Tuesday, December 02, 2008

Kenduri Abang Lah

Kenduri kahwin puteri sulong Abang Lah di Taman Langat Jaya, Bandar Baru Bangi ini menyaksikan sekali lagi permuafakatan gotong royong penduduk taman selama 2 hari satu malam. Alhamdullilah semunya berjalan lancar sepenuhnya.
Tak tidur sepanjang malam bertemankan periuk-periuk besar ini. Menjelang subuh semua menu telah siap sepenuhnya.
Beriani Gam Batu Pahat merupakan menu utama. Agar sukar untuk menyediakannya. Nasi di masak di atas rebusan daging. Mengandungi hampir 40 bahan untuk digaul bersama daging. Hasil nya...uhm...memang mengancam. Boleh lawan beriani gam putrajaya.
Pasangan mempelai, semoga bahagia ke anak cucu
Majlis makan beradap
Adik Husna dengan violinnya mengiringi majlis santapan
Kumpulan silat yang telah ditubuhkan lebih 10 tahun di Taman ini memohon restu kedua mempelai untuk memulakan persembahan.
Pertunjukan bermain senjata di hadapan mempelai menarik minat pengunjung yang hadir
Sebagai tanda ucapan terima kasih, penyampaian hadiah sumbangan keluarga pengantin kepada semua warga taman.
Tahniah Abang Lah, Terima kasih kepada semua warga taman kerana berjaya mengujudkan suasana kampung dalam menjayakan majlis ini.

Thursday, November 20, 2008

Dubai

Kita sering mendengar bangunan bangunan pencakar langit yang tumbuh seperti cendawan di bumi Dubai seperti Burj Dubai, Millennium Tower, Al Kazim Tower, Almas Tower dan macam-macam Tower lagi. Baru-baru ni terima email dari sorang kawan berkenaan gambar-gambar laut yang di tambak di Dubai bagi menempatkan kediaman-kediaman mewah. Tuan-tuan boleh nalai sendiri bagaimana kekuatan ekonomi mereka.



Wednesday, November 19, 2008

Langkawi

Di dalam satu majlis yang aku hadiri di Langkawi baru-baru ni aku dapat duduk sebelah adun Kuah dan DO Langkawi. Memang diakui semangat sungguh adun Kuah ni, mungkin juga sebab baru dilantik ketua bahagian. Katanya sejak 2-3 tahun ni tak ada projek besar di Langkawi ni. Kalau dulu sikit-sikit Tun akan bawak masuk projek ke Langkawi, tapi sekarang ni agak suram. Katanya dia sedang menyusun strategi jangka panjang bagi pembangunan Langkawi dalam berbagai aspek. Banyak yang aku lihat perancangan beliau amat baik dan boleh direalisasikan terutama dalam pembangunan human capital. Sebenarnya adun Kuah ni seorang engineer, kami boleh bertukar fikiran dalam satu irama. Agaknya kalau semua wakil rakyat dari kalangan professional, senang kita. Semua tindakan berasaskan fact. Kalau kita lihat negara jiran kita Singapura pun sebahagian besar menteri kabinet adalah di kalangan professional. Mereka jauh ke depan meninggalkan kita.

Pulau Langkawi ni pulau bebas cukai. Tarikan pelancung untuk membeli-belah amat kuat, kalau pandai pasang pukat kat mana pun boleh dapat untung.

Sebagai pulau bebas cukai dan pulau peranginan yang mampu menarik ramai pelancong, airport ini wajar untuk dinaik taraf.
Kedai-kedai di Kuah sentisa tidak sunyi dengan pengunjung. Status bebas cukai membolehkan mereka membawa masuk barangan dari luar dengan murah.
Masih banyak peluang pembangunan di sini

