Sunday, March 19, 2006

Kisah Pakcik Tua dan Mid Valley

e-mail yang diterima dari seorang kawan
Saya menuju ke Post Office untuk menghantar pesanan CD-ROM 'Idea-Idea Bisnes Yang Hebat & Luar Biasa!' kepada para pelanggan saya tetapi rupanya post office di situ buka pukul 10.00am! Maka terpaksalah saya menunggu di situ, lagipun saya ada temujanji dengan pelanggan lain pada pukul 10.30am di Mid Valley juga. Saya pun berjalan-jalan tetapi tiada satu kedai pun yang dibuka. Yang kelihatan hanyalah pekerja pembersihan dan juga pekerja2 kedai yang membuat persiapan untuk perniagaan hari itu. Tetiba saya terpandang seorang apek tua yang menolak sebuah shopping trolley yang sarat berisi vacuum cleaner dan peralatan mencuci lainnya. Saya perhatikan beliau masuk ke sebuah kedai lalu memulakan kerjanya... mencuci dan membersihkan kedai! Saya hanya memerhatikan beliau bergerak dari sebuah kedai ke kedai yang lainnya. Setelah selesai mencuci kedai ke 7, beliau berjalan ke bangku untuk berehat sebentar. Saya pun pergi ke arahnya dan duduk di sebelah beliau. Saya katakan saya tertarik dengan apa yang dilakukannya dan ingin berbual dengannya sebentar. Beliau tersenyum lalu ketawa. Namanya Liew Kok Chan berusia 65 tahun. Hidup bersendirian setelah kematian isterinya 10 tahun lepas. 3 anaknya sudah berkahwin tetapi dah migrate ke UK, USA dan Australia. Uncle Liew mengatakan beliau merupakan pesara kerani di jabatan kesihatan. Namun disebabkan kesunyian dan juga untuk menampung perubatan penyakit diabetesnya, beliau harus mencari pendapatan tambahan. Pada umurnya 65 tahun, siapakah yang ingin mengambilnya bekerja? Lalu beliau berfikir mencari idea terbaik untuk mendapatkan wang dengan kudrat yang ada padanya! Nak tahu apa ideanya itu? Dengan bantuan jiran, beliau mengambil upah sebagai pembersih di sebuah kedai di Mid Valley dengan upah RM10 sehari.Kerjanya ialah vacuum lantai, buang sampah dan lap cermin. Itu sahaja! Semuanya boleh disiapkan dalam masa 15 minit sahaja! Uncle Liew bekerja dengan tekun dan ini menarik minat ramai lagi pemilik kedai yang lainnya! Beliau bawa peralatan sendiri dan upahnya berpatutan. Ini menarik pemilik-pemilik kedai lainnya untuk mendapatkan khidmatnya! Maka bermulalah kerjaya baru Uncle Liew sebagai pencuci 'freelance' di Mid Valley.

Sunday, March 12, 2006

Bahasa Jerman

Hari ni satu hari belajar bahasa Jerman. Pengajar Dr Abdul Malek, seorang rakyat Turki yang pakar dalam bidang Kesusasteraan Jerman dan boleh menguasahi 5 bahasa. Telah menetap 4 tahun di Malaysia dan berkahwin dengan orang Pasir Mas. Susah jugak rupanya belajar bahasa German ni. Nak mengingat satu hal, nak menyebutnya pun bukan main susah. Kadang-kadang bunyi macam arab, kekadang macam japan dan kekadang bunyi macam jawa. Setiap benda perlu diketahui samada jantan, betina atau keduanya sekali. Nak mengingatkan semuanya tu bukan boleh dalam masa yang singkat. Tapi apa hal pun insyaallah 3 minggu lagi aku akan pergi balik ke Jerman.

Wednesday, March 08, 2006

Hak Pekerja Wanita

Pada 17 Februari 2006, seorang pekerja wanita beragama islam Habsah Jaafar, yang berjawatan Pengarah Akaun telah di paksa berhenti kerja oleh majikan kerana bertudung. Asas yang digunakan oleh majikan adalah pekerja wanita dilarang memakai tudung semasa bertugas dan bertentangan dengan peraturan yang ditetapkan.

