Friday, June 20, 2008

German menang lagi

Trotz der Tore von Schweinsteiger, Klose und Ballack kam Portugal immer wieder zurück und traf. Doch Deutschland hat gewonnen.

Semasa entry ini dimasukan jam menunjukkan tepat jam 11.00 malam waktu German atau 5.00 pagi waktu Malaysia. Perlawanan antara Portugal dan German baru tamat kira-kira 15 minit yang lepas. German telah mengalahkan Portugal 3-2 dan seterusnya membenamkan peluang Portugal untuk mara ke seterusnya. Pada masa ini penyokang Jerman sedang meraikan kemenangan pasukan mereka. Keadaan di luar sekarang ini terlalu hingar bingar. Boleh dikatakan setiap saat hon dibunyikan. Kepada mereka itu mungkin satu kepuasan, tetapi kepada yang memerlukan ketenangan keadaan masa ini mungkin begitu membingitkan. Gol-gol dijaringkan oleh Schweinsteiger 22’ Klose 26’ dan Ballack 62’

Pelengkap jaringan

Tuesday, June 17, 2008

Germany dan EURO 2008

Setakat ini German telah bermain sebanyak 3 kali di dalam kumpulan B. Dalam 3 perlawanan tersebut German telah memenangi 2 perlawanan iaitu menang dengan Poland (2-0), kalah dengan Crotia (1-2) dan menang dengan Austria (1-0). Ini bermakna Germany merangkul naib juara kumpulan B dan layak untuk memasuki pusingan suku akhir. Sebahagian besar masyarakat Germany begitu taksub dengan game ni. Setiap kali German bermain, di mana-mana tempat akan lengang. Tram yang biasanya penuh sesak dengan penumpang begitu lengang sekali, malah boleh dikira penumpang yang ada. Kedai-kedai akan ditutup awal kecuali pub-pub yang menyediakan live screen. Di kebanyakan Bandar-bandar besar akan disediakan big screen. Big Screen yang disediakan biasanya mendapat sambutan yang amat menggalakan. Telatah penonton seolah seperti dalam stadium. Apabila pasukan mereka menang mereka akan meraikan sehingga pagi. Semua kenderaan akan membunyikan hon sehingga kadang-kadang susah nak tidur.

Tom Battle pengulas channel 2DF
Jurulatih German - susah nak senyum
Bersedia sebelum perlawanan menentang Austria - Ballack wira menjaring gol tunggal German
Big Screen seperti ini ada di mana-mana dan biasanya mendapat sambutan yang meggalakan
Pengulas akan juga di tempatkan di big screen Bersedia untuk berjuang
Nasib malang tewas dengan Crotia 1-2 di Klagenfurt
Ketua Pasukan Ballark kurang menyengat ketika menentang Crotia
Nota: Gambar kurang memuaskan - snapshot dari live video

Monday, June 16, 2008

Kilauan Emas

Terpaan sinar mentari yang memantulkan sinar keemasan, pertanda si kunang-kunang siap mengharungi hidup, setidaknya untuk satu hari ini hingga menunggu mentari esok kembali bertandang.
Selalu saja cahaya keemasan itu terasa begitu menyilaukan tapi aku tetap menantinya setiap sore.
Pandangan mataku setiap hari menjelang senja dari jendela kamar.

Saturday, June 14, 2008

Jerman & Minyak

Harga minyak dan petrol dan disel di Jerman ini hampir sama. Harga yang di jual berbeza sedikit di antara syarikat-syarikat pembekal. Walau bagaimanapun harganya adalah sekitar €1.43 - €1.48 seliter. Semasa aku datang ke sini tahun 2006 harganya pun macam itu juga. Ini bermakna tiada kenaikan mendadak walaupun pasaran minyak dunia melambung tinggi. Yang peliknya Jerman bukan lah negara pengeluar minyak. Bagaimana kerajaannya boleh mampu mengatasai masalah ini dan harga minyak kekal dengan harga asal.
Mungkin ada yang mengatakan €1.43 itu bersamaan dengan RM 7.15 dan kita masih rendah. Perbandingan ini tidak boleh di buat sebab gaji pekerja di Jerman tinggi. Sebagai contoh engineer yang baru bekerja di bayar gaji antara €2800 - €3000 sebulan yang bersamaan dengan RM14,000 sebulan.
Persoalan nya bagaimana mereka mampu bertahan tanpa menaikan harga minyak walaupun mereka bukan negara pengeluar minyak. Bukan saja minyak, malah harga semua barang keperluan harian adalah sama seperti harga 2 tahun lepas.
Malaysia negara pengeluar minyak, setiap sen pasaran minyak dunia meningkat, bermakna juga keuntungan buat negara……………..