Friday, November 14, 2008

Pulau Mutiara

Baru-baru ini aku bekesempatan 3 malam di Pulau Mutiara atas tugas. Siang 8 jam dipenuhi dengan tugas. Malam aku penuhi masa dengan aktiviti makan-makan. Oleh kerana aku menggunakan jalan udara perjalanan aku di sini agak terhad. Rasanya hajat untuk melepaskan masakan penang terlaksana.
Malam pertama sempat menikmati sop kambing di restoran nasi kandar Hameed di Penang Road. Restoran ni agak terkenal di sini. Dia punya sop rempah memang mengancam.
Petang hari kedua menyeberang ke tanah besar menggunakan feri. Dah bertahun aku tak menggunakan feri ni secara jalan kaki, terasa kekok. Dulu-dulu setiap minggu aku menggunakan feri ni berulang alik dari tanah besar ke pulau. Sampai di Bagan member dah tunggu, terus ke rumahnya pekena Char kueh tiaw. Member aku ni memang handal masak, sekarang ni pun dia handle dua kantin kilang. Memang sukar nak dapat rasa sebenar char kueh tiaw di KL macam di Penang ni. Setiap kali ke Penang ni la makanan kegemaran aku. Lepas magrib mengunjungi sahabat yang kurang sihat di Sungai Petani. Baliknya singgah di warung bersila di Lahar Kepar. Warung ni cuma di buka dari 8.30 mlm hingga tengah malam. Masakan semua panas-panas. Punya la ramai pengujung kat warung ni, semua bangsa ada. Seronok tenguk manusia berebut ambik makanan. Sayang aku tak ambik gambar. Dengar cerita jualan satu malam warung ni mencecah RM 6 ribu. Dulu-dulu warung ni dikenali warung jam sepuloh, sebab hanya di bukak selepas pukul 10 malam. Tapi atas permintaan dia dah buka awal.
Malam ketiga 6 orang sahabat lama datang dari seberang ke hotel aku duduk untuk bawak aku ke Bayan Lepas. Kami memang baik sejak dari bujang lagi. Kali ni pekena ikan bakar. Macam-macam ikan ada. Makan sunggu-sungguh malam tu. Sesungguhnya aku sanjung tinggi sahabat semua.

Di Jeti Feri Penang. Sekali pandang macam di Darling Habor Sydney.
Bot-bot kecil nelayan di persisiran pantai di Bagan
Wajah-wajah yang kepenatan, feri sentiasa menjadi pilihan utama untuk berulang alik dari Penang ke Seberang
Perairan Selat Melaka, kerja-kerja naik taraf sedang giat dijalankan
Pemandangan dari jeti pada waktu malam
Negara kita telah dibebani lambakan pekerja asing sehingga pekerja tempatan terpaksa bersaing dengan mereka. Lambakan pekerja asing ini bukan hanya pada sektor perindustrian dan servis sahaja. Kalau kita lihat sebahagian besar pemuzik di hotel-hotel sekarang ni telah menggunakan khidmat kumpulan pemuzik dari Filipina. Yang pelik mereka ni boleh bertutur dan menyanyi lagu melayu. Macamanalah pemuzik tempatan nak cari makan.

Tuesday, November 04, 2008

TT Raya

Baru-baru ni kami ahli-ahli Funser sempat bertemu di sebuah restaurant di Bangi, walau tak seramai mana yang hadir tetapi 40 meja yang aku booking awal tak cukup. Berikut sebahagian foto yang sempat di rakam.Sebahagian hiasan di hadapan restaurant. Malam tu Village View restaurant ni begitu sesak dengan pengunjung. Tempat ni sebenarnya baru bukak, lebih kurang 3 bulan yang lepas, tapi customer manjang penuh setiap malam.
Suasana dalam restaurant, setia menunggu teman-teman lain yang belum datang
MBSalleh – Macamanalah aku nak lead buat program kita, tak tahu masa bila aku free. Masalahnya aku ni jaga orang, kalau jaga pokok ke jaga bangunan ke…senang, benda tu tak bergerak.
Sufian – mana Suhaimi ni tak datang. Dah la dia yang mintak tukar tarikh TT ni malam ni. Aku dari Seremban pun boleh sampai sini.
Wajah-wajah ceria, yang kecik-kecik ni dengan aktiviti mereka sendiri
Shimi – Pening kepala aku. Kereta aku mat rempit sudah sondol, habis berkecai side mirror aku. Aku dah tanya kat Toyota, harga side mirror tu je RM300, belum masuk cat body lagi. Mamat tu pulak cuma bagi RM 200 je.
Katrina – Ni heroin filem bollywood
Kaum-kaum ibu ni pun tak kurang hebatnya depa sembang bila sesekali bertemu.
Zino – Khusuk, kalau mak mertua lalu belakang pun tak sedar.
Hero Malaya – Sapa la yang dia orang tenguk ni
Sebahagian yang hadir malam tu, tuan punya blog takda dalam gambar. Jurugambar tak datang, inila jadinya. Terima kasih yang hadir, Zino, Zainal, Krahim, MBsalleh, Shimi, Haslinda, Mroslan dan lain-lainnya. Insyaallah lain kali kita kumpul lagi.