Jelas sekali Habsah Jaafar telah dinafikan haknya sebagai pekerja wanita islam di mana beliau tidak dibenarkan memakai tudung semasa bertugas. Ini bertentangan dengan kebebasan dan hak seorang wanita. Hak-hak mereka dijamin oleh undang-undang negara. Jaminan tersebut meliputi nyawa, agama, harta, kehormatan dan akal. Dalam Islam ia terkandung dalam matlamat pesyariatan syariat Islam (Maqasid as-Syariah). Jaminan ke atas hak-hak tersebut juga terkandung dalam Pelembagaan Persekutuan di mana agama Islam merupakan agama rasmi negara. Oleh yang demikian Habsah sebagai seorang Islam mempunyai hak untuk bertudung semasa bekerja sebagaimana yang dinyatakan dalam Pelembagaan Persekutuan. Di samping itu juga, terdapat dalam Bahagian Kedua Perlembagaan yang membuat peruntukan mengenai kebebasan asasi (Fundemental Liberties). Implikasi daripada jaminan tersebut meletakkan kumpulan minoriti dan wanita dapat menikmati apa jua yang dinikmati oleh kumpulan majoriti dan lelaki.

Habsah Jaafar sebagai wanita islam yang patuh kepada perintah Allah SWT supaya menutup aurat sebagai bukti ketaatan dan perlindungan Islam terhadap pandangan lelaki yang tidak berhak memandangnya.Beliau mengambil tindakan untuk berhenti kerja supaya ianya menjadi pengajaran kepada majikan supaya mengambilberat tentang keperluan agama dan ianya menjadi suatu tanggungjawab kepada semua wanita muslim untuk menutup aurat apabila berada di luar rumah.

Dalam kes Habsah Jaafar, tiada perlanggaran Akta Kerja 1955 di mana mangsa sendiri telah berhenti kerja dan bukannya dibuang kerja. Walaubagaimanapun majikan boleh diambil tindakan sekiranya pembuangan pekerja dibuat berdasarkan hak dan kebebasan pekerja samada wanita atau lelaki.

Terlalu banyak faktor yang telah mengkaburkan keistimewaan serta memerosotkan kedudukan wanita kini. Antaranya adalah kedangkalan pengetahuan agama sehinggakan nama baik agama Islam sering sahaja disamakan dengan keganasan dan penindasan hak oleh pihak-pihak yang berkepentingan. Al-Quran di dalam ayatnya banyak berbicara tentang wanita. Ayat-ayat tersebut mencakupi pelbagai aspek kehidupan wanita khasnya. Terdapat ayat yang berbicara tentang hak dan kewajibannya, ada pula yang menghuraikan keistimewaan-keistimewaan tokoh-tokoh wanita dalam sejarah agama atau kemanusiaan. Jika diteliti perihal penglibatan wanita di dalam bidang pekerjaan pada zaman kebangkitan Islam, tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa Islam membenarkan mereka aktif dalam pelbagai aktiviti pekerjaan. Para wanita dibenarkan bekerja dalam pelbagai bidang di dalam atau di luar rumah dengan syarat pekerjaan tersebut dilakukannya dalam suasana terhormat, sopan, serta senantiasa memelihara agamanya dan menghindari daripada perkara-perkara negatif dari pekerjaan tersebut terhadap diri dan persekitarannya.

Realiti yang berlaku di negara kita sejak negara mencapai kemerdekaan sampai ke hari ini menunjukkan setiap kaum dan bangsa tidak dinafikan hak-hak mereka, bahkan dalam beberapa perkara diberikan perlindungan dan jaminan melalui undang-undang negara. Di negara kita seperti juga di kebanyakan negara-negara lain bagi menjamin hak-hak seseorang dan kumpulan itu tidak dinafikan, kerajaan telah menubuhkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM). Kerajaan juga telah menerima deklarasi Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDHR), beberapa teriti dan kemanusiaan lain, termasuk mengenai wanita. Bahkan dalam beberapa aspek kedudukan wanita di negara ini jauh lebih baik berbanding di sesetengah negara Islam. Ada undang-undang yang menjamin hak-hak mereka dan kesatuan yang menguruskannya. Mereka boleh terlibat dalam semua sektor pekerjaan dan perkhidmatan yang tidak menyalahi undang-undang negara dan penyertaan dalam pembangunan negara. Bagi menjamin hak-hak tersebut dihormati dan tidak dicabuli, terdapat badan-badan yang mengawasi termasuk mahkamah-mahkamah diberi kuasa dan bebas untuk membicarakan isu menyalahi hak-hak apabila berlaku pertikaian.

