Tuesday, October 03, 2006

MP

Aku telah ditugaskan untuk memberi ceramah induksi di salah sebuah hotel yang agak terkenal di Kuala Lumpur baru-baru ini. Semasa dalam lift hotel tersebut kebetulan aku bersama seorang bekas ahli parlimen parti pembangkang yang cukup terkenal bersama pembantunya. Aku tak boleh nak tegur sebab dia begitu asyik bercakap melalui telepon. Antara perbualan yang dapat aku tangkap adalah ‘Apa yang Tun cakap adalah benar, semua apa yang Tun cerita adalah soal kepentingan negara! Kita memang sokong sepenuhnya...’ dan banyak lagi……

Tak tau la sapa Tun yang dimaksudkan tu. Kalau la Tun yang dimaksudkan tu bekas PM... cepat betul manusia berubah. Aku biasa juga jadi petugas di parlimen, dan dia ni lah dulu antara MP yang cukup berbisa mengkritik bekas PM tu. Sekarang apa dah jadi. Itu la namanya politik, sekelip mata boleh berubah. Lantakla dia orang.....

Monday, October 02, 2006

Pak Guard

Bulan puasa ni aku terpaksa memaksakan diri untuk naik motor pergi kerja. Rasa lega betul, lantak la nak jem macamanapun. Kadang-kadang teringat masa muda dulu, jadi mat rempit.
Biasanya kalau aku naik kereta sampai pintu pagar, dari jauh lagi Pak Guard dah angkat tangan. Siap tabik lagi. Tapi bila aku naik motor aku angkat tangan pun Pak Guard buat dek je. Ye le...pakai helmet, mana dia kenal aku. Rupanya Pak Guard ni pun ada diskriminasi jugak.

Tuesday, September 26, 2006

Puasa - Jem

Hari pertama bekerja di bulan puasa menyaksikan satu fenomena trafik jem yang begitu teruk sekali. Untuk keluar dari tempat letak kereta je dah memakan masa 15 minit. Semua orang terkejar-kejar untuk berbuka di rumah. Yang biasa balik pukul 6 pun balik pukul 5. Biasanya dari pejabat ke rumah tak sampai pun setengah jam tetapi sekarang dah jadi satu jam untuk perjalanan hanya 20 km. Agaknya solution terbaik adalah naik motor.

Sunday, September 24, 2006

Kerana mu Malaysia

Photobucket - Video and Image Hosting
Apa istimewanya gambar ini? Nama gerai ini menggambarkan satu semangat petriotik yang tinggi. Namun begitu meter kutipan parking kereta terletak di dalam sebahagian gerai tersebut. Depan gerai di letak kerusi untuk memastikan tiada kederaan di letak di situ. Kesian DBKL.

Saturday, September 23, 2006

Menjelang Ramadan

Dalam 2 minggu ni agak sibuk sikit. Bermula minggu lepas Induksi Pekerja Asing di Impress, lepas tu hujung minggu Induksi PPL di International, lepas tu sambung di bengkel penilaian di Awana Genting dan sambung bengkel I-1031 di Tiara PD. Kesemuanya aku terlibat samada jadi fasilitator atau pun penceramah. Kadang-kadang penat jugak tapi dah terpaksa, demi tugas. Cuma yang aku perasan sejak kebelakangan ini kebanyakan hotel penuh dengan program dari berbagai agensi. Agaknya semua orang nak kejar sebelum bulan puasa. Apa hal pun selamat berpuasa semua

Sunday, September 10, 2006

Suara oh suara

Ubat dah habis setengah botol, batuk tak jugak kurang. Suara pun macam itik nila, esok malam kena bagi ceramah kat Nilai, macam mana ni.....???? Ada ke petua nak pulihkan suara segera