Sunday, June 08, 2008

Lepat

Baru-baru ini kami mejemput Lepat atau Ismail Arrifin untuk makan tengahari di kediaman kami. Agak tragis bila mendengar dari mulut beliau sendiri bagaimana beliau melalui hari-hari selepas peristiwa hitam yang terjadi atas dirinya.

Suatu ketika dahulu, negara kita digemparkan dengan cerita Lepat dan isterinya, Aishah Jane. Aishah Jane melarikan Sunny, anak mereka, pulang ke negara asalnya. Aisah memberi alasannya sendiri kenapa dia perlu melarikan Sunny. Lepat juga punya sebab tersendiri, kenapa perlunya Sunny bersamanya.

Sebenarnya Sunni dilahirkan di Malaysia tetapi dilarikan ke Britain oleh Jane pada bulan Mac 1996 selepas rumah tangga pasangan itu mengalami keretakan.
Lepat menyusulnya ke Britain, tinggal di negara ini selama beberapa bulan sebelum membawa lari Sunni ke Amsterdam dan kemudian ke Pulau Pinang pada bulan Oktober 1996. Keperitan hidup amat dirasai semasa beliau di UK sehinggalah beliau dapat melarikan Sunny.

Kes ini menjadi rumit kerana keluarga Jane Brummit berjaya mendapatkan perintah Mahkamah Crown di Winchester supaya Ismail memulangkan semula Sunni. Jane kemudian pergi ke Malaysia bagi mendapatkan hak penjagaan ke atas Sunni daripada Mahkamah Syariah Pulau Pinang. Kes penjagaan anak itu ditangguh pada bulan Jun 1997. Jane dan Lepat telah terlibat dalam perbicaraan di Mahkamah Syariah yang agak panjang berhubung penjagaan anak. Sehingga sekarang masih tiada penyelesaian. Kes Sunni Sazali anak Ismail Ariffin atau Lepat dan Aishah Jane mungkin salah satu daripada beribu-ribu kes tuntutan Hak Penjagaan Anak di negara ini yang masih tidak menemui penghujungnya. Istimewanya Sunni kerana ibunya bangsa asing dan dia dilarikan ke luar negara. Dalam usia yang masih mentah Sunni langsung tidak tahu sejarah yang telah diciptanya. Menuding jari mencari siapa bersalah tidak mendatangkan manfaat sebaliknya menjadikan masalah semakin kusut.
Semasa Sunny dilarikan ke UK Sunny adalah dibawah jagaan Mahkamah Syariah. Mahkamah Syariah Pulau Pinang menetapkan Jane hanya boleh berjumpa anaknya seminggu sekali di Balai Polis Lebuh Pantai, Pulau Pinang sebelum kes hak penjagaan ke atas Sunni diputuskan. Semasa wanita British itu melawat anaknya beliau telah mengambil kesempatan melarikan Sunni dan memulakan perjalanan melalui Bangkok dan wanita itu mendakwa dia tidak dibantu oleh sesiapa. Agak sukar untuk mempercayai hujah itu. Banyak persoalan timbul di sini, bagaimana Mahkamah Syariah menjaga Sunny, bagaimana polis mengawal sehingga kehilangan Sunny ketika anak itu ditempatkan di dibalai polis dan bagaimana kawalan kita sehingga wanita itu boleh melepasi sempadan. Sedangkan perjalanan dari Penang ke sempadan bukannya dekat. Banyak persepsi mengatakan seolah perjalanan mereka seperti dirancang. Apakah sebenarnya Lepat menjadi mangsa keadaan. Wallahualam. Dalam hubungan ini pasangan suami isteri yang telah berpisah harus meletakkan undang-undang di antara kasih sayang dan perasaan, kemudian tambah sedikit dengan sepakat dan persefahaman. Apa yang penting dahulukan kepentingan dan masa depan anak dalam segala hal. Bagaimanakah peranan masyarakat dan kerajaan dalam menyelesaikan isu-isu seperti ini.

Lepat kini menetap di Jerman bersama isteri barunya memberitahu anak nya itu kini telah berusia 13 tahun dan amat berharap satu masa nanti dia akan dapat menemuinya. Semoga konflik keluarga ini akan berakhir satu masa nanti dan mereka akan bersatu semula. Buat masa ini beliau masih aktif sebagai pelukis dan pemuzik.