Islam membenarkan wanita keluar bekerja berdasarkan kepada keperluan seperti ketika ketiadaan suami, ketidakupayaan suami atau bekerja dalam jawatan yang memerlukan khidmat wanita serta bidang yang bersesuaian. Tujuan atau niat untuk keluar bekerja itu mestilah murni, sama ada untuk membantu keluarga atau menyampaikan kesedaran Islam kepada wanita lain. Namun begitu, kerja yang dilakukan mestilah bersesuaian dengan sifat kewanitaan dan kerja tersebut tidak akan menjejaskan peranannya sebagai isteri dan ibu. Restu yang diberikan daripada penjaga, bapa atau suami, menjaga kehormatan diri, sentiasa memelihara kehendak syarak seperti ,menutup aurat, sentiasa menjaga tata susila dan terhindar daripada perlakuan bebas dengan lelaki. Apa yang pasti dengan keluarnya wanita bekerja tidak akan mengubah atau mengabaikan tanggungjawab utamanya sebagai serikandi dan bidadari dalam rumah tangga. Apabila memperkatakan peranan dan sumbangan wanita dalam pembangunan masyarakat dan negara, sejarah membuktikan bahawa sejak zaman Rasulullah, wanita secara aktif memainkan peranan mengikut batas yang ditetapkan. Misalnya, wanita bersama-sama lelaki mempelajari ilmu dan petunjuk Islam. Kebebasan dalam mencari ilmu dan menyumbangkan apa yang dipelajari, dapat dipraktikkan oleh wanita dalam usaha, membantu dalam masalah kepincangan dan kebejatab di kalangan muda-mudi.

Wanita yang bekerja perlu memastikan keperluan rumahtangga dan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu perlu dilaksanakan sebaik mungkin walaupun mereka terpaksa bekerja pada siang harinya dan ketika di pejabat mereka juga perlu memberikan komitmen yang penuh untuk melunaskan tugas yang diberikan kepada mereka. Wanita perlu menghargai kepercayaan yang diberikan oleh suami kepada mereka dan perlu menjaga nama baik suami dan keluarga ketika berada diluar dan pihak suami sewajarnya memberi perhatian dan panduan serta bimbingan sekiranya isteri mereka memerlukan pendapat dan tempat untuk meluahkan masalah kerana sifat tolak ansur dan tolong-menolong ini mampu melahirkan keluarga yang aman bahagia.

Kes Habsah Jaafar sepatutnya tidak berlaku jika majikan benar-benar memahami dan menghormati hak pekerja wanita islam. Ini diperkuatkan lagi dengan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan dalam Perlembagaan Malaysia dan Akta Kerja 1955. Di samping itu, islam ditegakkan di atas prinsip-prinsip yang jitu serta adil, saksama, amanah dan bertanggungjawab kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa, keturunan dan fahaman agama, tidak memandang rendah mana-mana golongan. Hak-hak mereka dilindungi oleh undang-undang dan apabila timbul pertikaian ia boleh diselesaikan oleh mahkamah atau badan seumpamanya.

Saturday, March 04, 2006

Pembangunan dan Alam Sekitar

Negara dikejutkan dengan peristiwa banjir mengejut di Shah Alam. Hujan yang turun selama 4 jam telah menyebabkan kerugian berjuta ringgit. Di mana punca masalah perkara ini, apakah pembangunan yang kita rancang mengenepikan pemeliharaan alam sekitar?

Penggunaan sumber secara giat pada masa kini akan menyebabkan sumber berkenaan mengalami susutan / kehabisan pada masa depan. Maka, pembangunan masa hadapan akan tersekat akibat perancangan pembangunan yang tidak teliti pada masa ini. Negara Dunia Pertama telah menghadapi masalah alam sekitar terlebih dahulu dan telah berjaya menyekat dan memulih masalah yang timbul. Negara Dunia Ke-3 atau negara membangun yang menghadapi masalah ini masih berusaha mengatasi dengan pelbagai cara.

Manusia memerlukan sumber alam untuk pembangunan. Peningkatan penggunaan sumber dan pengeluaran kerap memberi implikasi kepada alam. Masalah yang nyata adalah kepada kemerosotan, kehabisan dan kemusnahan sumber alam. Kestabilan alam akan tergugat melalui aktiviti pembangunan tidak terancang.

Bagi tujuan pemeliharaan dan pemuliharaan alam pembangunan yang menekankan kos ekonomi dan kos sosial perlu mengambilkira agar pencemaran / kemusnahan yang minimum kepada sumber-sumber alam dan alam sekitar. Angkubah alam sekitar perlu diambil kira dalam perancangan pembangunan.