Wednesday, September 06, 2006

Colloquium

Sekali lagi terpaksa keluar awal pagi, pukul 8.30 pg perlu ada di Kuittho Batu Pahat.
Hari pertama merupakan majlis kolokium di Kuittho. Semua orang yang telah lulus proposal di German tempoh hari perlu membentangkan semula di depan semua supervisor, lecture dan student di sini. Ini pun mungkin pertama kali Kuittho mengadakan program seperti ini. Di Europe perkara ni dah biasa. Wajib bagi semua researcher perlu membentangkan kepada public kajian yang perlu dibuat dalam mana-mana seminar. Walau bagaimanapun program tersebut berjalan dengan lancar. Banyak soalan-soalan yang kadang-kadang mencabar minda.
Hari kedua merupakan taklimat kepada 2 nd group yang akan pergi 9 Sept ni. Ucapan aluan Dekan menyatakan pihak German begitu berpuashati dengan kerja yang dilakukan oleh 1 st group dan antara yang terbaik berbanding dengan negara lain. Walau bagaimanapun ini merupakan titik permulaan, perjalanan masih jauh.
Antara kandungan amanat Tim Reaktor Akademik memaklumkan kejayaan dalam NDTS adalah satu kejayaan misi kerajaan. Meletakkan kepercayaan di kalangan masyarakat terutama industri adalah satu cabaran. Industi merupakan elemen penting dalam latihan. Sistem pendidikan sering dikatakan gagal menghasikan kualiti yng diharapkan. Kejayaan kajian 10 orang yang menjalankan program PHD ini akan menentukan hala tuju sistem latihan di negara pada masa depan dan akan dijadikan sebagai rujukan dalam merealisasikan kualiti k-workers yang sewajarnya. Menjalankan kajian di bawah pengawasan 2 universiti adalah satu cabaran. Persepsi di Malaysia masih ada budaya menidakkan sesuatu yang dibuat tetapi di Europe sebarang komen walaupun kadang-kadang diluar jangka tetapi adalah bertujuan untuk kebaikan kajian kita. Lagi banyak komen sebenarnya akan memantapkan kajian kita. Semua perlu memikirkan untuk mula menyediakan kertas kerja bagi pembentangan mana-mana seminar samada dalam atau luar negara.

Saturday, September 02, 2006

Hujung minggu

Cuti hujung minggu penuh dengan jemputan kenduri
Photobucket - Video and Image Hosting
Serba oren, Abang, Adik dan Salleh Yacob di hadapan Masjid Putrajaya

Thursday, August 31, 2006

Merdeka

Seperti tahun lepas juga bunga api sambutan merdeka di Putrajaya tahun ni lambat 10 minit dari masa yang ditetapkan. Malah ramai jugak kereta yang beredar bila lama tunggu, bunga api tak jugak muncul. Tahun lepas kami geng Unser TT Merdeka di sini, macam tu jugak, 15 minit baru bunga api muncul. Masa tu Mbsalleh orang kuat Perbadanan Putrajaya yang mengetuai kami konvoi kami dah risau. Teruk dia kena kutuk, Zino pun ada masa tu. Keluar je bungapi tu barula dia lega.
Photobucket - Video and Image Hosting

Saturday, August 26, 2006

Kerja, kerja, kerja.....

Minta maaf kepada pengunjung blog ni, tak sempat nak up-date. Sejak kebelakangan ni teramat sibuknya, sampai tak sempat nak login. Sejak minggu lepas Isnin hingga Rabu hadir di International Conference on Technical and Vocational Education and Training 2006 di Hyatt Regency JB, Khamis terus sambung mesyuarat JPPK Pengurusan Perniagaan di Pulai Spring Resort, Jumaat dan hari ini Sabtu kat ofis layan Prof Spootl, supervisor aku datang dari German. Esok Ahad satu hari kena bagi ceramah induksi di ILPKL. Malam esok jugak kena pergi Guoman PD untuk Persidangan MySkills, kena duduk sana sampai hari Selasa. Selepas tu... tak tau nak kata.... kerja, kerja, kerja... sampai bila pun tak habis. Research pun tak sempat pergi jauh, walau bagaimanapun kedatangan Prof Spootl mampu membakar semangat untuk mula speeding.