Saturday, June 07, 2008

Sinar Malam


Kegelapan tidak boleh mengusir terang. Kegelapan hanya terjadi bila terang disingkirkan. Malam tidak dapat merampas siang. Siang berlalu, dan malam menyusul menggantikan siang. Kalau ada kegelapan, itu kerana Tuhan, untuk alasan yang hanya diketahui olehNya, menarik terang.
Kalau Tuhan menarik terang, Ia sesungguhnya mengajarkan pada kita bahawa ada sesuatu yang lebih baik dari terang, yaitu iman.
Foto yang sempat ku rakamkan semasa melintasi Bandar Bremen sekitar jam 11.30 malam. Sinar cahaya langit di waktu malam begini kadang-kadang sukar ditemui. Keadaan memang amat mengasyikan, itulah kebesaran dan kekuasaan Tuhan.

Friday, June 06, 2008

Makan, makan dan makan

Sempena Mesyuarat ILO yg diadakan di Geneva, Tok Wan telah mengambil kesempatan melawat kami selama 2 hari di Bremen. Kesanggupan beliau untuk menziarah kami di sini merupakan satu penghormatan. Sempena lawatan beliau, beberapa program khas telah dirancang bersama pihak Universiti of Bremen. Sebaik sahaja sampai di Bremen beliau telah menyatakan untuk terus ke kediaman kami walaupun perancangan awal sepatutnya beliau perlu check in dulu di hotel. Walau pun sibuk dengan tugasan harian, sempat juga kami sediakan juadah untuk makan tengahari. Terkejut dia dengan menu yang disediakan - macam kat Malaysia.
Menu yang sempat kami sediakan - ayam goreng berempah, sayur goreng campur, ikan kurau masin goreng bercili, kari ikan tenggiri, sambal udang petai, bubur kacang durian dan agar-agar di samping beberapa jenis buah.
Makan tengahari di kediaman kami sebaik mendarat di Bremen
Makan malam di Hilton sambil membincangkan isu dan strategi
Makan tengahari bersama pengurusan tertinggi Universiti of Bremen bagi membincang future planing
Tok Wan & Prof Dr Spootl, pertembungan dua kuasa, dua negara dan dua benua ke arah satu matlamat - Dual Training System (makan malam di Maharaja Restaurant)
Suasana hiasan dalaman di Restaurant Maharaja. Restoran indisch-pakistan yang menyediakan makanan halal ini terletak di Hastedter iaitu di pinggir bandar Bremen. Menu yang disediakan tak ubah seperti mana-mana Indian Restaurant yang lain

Wednesday, June 04, 2008

BBQ

Satu program telah di atur yang telah mengumpulkan semua warga Malaysia yang ada di Bremen ini di satu taman untuk BBQ. Keadaan cuaca yang amat cerah masa ini dan waktu siang yang panjang amat sesuai untuk mengadakan aktiviti sebegini. Kami berkumpul di satu taman yang menghijau malah di kelilingi bunga ros yang sedang mekar.

Hanya dengan program begini barulah dapat kami semua berkumpul dan mengenali lebih rapat masing-masing. Sebahagian besar mereka adalah pelajar first degree. Tabik pada adik-adik yang mampu menamatkan pengajian di Jerman ini.

Di sekeliling pohon yang menghijau
Masing-masing sibuk membakar
Anak kedua Lepat (seorang pelukis dan pemuzik yang pernah menggempar tanah air apabila anak pertamanya di bawa lari bekas isterinya ke UK, sehingga kini beliau masih menghadapi masalah untuk menemuinya)
Gabungan warna hijau, oren, merah, kuning, hitam dan putih (Lepat dan isteri - warga jerman yang fasih berbahasa melayu)
Sesekali berkumpul banyak topik yang dibincang
Sate Jerman lebih besar dari sate Kajang

Thursday, May 29, 2008

Cuaca Tak Menentu

Cuaca pada masa ini memang tidak menentu, kadang-kadang panas, kadang-kadang hujan. Kebiasaannya bila awan penuh di langit menandakan hujan boleh turun tiba-tiba. Ramalan cuaca pun kadang-kadang tak tepat. Walaupun ramalan menyatakan suhu akan mencapai sehingga 22 darjah pada hari tu, tetapi apabila tiba-tiba hujan keadaan tetap sejuk. Persediaan rapi amat perlu bila keluar rumah. Malaysia jugak yang seronok.
Fajar Menyingsing (4.30 am)
Mentari mula muncul di sebalik awal tebal
Sekitar jam 8.00 pagi
Waktu Magrib (9.40 pm)
Waktu Isyak (11 malam)
Tengah Malam (masa pendek)

