Saturday, August 28, 2010

Suri Teladan 4

Pada suatu masa Nabi Daud a.s. keluar ke pesisir untuk beribadat dan apabila telah genap setahun, dia berdoa: "Ya Rabbi ya Tuhanku, telah bengkok belakangku dan lemah mataku serta kering air mataku, tetapi aku belum juga mengetahui bagaimana nasibku." Mala Allah SWT memerintahkan seekor katak untuk menjawab doa Nabi Daud a.s. itu, lalu katak itu berkata: "Hai Nabi Allah, apakah anda mengungkit pada Tuhan ibadatmu yang setahun? Demi Allah yang mengutusmu menjadi Nabi, saya di hutan ini selama enam puluh tahun bertasbih, bertahmid kepada Allah, sedangkan persediaanku tetap gementar kerana takutkan Tuhanku."

Maka menangislah Nabi Daud a.s. ada riwayat yang mengatakan kejadian ini juga pernah terjadi pada Nabi Musa a.s. sesudah pembunuhan yang tidak disengajakan olehnya.

Terjemahan dan Syarahan oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Gambar Hiasan

Tuesday, August 24, 2010

Ustaz Farhan

Saya berkesempatan menemui Ustaz Farhan Bin Abdullah di satu surau di Bangi baru-baru ini. Ustaz ini dulu Misinory Kristian dan sekarang Pendakwah Islam. Saya rasa pengalaman hidup beliau boleh dijadikan iktibar untuk kita kongsi bersama.

Nama asal beliau sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Beliau dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa beliau seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di Sabah. Beliau dilatih oleh bapa beliau untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitingan usaha mereka mendapat sokongan penuh kerajaan negeri.

Kumpulan beliau masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000/==. Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Mereka ziarah rumah kerumah. tanya masalah mereka dan bantu mereka. berbagai masalah diluahkan. Ada kala mereka bantu dengan duit secara spontan. Ada kala mereka hantar keperluan harian,pakaian dan buku sekolah dsb.

Dengan cara ini mereka mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan,mereka berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi mereka mengkristian remaja Islam,tambah berbaloi dari kalangan intelek. Hasilnya mereka dapat RM3,000/== setiap seorang Islam yang dimurtadkan. Bayangkan pendapatan beliau ketika masih dialam persekolahan.

Sewaktu Tingkatan 3 beliau dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan lukisan). Beliau mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 beliau belajar di sekolah asrama penuh. Beliau terus ambil pelajaran Agama Islam.

Tujuan beliau untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan beliau menyebarkan agama kristian. Beliau mempunyai beberapa soalan yang beliau kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam. Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, beliau bersemuka dengan Ustaz yang mengajar beliau (beliau panggil cikgu). "cikgu saya ada beberapa soalan, tapi beliau rasa tak sesuai dikelas ini, bolehke saya ke rumah cikgu..."

Ustaz itu bersedia. Lalu beliau bersama beberapa rakan kerumah ustaz itu. Beliau katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya". Beliau kemukakan beberapa persoalan, antaranya;-

- Mengapa orang Islam sembah kaabah -Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit.

-Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.

-Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.

-Injil sekarang dikatakan diseleweng. Kalau begitu mana yang asalnya.

Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan beliau dan kawan-kawan dengan begitu ilmiah. Beliau dan kawan-kawan mati akal.
Kemudian beliau dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu beliau menjawab secara tepat.

Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain.persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 - konsep ketuhanan Jesus.

Beliau mengatur pertemuan ustaz beliau dengan beberapa orang paderi,kawan- kawan bapa beliau. tetapi mereka enggan. Lalu beliau bawa ustaz itu kerumah beliau dan bertemu bapa beliau seorang ketua paderi. Ternyata bapa beliau juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu. Sebaik ustaz itu pulang, bapa beliau memarahi beliau kerana bawa 'orang malaya' datang kerumah.

Sejak itu beberapa kali beliau tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji beliau gemar berdialog dengan ustaz itu. Beliau memerhatikan kehidupan ustaz tu, dan beliau mengagumi cara hidupnya.

Suatu malam beliau bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta beliau membuat pilihan. Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik beliau mengikuti mereka. Beliau meronta-ronta. Disamping itu beliau dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi.

Sedang beliau meronta-ronta, beliau terjaga. Beliau mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi beliau dan berkata," mengapa Johanis....awak mengigau.... "

Beliau pegang tangan ustaz itu, beliau katakan,"Cikgu Islamkan saya........ .".Ustaz itu minta beliau bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu beliau pun di Islamkan oleh Ustaz itu.

Selesai penIslaman beliau, beliau pulang ke rumah. Sampai di rumah,beliau lihat pakaian beliau bertabur diluar rumah. Rupanya bapa beliau telah tahu. Sebaik melihat beliau, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah beliau. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas. Beliau segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang.Tinggalkan keluarga beliau. Tinggalkan sekolah. Beliau bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum beliau dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah.

Beliau diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulan rakan beliau Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang mereka nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..

6 tahun beliau di PERKIM. Beliau masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah beliau dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian beliau bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Beliau banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak sampai setahun beliau letak jawatan.Beliau sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time. Beliau rasa tiada keiklasan.

Biarlah beliau jadi pendakwah bebas. Beliau ingin membilas dosa lalu. Beliau telah ramai memurtadkan orang..kini beliau mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan kualiti bukan kuatiti saja.

Berbalik kisah keluarga beliau. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM beliau selalu telefon ayah,emak dan adik beradik beliau. Beliau katakan jangan bencikan beliau. Beliau beliaung ayah.beliau beliaung emak.beliau beliaung adik beradik beliau. Ayah dan emak tetap ayah emak dunia dan akhirat.

Walaupun ayah menyambut dingin suara beliau, beliau hantarkan buku-buku yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun beliau telefon. 7 tahun beliau hantar surat dan buku-buku. Beliau menangis kerana rindukan ayah,emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu beliau di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar beliau mendapat berita...... .. Ayah beliau menganut Agama Islam.

Allah saja yang tahu perasaan beliau ketika itu. Beliau menangis dan menangis. Beliau ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata beliau menjadi terlalu murah....beliau terus menangis...beliau pejamkan mata...beliau bayangkan ayah dihadapan... beliau peluk erat tubuh ayah dan mereka menangis bersama..... ...Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu. ...

Peristiwa yang beliau alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah beliau. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja. Kini beliau pendakwah bebas. Beliau sedih melihat umat Islam hari ini berpecah.

Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian. Kita ambil contoh pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Beliau pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas. Pensyarah tersebut boleh sergah beliau,"You apa tahu...Islam pun baru setahun jagung....."

Beliau sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah beliau tak akan masuk Islam. Tapi beliau pilih Islam kerana beliau tahu apa itu Islam, kerana itu beliau ajak menghayati Islam.

Beliau kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Beliau berdialog tentang Islam. Beliau kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini,untuk bergerak perlukan wang. Beliau diancam oleh puak Kristian. Beliau juga diancam oleh umat Islam.

Apa tauliah awak, mana kebenaran Jabatan Agama, mana permit polis, sapa benarkan pungut derma dll. Beliau tak gentar berdialog dengan puak Kristian, kerana beliau ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan beliau.