Friday, August 11, 2006

Akibat minum dan memandu

Citer ni member yang foward.
It happen at Jalan Loke Yew. Satu malam tu kawan pompuan ni la, dia baru jer balik dari party, tak tahu how many glasses dia minum ler tapi memang dia betul-betul mabuk. So masa on her way home she got blocked from the police officer and asked for her driving license and so on but unfortunately at the same time tu, there was an accident happen a cross the road. Quite major jugaklah accident and the policeman leave her and rushed to the accident scene. So this stupid girl dah gabra tak tahu nak buat camne, she just ran off back to her car and head straight back home in Klang.
So the next morning polis datang ketuk pintu rumah dia dan polis tu tanya dia, "AWAK PEGI MANA MALAM SEMALAM?"
Pompuan ni pulak jawab, "TAK KEMANA ENCIK. SAYA KAT RUMAH JER." So polis tu tanya lagi, "BETUL KER???"
Pompuan tu jawab, "BETUL ENCIK. SUMPAH SAYA TAK GI MANA2, TANYA LER NGAN HOUSEMATE SAYA."
So polis tu kata, "YE KER? (sambil tergelak) MARI SINI, KELUAR JAP"
Lepas tu polis tu tunjuk, "HA!!! ITU KETA SAPA TU??"
Pompuan tu macam nak pengsan sebab dia dah terbawak keta polis yg malam tadi balik rumah, dia ingat keta dia sebab kaler sama warna putih (wira) cuma keta dia takde sticker polis kat tepi pintu jer.
Tak pasal2 kena saman RM1000 dan gantung lesen 1 tahun.

Wednesday, August 09, 2006

Taman ku

Taman tempat aku tinggal ni tak lah besar mana. Hanya 150 buah rumah sahaja. Daripada jumlah tersebut hampir setengah daripadanya merupakan penyewa. Oleh kerana bilangan kami yang tak ramai, kami boleh mengenali antara satu sama lain terutamanya di kalangan yang tinggal di rumah sendiri. Hubungan kami agak rapat. Semangat kejiranan agak kuat sehingga kami mampu mengetahui sakit demam di kalangan penduduk. Majlis kenduri-kendara sering dibuat secara gotong royong. Kumpulan pakatan untuk tujuan kenduri kendara juga telah berjalan. Terdapat beberapa oarng yang pakar dalam mengetuai masakan. Pendek kata sebut je menu apa dan untuk berapa orang makan, tau lah dia orang buat macamana. Aktiviti kemasyarakatan juga tak kurang hebatnya. Oleh kerana semangat kekitaan yang begitu kuat, cubaan sesetengah penduduk untuk berkelakuan sumbang juga sering dipatahkan. Malah taman ini merupakan taman yang tidak selamat bagi pasangan anak muda bukan muhrim yang duduk berdua-duaan tak kira siang ataupun malam. Walau bagaimanapun tak semua penduduk yang turut serta aktiviti kemasyarakatan. Setengah-sesetengah tu ada yang tak ambil peduli langsung, walaupun sebenarnya bilangan mereka agak kecil. Berbagai usaha telah dibuat samaada melalui aktiviti surau ataupun persatuan penduduk bertujuan untuk melibatkan keseluruhan penduduk taman, tetapi masih sukar bagi segelintir penduduk untuk turut serta. Bagi segelintir penduduk ini seolah-olah seperti mereka tidak duduk dalam masyarakat.
Nak dijadikan cerita salah satu keluarga yang termasuk kumpulan segelintir ini berhajat untuk mengadakan majlis kenduri perkahwinan anaknya. Seingat aku tak pernah keluarga ni melibatkan diri alam apa jua program dalam taman termasuklah kenduri-kendara. Keluarga tersebut telah menjemput penduduk untuk bermesyuarat di rumahnya bagi tujuan majlis tersebut. Beberapa orang termasuk yang aktif dalam pakatan menunjukan seolah-olah macam tak berminat. Sebagai seorang yang telah di amanahkan mengetuai penduduk aku terpaksa bersikap positif. Aku cuba mengendalikan mesyuarat sebaik mungkin dan memberikan jaminan kerjasama sewajarnya akan diberikan. Dalam masa yang sama aku tetap mengharap penglibatan sewajarnya akan diberikan oleh semua. Prinsip aku jelas, tak guna kita berkeras. Kalau kita menjauhi ia akan mengeruhkan lagi suasana. Mungkin ini cara terbaik untuk menarik minat mereka-mereka untuk bermasyarakat. Semoga harapan keluarga ini akan terlaksana sewajarnya dan penglibatan keseluruhan penduduk adalah seperti biasa.