Wednesday, May 28, 2008

Iklan Barat gambarkan Melayu pengganas disiasat

Berikut adalah keratan akhbar Berita Harian yang dikeluarkan semalam
Iklan itu berlatarbelakangkan suasana seperti baru selesai ’operasi keganasan’, ketua kumpulan pengganas berkenaan yang berbangsa Melayu, dirakam menembak ke udara sambil menyatakan dengan jelas dalam bahasa Melayu, “Akulah orang yang paling jahat dalam dunia ini. Mari lawan aku. Aku akan bunuh semua’. Shaziman berkata SKMM akan mengambil tindakan serta menyerahkannya kepada pihak polis selepas meneliti dengan lebih lanjut mengenai kandungan iklan itu. Beliau berkata terdapat 104 juta laman web di dunia dan agak sukar bagi SKMM untuk mengakses setiap laman web berkenaan. "Kalau ada orang ramai yang terjumpa laman web itu sila maklumkan kepada SKMM. Kita alu-alukan kerana rakyat Malayia kini lebih prihatin,” katanya. - Bernama
Sesiapa yang ingin melihat iklan tersebut klik disini.

Tuesday, May 27, 2008

Bremerhaven

Bremerhaven adalah satu bandar yang terletak ditepi laut sebelah barat Jerman. Jarak antara Bremerhaven dan Bremen tempat kami tinggal hanyalah kira-kira 60 km sahaja. Telah banyak kali kami berhajat untuk mengujungi bandar ini, tetapi asyik tertangguh. Padahal banyak kawasan-kawasan yang jauh telah kami lawati. Akhirnya baru-baru ini pada hujung minggu kami berkesempatan untuk melawat bandar ini. Ada tiga cara untuk ke sana dari Bandar Bremen ini. Pertama melalui jalan laut iaitu menggunakan cruise dari belakang kediaman kami. Kedua dengan keretapi, yang ini kami semua mempunyai semester tiket yang melayakkan untuk tambang percuma. Ketiga menggunakan jalan darat iaitu bas atau kereta. Kami telah memilih menggunakan jalan darat untuk ke sana. Perjalanan sejauh 60 km itu hanya melalui kawasan ladang di kiri kanan jalan. Kawasan perindustrian memang agak kurang di Bremenrhaven ini, sebab itulah mungkin bandar ini terkenal sebagai bandar yang mempunyai kadar pengangguran tertinggi di Jerman.

Memandangkan kami sampai di situ pada hari minggu, maka bandar tersebut agak lengang kerana semua kedai tutup pada hari Ahad. Bremerhaven tidaklah sebesar mana, tetapinya disebabkan lokasinya di tepi laut menjadikan ianya agak begitu menarik. Di sini jugalah tempat berlabuhnya kapal-kapal samada perlancungan atau perdagangan. Antara tempat tarikan di sini adalah zoo yang menempatkan haiwan-haiwan yang hidup di kutub.
Pelabuhan persinggahan kapal di Bremerhaven
Salah sebuah kapal untuk pelancung
Restoran di jeti
Bangunan hotel yang agak unik, menghadap ke laut, menaranya di buka kepada sesiapa pengujung untuk naik dan melihat seluruh bandar Bramerhaven
Sesat beberapa kali semasa mecari masjid di kawasan itu
Ternyata di Bremenhaven mempunyai masjid yang agak besar, walaupun tak sebesar masjid Fatith di Bremen tetapi sudah cukup menggambarkan kekuatan masayarakat islam di bandar itu

Friday, May 23, 2008

Basikal

Basikal sudah menjadi pengangkutan utama di German, malah juga di negara-negara lain di Eropah ini. Lebih-lebih lagi cuaca panas pada masa ini. Biasanya penunggang basikal ini akan mendapat keistimewaan kerana pemandu-pemandu lain akan memberi laluan penunggang basikal ini dahulu sebelum memasuki sesuatu simpang. Lorong khas berwarna merah disediakan tetap untuk penunggang basikal di semua jalan raya. Penunggang basikal ini terdiri dari segenap lapisan, bermula dari kanak-kanak sekolah sehinggalah kepada eksekutif. Malah ramai professor di universiti pun berbasikal datang ke tempat kerja. Di samping menjimatkan penggunaan petrol, ianya mungkin kaedah terbaik untuk bersenam.
Agaknya bila lah budaya berbasikal ini akan terlaksana di negara kita. Ada seorang staff Mint bertaraf pegawai yang berulang-alik dari Mint Bangi ke rumahnya di Bandar Baru Bangi dengan berbasikal sejauh 4 km setiap hari. Disebabkan tiada lorong khas, biasanya traffic akan panjang di belakang basikal tu. Kadang-kadang menimbulkan kemarahan pengguna jalanraya yang lain. Satu masa dulu warga Putrajaya juga digalakkan juga untuk berbasikal, tapi kempen tu tak berjaya. Mungkin tunggu harga minyak naik baru budaya berbasikal ini dapat dilaksanakan. Ataupun tunggu semua menteri datang kerja naik basikal baru orang lain ikut.
Lorong khas untuk basikal disediakan untuk penunggang basikal di semua tempat
Beginilah keadaan tempat letak basikal

