Tuesday, January 06, 2009

SABAH 2

Kami sempat mengunjungi Pulau Gaya. Di pulau ini terdapat perkampungan air yang dinamakan Kampung Pondo. Kampong ini terkenal dengan pendatang tanpa izin dari Philippines. Ianya terkenal sebagai dangerous high crime or "no-go" area kepada polis dan pihak berkuasa tempatan.
Untuk sampai ke tempat ini hanya 15 minit menaiki bot dari Kota Kinabalu
Kehidupan mereka semata-mata di atas air
Sebahagian besar mereka mempunyai bot masing-masing untuk ke tanah besar
Sebahagian besar penduduk di sini beragama Islam
Tiap-tiap rumah dihubungkan dengan titian dari rumah ke rumah
Mencari rezeki

Monday, January 05, 2009

SABAH 1

Flight agak delay, jam 3.30 ptg baru kami sampai di KK. Kawan dah tunggu di airport bersama kederaan pacuan 4 roda untuk aku pandu sendiri ke Kundasang. Hanyalah selepas senja barulah kami memulakan perjalanan ke Kundasang. Inilah pertama kali aku memandu ke Kundasang pada waktu malam. Memandu dengan mendaki bukit dengan kabus yang tebal dan menghadkan pandangan adalah amat mencabar. Kebetulan pulak terdapat tanah runtuh dibeberapa tempat di sepanjang perjalanan. Menginap di cottage hotel iaitu sebuah hotel di kawasan pekan Kundasang.
Kundasang merupakan sebuah pekan kecil yang paling hampir dengan Gunung Kinabalu. Tenang, sepi, damai, indah dan dingin merupakan ungkapan yang sering diperkatakan mengenai Kundasang. Kundasang terletak di kaki banjaran Kinabalu. Cuaca yang segar serta pemandangan yang indah mungkin menjadi alasan utama ramai pelancong datang berkunjung ke Kundasang. Pertanian merupakan sumber pendapatan yang utama kepada penduduk di sini. Tidak hairanlah Kundasang merupakan pusat membeli belah sayur-sayuran yang sangat terkenal di daerah ini. Malah di katakan Kundasang merupakan pembekal utama sayur-sayuran ke seluruh Sabah. Manakala pelancongan menjadi sumber pendapatan kedua terpenting bagi penduduk di Kundasang. Bila bercakap tentang industri pelancongan di Kundasang, ianya merupakan contoh klasik bagaimana sektor ini sedikit demi sedikit meminggirkan penduduk asli secara sistematik menerusi penjajahan sosioekonomi. Kuasa wang dan teknologi membuka ruang kepada golongan kapitalis mendominasi kitar ekonomi Kundasang. Kalau 25 tahun dulu, produk agro Kundasang dikuasai sepenuhnya oleh petani-petani tempatan, tetapi sekarang sebahagian besarnya telah dibolot oleh kapitalis asing. Dan yang menghairankan juga sayur-sayuran di pasar Kundasang lebih mahal berbanding di pasar di Kota Kinabalau, walaupun sebenarnya sayuran tersebut juga datang dari Kundasang.

Kabus dan awan yang tebal begitu menghadkan pandangan
Banjaran Gunung Kinabalu di penuhi ladang sayur-sayuran
Puncak Gunung Kinabalu

Saturday, January 03, 2009

Jangan kencing

Satu hari aku jalan di satu lorong di satu pekan yang agak terkenal, agak terkejut dengan situasi di situ. Apakah orang kita suka kencing mesepah.

Monday, December 15, 2008

Patin

Aku masih teringat sorang kawan bercerita yang beliau terkena apabila terpaksa membayar hampir RM 50.00 apabila mengambil sepotong ikan patin masak tempoyak semasa berhenti makan di sebuah gerai di Bandar Termeloh. Sebenarnya ikan patin ni ada banyak jenis iaitu Patin Sangkar, Patin Muncung, Patin Buah, Patin Lawang, Patin Mas (kacukan patin buah & muncung), Patin Juara dan sebagainya.
Sepotong Ikan Patin Sangkar Masak Gulai Tempoyak biasanya dijual dalam harga sekitar RM5 hingga RM9 seketul. Bagi seketul Ikan Patin Muncung, Patin Juara atau sebagainya jika dimasak gulai tempoyak, harganya boleh mencecah sehingga RM100 seketul. Ini kerana Ikan Patin Muncung, Patin Buah, Patin Juara sukar ditangkap. Harga pasaran bagi ikan tersebut adalah diantara RM50 hingga RM220 sekilogram. Sungai Pahang terkenal dengan hidupan sepsis elit ini. Oleh itu, jika anda ingin makan ikan Patin tanyalah terlebih dahulu sama ada ianya Ikan Patin Sangkar atau sebaliknya.

