Thursday, May 29, 2008
Cuaca Tak Menentu
Wednesday, May 28, 2008
Iklan Barat gambarkan Melayu pengganas disiasat
Tuesday, May 27, 2008
Bremerhaven
Friday, May 23, 2008
Basikal
Thursday, May 22, 2008
Final UEFA
Tunggu EURO 2008 pulak
Monday, May 19, 2008
Catatan di Kota Berlin
Muzium Berlin pada waktu malam
Gerbang yang dikenali dengan nama Branderburger TorTuesday, May 13, 2008
Cruise Waser River
Thursday, May 08, 2008
Pendidikan di Jerman
Mengapa belajar di Jerman? Pertanyaan ini cukup sukar dijawab. Ada bermacam-macam alasan mengapa Jerman dipilih sebagai negara tujuan menyambung pelajaran. Kualiti pendidikan di Jerman, Jerman sebagai pusat teknologi dan sains di Eropah, pengalaman di peringkat internasional, dan bahasa Jerman itu sendiri adalah alasan-alasan utama mengapa mahasiswa asing datang ke Jerman untuk belajar. Kos pembeljaran yang murah juga merupakan salah satu sebab mahasiswa memilih Jerman untuk menyambung pelajaran. Kerajaan dan dan masyarakat Jerman mengamalkan sistem sosial demokrat yang menjamin semua warganya layak untuk mendapatkan pendidikan. Pendidikan merupakan hak setiap warganya, sehingga kerajaan Jerman menanggung hampir seluruh pembiayaan untuk pembelajaran. Pendidikan dari sekolah rendah sehingga ke program kedoktoran di berikan percuma bagi rakyat nya.
Sistem pendidikan di Jerman agak berbeza jika di bandingkan dengan Malaysia atau negara-negara lain seperti USA, UK dan Australia. Di Jerman terdapat 3 katagori universiti:
- Univerität dan Technische Universiät (TU). Sistem pendidikan di universität ini lebih berorientasi pada teori dan research. Peratus untuk pengajaran teori mencapai 80%-90% dari kurikulum pembelajarannya.
- Fachhochschule (FH) dalam Bahasa Inggris dikenal dengan University of Applied Science. Di universiti ini kandungan kurikulum antara teori dengan amali adalah seimbang. Peratus perbandingan antara teori dengan amali sekitar 60% teori dan 40% amali termasuklah latihan internship di industry.
- Berufsakademie (BA) dalam Bahasa Inggris di kenal dengan University of Cooperative Education. Universiti ini merupakan bentuk kerja sama antara university dengan industry. 60% daripada kandungan latihannya adalah latihan di industri.
Insyaallah satu masa nanti akan ujud Universiti Kemahiran Malaysia di negara kita yang menggunakan konsep yang diamalkan dinegara Jerman ini di mana amali merupakan teras utama kurikulum pembelajarannya.
Beberapa orang anak melayu mencuba nasib di bumi Jerman ini
Sunday, May 04, 2008
Kehidupan musim bunga
Saksikan juga apakah perbezaan photo di bawah ini.............
Dua merpati sejoli di tepi sungai depan apartment aku
Thursday, May 01, 2008
Pak Uda
Monday, April 28, 2008
Tulip
Aku sempat mengunjungi kawasan taman yang di penuhi Tulip di Bandar Bremen ini. Tidak ubah langsung seperti 2 tahun dulu masa aku ke sini. Tulip berwarna merah masih menjadi pilihan. Sebenarnya Tulip berasal dari Asia Tengah, tumbuh liar di kawasan pergunungan Pamir dan pegunungan Hindu Kush. Sekarang ia terkenal di seluruh Europe dan tengah mekar pada masa ini. Belanda antara negara yang terkenal sebagai negeri bunga tulip. Terdapat sekitar 100 jenis bunga tulip yang di tanam dalam dunia dengan berbagai warna seperti merah, oren, kuning, hijau, biru dan ungu. Terdapat juga berbagai jenis kelopak, ada yang tidak terbuka sewaktu mekar (mengucup) dan ada yang terbuka luas semasa mekar. Walau bagaimanapun Tulip biru dan ungu nampak agak unik.
Saturday, April 26, 2008
Teerhof Guest House
Thursday, April 24, 2008
Plamyra Restaurant
Plamyra Restaurant adalah satu-satunya restoran bangsa Syria yang terdapat di Bandar Bremen ini. Menu yang disediakan tak jauh bezanya dengan restoran-restoran Timur Tengah yang lain. Kami berpeluang makan malam di restoran ini. Suasana keseluruhan restoran agak malap, memang begitu romantik. Rasa masakan boleh tahan, harga pun boleh tahan juga. Kalau convert RM memang tak berani nak makan. Yang kurang cuma satu, bila kami tanya tempat sembahyang hanya ditunjukan satu lorong yang sempit yang hanya boleh muat untuk sembahyang seorang sahaja. Monday, April 21, 2008
Tram
Tram adalah pengangkutan utama di semua Bandar di seluruh German. Kederaaan ini begitu efficient dan akan sampai tepat pada waktu yang di tetapkan. Setiap hari pengangkutan ini yang kami guna berulang dari tempat kediaman ke office. Tram no 6 yang kami guna. Oleh kerana tram yang kami naiki merupakan tram untuk ke airport, maka ianya adalah antara tram terbaik di Bandar Bremen ini. Satu keistemewaan tram ini, trak untuk laluan dia juga diguna oleh kederaan lain. Agaknya kalau di pasang di KL boleh jadi jem gila.
Tempat menunggu tram setiap hari
Sunday, April 20, 2008
Kebab House
Friday, April 18, 2008
Berpantang mati sebelum ajal
Sekali pandang pokok ini seperti pohon-pohon yang telah mati. Tapi sebenarnya ia menunggu tumbuhnya daun baru. Begitulah besarnya ciptaan Tuhan. Keadaan cuaca di Bremen ini pun masih tak menentu. Sepatutnya masa ni dah musim bunga, tapi cuaca masih sejuk. Kadang-kadang bawah 5 darjah celcius. Boleh dikatakan saban hari sejak kami sampai, hujan turun setiap petang. Macam juga di Kuala Lumpur. Tapi hujan di sini taklah selebat hujan di Malaysia tapi cukup untuk menambah kesejukan sedia ada. Kadang-kadang terfikir juga, seronok di tempat kita tak perlu pakai baju sampai 2 kilo berat.