Thursday, May 22, 2008

Final UEFA

Final UEFA Champions League 2008 telah berakhir di Moscow. Manchester United FC akhirnya menang mengalahkan Chelsea FC dengan sepakan penalti selepas seri 1-1 selepas masa tambahan. Gol MU dijaringkan oleh Cristiano Ronaldo manakala Chelsea oleh Frank Lampard. Secara keseluruhan permainan mereka agak seimbang.

Tunggu EURO 2008 pulak

Monday, May 19, 2008

Catatan di Kota Berlin

Hujung minggu kami berpeluang untuk megunjungi kota Berlin. Jarak anatara Bremen dan Berlin sekitar 450 km. Kami telah sepakat untuk memandu sendiri. Hampir jam 4.30 petang jumaat baru kami mula bertolak. Kali ni kami berpeluang menggunakan kenderaan Merc A180. Kali terakhir aku memandu sebelah kiri kira-kira 2 tahun yang lepas. Sesekali memandu sebelah kiri memang agak mencabar. Highway pada petang itu agak sibuk, mungkin disebabkan hujung minggu. Walaubagaimanapun sesekali jalan lengang, kederaan yang kami bawak meluncur sehingga 190 km/j. Kami menjangkakan jam 9 malam kami akan sampai, tapi perjalanan kami terganggu di sebabkan berlakunya kemalangan di lebuhraya tersebut. Keadaan traffic begitu teruk sekali. Hampir jam 11 malam baru kami memasuki kota Berlin. Kami terus menuju ke rumah seorang pegawai, yang bertugas di Jerman ini untuk bermalam di rumahnya. Ternyata kawasan kediamannya begitu strategic. Kediamannya betul-betul menghadap dewan teater yang begitu terkenal di sini. Di dewan ini jugalah pernah berlangsungnya festival filem peringkat antarabangsa dan juga red carpert. Bila ku tanya berapa harga sewa rumah, En Lah tu kata 3000 euro sebulan. Ini bermakna lebih kurang RM 15 ribu untuk sewa rumah saja sebulan. Itulah kadar sewa di tengah kota Berlin ini. Hari Sabtu En Tokiren yang berpejabat di pejabat kedutaan Malaysia telah menjemput kami untuk melawat ke seluruh peninggalan sejarah di kota Berlin ini. Ternyata Kota Berlin penuh dengan kesan-kesan peninggalan sejarah yang mampu menarik pelancung untuk datang ke sini. Kawasan sebelah Jerman Timur menyaksikan pembangunan begitu pesat. Banyak bangunan-bangunan menggunakan konsep moden di bina di kawasan itu. Berikut sebahagian foto yang boleh dikongsi bersama.
Salah satu bangunan agak unik (bersegi tajam) yang dibina di kawasan dahulu Berlin TimurFoto dirakam dari tempat penginapan yang menghadap kepada dom teater yang begitu terkenal. Kawasan ini meriah sepanjang malam.
Muzium Berlin pada waktu malam
Gerbang yang dikenali dengan nama Branderburger Tor
Bangunan Parlimen di kota Berlin ini sentiasa sesak dengan pelawat dan pengunjung untuk melihat rekaan dalaman bangunan ini di samping berpeluang menaiki dom bangunan tersebut.
Sungai yang menjadi tarikan pelancung menyediakan khidmat cruise yang belayar menyusuri sungai untuk melihat keindahan Kota Berlin
Garisan Tengah ini lah kesan tembok Berlin yang memisah Jerman Timur dan Jerman Barat satu masa dulu. Disebelah kanan adalah Jerman Barat manakala kiri adalah Jerman Timur
Tembok sepanjang 3 km ini dikekalkan sebagai kenangan dan juga bukti sejarah dua idealogi yang berbeza dapat disatukan serta musnahnya fahaman komunis di Jerman Timur