Besar tak ikan patin ni. Dengan menggunakan umpan buah kelapa sawit dan berbekalkan tali joran yang mempunyai kekuatan 50 kg, patin seberat 9 kilo ini berjaya dinaikkan dari sebatang sungai di Batang Berjuntai. Gambar tangan itu adalah tangan tuan punya blog ini.

Tuesday, December 09, 2008

Raya Korban

Aidiladha merupakan perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t. Hari Raya Korban Aidil Adha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan diseluruh dunia bagi menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat haji di Mekah. Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah. Mengikut kalendar masihi, Aidiladha kali ini jatuh pada 8 Dec 2008 iaitu pada hari Isnin. Kebetulan pula cuti sekolah. Atas sebab-sebab itu jugala maka ramai pengguni Taman tempat aku duduk balik ke kampong masing-masing. Walau bagaimana pun tradisi takbir rumah ke rumah pada malam raya di Taman tetap diteruskan seperti biasa. Menjelang hampir jam 1.00 pagi barulah program tersebut selesai. Perut, tak usah cakapla…..macam nak meletop.

Sebahagian yang hadir dalam program takbran rumah ke rumah pada malam raya
Melaksanakan ibadat korban dengan menyembelih binatang ternakan bukan sahaja sebagai tanda mensyukuri nikmat Allah yang telah melebihkan rezeki kepada kita, tetapi di dalamnya mengandungi rahsia hidup bermasyarakat. Daging korban itu akan menghubungkan talian kasih sayang yang sangat rapat di antara si pemberi dengan si penerima, khususnya yang mempunyai kemampuan dan kurang mampu.
Selain mengeratkan silaturahim sesama Islam, ibadat korban dapat merapatkan jurang antara yang kaya dengan yang miskin. Ibadat korban dapat mengikis sifat tamak dan sayangkan harta. Sifat-sifat yang buruk ini boleh menjerumuskan manusia untuk melakukan perbuatan keji seperti penindasan, rasuah, penipuan dan lain-lain sifat keji yang patut kita hindarkan.
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Tuesday, December 02, 2008

Kenduri Abang Lah

Kenduri kahwin puteri sulong Abang Lah di Taman Langat Jaya, Bandar Baru Bangi ini menyaksikan sekali lagi permuafakatan gotong royong penduduk taman selama 2 hari satu malam. Alhamdullilah semunya berjalan lancar sepenuhnya.
Tak tidur sepanjang malam bertemankan periuk-periuk besar ini. Menjelang subuh semua menu telah siap sepenuhnya.
Beriani Gam Batu Pahat merupakan menu utama. Agar sukar untuk menyediakannya. Nasi di masak di atas rebusan daging. Mengandungi hampir 40 bahan untuk digaul bersama daging. Hasil nya...uhm...memang mengancam. Boleh lawan beriani gam putrajaya.
Pasangan mempelai, semoga bahagia ke anak cucu
Majlis makan beradap
Adik Husna dengan violinnya mengiringi majlis santapan
Kumpulan silat yang telah ditubuhkan lebih 10 tahun di Taman ini memohon restu kedua mempelai untuk memulakan persembahan.
Pertunjukan bermain senjata di hadapan mempelai menarik minat pengunjung yang hadir
Sebagai tanda ucapan terima kasih, penyampaian hadiah sumbangan keluarga pengantin kepada semua warga taman.
Tahniah Abang Lah, Terima kasih kepada semua warga taman kerana berjaya mengujudkan suasana kampung dalam menjayakan majlis ini.

Thursday, November 20, 2008

Dubai

Kita sering mendengar bangunan bangunan pencakar langit yang tumbuh seperti cendawan di bumi Dubai seperti Burj Dubai, Millennium Tower, Al Kazim Tower, Almas Tower dan macam-macam Tower lagi. Baru-baru ni terima email dari sorang kawan berkenaan gambar-gambar laut yang di tambak di Dubai bagi menempatkan kediaman-kediaman mewah. Tuan-tuan boleh nalai sendiri bagaimana kekuatan ekonomi mereka.



Wednesday, November 19, 2008

Langkawi

Di dalam satu majlis yang aku hadiri di Langkawi baru-baru ni aku dapat duduk sebelah adun Kuah dan DO Langkawi. Memang diakui semangat sungguh adun Kuah ni, mungkin juga sebab baru dilantik ketua bahagian. Katanya sejak 2-3 tahun ni tak ada projek besar di Langkawi ni. Kalau dulu sikit-sikit Tun akan bawak masuk projek ke Langkawi, tapi sekarang ni agak suram. Katanya dia sedang menyusun strategi jangka panjang bagi pembangunan Langkawi dalam berbagai aspek. Banyak yang aku lihat perancangan beliau amat baik dan boleh direalisasikan terutama dalam pembangunan human capital. Sebenarnya adun Kuah ni seorang engineer, kami boleh bertukar fikiran dalam satu irama. Agaknya kalau semua wakil rakyat dari kalangan professional, senang kita. Semua tindakan berasaskan fact. Kalau kita lihat negara jiran kita Singapura pun sebahagian besar menteri kabinet adalah di kalangan professional. Mereka jauh ke depan meninggalkan kita.