Monday, August 07, 2006

Cerita sedih

Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang.
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..

Sunday, August 06, 2006

KK

Lepas solat Jumaat aku terpaksa bergegas ke airpot untuk penerbangan ke KK kerana terpaksa memberi ceramah untuk kursus induksi PPL. Di Terminal terserempak dengan bekas bos lama, rasanya sejak dia bersara dari KP JTM kira-kira setahun lebih yang lepas ini la kali pertama aku jumpa aku jumpa dia. Walau bagaimanapun kami masih sering berhubung melalui tel. Sekarang ni dia agak sibuk sejak dilantik sebagai suruhanjaya pendidikan. Seperti yang aku duga bila sapa-sapa yang dah lama tak jumpa dia akan tanya 'Sebab apa sekarang dah gemuk? Satu soalan yang dah boring dengar. Jawapan aku pun dah standard 'orang lelaki kalau boroi seksi'. Kawan-kawan ada petua ke nak bagi kurang berat badan.
Program di KK berjalan dengan lancar, sebahagian besar peserta adalah pengurus pusat Giat dan jugak beberapa pengurus pusat bertauliah yang lain. Seronok sebenarnya bila memberi ceramah pada veteran ni, walaupun terpaksa membebel selama 8 jam. Respon dari mereka amat baik. Cuma yang agak mencabar, soalan memang bertubi-tubi. Yang penting semuanya mestilah di hujung jari. Program tamat jam 5.15, terus berkejar ke airport dan ngam-ngam je untuk penerbangan pukul 6.05 petang.

Tuesday, August 01, 2006

3 sekawan

Cerita dari sorang kawan

Ada 3 sekawan bernama Gaduh, Gila & Bendul. Ditakdirkan Gaduh hilang. Bendul pun membuat laporan polis.

Bendul : Encik, I nak cari Gaduh.
Polis : Isk !.. apa?? U ni Gila ke ?
Bendul : Uik ! mana Encik tahu kawan I Gila ?
Polis : Adoi ! apa la si Bendul ni nak ?
Bendul : I memang Bendul. Tapi saya nak cari Gaduh !
Polis : .@%

nota: minta maaf kepada pengujung blog ini, teramat sibuknya sehingga tak sempat nak up-date

Saturday, July 22, 2006

The Far, Far, Away Terminal

The email below was sent to me by a Tribe-T member.

Ten years ago in Kuala Lumpur, when you had to fly to a domestic destination, you traveled 30 minutes to Subang Airport, where you left from the 1954-style terminal where you had to go out on the tarmac in the rain and climb up a staircase to get on the plane.

Then, the government built a multi-billion ringgit global hub terminal 75 minutes away from KL with world-class everything.

Then, they built a high-speed rail connection so it takes only 30 minutes to get there. Despite this, the global hub terminal remains a deserted ghost-town with far more gate capacity than
Flights.

Air Asia then starts up. Everyone can fly and the global hub terminal begins to come to life. So the government decides to build Air Asia far, far away terminal at the other end of the airport, one that replicates the old 1954-style terminal.
It doesn't connect to the high-speed train. Then, almost all domestic flights are shifted over to Air Asia. So now you have to take a 75 minute bus ride to the far, far away terminal and walk out in the rain and climb the stairs just like back in 1954, while the global hub terminal is once again deserted.

Oh, and if you need to transfer from an overseas flight to a domestic flight, you have to take a half-an-hour bus ride from the global hub terminal to the far, far away terminal. Is this back to the future or back to the past?