Beliau turut menubuhkan sektretariat yang disertain rakan-rakan seperjuangan di Mesir yang dinamakan "Akademik Tahfiz Al-Quran Wal Hadith di bawah kelolaan Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran Bestari.

Beliau turut memberi nasihat kalau ada sesiapa terminum 'Holly Water'.

Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City. Dijampi oleh paderi termasuk Pope John Paul .Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi. InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah.

Sesiapa yang berhajat untuk hulurkan derma, zakat dan sedekah bagi membantu aktiviti Ustaz Farhan boleh menggunakan akaun berikut:

Akademi Tahfiz Al-Quran Wal Hadith
no Akaun 5622-63-01294-0 (Maybank)

Pengarah,Pusat Pengajian Tahfiz Al Quran Bestari
no akaun 12-029-01-003493-7 (Bank Islam)
No akaun 5122-68-40494-7 (Maybank)

Saturday, August 21, 2010

Suri Teladan 3

Daripada Sariy al-Saqaty menceritakan bahawa:

Pada satu hari aku ke kawasan perkuburan untuk ziarah dan membaca sesuatu kepada pengguni-pengguninya. Tiba-tiba aku terlihat Bahlul al-Majnun berada di sisi sebuah kubur. Dia sedang menggolek-golekkan dirinya di atas tanah kubur itu. Aku tidak heran melihat apa yang dilakukannya kerana sememangnya aku sudah tahu perbuatannya, perangainya pelik daripada orang lain. Sebab itu orang menggelarnya Bahlul si Gila.

“Kenapa engkau berada di sini?” Tanya ku pada Bahalul. Jawabnya: “Memang aku cukup suka dan selesa berada di sini, mereka tidak menyusahkanku dan apabila aku pergi dari sini mereka tidak pernah mencaci di belakangku,” katanya dengan puas hati.

Aku merenung wajahnya dan aku tahu perkataan seumpama itu bukanlah kata-kata yang biasa diucapkan oleh seorang yang gila, ia seperti ucapan bernas dan mempunyai pengertian yang mendalam. Aku dapat memahami ucapannya; bahawa manusia sekarang tidak terlepas dari mencaci dan dicaci, mengganggu orang lain dan diganggu. Dunia hari ini telah rosak akhlaknya, manusia tidak lagi memperdulikan salah atau betul, dosa atau pahala. Mereka lebih suka mengikut hawa nafsu semata-mata, yang kerap kali membawa kepada malapetaka dan kebinasaan besar.

Aku terdiam sebentar, tidak tahu apa yang akan aku tanyakan kepadanya lagi. Aku tidak mahu tersalah soalan kepadanya, nanti mana tahu aku menerima jawapan yang tidak menyenangkan dirinya. Orang seperti itu pemikirannya bergerak cepat, mungkin apa yang dikatakannya berupa ilham daripada Tuhan Yang Maha Kuasa.

“Wahai Bahlul, tahukah engkau bahawa harga roti sekarang sudah naik?” Lidahku tiba-tiba mengatakan itu, dan aku sendiri tidak tahu, kenapa aku mempersoalkan tentang harga roti pula.

Beliau menjawab tegas dengan wajah yang muncung dan masam: “Demi Allah aduhai Sariy, aku tidak peduli berapa pun harganya, walaupun sebuku roti berharga sedinar sekali pun. Itu bukan urusan kita.” Dia terlalu serius ketika mengucapkan kata-kata itu seolah-olah dia seorang peniaga di pasar.

Bahlul terus bersarah dengan penuh falsafah: “Apa yang seharusnya dianggap penting ialah kita mesti menyembah Allah SWT dengan sebaik-baiknya sebagaimana yang diperintahkannya, nescaya Allah SWT akan mengurniakan rezeki-Nya sebagaimana yang dijanjikan. Harga roti naik atau turun bukan menjadi masalah, sebab walau apa pun keadaan yang berlaku sesungguhnya rezeki daripada Tuhan tetap ada”.
Gambar Hiasan

Thursday, August 19, 2010

Welding

Aku sempat berborak dengan seorang empunya pusat bertauliah swasta dalam bidang welding baru-baru ni. Katanya semua studentnya dah di booking syarikat gergasi. Malah katanya dia malu untuk menjaja sebab tak dapat memenuhi permintaan. Aku tanya berapa basic mereka bayar. Katanya walaupun budak-budak tu baru tahap 2 tapi mereka sanggup bayar antara RM 2 ribu hingga RM3 ribu, malah ada jugak yang mencecah sampai RM 5 ribu.

Aku ingat dulu aku pernah offer sorang anak buah suruh dia mintak jadi pengajar bidang welding, tapi dia tolak bila dia tau gaji yang ditawarkan. Dia rela kerja sebagai pekerja kontrak sebagai professional welder. Sekarang dia dah boleh buat rumah batu kat kampong tanpa pinjaman bank. Kalau buat betul-betul memang lumayan jadi welder ni, tapi apasal tak ramai budak-budak kita yang minat.

Sebahagian besar professional welder dalam Negara kita ni datang dari Philipina dan Indonesia. Welder Malaysia pulak lari kat Timur Tengah.

Aku sebenarnya dah lebih 10 tahun aku tak pegang welding machine ni, entah kan ada lagi atau pun dah hilang skill. Tapi walau macamanapun sekarang aku masih terlibat secara tak langsung sebagai penasihat dalam bidang ini. Dan hari ini aku menghadiri Technical committee meeting bagi International Organisation for Standardization untuk Welding And Allied Processes di SIRIM. Berbincang mengenai teknikal dan standard dengan pakar-pakar dari industry atas tujuan yang sama memang menyeronokan. Aku menganggotai committee ini sejak 4 tahun yang lepas. Banyak yang aku belajar bila duduk dalam committee ini. Kalau harap elaun hadir meeting memang tak berbaloi, terlalu kecil. Tapi demi industry welding negara di gagahi juga untuk turut serta. Berpeluang juga menghadiri perbincangan di peringkat international. Tahun 2008 aku di arah ke Berlin untuk ISO TC meeting bersama pakar welding dari seluruh dunia bagi membincangkan international standard dalam welding. Tahun 2009 di Singapore tapi terpaksa menarik diri atas sebab wabak H1N1, dan tahun ini kalau tak ada aral akan ke Busan Korea untuk tujuan yang sama. Harap satu masa nanti semua industry welding dalam negara akan menggunakan Malaysian Standard (MS) sebagai rujukan.

Sejak aku di lantik pakar oleh SIRIM untuk menganggotai committee ini, aku kerap ke SIRIM atas tujuan ini. Tapi hari ni aku menemui kawan sekolah yang dah 30 tahun tak jumpa. Pejabat kawan aku ni di bangunan tempat aku selalu mesyuarat. Selama ni tak pernah aku jumpa dia.

Monday, August 16, 2010

Suri Teladan 2

Cerita tentang seorang lelaki lumpuh, disebabkannya dia tidak boleh bergerak dan hanya duduk di rumah sahaja. Dia menderita selama beberapa tahun, hingga membuatnya berputus asa. Para doctor telah menyatakan tidak mampu mengubatinya lagi. Mereka telah menyampaikan perkara itu kepada keluarga dan anak-anaknya.