Banyak meeting di peringkat antarabangsa berkenaan pemeliharaan alam sekitar telah dibuat, antaranya seperti 1972 Stockholm United Nations Conference on the Human Environment 1972 Stockholm United Nations Conference on the Human Environment dan1987 World Commission on Environment and Development (WCED), Brundtland report: Our Common Future. Daripada Deklarasi tersebut 27 Prinsip telah di rangka bagi tujuan pemeliharaan alam sekitar. Persetujuan antarabangsa telah diputuskan yang menghormati kepentingan integriti alam sekitar dan sistem pembangunan secara global. Penekanan adalah diberikan kepada individu dalam masyarakat.

Pembangunan lestari amat penting dan perlu dinilai bagi keperluan jangka masa yang panjang. Penilaian pembangunan lestari juga perlu menitikberatkan kos sosial di samping kos ekonomi.

Friday, March 03, 2006

ITTAR Perai

Tiga hari dua malam bertapa kat Genting Highland untuk baikpulih silibus kursus induksi. Setiap malam tidur pukul 2, macam tu la setiap kali outstation. Turun dari Genting petang ni ingat nak balik terus ke rumah, tapi 3 orang kawan dari ITTAR Prai call, katanya dah sampai Putrajaya, nak jumpa jugak. Terpaksalah aku ke ofis. Banyak cerita yang aku dengar petang ni berkenaan ITTAR Perai. Ada cerita yang seronok dan yang tak seronok. Tapi kebanyakannya tak seronok. ITTAR Perai ni dulunya ILP Perai, tempat aku mula kerja 20 tahun yang lalu. Itulah satu-satunya ILP yang pertama dan terakhir diswastakan. Baru-baru ni seramai 35 orang kena retrenchment, sekarang ni yang tinggal hanya 22 orang termasuk 12 pengajar. Ada yang macam dah hilang pedoman, memang kesian…. Agaknya kalau aku masih kat sana, senasib dengan mereka. Harap-harap usaha sorang kawan tu untuk cuba ambil alih institut tersebut berjaya. Sekurang-kurangnya nasib mereka akan terbela.

Tuesday, February 28, 2006

Minyak naik lagi

Hari ini negara dikejutkan dengan kenaikan harga minyak. Kenaikan sebanyak 30 sen seliter merupakan kenaikan terbesar dalam sejarah negara. Sebaik diumumkan semua stesen minyak menerima pelanggan yang diluar dugaan sebelum menjelang pukul 12 malam. Kenapa harga minyak melambung naik?

Kenaikkan harga minyak ini bukan hanya dirasakan di negara kita, malah di seluruh dunia. Harga bahan bakar minyak akan terus naik lagi. Ada beberapa penyebab yang memangkin kenaikan harga bahan bakar minyak. Keadaan politik yang tidak menentu di Timur Tengah memainkan peranan. Ketegangan Iran dan kuasa imperial Amerika dalam bab kuasa nuklear menjadikan harga minyak tidak stabil. Jika Iran diserang oleh Amerika atau oleh Isreal pasti harga minyak akan melintasi lebih dari 100 dolar satu tong.
Peratus penggunaan bahan bakar minyak terbanyak ialah untuk pengangkutan. Bayangkan sayur-sayuran tropikal segar yang dijual dalam pasar Kota London atau Paris saban pagi diterbangkan dari Kenya Afrika. Air anggur yang dihidangkan di restoran Talawi Bangsar didatangkan dari Itali, Perancis, California atau Chile. Daging di pasaran kita datangnya dari India, New zealand atau Australia. Ayam, ikan dan beras kita diangkut datang dari negara Siam.Gaya hidup menerima bahan makanan yang didatangkan atau diterbangkan dari negara luar yang beribu-ribu kilometer jauhnya ketika ini mungkin tidak pernah kita fikirkan secara mendalam implikasinya. Kita hanya menerima ini sebagai satu keselesaan cara hidup moden. Kita anggap ini adalah sistem ekonomi yang berbaloi. Kita tidak memikirkan bahawa cara hidup sebegini boleh dilakukan kerana berasaskan bahan bakar minyak petrol yang murah.

Kita jarang didedahkan dengan isu minyak semakin berkurangan dalam perut bumi. Media arus perdana masih segan untuk menimbulkan hakikat ini. Kita wajib berani memikirkan sesuatu di luar kerangka pemikiran yang kita pakai pada ketika ini. Kita wajib berfikir pada tahap yang kita tidak berani memikirkannya. Memang betul adalah amat menakutkan untuk berfikir dan membayangkan tentang kekeringan bahan bakar minyak ini. Tetapi kita tidak memiliki pilihan melainkan untuk berfikir ke arah ini.

