ramai bang, kita-kita je, lebih kurang 10 orang”

“Nak goreng satu-satu ke nak buat sekali gus?”

“Buat sekali je la bang”

“ Kan bagus kalau goreng satu-satu, kalau dia orang datang baru masak”

“Susah bang, tak tau masa bila dia orang sampai, mungkin ada yang sampai malam”


“OK la kalau macam tu, kita masak sekali gus, kalau macam tu pegi celur mee dan sawi dulu.

Aku pun mula masak kuah, sekejap je siap. Oleh kerana yang nak datang 10 orang aku pun cuma masukan lebih kurang sekilo udang. Lagi pun bahan yang ada pun cuma untuk 10 – 15 orang makan je. Sampai masa yang ditetapkan, tetamu pun mula datang…. La….. ramai rupanya, mungkin yang yang diajak 10 orang tapi mereka datang dengan family. Aku pun apa lagi, mintak diri…… nasib la
Selak udang nampak mee

Thursday, March 15, 2012

Touch & Go

Aku singgah di station minyak Shell dekat rumah aku untuk tujuan tambah nilai Touch & Go. Sorang pemuda betubuh gempal, berambut panjang bertugas di kaunter. Memang selalu aku nampak pemuda ini kat kaunter di situ. Aku bertanya "Touch & Go boleh reload tak?". Pemuda tu jawab "Tak ada dah! Dah habis".

Seterusnya aku singgah di Petronas tak jauh dari situ. Seorang pemuda tinggi kurus bertugas di kaunter. Aku tanya "Ada tak Touch & Go?". Dia jawab "Tak ada la bang! taktau la bila nak ada"

Aku meneruskan perjalanan dan singgah pulak di Caltex. Seorang gadis putih comel dan tak bertudung dengan senyuman manis bertugas dikaunter. Aku tanya"Ada tak Touch & Go?". Gadis tu dengan lembut menjawab "Insyaallah ada pakcik"

Aku suka jawapan gadis ni, dah tua rupanya aku

Tiga hari aku berkampung di Gambang Resort

Thursday, March 08, 2012

Udang Galah Kinabatangan

Aku berkesempatan bawak balik udang galah dari Kinabatangan baru ni. Cukup besar saiznya, 4 ekor sekilo. Untuk dapat udang galah sebesar begini di Semenanjang dah hampir mustahil. Sekor pun dah cukup untuk makan dengan sepinggan nasi. Harganya pulak di situ cuma RM25 untuk sekilo.
Dua ekor udang pun dah penuh pinggan

Thursday, March 01, 2012

Kasih dan Sayang

Berikut beberapa photo gelagat monyet yang sempat aku rakam yang menggambarkan betapa mereka hidup dengan penuh kasih sayang

Monday, February 27, 2012

Monyet Belanda

Baru-baru ini aku berpeluang singgah di Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary di Sandakan. Tempat ini terletak di tengah-tengah hutan bakau di sepanjang kawasan berdekatan Kampung Samawang. Tempat ini merupakan kawasan pemeliharaan Monyet Belanda (Proboscis Monkey) untuk para pengunjung yang ingin melihat haiwan ini secara dekat tanpa perlu pergi lebih jauh lagi. Di Sabah monyet ini lebih dikenal sebagai Bangkatan atau pun Bayau.

Dengan perut yang kembung, ekor panjang dan hidung besar berjuntai, tidak sukar untuk mengenali monyet belanda. Mereka adalah penghuni hutan dan hanya terhad di hutan paya bakau. Monyet Belanda hidup berpuak-puak, di mana kumpulannya mengandungi seekor jantan,bersama lima hingga lapan ekor betina dan anak-anak mereka. Kumpulan ini hampir setiap masa bersama, terutama sekali di tebing sungai pada sebelah malam. Inilah sebabnya kita akan melihat satu kumpulan besar monyet belanda dalam satu-satu masa. Satu lagi fakta yang kurang diketahui ialah monyet belanda merupakan perenang yang hebat.
Mereka hidup berkeluarga dalam satu kumpulan
Menjaga anak seperti monyet-monyet lain
Hidung menyet ini cukup mancung
Monyet jantan ini sentiasa menghunus pedangnya

Sunday, February 05, 2012

Senja di Bagan Lalang

Dah lama aku tak duduk tepi pantai tunggu matahari jatuh, petang semalam kawan-kawan sekolah ajak ke Bagan Lalang. Kami tunggu sampai matahari jatuh
Suasana senja di Bagan Lalang