Pada suatu hari ada seekor kala jengking jatuh dari atap rumahnya tepat di atas tubuhnya, dan dia tidak dapat menghalaunya kerana badannya yang lumpuh. Kala jengking itu menjalar atas kepalanya dan menyengatnya beberapa kali. Selepas itu secara mengejut badannya boleh digerakkan mulai dari tapak kaki hingga ke kepala. Darah mula mengalir ke dalam semua organ tubuhnya dan menyembuhkan seluruh jasadnya. Dia pulih dan sihat semula. Dia berdiri dengan dua kakinya, berjalan-jalan dalam biliknya, membuka pintu lalu menghampiri keluarga dan anak-anaknya.

Apabila dia berdiri di hadapan mereka, mereka tidak percaya melihat apa yang berlaku. Mereka terperanjat bukan kepalang, lalu lelaki tersebut terus menceritakan keajaiban yang berlaku ke atasnya.

Maha suci Allah SWT yang memberikan kesembuhan kepada hamba-Nya melalui cara yang demikian. Cerita ini saya utarakan kepada beberapa orang doctor, dan mereka pun mempercayai apa yang saya katakan. Mereka menyebut pada kala jengking itu ada serum antibiotic yang mengandungi racun, jika toksidnya diperkecilkan secara kimia maka serum itu boleh menjadi penawar atau ubat orang yang lumpuh.

Maha Tinggi Zat Yang Maha Baik itu, yang tidak menurunkan satu penyakit pun kecuali Dia juga yang menjadi penawarnya.

(Demikianlah catatan Sheikh Al-Imam Tajuddin Ahmad bin Muhammad dalam Hikamnya)

Thursday, August 12, 2010

Suri Teladan 1

Suatu hari Khalifah Hisyam bin abdul Malik masuk ke Masjidilharam, tiba-tiba dia melihat Salim bin Abdullah bin Umar al-Khattab, seorang ulama besar dan termasuk salah seorang daripada fuqaha’ yang tujuh. Beliau membawa kasutnya dengan kedua-dua tangannya. Ada yang mengatakan serban, kasut dan bajunya hanya berharga lebih kurang 13 dirham. Maka dilihat Khalifah Hisyam bersama para amir (gabenor), para menteri dan para pengawal, lalu ia bertanya kepadanya: “Wahai Salim, apakah kamu memerlukan sesuatu dari ku?”

Salim berkata: Tidakkah kamu berasa malu berkata seperti itu di dalam rumah Allah?”

Ketika Hisyam keluar, dia menunggu Salim keluar di luar perkarangan masjid. Hisyam bertanya lagi: “Wahai Salim tadi kita di dalam Masjidilharam, sekarang kita di luar Masjidilharam, apakah kamu memerlukan sesuatu daripadaku?”

Salim menjawab: “Daripada kepentingan dunia atau akhirat?” Hisyam menjawab: “Tentu sekali daripada kepentingan dunia.”

Salim berkata: “Demi Allah, tiada Tuhan selain Dia, saya tidak memohon dunia yang dimiliki Nya, bagaimana mungkin saya akan memintanya daripadamu yang sangat miskin ini! Sesungguhnya manusia itu miskin. Apakah manusia itu mengira bahawa kalau dia sudah memiliki wang berjuta-juta, atau pelbagai istana, rumah serba mewah, teman-teman yang ramai, dia telah memiliki dunianya? Dia tidak mengetahui bahawa kecukupan dan kekayaan itu menetap di hati, tatkala hati itu hidup bersama iman.”

Seorang penyair mengatakan:

Ambillah semua duniamu dan biarkanlah,
Hatiku merdeka, bebas dan terasing,
Sesungguhnya aku orang yang paling kaya antara kalian,
Walau kalian meninggalkanku sendiri tanpa mempunyai apa-apa.

Sunday, August 08, 2010

APC 2009

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KSM tahun ini agak lewat. Seramai 480 oarang seluruh negara telah menerima anugerah ini. Terima kasih pada DG atas anugerah ini. Terima kasih pada anak buah atas kerja sama selama ini. Tahniah semua pada yang terima anugerah ini.
Apa yang penting tujuan dan matlamat bagi setiap pekerjaan adalah untuk mendapat keberkatan dan keredaan dari Allah s.w.t. dengan demikian akan wujudlah nilai keberkatan yang sebenar dalam setiap amalan dan pekerjaan yang kita lakukan seharian . Maka kita perlulah sentiasa memastikan setiap pekerjaan yang dilakukan menurut tuntutan syara’ seperti:-

1. Niat yang ikhlas untuk mendapatkan keredaan dari Allah s.w.t. di samping mengharapkan pekerjaan itu diterima sebagai ibadah dan amal soleh.

2. Berazam dengan semangat bekerja bersungguh-sungguh sehingga mampu menghasilkan daya cipta dan kreativiti yang berkualiti kepada organisasi dan pelanggan.

3. Bijak dalam merancang dan melaksanakan sesuatu tindakan terutama dalam soal mengelak berlakunya pembaziran.

4. Hendaklah sentiasa mengamalkan sikap sabar setiap masa dan bertawakal serta berdoa kepada Allah s.w.t. bagi menjamin hasil yang sempurna dan berkualiti .

Friday, August 06, 2010

SKVE

Lebuhraya SKVE telah dibuka lebih sebulan yang lepas. Sebelum ni kalau ke Shah Alam dari Putrajaya aku lebih suka guna Elite. Sekarang aku dah banyak guna highway baru ni. Lebuhraya ni menghubung antara Putra Saujana ke Lebuhraya Silk. Setakat ni masih belum banyak kenderaan menggunakan jalan ini. Mungkin ramai yang tak tau lagi. Malah masih belum ada lagi track dalam GPS. Melalui jalan baru ini baru kita tahu terdapat banyak tasik bekas lombong di kawasan ini. Baru ni semasa aku memandu di lebuh raya ni, dua buah 3 siries menguji kemampuan kenderaan mereka di jalan baru ini. Mereka memberi syarat semasa memotong kereta aku. Aku terus mengekori rapat di belakang mereka. Kelajuan maksimum yang boleh di capai hanyala setakat 170 km/j sahaja, lebih dari itu agak sukar untuk mengawal kenderaan kerana terdapatnya selekoh dan jalan yang agak beralun.

Alangkah seronoknya kalau dapat memandu di jalan yang sunyi dan cantik seperti berikut


(sedang cuba hilangkan tabiat memandu laju, kadang-kadang sukar bila di cabar)

Tuesday, August 03, 2010

Potret

"Kesenian merupakan satu penghasilan dari jiwa yang jujur dan tercipta bagi menyatakan suara jiwa terhadap Al-Khaliq. Ia ibarat pengaduan rasa dan ucap syukur akan keindahan yang diciptakanNya kepada diri manusia".- Al Ghazali
Satu masa dulu masa di sekolah aku memang minat melukis potret. Aku pernah juga menghabiskan masa berjam-jam di Pasar Seni memerhatikan artis melukis potret. Seronok melihat sambil belajar kemahiran tangan mereka. Walau bagaimana pun skill tersebut tidak boleh di gilap mana. Percanggahan pendapat ulama mengenai hukum melukis objek-objek yang hidup seperti manusia dan binatang membataskan untuk terus mengasah bakat. Namun begitu banyak pendapat mengatakan lukisan hanya pada kepala tidak boleh dianggap sebagai objek hidup.