Sunday, February 26, 2006

Pengaruh Barat

Bagaimanakah penjajah mempengaruhi pendidikan Negara?
Apakah sifat mulia yang perlu diterapkan dalam sistem pendidikan dan institusi pembangunan?
Bagaimana cara mengikis belenggu penjajahan Barat?
Apakah definasi indeks yang diguna pakai dalam mengukur indeks pembangunan insan?
Adakah pemabangunan fizikal dan seperitual Negara seimbang?

Sejarah silam membuktikan teori dalam tamadun di panggil teori kitaran, sejauh mana kebenaran dan kemungkinannya?

Orientalism
Orang Barat mempelajari sesuatu dari Timur dan apabila kita memerlukan kita terpaksa meminta sedekah.

Occidentalism
Kita perlu ke Barat untuk belajar sesuatu daripadanya dan suatu hari nanti mereka akan datang pada kita setelah kita menguasai tamadun dan teknologi.


Adakah suatu masa nanti kita berjaya menguasai Barat?

Thursday, February 23, 2006

Peminat Mawi

e-mail dari seorang kawan

Ini kisah orang sakit mental yang minat MAWI.
Satu hari seorang pengawal membuat rondaan disetiap bilik orang sakit mental, dalam rondaannya dia terdengar nyanyian yang merdu walupun tak bunyi macam suara Mawi tapi suaranya memang hebat dengan suaranya yang tersendiri mengalunkan lagu Intifada. Kata pengawal itu dalam hatinya,"tak sangka ada juga orang yang sakit mental ni boleh menyanyi dengan hebat. Ingatkan radio atau kaset yang dipasang oleh pengawal yang lain." sambil melihat dari luar pesakit tu menyanyi sambil telentang di atas katilnya.
Pengawal terus melalui bilik itu dan berjalan terus untuk meronda kebilik2 pesakit yang lain. Setelah selesai pengawal berpatah balik. Apabila sampai ke bilik pesakit mental yang menyanyi tadi ia masih menyanyi tetapi kali ini lagu aduh saliha pulak. Dia menyanyikannya memang hebat, bagus sekali tone suaranya, cuma dia sakit mental aje kalau tak boleh buat album....tapi kali ini dia menyanyikan lagu aduh saliha tu dalam keadaan meniarap, lagu intifada yang mula2 tadi terlentang? pengawal tu hairan dan bertanya pada pesakit mental tu... "kenapa kamu menyanyi meniarap? tadi terlentang?" Jawab pesakit mentaltu.....
"Tadi SIDE A...ini SIDE B lah pulak...."

Tuesday, February 21, 2006

Rush

Dah lama aku tak bawak kereta laju, lama dah aku tinggalkan perangai tu. Kene pulak mem selalu membebel kalau bawak kereta laju. Tapi baru ni aku terpaksa bawak laju. Ada program 3 hari di Batu Pahat, disebabkan kami ada 9 orang masing-masing bersetuju untuk gunakan kederaan ofis, pandu sendiri. Booking 3 trooper. Satu trooper aku drive. Bertolak dari Putrajaya pukul 6.30 pagi. Pukul 8.30 pagi sepatutnya program bermula. Terpaksa bawak laju, 150 km/j - 160 km/j dan kadang-kadang 170 km/j. Sampai di satu tempat sekitar Seremban ada satu lori tengah potong satu lagi lori, so aku terpaksa ikut belakang lori tersebut di line kanan. Tapi adala satu kereta di belakang aku follow rapat dan high beam beberapa kali, mungkin suruh aku ke tepi. Masa tu memang geram betul, macaman aku nak ke tepi, depan dan kiri lori besar, bukan dia tak nampak. Lepas lori depan tu ke kiri aku segera bagi kereta belakang tu potong, nak tenguk kereta sport jenis apa. Rupanya cuma kelisa, tetiba geram tadi dah hilang, jadi lucu pulak. Lepas tu terpaksala aku terbalas balik (tak sengaja) supaya kereta tu ke tepi. TKP kat sebelah aku senyum je. Tepat 2 jam sampai kat Batu Pahat untuk perjalanan sejauh 340 km. Harap-harap takla kena saman.... Lain kali tak mau buat dah, kena pergi awal..

Thursday, February 16, 2006

Proposal

Sejak beberapa hari ni memang agak sibuk, ada bengkel di Royal Aldephi Seremban. Tujuan adalah untuk membangunkan coaching manual dual training system. Dalam masa yang sama aku jugak kena mengadap co-supervisor, dekan fakulti pendidikan UPM. Terpaksala berulang-alik, mujur dia dah setuju proposal tu. Peringkat awal meeting hari tu memang banyak yang di komen. Ini la delima buat research, 1 st supervisor dah agreed, malah dah betulkan word by word tapi bila pergi 2nd supervisor kene betulkan lagi. Yang susahnya kita..... Bila dia dah kata 'ok, setuju! boleh dah boleh hantar proposal ni kat german', rasa lega sedikit. Walau macamana pun aku masih tak puashati dengan paper tu, banyak yang perlu dibetulkan.