Tuesday, October 07, 2008

Cerita Balik Kuala Brang

Mem kata pondok ini dulu tempat menyimpan padi. Dulu-dulu apabila musim menuai padi semua padi akan disimpan di sini untuk bekalan sepanjang tahun. Tapi sekarang ni pondok ni dah tak terurus, menanti je rebah. Sawah-sawah sekarang dah banyak bertukar menjadi kawasan perumahan.
Mak Limah, umur dah melebihi 90 tahun. Dah hampir satu abad. Ingatannya masih kuat. Walaupun berbongkok tapi semangat masih kuat untuk menjengah kebun di belakang rumah. Mungkin juga sebahagian caranya untuk mengeluarkan peluh. Satu masa dulu Mak Limah begitu gagah mengerjakan sawah bendang.

Mungkin pejabat kecil yang usang ini banyak menyimpan rahsianya tersendiri. Anak-anak kecil yang melabur menggunakan khidmat pejabat ini pun sekarang telah besar panjang dah telah beralih ke pejabat yang baru untuk melabur.
Sayu di pagi Syawal. Gabungan cahaya yang memberikan suasanan begitu neutral. Anak warga Kuala Berang ini tak pernah merasa susah seperti dulu. Agaknya kalau ditanya pokok padi pun dia tak tau rupanya walaupun dulu datuk dan moyangnya adalah penanam padi.

Saturday, September 27, 2008

Salam Aidilfitri

Untuk semua, saya ucapkan selamat hari raya Aidilfitri. Saya pohon maaf atas segala salah dan silap selama saya mengenali anda semua & selama anda mengenali saya, sebagai; kawan, pembaca, atau sebagai apa pun, maaf atas segala yang terkasar bahasa atau yang tersalah kata atau atas segala apa yang telah membuatkan anda terluka & terguris rasa. Moga Aidilfitri ini akan menambahkan iman & taqwa kita kepada-Nya.

Friday, September 19, 2008

Ayah

Terima kasih kepada pengunjung blog ni, sory tak sempat kunjung balas. Keadaan agak tak mengizinkan. Ayah telah kembali ke Rahmatullah pada tanggal 15, jam 15.15 pm dan jenazah disempurnakan pada hari itu juga. Komitmen masyarakat begitu mengharukan, tepat jam 6.15 petang jenazah selamat di kebumikan. Terima kasih tak terhingga kepada semua yang terlibat menyempurnakan jenazah.

Friday, September 12, 2008

Pengkalan Balak

Sejak kebelakangan ini memang blog ini agak bersawang. Keadaan ayah masih seperti itu. Perlu sangat pemerhatian rapi. Kesibukan itu kadang-kadang tak mengizinkan untuk posting di sini. Maaf kiranya tak berkesempatan mengunjung balas.

Berikut beberapa photo putra putri kesayangan yang sempat aku rakamkan dari jarak jauh beberapa hari sebelum puasa di Pengkalan Balak. Syukur, mereka sentiasa ceria. Mereka ini anak merdeka yang lahir di zaman serba moden, tak pernah mereka menempuh kesusahan masa silam. Semoga mereka ini mampu cabaran dan fenomena kehidupan yang semakin mencabar sebagai seorang muslim sejati.

Candid 1

Candid 2
Candid 3
Candid 4
Candid 5 - Seniman Jalanan

Thursday, August 14, 2008

Praha

Walaupun agak terlewat, berikut sedikit catatan berkenaan Praha.