Thursday, July 29, 2010

Sahabat di Tanah Suci

Pertemuan kami 5 keluarga di Hotel Abber Garden di Tanah Haram kira-kira hampir 2 tahun yang lalu telah menghasilkan satu ikatan siratulrahim yang cukup rapat sehingga kini. Selama 2 minggu di Tanah Suci setiap lepas subuh, isyak dan zohor kami akan bersama-sama di meja makan. Sehinggakan kalau salah seorang di antara kami tak ada masa tu kami akan tertanya-tanya. Rupanya pertemuan itu tidak habis di Tanah Suci sahaja, sehingga kini kami masih saling berhubung antara satu sama lain. Mereka ialah Zul dari Kulai, Wak Mispan dari Banting, Jas dari Kajang dan Rashidi dari Cheras. Hubung kami rapat bagaikan adik beradik. Baru ni Wak Mispan buat kenduri kahwin anak dia, dan alhamdullilah kami dapat berkumpul untuk konvoi bersama ke Banting. Kenangan bersama di Tanah Suci, menikmati keenakan chiken mandy datang kembali. Moga persahabatan ini akan terus berkekalan.
Tak semua orang berpeluang melihat photo di atas ini

Rindu sangat untuk ke sini

Sunday, July 25, 2010

Akok

Pernah tak kawan-kawan makan kuih akok ni? Sejenis kuih yang cukup terkenal di Kelantan dan Terengganu. Asas kuih ni adalah gula, telor dan tepong. Dengan 50 biji telor, 3kilo gula dan 2 kilo tepong boleh menghasilkan sekitar 180 hingga 200 ketul akok. Kepada yang berpenyakit diabetis tidak digalakkan untuk mencuba. baru ni aku berpeluang menyaksikan kuih tradisional ini di buat.
Pakcik ni begitu seronok menikmati keenakan kuih akok. Agaknya macamana nak menghasilkan akok sebagai makanan kesihatan.

Thursday, July 22, 2010

Warkah untuk Anakanda II

Petang itu aku balik kerja agak lewat, banyak pulak kerja segera yang perlu dibereskan. Dalam perjalanan aku menerima panggilan. Aku segera mencapai handset dan cukup kenal siapa yang memanggil. Aku terus menjawab dengan memberi salam

Assalamulaikum, apa khabar ustaz?

Alhamdullilah sihat, abang Din sihat ke?

Alhamdullilah sihat.

Gini sebenarnya, malam ni saya ada mengajar di Kota Kemuning, kitab hikam. Lepas tusambung di surau Uniten, abang Din nak ikut ke?

Ustaz nak pergi pukul berapa?

6.50 kita bertolak

(Aku mengerling jam menunjukkan pukul 6.40, sedangkan aku tak sampai lagi Bangi)

Kalau macam tu tak sempat ustaz, saya jauh lagi ni.

Kalau gitu taka pa la, lain kali.

Insyaallah ustaz kalau tak ada aral saya akan ke Uniten.

Elok juga boleh jumpa orang kampong…

Dan malam tu aku cuba cari surau kat Uniten, susah juga rupanya nak cari……guard pun boleh tak tau



Berikut adalah sambungan catatan terbaru Ustaz Rashidy Jamil yang bertajuk Warkah Untuk anakanda II yang saya kira sesuai untuk tatapan kita. Mohon sekali lagi ustaz untuk saya paparkan catatan ustaz di sini

Anakanda yang dikasihi,

Dengarkan pesan-pesan agama yang inginWalid sampaikan buat ingatan di hari muka..

Telah berkata Syeikh Ibnu Athaillah Iskandary di dalam Al-Hikamnya:
خير ما تطلبه منه ما هو طالبه منك

Maksudnya : Sebaik-baik permintaan yang seharusnya anda mohon dari Allah ialah (Kemampuan) melaksanakan apa-apa yang Allah perintahkan kepada anda.

Anakndaku,

Syeikh Said Hawa ketika mensyarahkan hikmah yang mulia ini berkata apa yang dinyatakan oleh Syeikh Ibnu Athaillah ini seolah-olah ingin menarik perhatian manusia agar mengutamakan sebaik-baik permohonan dan hajat iaitu memohon pada Allah SWT agar dikurniakan kekuatan untuk mengerjakan ketaatan padaNya serta menjauhi cinta dunia.

Sebagaimana kita tahu, manusia merupakan makhluk yang lemah dan sentiasa berhajat kepada Allah SWT. Bahkan di dalam bisikan kudus manusia ketika berdoa pada Allah SWT, bukan sedikit hajat yang dipinta pada Allah Yang Maha Memberi.

Selain dari permintaan asasi seperti keampunan dariNya, kesihatan sepanjang hayat serta memohon kemurahan rezeki, manusia turut menyertakan pelbagai hajat dan permohonan yang tidak terkira banyaknya yang meliputi urusan dunia dan akhirat. Doa untuk mendapat pekerjaan yang baik. Doa agar dikurniakan anak-anak yang berjaya. Doa agar sentiasa dikasihi dan disayangi oleh semua dan lain-lain. Pendek kata terlalu banyak yang dipinta dan dipohon sebagai tanda lemahnya insan.

Ketahuilah Anakanda,

Sebuah syair arab menyebut:

نغدو ونروح لحاجاتنا وحاجات من عاش لا تنقضي

Maksudnya : Kita disibukan pagi dan petang dengan hajat-hajat kita sedangkan hajat-hajat bagi yang hidup itu tidak akan habis (Selagi tidak mati).
Hajat manusia sentiasa ada di sepanjang hayat mereka. Terkadang hajat yang dipohon bukanlah satu keutamaan pun. Sebaliknya hanyalah permohonan yang terhasil dari kecintaan terhadap dunia yang fana ini. Sehinggakan mereka tidak mampu lagi untuk membezakan antara keutamaan yang hakiki dan keinginan yang tidak pernah akan habis.

Di sini Walid nukilkan satu kisah pengajaran buat ingatan Anakanda di masa akan datang. Iaitu Kisah Hakim Bin Hizam dan Rasulullah saw. Dengar Ya..

Pada suatu hari, Hakim Bin Hizam telah datang meminta sesuatu dari Rasulullah saw dengan katanya :

“ Ya Rasulullah, berikanlah padaku sesuatu!”

Rasulullah saw menjawab padanya :

“ Apakah engkau melihat kambing yang berada di lembah itu? Semuanya menjadi milikmu.”

Maka Hakim bin Hizam mengambilnya.

Begitu juga untuk permintaannya kali kedua dan ketiga, Rasulullah saw memberi kepadanya seratus ekor unta.

Namun pada permintaannya buat kali keempat, Baginda saw telah bersabda :

يا حكيم انّ هذه المال حلوة خضرة واليدّ العليا خير من اليدّ السّفلى

Maksudnya : “Wahai Hakim, sesungguhnya harta ini hanyalah bagaikan tanam-tanaman yang muda dan menghijau sedang tangan di atas (memberi) itu lebih baik dari tangan di bawah (menerima).”- Riwayat al-Bukhari dan al-Tirmizi.

Anakanda,

Ketahuilah bahawa dunia ini sentiasa menipu. Syeikh Abdul Qadir al-Jailani di dalam kitabnya Fath Rabbani Wa Faidh Al-Rahmani berkata :

“Ketika aku ditanya bagaimanakah caranya mengeluarkan dunia yang merupakan punca jauhnya dari memohon ketaatan dari Allah, maka aku menjelaskan bahawa : Lihatlah dunia yang dipuja oleh manusia! Bukankah ia tidak pernah dimiliki? Ia hanya berpindah dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Dunia sentiasa menipu pemujanya. Dilambung dan dijulang sehingga apabila pemujanya lalai maka dunia mula menjerut dan membunuhnya.”