Sunday, February 05, 2006

Kau Dunia ku

Sejak kebelakangan ini memang agak sibuk, tak ada masa rehat langsung. Terpaksa kerja 7 hari seminggu. Susah jugak sebenarnya belajar sambil bekerja ni. Nak update blog ni pun tak sempat. Sebenarnya ramai yang bertanya, lagu sapa di sebalik blog ini. Lagu ini dicipta dan dinyanyikan oleh nak saudara. Mang namanya, tajuk lagu ’Kau duniaku’. Dia ni memang ada kebolehan semula jadi mencipta lagu dan bermain muzik. Banyak juga lagu-lagu nya yang sedap-sedap. Ayah dia pun pelik masa bila dia belajar muzik, sebab dia kata dia akan marah kalau budak Mang ni bawak balik gitar. Kebolehan Mang ni telah di dihidu oleh seorang penulis novel terkenal dan khabarnya penulis ni telah mengikat kontrak dengan Mang dan membelanjakan sejumlah wang untuk membina studio khas. Dengar cerita Mang ni pun dah rakam album atas nama BS Boy, cuma tunggu masa untuk pasaran. Salah sorang yang terkeluar dari bidang, masa belajar ambil Mekatronik, tapi akhirnya masuk bidang muzik. Walau macamanapun semoga Mang terus succes.

Wednesday, January 18, 2006

Hantu Bersin

Para pengkaji terutama dari barat tidak pernah berhenti mengkaji, mengkaji dan mengkaji. Kadang-kadang tek terpikir pun kita perkara yang dikaji tu. Macam kes hantu kita tak pernak mengkaji secara saintific, tapi kita mencari hantu. Orang putih menggunakan peralatan sains untuk mengesan hantu. Disesuaikan keujudan hantu denngan teknologi yang dia ada mereka cuba belajar berkenaan dengan hantu agar dapat memberikan sesuatu yang berfaedah untuk manusia sejagat. Orang kita pulak mencari hantu, sesetengah memuja hantu dan yang lagi teruk menjadi hantu. Persoalan hantu dari dulu kini dan selamanya tak kan habis. Daripada kita percaya hantu dan menjadi hantu adalah lebih baik kita belajar ilmu sesuatu yang berguna yang boleh digunakan oleh masyarakat sejagat, dan kita pusakakan kemada orang kemudian dah tentu ada faedahnya. Tapi itulah masyarakat kita kalau ceritanya ada tema hantu, laku filem tu, kalu filem la....kalau majalah, laku majalah tu…. lepas tu jadi takut, sendiri tenguk sendiri takut. Kalau rumah 2 tingkat nak naik atas jadi takut, budak-budak jangan cakapla, naik atas kena berteman. Itu belum rumah kondo, seram je rasa. Pasal apa datang gambaran macam itu…sebab selalu sangat tenguk cerita hantu. Bukan salah kita ambik tahu berkenaan hantu, tapi janganlah sampai ke akar umbi. Baru-baru ni seorang pakar dari US, Dr Pattywood mengkaji bersin, dan menurut kajiannya ada 547 jenis bersin. Setiap bersi boleh mwncerminkan perangai seseorang. Daripada 547 jenis bersin ini dibahagikan kepada 4 supaya senang dipaham. Orang yang bersin kuat merupakan karisma yang kuat, berpengaruh, boleh memimpin denga baik. Orang yang bersin perlahan, orang yang lebih tenang, relek dan boleh diharap. Orang yang bersin dengan menutup mulut dengan tisu menandakan ianya amat beradap sopan. Orang yang tak sabar-sar dengan bersin ni jenis orang yang tak suka perkara yang mengarut, mau semuanya pantas, mau cepat, suka berterus terang dan tak suka berselindung. Orang jenis ni tak suka cerita hantu, tak suka puja hantu tapi mungkin tak mustahil jadi hantu. Bersin adalah satu kaedah mengeluarkan sesuatu dari hidung. Ianya juga disebabkan alahan kepada sesuatu. Antaranya seperti menyikat rambut, cabut bulu kening, gosok kelopak mata dan macam-macam lagi termasuklah terhidu serbuk kari.
Image hosted by Photobucket.com
Agaknya hantu macam ni ke