Thursday, July 20, 2006

Potong Q

Pada suatu petang anda memandu kereta pulang dari kerja. Anda melalui sebatang jalan yang agak sibuk. Sudah menjadi lumrah petang-petang begini jalan di situ trafik jem. Anda memandu begitu berhati-hati. Sebagai langkah berjaga-jaga anda menjarakkan kenderaan anda dengan kereta hadapan dengan jarak yang selamat. Seperti biasa sambil memandu anda akan memikirkan hal-hal pejabat dan tindakan-tindakan yang perlu di buat keesokan hari. Sesekali anda dihiburkan oleh celoteh Linda Onn di radio era. Topik petang itu ialah isu CT dan Datuk K. Rata-rata yang menelepon tidak puas hati dengan pengumuman pertunangan itu. Pelik betul dunia ni. Tiba-tiba sebuah kereta memotong Q melalui laluan kecemasan dan masuk kebarisan di depan kereta anda secara mengejut. Anda tersentak dan terkejut sehingga terpaksa menekan brek kecemasan. Oleh kerana terlalu terkejut dan marah anda menyalakan lampu tinggi beberapa kali. Tindakan anda telah menarik perhatian pemandu kereta tersebut. Tanpa anda jangka pemandu itu memberhentikan kereta, keluar dari kereta dan berjalan ke arah kereta anda dengan muka bengis. Masa itu trafik jem di belakang kereta anda semakin panjang. Anda dengan gentleman menurunkan cermin kereta dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Pemandu kereta itu mengeluarkan perkataan “Kau nak apa?”. Anda masih berjaya mengawal perasaan terus menjawab “Perbuatan engkau ni menyakitkan menyakitkan hati semua orang kat belakang ni" Sementara itu bunyi hon dah kedengaran di belakang. Lantas pemandu itu menjawab, "Habis apa yang kau nak buat?" Mungkin memang dia nak cari gaduh. Anda segera menjawab "Aku tak mau buat apa, tapi Tuhan akan balas perbuatan engkau". Dengan muka yang menyinga pemandu itu terus masuk kereta dia dan terus memandu laju, kebetulan depan kereta dia jalan kosong. Tiba-tiba lori depan kereta tu brake kecemasan, kereta tu pun turut sama brake tapi "GEDEMUM", tak sempat berhenti. Pemandu kereta tu keluar dan tepuk dahi. Kejadian tersebut betul-betul berlaku depan mata anda.
Kalau kejadian ini betu-betul berlaku ke atas anda, apa tindakan anda seterusnya?

Wednesday, July 19, 2006

Hanpon

Sejak aku balik ni aku tak sambung lagi no lama hp aku, sekarang ni guna prepaid je. Semalam aku ditugaskan jadi moderator salah satu pembentangan untuk seminar pengajar yang di hadiri oleh lebih 500 pengurus pusat bertauliah. Mungkin bila perasan aku dah balik ramai PB yang cuba call aku, he..he..mintak maaf memang tak dapat. Masa rehat ramai yang cari aku dan complain sebab call tak dapat. Bagus jugak orang tak tau no ni, rasa aman sikit dunia.... tak ada orang kacau.
Tapi apahal pun kawan anak aku tanya kat anak aku, Apasal telepon ayah kau besar? Telepon zaman bila tu? He he… memang zaman dulu punya ni, berat nak mengusung…
Photobucket - Video and Image Hosting

Sunday, July 16, 2006

Tribe Toyota Annual Dinner

Majlis telah diadakan pada malam minggu di Kelana Seafood Centre Kelana Jaya. Majlis begitu berjaya dengan mengumpulkan 150 ahli keluarga Tribe Toyota. Tahniah kepada Bro Zino dan barisan AJKnya yang berkerja keras untuk menjayakan majlis ini. Berbagai program telah diatur dan semua ahli berpeluang mendapat hadiah cabutan bertuah. Grand prize malam tu merupakan TV 21’. Tema majlis tersebut adalah colorful night, dan tak semena-mena aku pulak dapat anugerah best dressed. Sebenarnya program makan malam ni telah lama dirancang, sejak kami masih dalam kelab Funser lagi. Malah sebahagian besar yang hadir pada malam tu jugak adalah bekas ahli Funser. Hubungan kami agak rapat sejak Funser ditubuhkan sehinggalah ianya dibubarkan dan di tukar kepada Tribe Toyota. Kami sering mengadakan perjumpaan keluarga bulanan yang dikenali sebagai TT dan setiap bulan seorang ahli dipilih menjadi host. Kadang-kadang kami akan berkonvoi ke tempat-tempat yang memang dirancang lebih awal. Ruangan forum yang disediakan oleh Toyota juga menjadikan tempat kami berbincang dan menjadikan kami sentiasa rapat di kalangan ahli tanpa mengira bangsa. Mungkin satu masa nanti kelab ini boleh dijadikan salah satu contoh satu masyarakat majmuk di negara kita.
Photobucket - Video and Image Hosting