Bahkan Syeikh Sya’rawi turut berkata :

“Dunia tidak pernah dimiliki oleh sesiapa pun sebaliknya hanyalah warisan yang berpindah dari satu tangan ke tangan yang berikutnya.”

Dengan memahami hakikat dunia yang menjadi buruan dan hajat yang tidak pernah terpadam di hati pencintanya, Syeikh Ibnu Athaillah dengan ketajaman mata hatinya telah mengajak manusia untuk menilai kembali segala permintaan dan hajat-hajat yang dipohon. Dan mengutamakan sebaik-baik permintaan iaitu hidayah dan bimbingan dari Allah untuk melaksanakan ketaatan sebagai lambang kehambaan makhluk.

Anakanda,

Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni di dalam kitabnya 'ila allazina asrofu a'la anfusihim' telah menukilkan satu kisah di mana ketika kuda Muaz bin Jabal dan kuda Baginda saw beriringan di dalam satu peperangan, Muaz telah memohon satu hajat yang disifatkan oleh baginda sebagai permintaan dan pertanyaan yang sangat agung di dalam sejarah kehambaan manusia.

Tahukah Anakanda apakah yang ditanya oleh Sayyidina Mua’z kepada Rasulullah SAW?

Bertanya Muaz kepada Rasulullah saw :

يا رسول الله اخبرني بعمل يدخلني الجنة ويباعدني من النار

Maksudnya : “Wahai Rasulullah, tunjukanlah kepadaku satu amalan yang mendekatkan aku dengan syurga dan menjauhkan aku dari neraka.”
Mendengar pertanyaan Muaz itu, Rasulullah saw menjawab :

يا معاذ لقد سالت عن عظيم

Maksudnya :” Sungguh agung permintaanmu wahai Muaz”.

Lalu baginda saw telah menunjukkan padanya jalan agar permohonannya itu dikabulkan oleh Allah melalui perlaksanaan ketaatan padaNya. Sebagaimana sabda Rasulullah saw :

ان تعبد الله لا تشرك به شيئا وتقيم الصلاة وتؤتي الزكاة وتصوم رمضان وتحج البيت ان استطعت اليه سبيلا

Maksudnya : “Iaitu engkau menyembah Allah dan tidak mensyirikanNya dengan sesuatu pun, mendirikan solat, menunaikan zakat, mengerjakan puasa di bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke baitullah apabila mampu.”

Subhanallah. Inilah permohonan yang agung wahai Anakanda.

Permintaan yang terhasil melalui kejernihan mata hati yang memandang dunia dengan pandangan hakikat. Sepertimana yang disifatkan oleh Haji Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA) di dalam Tasauf Modennya :

“Bagi mereka yang sentiasa mencari keredhaan dan bimbingan Allah, boleh diibaratkan pandangan mereka seperti mata yang memandang alam, sedang hatinya memandang Tuhan.”

Oleh itu duhai Anakanda, ingatlah pesanan Walid selalu.,

Mohonlah padaNya kekuatan agar kita mampu melaksanakan ketaatan padaNya semata di dalam mengharungi dunia yang akan ditinggalkan ini. Bukankah sebaik-baik permintaan itu adalah permintaan agar mampu melaksanakan ketaatan?


Salam buat Anakanda..

Tuesday, July 20, 2010

Warkah Untuk Anakanda I

Sebentar tadi aku berkesempatan terdorong untuk mengikuti pengajian kitab hikam Uztaz Rashidy Jamil di surau An Nur atau dikenali dengan nama Surau Haron Din. Surau yang begitu besar itu hampir penuh dengan jemaah untuk mengikuti kuliah. Itu la keistimewaan bandar ilmu Bandar Baru Bangi. Memang tidak dinafikan juga ustaz Rashidy ni ramai pengikut setia. Kepetahan anak muda kelahiran Kuala Berang ini ketika menyampaikan kuliah-kuliahnya memang tidak dinafikan. Ingatannya begitu tajam dalam menyebut nama-nama ulama tersohor. Bila berkesempatan sering juga ustaz Rashidy ajak aku menemani beliau ketika beceramah. Di rumah beliau tak pernah sunyi dengan anak murid beliau yang datang berguru, sebahagian besar mereka penuntut universiti. Kebetulan beliau mempunyai koleksi buku-buku agama yang cukup banyak. Berikut catatan terbaru Ustaz Rashidy yang bertajuk 'Warkah untuk anakanda I' yang aku kira amat sesuai untuk kita kongsi bersama. Mohon ustaz untuk saya tatapkan catatan itu di sini.....


Anakndaku yang dikasihi,

Di saat Walid menulis warkah ini, Walid baru sahaja menepuk-nepuk belakang Anakanda setelah Anakanda seperti terganggu dari beradu. Seketika Walid agak bimbang kalau-kalau Anakanda tak dapat beradu dengan nyenyak seperti selalu. Maklumlah Anakanda kurang sihat sehari dua ni.

Dan sekarang, Walid masih di sisi Anakanda. Menjaga dan mengusap-ngusap kepala Anakanda.

Anakanda,

Tiadalah kebaikan seorang bapa melainkan dia selalu menjaga amanahnya ini dengan pesanan-pesanan agama. Begitu juga dengan Walid. Ingin sekali Walid menyampaikan pesan-pesan agama buat Anakanda Agar Allah menyaksikan ketulusan Walid terhadap amanah yang dianugerahkan Allah ini.

Walid ingin berpesan tentang zuhud. Dengar ya..

Anakanda,

Ketika Syeikh Ibrahim bin Adham ditanya tentang bagaimana jalan untuk memperolehi zuhud, beliau telah menjawab :

بثلاثة اشياء : رأيت القبر موحشا وليس معي مؤنس ورأيت طريقا طويلا وليس معي زاد ورأيت الجبّار قاضي وليس لي حجّة

Maksudnya : “Melalui tiga perkara : (iaitu) aku melihat kubur itu mengerikan namun aku belum mempunyai penolong (dari kengeriannya), aku melihat jalan yang panjang (menuju ke akhirat ) namun aku belum memiliki apa-apa bekalan untk ke sana, aku melihat Allah Yang Maha Perkasa akan membicarakan aku (atas apa yang aku usahakan) padahal aku masih belum mempunyai hujjah (untuk menghadapi perbicaraanNya).

Inilah jalan-jalan zuhud menurut ulama sufi ini sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam An-Nawawi di dalam kitabnya Nasaihul I’bad.

Syeikh Abul Qasim Karim Hawazin Al-Qusyairi di dalam risalah Al-Qusyairiah menyebut bahawa Allah SWT telah memberikan gambaran tentang kesempurnaan zuhud menerusi firmanNya :

قل متاع الدّنيا قليل والآخرة لمن التّقى

Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad) sesungguhnya kesenangan dunia itu hanyalah sementara sedangkan akhirat jualah yang lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa.