Tuesday, January 17, 2006

Warna

Sebahagian kata-kata Dr Tuah di RMS - 7.30 pagi ini
Warna menyumbang emosi dan perilaku kita. Jangan takut untuk pakai warna yang terang-terang. Jika kita mahu orang sentiasa bahagia dan ceria berurusan dengan kita, kita kena pamerkan bahawa kita amat seronok, amat suka dan amat gembira. Kita pakai yang terang-terang mencerlahkan emosi kita, dah tentulan orang akan menunjukan suka pada kita. Kalau pergi kenduri kawin, elok kita pakai yang terang-terang, menunjukan kita suka. Jadi orang pun tak segan silu untuk menunjukan kesukaan pada kita, maka terbentuklah hubungan yang cantik, yang indah dan yang mesra. Kerja itu lantaran memerlukan output yang optimum, kita kena serlahkan stail kita untuk menarik minat untuk bekerja. Kalau tak pakai yang berwarna-warna pun sekurang-kurang bawak sapu tangan berwarna atau pen berwarna ataupun jam berwarna. Allah menciptakan alam dengan memberikan warna-warna yang indah. Semua yang diciptakan itu adalah untuk memberikan faedah kepada manusia. Serlahkan kecermelangan anda dan serlahkan keperibadian anda. Semua yang dilakukan dengan penuh ceria dan gembira akan berjalan dengan mudah dan lancar, sebaliknya jika kerja dlakukan dengan murung dan masam akan membantutkan semua kerja.

Monday, January 16, 2006

Serupa tapi tak sama

Dipetik dari tulisan seorang rakan
Islam itu hanya satu, tidak ada istilah ekstrimis dalam islam, tidak ade istilah moden dalam islam, islam adalah islam, islam adalah kesederhanaan.

Bagi mereka yang mencari sesuatu kelainan dalam islam, maka mereka tidak akan menemui islam yang sebenarnya. Sebab itu didalam al Quran telah menyatakan pelbagai ganti nama bagi orang Islam spt. Mukmin dan Mukminah, Muslimin dan Muslimah. nampak macam sama, tapi sebenarnya berbeza. Ada yang muslim tapi bukan dari golongan mukmin. Ada yang muslim tapi bukan dari golongan yang sabar. Sama juga perbezaan antara orang orang kafir, orang orang musyrik, orang orang fasik
Contoh lain :
orang-orang yang khusyu'
orang-orang yang bertakwa.
orang-orang yang sabar
orang-orang yang benar
Hai orang-orang yang beriman,
orang-orang yang beruntung
orang-orang yang ruku'
orang-orang yang saleh.
orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah

dan lain lain.....

Kenapa mesti Allah memanggil mereka dengan pelbagai gelaran. Kerana sikap manusia ini berbeza beza. Merompak adalah suatu yang dilarang oleh semua agama namum 'Botak Chin' merompak, 'Bentong Kali' merompak, 'Mat Komando' juga merompak. Kesemua mereka berlaina agama. Kejahatan adalah perlakuan sesaorang bukan sesuatu kaum atau keluarga. Keluarga 'Botak Chin', 'Bentong Kali', "Mat Komando' tidak pula merompak. Jadi wajarkah Islam dijadikan paksi kejahatan. Sedangkan serangan 11 September tersebut tiada suatu bukti yang nyata dan sahih ianya dilakukan oleh seorang Islam, apatah lagi seorang mukmin yang mengikuti jejak langkah Rasulullah s.a.w.

Namun, apa boleh buat, telah tertulis ditakdir seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. orang orang Islam diakhir zaman adalah seperti buih buih dilautan, banyak tapi sering dihanyukan oleh ombak.

Ya, Allah Selamatkanlah hambamu ini dari fitnah akhir zaman.


Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com
Sama tapi tak serupa (Gambar yang diambil selang 2 hari di Bremen)

Pagi Minggu

Sejak kebelakangan ni memang sibuk betul. Dateline submit project proposal dah dekat, sampai tak sempat nak update blog ni. Susah jugak sebenarnya belajar sambil bekerja ni. Dalam masa yang sama perlu pikir kerja dan belajar. Aktiviti masyarakat jugak perlu diambilkira. Kadang-kadang bagus juga, sebab tak ada masa terbuang. Setiap masa cukup bermakana. Dalam sibuk ni pun sempat juga pagi minggu bawak famili ke Taman Tasik Cempaka untuk berjoging. Rupanya baru tau setiap hujung minggu memang ada program senamrobik selama setengah jam yang dikendalikan leh Majlis Belia Malaysia. Ramai juga rupanya warga BBB yang turut serta. Seronok jugak dapat sesekali join. Balik dari jogging terus pergi gotong royong bina pondok kawalan keselamatan di taman, walaupun yang hadir hanya sekitanr 20 orang tetapi dah cukup untuk menyiapkan pondokseluas 10 x 12 sebelum tengahari.