Saturday, July 15, 2006

Kawan Lama

Pukul 9.30 pagi aku terima call di opis. Masa tu aku tengah berbincang dengan dua orang PPL mengenai prosudur penilaian peperiksaan.
Suara: Kamato! Engkau dah balik ye, aku nak jumpa engkau, banyak kali dah aku cari engkau. (gaya sembang macam dia kenal sangat kat aku)
Aku: Sapa ni?
Suara: Aku la X (aku masih tak boleh agak mamat mana ni)
Aku: ok datang la, bila kau nak datang?
Suara: Kejap lagi pukul 10 boleh tak?
Aku: Boleh tak datang 10.30, aku ada hal la. (aku masih tak tak boleh agak sapa mamat ni)
Suara: Ok, nanti aku datang, tapi engkau kenal ke aku sapa?
Aku: Sebenarnya ini X yang mana? (aku cuba pancing, masih tak boleh agak sebab ramai member nama sama dengan X)
Suara: X bin Y
Aku: Aku kenal engkau, datang la (aku terus tangkap mungkin ini kawan aku sekolah 26 tahun yang lepas, nama ni cukup famous satu masa dulu – tapi betul ke)
Suara: Macamana kau kenal aku?
Aku: Kau datang aje, nanti kita sembang, aku ada visitor ni.
Suara: Ok kejap lagi aku sampai.

Sehingga pukul 10.30 aku masih tertanya-tanya, betul ke ini kawan yang aku maksudkan. Kawan sebilik masa sekolah dulu tahun 1980. Masa tu dia orang kuat pertubuhan Islam. Setiap masa selepas kelas sentiasa berjubah dan berserban. Dia ni yang selalu ajak aku pergi surau dan dia jugak yang selalu marah aku bila aku tenguk wayang sebab masa tu kelab wayang tiap minggu buat show. Tapi aku tak peduli. Selepas sekolah tu kami terus tak jumpa, masing-masing dengan haluan sendiri. Cuma beberapa tahun selepas tu aku tenguk dia dah jadi orang kuat Arqam. Dia dah jadi Ketua Editor majalah Al-Arqam. Nama dia agak famous. Aku nak contack dia pun masa tu agak segan. Kadang-kadang aku beli jugak majalah tu sebab nak baca tulisan dia.

Tepat pukul 10.30 dia call balik, aku terus keluar dengan berbagai persoalan, sapa sebenarnya si X ni? Betulke member lama aku. Bila je nampak muka dia aku masih tak boleh pastikan betul ke dia ni kawan yang aku maksudkan. Ya la, dah 26 tahun mestilah berubah. Dulu pakaian dia cukup warak. Kopiah tak pernah lekang. Sekarang ni pakai jean, rambut cacak. Aku terus ajak masuk bilik dan berlakun seolah aku kenal pasti dia. Mulala sembang satu persatu..... sah dia ni la kawan yang aku maksudkan. Dia ni agak baik dengan su Tim Menteri, tu yang dia boleh cari aku kat sini. Sekarang ni dia dah jadi kontraktor, agak berjaya jugak. Nasib dia agak baik sebab keluar dari Arqam setahun sebelum pertubuhan itu dibubarkan. Bila tanya soal isteri.... memang seperti yang aku duga. Dia menang, isteri dia lebih dari sorang...... Walau macamanapun aku macam tak percaya boleh jumpa kawan yang dah 26 tahun tak jumpa, kalau jumpa kat luar memang aku takkan tegur punya.