(Surah An-Nisa : 77)

Begitu juga Sabda Rasul junjungan kita:
عَن أبِي العَبَّاسِ سَهلِ بنِ سَعدٍ السَّاعِدِيِّ رَضِيَ اللهُ عَنهُ ، قَالَ : جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِي (ص)، فَقَالَ :يَا رَسُولَ اللهِ! دُلَّنِي عَلَى عَمَلٍ ، إذا عَمِلتُهُ أحَبَّنِي اللهُ ، وَأحَبَّنِي النَّاسُ . فَقَالَ : اِزهَد فِي الدُّنيَا يُحِبَّكَ اللهُ ، وَازهَد فِيهَا عِندَ النَّاسِ يُحِبَّكَ النَّاسِ .

Maksudnya : “Daripada Abu Abbas, Sahl bin Sa’ad As-Sa’idy telah berkata: “Telah datang seorang lelaki kepada Nabi saw lalu berkata: “Ya Rasulullah. Tunjukkanlah padaku satu amalan yang sekiranya aku laksanakannya nescaya aku akan dicintai Allah dan dicintai manusia. Lantas Rasulullah saw menjawab: “Berlaku zuhudlah di dunia nescaya engkau dicintai Allah. Berlaku zuhudlah pada apa yang ada ditangan manusia, niscaya engkau dicintai manusia.” (Riwayat oleh Ibnu Majah )

Anakanda,

Sewaktu Walid meriba Anakanda ketika menyampaikan kuliah-kuliah agama pada jemaah, ramai jemaah kita yang tertanya-tanya apakah erti sebenar zuhud? Kata mereka :

“ Apakah meninggalkan dunia secara keseluruhan dan menumpukan tujuan pada akhirat semata itulah zuhud?”

Sewaktu tu..Walid diam seketika.
Sambil mengusap-ngusap kepala Anakanda, Walid menyatakan kepada mereka dan juga sekali lagi Walid nyatakan kepada Anakanda pada malam ini :

Di dalam menjawab persoalan ini, ketahuilah para ulama’ menyatakan :

لَيسَ الزُهدُ بِتَحرِيمِ الحَلاَلِ وَلا بِإِضَاعَةِ المَالِ ، إنَّمَا الزُهدُ أن تكُونَ بِمَا فِي يَدِ اللهِ أو ثَقُ مِنكَ بِمَا فِي يَدِكَ.

Maksudnya: “Bukanlah zuhud itu mengharamkan yang halal dan mensia-siakan harta tetapi sesungguhnya zuhud itu ialah kamu lebih yakin dengan apa yang ada di sisi Allah berbanding dengan apa yang ada pada kamu.”

Benarlah apa yang dinyatakan oleh imam Malik r.a :

“ Zuhud itu bukanlah tidak berharta tetapi mengosongkan hati darinya. (Secara berlebihan)”.

Abdullah bin A’bbas r.a juga berkata :

الزّاهد ثلاثة أحرف : زاي وهاؤ ودالز فالزّى زاد للمعآد والهاء هدى للدّين والدّال دوام على الطّاعة

Maksudnya : “ Perkataan zuhud itu terdiri dari tiga huruf iaitu Zay, Haa’ dan huruf Dal. Zay bermaksud : Bekalan menuju akhirat. Haa’ bermaksud : Hidayah menuju agama. Dal bermaksud : Istiqamah di dalam melaksanakan ketaatan.”

Anakanda,

Menerusi definisi yang dinyatakan oleh ulama’ berdasarkan kefahaman mereka terhadap firman Allah SWT dan hadis Baginda yang mulia tersebut, Islam telah menggambarkan bahawa zuhud ialah meninggalkan dunia secara berlebihan kerana ia akan ditinggalkan serta menumpukan akhirat kerana itulah perkampungan yang lebih baik dan lebih kekal.

Dr. Aidh Abdullah Al-qarni menerusi kitabnya ila allazina asrafu a’la anfusihim menukilkan sifat zuhud di kalangan para sahabat antaranya Salman Al-Farisi.

Gabenor Kufah ini telah menghairankan manusia yang menziarahinya pada hari-hari terakhirnya di dunia ini dengan tangisannya . Ketika ditanya mengapa beliau menangis, Salman menjawab :

“Sesungguhnya aku teringat kepada sabda kekasihku :

ليكن زاد أحدكم من الدّنيا كزاد الرّاكب

Maksudnya : Hendaklah kamu mengambil bekalan dari dunia ini seperti bekalan orang-orang yang bermusafir. (Riwayat Ahmad dan Ibnu Hibban)

(Selepas mengucapkan sabda Rasulullah saw yang mulia ini, Salman menyambung kembali ucapannya ) :

"Sedang kita telah mengambil seluruh dunia ini beserta isinya!"

Bertanya penduduk Kufah padanya setelah melihat tiada satu pun dari dunia ini dimiliki oleh seorang Gabenor seperti Salman kecuali :

1-Sebatang Tongkat untuk berjalan.

2-Sehelai kain serban yang besar untuk hamparan bagi tetamu dan untuk kegunaan ketika menghakimi.

3-Sebiji cawan besar untuk minum, berwuduk dan keperluan harian.

Tanya mereka : "Wahai Gabenor, sesungguhnya kami tidak melihat apa-apa dunia pun darimu kecuali keperluanmu terhadap 3 benda ini sahaja."

Sambil memandang, Salman menjawab : " Itulah yang aku fikirkan! Bagaimana akan aku jawab pada Allah terhadap 3 benda yang aku miliki ini.!"

Subhanallah. Inilah kesempurnaan zuhud wahai Anakanda.

Kesempurnaan yang hanya mampu dicapai oleh mata hati yang sentiasa muraqabah terhadap penciptanya. Ia akan terbentuk apabila insan melihat dunia ini dengan pandangan hakiki. Itulah jua yang Walid harapkan dari Anakanda. Agar Anaknda sentiasa menjadikan zuhud sebagai hiasan diri. Ketahuilah, hidup kita ini hanya sementara. Mudah-mudahan dengan memahami maksud hidup yang sementara ini, kita akan sentiasa berzuhud di dunia yang sementara ini.

Semoga Anakanda sentiasa sematkan pesan agama ini di dalam sanubari Anakanda tercinta. Dan ingatlah selalu pesanan Walid, jagalah Allah, pasti Allah menjaga dirimu.

Salam Cinta Kasih dari Walid buat Anakanda.

Friday, July 16, 2010

Tonggak Utama

Berikut adalah wajah-wajah tonggak utama di sebalik kerjaya ku. Setiap masa mereka di sekeliling ku. Susah senang mereka bersedia bersama belayar menempuh gelora.
Ketua Penolong Pengarah di unit Perancangan 1
Ketua Penolong Pengarah di unit Penyelidikan 1
Ketua Penolong Pengarah di unit Pembangunan 2
Penolong Kanan Pengarah di unit Penguatkuasaan
Ketua Unit IT
Lawyer yang menjaga perundangan dan peraturan NASDA
Personal Assistant untuk sekateriat MPKK yang mengurus semua jadual tugas-tugas harian ku




PERSOALANNYA KENAPA RAMAI WANITA DARI LELAKI, APAKAH MAHLUK BERKUALITI YANG BERNAMA LELAKI DAH HAMPIR PUPUS?
WALAU APA PUN AKU SERONOK BEKERJA DENGAN KALIAN



(Seorang lagi anak buah, KPP di unit penyelidikan 2 takda gambar - juga seorang wanita)

Tuesday, July 06, 2010

World Cup 2010

Musim bola Piala Dunia 2010 dah hampir ke penghujung. Selama sebulan ini tempat-tempat umum yang menayangkan perlawanan begitu meriah sekali. Kedai-kedai mamak menjadi tumpuan. Aku sendiri telah beberapa kali bersama anak-anak menonton big screen di kedai mamak. Bukan takda astro kat rumah, tapi keseronokan menyaksikan perlawanan beramai-ramai agak lain sikit. Semasa world cup 2006 dulu aku duduk 3 bulan di German. Meriah sungguh masa tu, time Germany main bandar sunyi sepi kecuali tempat-tempat yang menayangkan perlawanan. Walau bagaimana pun nasib tak menyebelahi German masa tu. Bagaimana nasib mereka pulak tahun ni. Dalam 2 perlawan sebelum ini menunjukan mereka mempunyai peluang yang agak cerah. Gabungan mantap pemain lama dan muda mampu meranapkan pasukan Argentina.