Perjalanan dari Berlin ke Praha dengan keretapi memakan masa hampir 5 jam. Di sepanjang jalan dari sempadan Jerman dan Rep of Chec sehingga la ke Praha keretapi menyusuri bersebelahan sebatang sungai. Kebesaran Tuhan yang menjadikan alam, sungai itu berada diantara dua bukit di kiri dan kanan. Dengan kata lain keretapi menyusur di tepi sungai yang begitu jernih dan diantara dua bukit-bukit di kiri dan kanan di sepanjang perjalanan. Suasana memang cukup menyamankan. Buat pertama kali menjejak kaki di station keretapi di Praha mungkin kita menyangka Praha merupakan Bandar kecil kerana station keretapi itu tak ubah seperti station keretapi di Kuala Kangsar. Dari Station keretapi ke Bandar Praha boleh menggunakan teksi, bas ataupun keretapi bawah tanah. Kami memilih keretapi bawah tanah, ternyata Praha mempunyai sistem pengangkutan bawah tanah yang canggih, tak ubah seperti juga system di Berlin dan London. Perjanan dari station keretapi ke tengah kota Praha dengan menggunakan tube ini memakan masa 10 minit dengan tambang 18 Krone atau pun lebih kurang RM 4. Sebaik melangkah kaki keluar ternyata sangkaan Praha merupakan Bandar kecil ternyata melest sama sekali. Kota Praha merupakan kota yang cukup besar dan di penuhi dengan binaan- binaan lama yang terjaga rapi. Dengan masa yang begitu singkat kami mengambil keputusan menggunakan taxi khas untuk pelancong yang berjalan mengelingingi Bandar semata-mata untuk melihat suasana dan keindahan kota lama itu. Jalan-jalan di kota ini mesih mengekalkan menggunakan susunan batu menampakkan suasana Bandar bersejarah. Praha merupakan pusat pentadbiran Czech. Penduduk kota ini dianggarkan melebihi 1.9 juta. Praha merupakan salah satu Bandar tercantik di Eropah. Mengikut Guinnes World Records, Prague Castle merupakan ancient castle terbesar di dunia. Kota ini juga terkenal dengan panggilan "the mother of cities", "city of a hundred spires” dan "the golden city". Sapa yang berminat dengan product kristal dan batu granite, di sini la tempatnya.

Perkampungan di sepanjang sungai - suasana amat menyejukan dan menyamankan

Sepanjang jalan menyusuri sungai dan bukit-bukit menghijau


Melihat struktur binaan rumah, mungkin ianya bukan milik orang kebiasaan

Bandar Praha di lihat dari puncak bukit

Struktur binaan bangunan bersejarah, kalau dilihat struktur batu untuk membuat jalan itu saja sudah menggambarkan suasana bandar zaman dulu

Di satu kawasan bazar membeli-belah

Di dataran kawasan tumpuan pelancung

Sesat di tengah kota

Monday, August 04, 2008

Maaf

Kepada yang bertandang ke blog ini, mohon maaf kerana tak sempat nak update. Agak sibuk sikit dalam dua minggu ini. Ayah di masukan ke wad kerana di sahkan mengidap ketumbuhan dalam usus. Keadaannya agak serius. Terima kasih kepada kawan-kawan yang datang melawat di hospital.

Saturday, July 26, 2008

ISO welding meeting

Lawatan kerja singkat 3 hari ke Berlin memang begitu memenatkan, walau bagaimanapun ianya berjaya dan semua yang hadir berpuashati. Program bermula selasa minggu lepas, penerbangan berlepas jam 11.55 malam ke Armterdam yang mengambil masa 13 jam. Transit 7 jam di Arsterdam sebelum menyambung penerbangan ke Berlin. Tiba di Berlin jam 5.30 petang waktu Berlin dan terus check in hotel . Ini bermakna aku terpaksa melalui masa hamper 24 jam baru sampai destinasi. Kesokkan harinya terus bermesyuarat bermula jam 9 pagi hingga 5 petang untuk 2 hari berturut-turut. Mesyuarat berkenaan ISO welding kali ini di jalankan di DIN Berlin yang dianggotai oleh wakil-wakil dari 14 buah negara. Wakil dari France telah mempengerusikan mesyuarat. Perbincangan setiap isu berjalan dengan lancar walaupun kadang-kadang menimbulkan suasana tegang kerana masing-masing negara ingin mempertahankan kepentingan negara masing-masing. Masuk hari ke 4 yang sepatutnya tiada sebarang program sebelum berlepas balik ke Malaysia telah kami putuskan untuk melawat Praha. Ke Parah menggunakan keretapi yang bertolak jam 4 pagi. Ini bermakna pukul 3 pagi terpaksa bertolak dari hotel. Perjalanan ke Praha memakan masa 5 jam. Akan ku cerita dalam entri akan datang berkenaan Praha. Setelah 9 jam di Kota Praha bertolak balik dengan keretapi malam ke Berlin. Jam 12.00 tengah malam baru sampai di Berlin. Keesok paginya jam 4 pagi bertolak ke aiport untuk penerbangan balik melalui Armterdam, kali ni transit 4 jam di Armterdam sebelum menyambung penerbangan ke KL. Memang terasa penatnya. Oleh kerana flight ke KL penuh pihak pengurusan MAS telah menaik taraf tiket aku dari Business Class kepada First Class. Itu rezeki namanya, bukannya senang nak dapat peluang naik first class. Sekurang-kurangnya boleh melepaskan penat selepas 4 hari tidur tak menentu. Dalam cabin first class ni kalau tertidur pun pramugari tolong selimut oooo.........

Sebahagian ahli mesyuarat yang hadir

Friday, July 18, 2008

Imigresen

Akhirnya apa yang aku duga berlaku juga. Jerman begitu mengawal kemasukan pelancung dari luar. Biasanya pelawat yang telah menggunakan tempoh lawatan selama 3 bulan di sini perlu keluar dari Jerman dan boleh masuk balik sebagai pelawat selepas 3 bulan. Kes aku tak sampai seminggu keluar Jerman dah masuk balik. Pegawai imegresen yang menjaga tenguk aku atas bawah. Macam-macam soalan dia tanya kat aku, walau pun aku dah tunjuk semua dokumen rasmi tujuan lawatan. Akhirnya dia tanya kat aku lebih kurang maksudnya ‘awak ni belajar ke bekerja?’. Aku jawab kedua-duanya. Lagi la pegawai tu jeling aku semacam. Akhirnya aku di beri laluan selepas menerangkan sepenuhnya. Dia ingat aku suka sangat apa duduk Jerman ni.

Thursday, July 17, 2008

Arsterdam

Tak sampai seminggu di negara, aku dah di Jerman semula. Ramai yang bertanya kenapa perlu balik. Sebenarnya visa lawatan aku dah habis untuk 3 bulan dan terpaksa balik. Arahan dan kelulusaan untuk hadir ke Berlin ni pun hanya di saat akhir. Tujuan ke sini adalah mewakili SIRIM dalam meeting ISO/TC 44 Welding and Allied Processes di peringkat antarabangsa. Turut hadir juga wakil dari UTM, Petronas dan Sime Darby.

Penerbangan dari KLIA transit 7 jam di Armterdam. Sempat keluar dari airport dan melawat Bandar Armterdam. Bandar yang diterletak di bawah paras laut itu begitu sibuk sekali. Kali terakhir aku mengunjungi bandar ini kira-kira 2 tahun lepas. Sempat menghabiskan masa sejam menaiki cruise mengelilingi Bandar tersebut. Ternyata Armterdam di penuhi dengan air dan terdapat lebih dari 1000 jambatan di Bandar itu. Armterdam begitu padat sekali, sehingga kerajaan Belanda membenarkan rumah-rumah terapung dibina di permukaan air yang boleh dilengkapi dengan kemudahan elektrik dan air. Bangunan-bangunan yang berumur melebihi 400 tahun masih di guna dengan baik.

Keadaan awal pagi begitu tenang


Penumpang berpusu-pusu menaiki cruise

Sebuah cofee house yang agak menarik
Pengangkutan seperti ini begitu terkenal di sini

Lebih 1000 jambatan terdapat di bandar ini

Bot-bot yang di jadikan rumah

Friday, July 11, 2008

Kepulangan

Tamat sudah pertapaan selama 3 purnama di bumi Jerman, maka tamat juga babak kedua bagi melengkapkan kajian di negara itu. Sekarang ni aku dah berada di dalam negara untuk tugas seperti biasa. Berita yang ku terima hari pertama di opis, aku telah diluluskan untuk di arahkan terbang semula ke Jerman dalam waktu terdekat, kali ini ke Berlin atas misi khas.