Pulau Langkawi ni pulau bebas cukai. Tarikan pelancung untuk membeli-belah amat kuat, kalau pandai pasang pukat kat mana pun boleh dapat untung.

Sebagai pulau bebas cukai dan pulau peranginan yang mampu menarik ramai pelancong, airport ini wajar untuk dinaik taraf.
Kedai-kedai di Kuah sentisa tidak sunyi dengan pengunjung. Status bebas cukai membolehkan mereka membawa masuk barangan dari luar dengan murah.
Masih banyak peluang pembangunan di sini

Friday, November 14, 2008

Pulau Mutiara

Baru-baru ini aku bekesempatan 3 malam di Pulau Mutiara atas tugas. Siang 8 jam dipenuhi dengan tugas. Malam aku penuhi masa dengan aktiviti makan-makan. Oleh kerana aku menggunakan jalan udara perjalanan aku di sini agak terhad. Rasanya hajat untuk melepaskan masakan penang terlaksana.
Malam pertama sempat menikmati sop kambing di restoran nasi kandar Hameed di Penang Road. Restoran ni agak terkenal di sini. Dia punya sop rempah memang mengancam.
Petang hari kedua menyeberang ke tanah besar menggunakan feri. Dah bertahun aku tak menggunakan feri ni secara jalan kaki, terasa kekok. Dulu-dulu setiap minggu aku menggunakan feri ni berulang alik dari tanah besar ke pulau. Sampai di Bagan member dah tunggu, terus ke rumahnya pekena Char kueh tiaw. Member aku ni memang handal masak, sekarang ni pun dia handle dua kantin kilang. Memang sukar nak dapat rasa sebenar char kueh tiaw di KL macam di Penang ni. Setiap kali ke Penang ni la makanan kegemaran aku. Lepas magrib mengunjungi sahabat yang kurang sihat di Sungai Petani. Baliknya singgah di warung bersila di Lahar Kepar. Warung ni cuma di buka dari 8.30 mlm hingga tengah malam. Masakan semua panas-panas. Punya la ramai pengujung kat warung ni, semua bangsa ada. Seronok tenguk manusia berebut ambik makanan. Sayang aku tak ambik gambar. Dengar cerita jualan satu malam warung ni mencecah RM 6 ribu. Dulu-dulu warung ni dikenali warung jam sepuloh, sebab hanya di bukak selepas pukul 10 malam. Tapi atas permintaan dia dah buka awal.
Malam ketiga 6 orang sahabat lama datang dari seberang ke hotel aku duduk untuk bawak aku ke Bayan Lepas. Kami memang baik sejak dari bujang lagi. Kali ni pekena ikan bakar. Macam-macam ikan ada. Makan sunggu-sungguh malam tu. Sesungguhnya aku sanjung tinggi sahabat semua.

Di Jeti Feri Penang. Sekali pandang macam di Darling Habor Sydney.
Bot-bot kecil nelayan di persisiran pantai di Bagan
Wajah-wajah yang kepenatan, feri sentiasa menjadi pilihan utama untuk berulang alik dari Penang ke Seberang
Perairan Selat Melaka, kerja-kerja naik taraf sedang giat dijalankan
Pemandangan dari jeti pada waktu malam
Negara kita telah dibebani lambakan pekerja asing sehingga pekerja tempatan terpaksa bersaing dengan mereka. Lambakan pekerja asing ini bukan hanya pada sektor perindustrian dan servis sahaja. Kalau kita lihat sebahagian besar pemuzik di hotel-hotel sekarang ni telah menggunakan khidmat kumpulan pemuzik dari Filipina. Yang pelik mereka ni boleh bertutur dan menyanyi lagu melayu. Macamanalah pemuzik tempatan nak cari makan.

Tuesday, November 04, 2008

TT Raya

Baru-baru ni kami ahli-ahli Funser sempat bertemu di sebuah restaurant di Bangi, walau tak seramai mana yang hadir tetapi 40 meja yang aku booking awal tak cukup. Berikut sebahagian foto yang sempat di rakam.Sebahagian hiasan di hadapan restaurant. Malam tu Village View restaurant ni begitu sesak dengan pengunjung. Tempat ni sebenarnya baru bukak, lebih kurang 3 bulan yang lepas, tapi customer manjang penuh setiap malam.
Suasana dalam restaurant, setia menunggu teman-teman lain yang belum datang
MBSalleh – Macamanalah aku nak lead buat program kita, tak tahu masa bila aku free. Masalahnya aku ni jaga orang, kalau jaga pokok ke jaga bangunan ke…senang, benda tu tak bergerak.
Sufian – mana Suhaimi ni tak datang. Dah la dia yang mintak tukar tarikh TT ni malam ni. Aku dari Seremban pun boleh sampai sini.
Wajah-wajah ceria, yang kecik-kecik ni dengan aktiviti mereka sendiri
Shimi – Pening kepala aku. Kereta aku mat rempit sudah sondol, habis berkecai side mirror aku. Aku dah tanya kat Toyota, harga side mirror tu je RM300, belum masuk cat body lagi. Mamat tu pulak cuma bagi RM 200 je.
Katrina – Ni heroin filem bollywood
Kaum-kaum ibu ni pun tak kurang hebatnya depa sembang bila sesekali bertemu.
Zino – Khusuk, kalau mak mertua lalu belakang pun tak sedar.
Hero Malaya – Sapa la yang dia orang tenguk ni
Sebahagian yang hadir malam tu, tuan punya blog takda dalam gambar. Jurugambar tak datang, inila jadinya. Terima kasih yang hadir, Zino, Zainal, Krahim, MBsalleh, Shimi, Haslinda, Mroslan dan lain-lainnya. Insyaallah lain kali kita kumpul lagi.

Tuesday, October 07, 2008

Cerita Balik Kuala Brang

Mem kata pondok ini dulu tempat menyimpan padi. Dulu-dulu apabila musim menuai padi semua padi akan disimpan di sini untuk bekalan sepanjang tahun. Tapi sekarang ni pondok ni dah tak terurus, menanti je rebah. Sawah-sawah sekarang dah banyak bertukar menjadi kawasan perumahan.
Mak Limah, umur dah melebihi 90 tahun. Dah hampir satu abad. Ingatannya masih kuat. Walaupun berbongkok tapi semangat masih kuat untuk menjengah kebun di belakang rumah. Mungkin juga sebahagian caranya untuk mengeluarkan peluh. Satu masa dulu Mak Limah begitu gagah mengerjakan sawah bendang.

Mungkin pejabat kecil yang usang ini banyak menyimpan rahsianya tersendiri. Anak-anak kecil yang melabur menggunakan khidmat pejabat ini pun sekarang telah besar panjang dah telah beralih ke pejabat yang baru untuk melabur.
Sayu di pagi Syawal. Gabungan cahaya yang memberikan suasanan begitu neutral. Anak warga Kuala Berang ini tak pernah merasa susah seperti dulu. Agaknya kalau ditanya pokok padi pun dia tak tau rupanya walaupun dulu datuk dan moyangnya adalah penanam padi.

Saturday, September 27, 2008

Salam Aidilfitri

Untuk semua, saya ucapkan selamat hari raya Aidilfitri. Saya pohon maaf atas segala salah dan silap selama saya mengenali anda semua & selama anda mengenali saya, sebagai; kawan, pembaca, atau sebagai apa pun, maaf atas segala yang terkasar bahasa atau yang tersalah kata atau atas segala apa yang telah membuatkan anda terluka & terguris rasa. Moga Aidilfitri ini akan menambahkan iman & taqwa kita kepada-Nya.

Friday, September 19, 2008

Ayah

Terima kasih kepada pengunjung blog ni, sory tak sempat kunjung balas. Keadaan agak tak mengizinkan. Ayah telah kembali ke Rahmatullah pada tanggal 15, jam 15.15 pm dan jenazah disempurnakan pada hari itu juga. Komitmen masyarakat begitu mengharukan, tepat jam 6.15 petang jenazah selamat di kebumikan. Terima kasih tak terhingga kepada semua yang terlibat menyempurnakan jenazah.

Friday, September 12, 2008

Pengkalan Balak

Sejak kebelakangan ini memang blog ini agak bersawang. Keadaan ayah masih seperti itu. Perlu sangat pemerhatian rapi. Kesibukan itu kadang-kadang tak mengizinkan untuk posting di sini. Maaf kiranya tak berkesempatan mengunjung balas.

Berikut beberapa photo putra putri kesayangan yang sempat aku rakamkan dari jarak jauh beberapa hari sebelum puasa di Pengkalan Balak. Syukur, mereka sentiasa ceria. Mereka ini anak merdeka yang lahir di zaman serba moden, tak pernah mereka menempuh kesusahan masa silam. Semoga mereka ini mampu cabaran dan fenomena kehidupan yang semakin mencabar sebagai seorang muslim sejati.

Candid 1

Candid 2
Candid 3
Candid 4
Candid 5 - Seniman Jalanan