Walau apa pun kita sama-sama tunggu pasukan mana yang akan di nobatkan pasukan terhandal…… Germany, Sepanyol, Belanda atau Uruguay

Berikut adalah analisis yang dihantar oleh seorang rakan

The world cup is already determined by the numbers....

1. Brazil won the World Cup in 1994; before that they also won in 1970. Adding 1970 + 1994 = 3964

2. Argentina won its last World Cup in 1986; before that they also won in 1978. Adding 1978 + 1986 = 3964

3. Germany won its last World Cup in 1990; before that they also won in 1974. Adding 1974 + 1990 = 3964

4. Brazil also won the World Cup in 2002; before that they also won in 1962. Adding 1962+ 2002 = 3964

5. Therefore if you want to know what nation is going to win the World Cup in 2010, you only have to subtract 2010 from the magic number that we have determined: 3964.
3964 minus 2010 = 1954... In 1954 the World Cup was won by Germany!!!

Not at all scientific... but pretty interesting..
LETS WAIT & WATCH......

Thursday, July 01, 2010

Cerita Kamal

Sudah lama Kamal tak terlibat sebagai panel penemuduga pengambilan jawatan baru. Bukanya tidak ditawarkan, tetapi Kamal yang menolak kerana setiap kali menjadi panel beliau terpaksa travel seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Tetapi apabila urusetia mengatakan kali ni panel hanya tertumpu di Lembah Klang sahaja, Kamal terpaksa menerima.

Seperti jadual yang ditetapkan pagi tu Kamal memandu kereta menuju ke tempat temuduga untk bertugas sebagai panel. Dia sedar tempat letak kereta pejabat tempat temuduga tersebut amat terhad, oleh itu beliau mengambil keputusan untuk pergi lebih awal. Dalam perjalanan beliau mengambil keputusan untuk mengisi minyak. Terlalu banyak kereta di stesen Petronas pagi itu. Kamal berbaris menunggu giliran untuk mengisi minyak. Apabila tiba gilirannya tiba-tiba sebuah kereta proton wira memotong barisan dan masuk ruang pam minyak yang kosong itu. Kamal terkejut dengan tindakan pemandu itu, bukannya pemandu itu tak nampak sepatutnya giliran beliau untuk mengisi minyak. Kamal hanya bersabar dan memerhati kereta tersebut dari dalam kereta. Keluarlah pemandu wira tersebut masuk ke dalam kaunter bayaran. Selepas itu keluarlah penumpang kereta itu dan bersedia untuk mengisi minyak. Seorang pemuda yang berpakaian kemas berkemeja biru. Muda sedikit daripada pemandu tadi, mungkin juga adik kepada pemandu kereta tersebut. Sambil mengisi minyak pemuda tersebut cuma menjeling ke arah Kamal, tak ada pun pemuda itu nak angkat tangan. Minta maaf jauh sekali, seolah-olah perbuatan pemandu keretanya itu tak melakukan sebarang kesalahan. Tiba-tiba Kamal rasa terpanggil untuk berkata sesuatu kepada pemuda itu. Dia keluar dari kereta dan menghampiri pemuda itu yang sedang mengisi minyak. Pemandu kereta itu masih belum keluar, mungkin membeli sesuatu atau ke tandas. Lalu Kamal berkata kepada pemuda itu “Pesan pada pemandu kereta ni, lain kali belajar menghormati orang lain. Semua orang beratur, kenapa perlu potong q”. Pemuda tersebut hanya diam membisu tetapi menjeling tajam ke arah Kamal. Kamal masuk semula dalam kereta, hatinya puas, sekurang-kurangnya beliau telah pun sampaikan pesan. Beliau juga sedar bukan salah pemuda yang menjadi penumpang kereta itu. Kalau dia bercakap terus kepada pemandu kereta itu mungkin boleh berlaku pergaduhan. Tak lama selepas itu pemandu kereta itu datang dan mereka bergerak dari situ. Kamal meneruskan mengisi minyak, perasaan geramnya masih ada, namun begitu beliau tetap bersabar. Dalam hatinya berkata angkara pemandu wira itu beliau dah terlewat 5 minit.
Kamal sampai ke tempat temuduga tepat pada masanya. Beliau segera menemui urusetia untuk mengambil senarai calon. Beliau dimaklumkan seramai 25 orang perlu di temuduga pagi itu. Kamal segera ke bilik rehat untuk bersarapan. Telah menjadi tradisi di pejabat itu semua panel penemuduga disediakan sarapan dahulu sebelum memulakan tugas. Kebetulan Dato’ pengerusi panelnya telah pun ada dalam bilik rehat itu. Sambil minum Kamal berbincang dengan Dato’ pengerusi strategi temuduga dan kreteria calon bagaimana yang beliau kehendaki.

Sampai masa temuduga, segalanya berjalan lancar. Seorang demi seorang calon masuk. Masa yang diambil untuk setiap calon lebih kurang 20 minit. Sampai giliran ke 16 tiba-tiba pemuda berkemeja biru di stesen minyak tadi yang masuk. Muka pemuda tersebut terus berubah apabila melihat Kamal menjadi panel penemuduga. Kamal cuma tersenyum dan cuba melupakan peristiwa di stesen minyak tadi. Dengan professional Kamal terus menyoal pemuda itu tanpa sebarang niat untuk mengenakan pemuda itu. Namun begitu pemuda tersebut tidak dapat menyembunyikan keresahan pada wajahnya. Beliau nampak gelisah dan gugup, semua jawapannya serba tak kena. Sebaik sahaja pemuda itu keluar dari bilik temuduga, Dato’ pengerusi bersuara “Apasal calon ni teruk sangat, lain yang ditanya lain yang dijawab, macamanalah beliau nak jadi pegawai”. Kamal hanya tersenyum………. Hatinya berkata kalaulah pemuda ini dapat jawatan ini memang rezeki dia la.....
Gambar Hiasan - Senja di sebuah warung di tepi pantai di KK