Kamarudin towkey bank negara dengan gaya nya

Razid ni la yang mula telangkupkan tray masa sekolah dulu

Sekak kapten kapal yang selalu mengelilingi dunia bersemangat dengan kamera barunya. Dulu cukup nakal, selalu kena tumbuk penolong kanan

Lepas solat magrib kami sambung lepak di Sea View Restoran, makan cuma 6 orang tapi order macam untuk 10 orang

Tuesday, January 31, 2012

Banyak Makan Wang punya cerita


Peringkat awalnya tak berajat aku untuk tukar rim macam ni, cukuplah dengan rim standard. Tapi lain pulak jadinya. Aku ke kedai tayar dengan harapan untuk ganti keempat-empat tayar kereta aku yang dah hampir hilang bunganya. Tengah aku memilih tayar tiba-tiba towkey kedai tu keluar. Aku amat kenal towkey kedai tayar ini? Towkey tu terus menegur

"Engkau nak tukar tayar kan? Jom tenguk kereta aku dulu"

“Kat mana keta”.

“Tu hujung sana”.

Kami pun berjalan sama ke satu kereta BMW Sport Z4 berwarna merah

“Kereta aku ni warna merah, tak sesuai dengan sport rim ni, kalau ko nak ko ambik la. Sesuai dengan kereta ko warna hitam”

“Betul ke sport rim ni takada masalah, biasanya orang jual sebab ada masaalah”


“Aiseyman, kalau ada masalah ko datang la sini balik, tayar ni baru je tukar aku dah test 180 km tak masalah”

Setelah berbincang dan harga yang ditawarkan cukup berpatutan, aku pun setuju. Lagi pun aku tahu sangat kemampuan kereta dia, takkan dia nak guna rim yang tak bagus. Dalam masa 15 minit tayar dan sport rim keretanya berpindah ke kereta aku.


“OK, aku cuba dulu, kalau tak bagus aku pulang balik”


“OK”

Hari ini baru dapat aku uji rim ini, 15 minit perjalanan dari Shah Alam ke Kajang melalui Elite, SKVE dan Kajang Silk. Dengan kelajuan 170 km/j ternyata stering masih tak bergegar. Dengan keadaan trafik dan keadaan jalan hanya setakat itu yang mampu aku uji. Walau bagaimanapun dari segi performance tak lawan Michelin.

Wednesday, January 25, 2012

CNY

Sempena cuti CNY berkesempatan bersama keluarga berada di suasana France dan Japan. Foto-foto berikut menceritakan segalanya

Monday, January 16, 2012

Dialog Risau

”sengaja kupilih kereta paling akhir agar lebih selesa kuberbenah”

”kenapa harus terlalu lama berbenah toh akhirnya berangkat juga, takkah kau takut ketinggalan kereta”

”dulu berangkat belum tentu dulu sampai keterlepasan dari waktu dari rasa diburu itulah aku, bukankah paling akhir yang ditunggu”

”bukankah yang awal lebih dikenang, siapa dulu sampai dia yang kan gapai”

”buat apa gapai kalau diri berkecai, demi turuti si angkuh waktu itu”

”buat apa turuti ego yang meracau, takkah kau galau kereta akhir yang kau tunggu tak tiba”

”kereta akhir adalah milikku, milik orang-orang yang menyimpan firman di sakunya, kenapa harus resah kalau milik sendiri”

”awal adalah penggerak”

”tapi akhir adalah penyempurna”

”penyempurna bukan yang menuruti ego”

”penggerak bukan orang yang terlalu ikut campur atas pilihan orang lain”

”bercumbulah dengan kereta akhirmu, berbenahlah dengan dirimu yang sungsang”

” diamlah sebelum kukecup mulutmu, tahu apa kau tentang pilihanku”

Kereta paling panjang pernah aku tenguk

Tuesday, January 10, 2012

Sedetik di Sabah

Mengunjungi pengkalan nelayan di KK bagi melihat industri perikanan adalah sebahagian dari kegemaran aku apabila berada di sini.

Pekan Tuaran tetap sama seperti dulu

Keunikan rekabentuk masjid di Kota Belud memang menarik perhatian pengunjung, kedudukan nya di atas bukit di tengah-tengah bandar merupakan mercu tanda bandar itu