Saturday, January 07, 2006

Foreign workers

A very important question to ask and analyse is how on earth did the foreign workers got to become so many. How and why did Malaysia get into such a serious problem where more than 20% of its workforce are foreigners ? When asked why we have millions of foreign workers, the answer from our typical economic reports and advisers would place the blame on Malaysia’s tight labour market conditions and her sustained economic growth. Is this really the cause of our labour problem ? Come on please do not kid the simple Malaysians. Surely the question that we have to ask is why were we generating economic growth that only sucked in the low wage, low skill foreign workers. Why were we not attracting the industries and businesses that would suck in the skilled and professionals instead ? Why were our industries, companies and businesses and government departments not modernising, restructuring and improving their productivity ? Why is it that Japan, South Korea, Taiwan and Singapore, economies that enjoyed sustained growth more rapid and more prolonged than Malaysia ever did, did not end up with such foreign workers problem? Why is Malaysia so reliant on millions of Indonesians workers? If the Malaysian labour market is so tight and causing millions of foreign workers to be sucked in or to be retained, why do we not resort to retrenchment when times are bad or when the economy is in recession ? Why do we not allow market forces to shape and restructure the economy including the labour market ?

Wednesday, January 04, 2006

Angah

Akhirnya Angah dapat jugak masuk ke Sek Men Jln 4. Sekolah ni merupakan sekolah pilihan di BBB, tapi tak ada asrama. Susah sikit nak masuk sekolah ni, kreteria utama kena 5A dalam UPSR. Kena pulak perempuan, susah sikit nak dapat. Sekolah tak la jauh sangat, lebih kurang 5 km dari rumah. Yang jadi masalah setiap pagi jem depan sekolah. Semua orang hantar serentak.

Taklimat di KUITTHO

Bertolak dari rumah sesudah subuh, Tn Hj Ghalip datang menjemput dengan kenderaan pejabat. Perjalanan agak lancar, 2 jam dari tol Bangi ke tol Air Hitam. Speed 150 - 160 km/j. Dalam jadual taklimat sepatutnya pukul 9.30 pagi. Pukul 9 kami dah sampai di kampus. Taklimat pagi ni adalah penerangan berkenaan perjalanan kursus, disamping bertemu dengan penyelia. Semua internal & external supervisor dari semua universiti turut sama dijemput. Ada sebahagian penyelia yang pernah duduk dalam kelas aku masa kursus induksi. Jadual yang diberikan agak ketat. Selepas perjumpaan dengan supervisor masing-masing, semua orang dah jadi pening.

Friday, December 30, 2005

Coaching Manual

Tiga hari berkampung di Puteri Pan Pacific JB untuk develope coaching manual bagi dual system. Di samping pegawai-pegawai dari MLVK, turut terlibat juga adalah wakil dari KBS, JTM, GMI dan Pendidikan. Walaupun kerja sampai pukul 11 malam tapi masih tak sempat untuk menghabiskan keseluruhan.
On the way balik singgah di KUITO Batu Pahat untuk pendaftaran program PHD. Maka bermulalah hari ini aku kembali semula sebagai student tua secara part time. Selepas tu sempat ziarah Rahman dan EN Norman di ADTEC Batu Pahat

Monday, December 26, 2005

Kenduri rumah Mahsuri

Dua hari sibuk di malis kenduri majlis berkhatan salah seorang penduduk taman. Gotong-royong bermula dari semalam. Penglibatan warga taman dalam menjayakan majlis ini amat membanggakan. Bermula dari memasang kemah, penyediaan bahan, memasak dan menghidang, semuanya dilakukan bersama. Walaupun majlis yang dibuat tidak sebesar mana, tetapi ini merupakan satu langkah permulaan yang baik dalam membentuk satu team kumpulan pakatan yang dicadangkan. Dari segi menu, setakat beriani, beriani gam, rendang, masak merah, daging masak hitam, pajeri & dalca, masing-masing dah tak ada masalah. Sebenarnya banyak faedahnya kenduri dibuat secara bergotong royong ni, di samping menjimatkan ianya merupakan tempat untuk berkumpul dan bertemu ramai-ramai.