Monday, June 28, 2010

Mencandat Sotong

Baru-baru ni kami berpeluang mengikut expedisi mencandat sotong di perairan Pulau Kapas. Kami bertolak selepas solat asar dari jeti Cendering. Kali ni kami menggunakan kapal milik Institut Perikanan Malaysia. Oleh kerana kapal ini agar besar maka kami terpaksa menggunakan bot kecil dari jeti menuju ke kapal. Petang itu laut agak bergelora. Terasa seperti naik roller coaster apabila bot kecil itu dilambung ombak. Biasanya bulan Jun masih banyak sotong, tapi kali amat kurang. Mungkin juga di sebabkan musim sotong tahun ni awal sikit, sejak bulan Februari lagi pencandat dah mula memburu sotong di situ. Perairan Pulau Kapas adalah kawasan larangan penggunaan sebarang pukat.
Jeti Cendering ini merupakan tempat nelayan memunggah ikan. Sebahagian besar bot di situ adalah bot-bot nelayan. Terdapat pasar ikan di situ bagi tujuan jual beli ikan antara nelayan dan peraih.Dalam perjalanan, alhamdullilah tak ada yang mabuk laut, mungkin juga kapal besar kurang sikit berayunSuasana senja ini dirakam dari kapal yang bertolak menuju ke pulau KapasMenikmati makan malam di dalam kapal. Kapal ini biasa digunakan untuk melatih pelajar menjadi nelayan moden. Ia biasa belayar sehingga ke Labuan dan Langkawi.Beberapa jenis sotong yang dapat dinaikkan, walaupun tak banyak sekurang-kurangnya anak-anak merasa bagaimana mencandat sotong dan bagaimana susahnya nelayan mencari rezeki. Esoknya kami terus ke Kuala Berang, dapatla jugak meratah baung dan lampam dari Kenyir. Kelah dah susah nak dapat, kalau ada pun harganya pun mencecah sehingga RM 100 sekilo.

Wednesday, June 16, 2010

Reunion TIKL 80/81

Tanggal 12 Jun 2010, tercipta satu sejarah apabila satu perjumpaan bekas pelajar TIKL sesi 80/81 diadakan di Restoran Nelayan Tasik Titiwangsa. Walau pun tak semua hadir tapi merupakan satu titik permulaan yang cukup baik bagi mengujudkan rangkaian untuk kejayaan kerjaya masing-masing. Selepas 30 tahun baru dapat berjumpa semula. Majlis selama 3 jam itu rasa tidak cukup mengungkap kembali nostalgia silam.

Riduan - Dulu ko paling kecik dalam bilik A3, tapi sekarang badan ko dah macam belon. Sekarang kau dah jadi kontraktor berjaya

Awal - Kau dari dulu sampai sekarang tetap sama paling pendek tapi tetap tak mengaku pendek, walau bagaimanapun kau berjaya dalam bisness yang kau ceburi.

Razid - Dulu orang panggil kau Botak. Kau dulu presiden FMC, tapi kau dulu la yang mula-mula telangkupkan tray kat dewan makan. Sekarang dan jadi orang kuat HSBC.

Azhar Ayob - Dulu orang panggil kau Boeng, kau taiko kat sekolah. Sekarang kau dah jadi taikun dalam bissnes.

Hamidi - Dari dulu kau memang golongan yang baik dan bijak, sebab itu dalam usia muda kau dah bergelar Profesor.

Suhaimi - Nama kau dulu Rano. Antara banyak pengawas agaknya kau paling samseng. Sekarang kau dah jadi pensyarah universiti ternama.

Zainal - Dulu kau nakal boleh tahan juga, sekarang kau dah cukup berjaya sebagai kontraktor makanan, malah anak aku di Sek Men Sains Selangor pun kau yang sedia makanan.

Samsinah, dalam face nama kau sam uda, akibatnya ramai yg confuse ko ni sapa sebenarnya, ada yg ingat kau lelaki. Apa pun usaha kau jayakan perjumpaan malam tu patut dipuji, kita sekampung tapi tak pernah jumpa sebelum ni. Sekarang ni kau dah jadi orang kuat Maxis.

Zulkarnain atau Aguk. Semua orang terkejut tenguk kau. Dulu badan kau paling besar, sekarang dah kurus, semua orang tanya apa rahsia kau. Memang kau jenis bijak dari dulu sebab itu UTM ambik kau jadi pensyarah lepas belajar.

Mat Basri, dulu orang kau Aban, kita duduk sebilik dulu dari ting 4 lagi. Lama sungguh aku cuba kau sebelum ini, rupanya rumah kita tak jauh dan tempat kerja kau pun kat UPM je, dekat dgn tempat kerja aku. Aku bangga dengan kau sebab ada dua kepakaran Civil dan elektrik.

Ir Kamaruzaman, antara kita ramai-ramai kau yg terserlah aktif dalam politik, harap kau terus success dalam bidang kau.

Ab Rahman Din atau Pell, Kau memang sentiasa nampak muda remaja. Sekarang kau dah jadi senior engineer di sebuah syarikat besar. Sapa yang nak tenguk dia buat show taip la Pell Woodstock kat youtube – memang mengancam.

Cikgu Ismail Sidek, kau orang kuat menjayakan program ini, kaula yang mula create group ni dalam facebook. Usaha kau ku sanjung tinggi.

Idus, dulu kami panggi kau Binggo. Kau presiden kelab wayang, tiap minggu kau hiburkan kami dengan filem-filem yang top. Sekarang kau dah Berjaya dalam business IT kau. Kami dah sepakat, perjumpaan akan datang kau jadi imam.

Md Nor Rani, sejak belajar kau terkenal dengan budak baik, tak pernah pun kena tangkap buat salah. Kita sekelas masa belajar dulu. Sekarang dah jadi orang penting ILSAS.

Rohaizat, masa sekolah dulu kau memang handal main takraw, masa tu badan kau tinggi dan slim, tapi aku rasa sekarang ni kau dah tak boleh nak lipat, badan kau dah begitu membesar. Apa pun tahniah malam tu kerana kau berjaya menambat hati pengadil untuk kategori terhensem di kalangan peserta yang hensem he he...

Zailani Kordi, kita sekampung, tapi susah nak jumpa kau.... time kau balik aku tak balik, time aku balik kau pulak tak balik, apa pun rupanya tempat tinggal kita tak jauh pun.


Dan ramai lagi.......... kalau sempat aku tulis lain kali

Tuesday, May 25, 2010

Air Mata itu Anugerah

Aku menerima email dari seorang sahabat yang menceritakan kisah Imam dan anaknya yang aku kira amat sesuai untuk kita kongsi bersama. Ceritanya begini...

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini iserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya " Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat . Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang
Gambar Hiasan

Wednesday, May 19, 2010

Kasihnya Abang

Foto ni simple tapi mengandungi beribu makna. Terharu, pilu, sedih, sukur dan macam-macam lagi. Anda semua tenguk rasa bagaimana?


Oleh itu sama-sama lah kita berusaha untuk mencari keberkatan atas harta yang amanahkan kepada kita dengan:

Bersyukur atas apa yang diberikan oleh Allah.

Belanjakan harta pada jalan yang diredhai oleh Allah.

Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal

Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan berikan sedekah sunat kepada orang miskin dan anak yatim.

Bersedekah kepada anak yatim/miskin kalau boleh setiap hari. Insyallah akan diganti oleh Allah tanpa kita sedari.

Ikhlaskan pemberian/sedekah hanya kepada Allah bukan mengharapkan pujian dan sebagainya. Jangan anggap pemberian itu hak kita sebenarnya dalam harta kita ada hak mereka.

Hulurkan pemberian sunat secara rahsia - tetapi pemberian wajib (zakat) perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar Islam.

Konsep sedekah : berikan sesuatu yang kita sayangi.

Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat.