Hujung minggu baru-baru ini kami menerima jemputan dari Prof Rikeit untuk minum petang di rumahnya. Beliau merupakan salah seorang Prof di Uni-Bremen. Pengalaman di Mercherdes begitu lama. Walaupun sekarang sudah tidak bekerja di syarikat itu, tapi masih menerima kelayakan menggunakan S-clas syarikat yang di tukar dengan kereta baru setiap 6 bulan. Begitu la hebatnya syarikat kereta terkemuka dunia itu menjaga kebajikan kakitangan.
Prof Rikeit ni merupakan warga Jerman yang beristerikan seorang wanita British. Anak beliau telah berkahwin dengan seorang warga Sabah. Oleh itu jiwa dia amat rapat dengan Negara kita. Walaubagaimana pun beliau pada masa ini sedang mengidap penyakit yang agak kronik. Doktor mengesahkan beliau mempunya ketumbuhan di kepala. Pakar-pakar di Jerman ini pun tidak berani melakukan pembedahan kerana resikonya yang amat tinggi. Malah satu masa doctor mengatakan peluang untuk dia hidup Cuma 3 hari. Dia sedang berusaha mendapatkan rawatan pakar di US dan buat masa ini beliau hanya bergantung pada ubat penahan sakit. Keadaan dirinya itu membuatkan hampir 2 bulan beliau tidak datang ke Uni-Bremen.
Beliau duduk di kawasan perkampungan di Achim iaitu 20 minit perjalanan dengan keretapi dari Bremen. Apa yang paling istimewa beliau menduduki rumah yang berumur lebih dari 400 tahun. Semasa beliau membeli kawasan itu, rumah tersebut begitu teruk dan beliau menghabiskan masa 10 tahun untuk membaikpulih rumah itu tanpa mengubah struktur asal. Dan yang paling menajubkan semua baikpulih dilakukan oleh beliau sendiri. Hiasan dalaman juga dipenuhi dengan perabut antik. Di sekeliling rumah beliau pula di penuhi dengan pokok-pokok buah seperti epal, ceri, walnut, pear dan macam-macam lagi.Petang itu beliau begitu ceria seolah seperti tiada penyakit. Malah isterinya menyucapkan berbanyak terima kasih kepada kami kerana sejak Prof ini di sahkan bepenyakit beliau sering mendiamkan diri dan petang itu tiba-tiba keadaannya begitu ceria sekali. Berkat semangat nya yang begitu tinggi semoga beliau mampu melawan penyakit yang ditanggung dan berhasil mencari pakar untuk mengubatinya.































