Monday, August 29, 2005

Tribunal kes di Alor Setar

Hari ini terpaksa ke Alor Setar untuk menjadi saksi di tribunal bagi kes pelajar saman pusat bertauliah. Ikut jadual flight pukul 7.45 pagi, so aku pun check-in pukul 7.05 pagi. Tapi kaunter bagitau telahpun ditutup sebab jadual penerbangan telah dipinda pukul 7.15 pagi dan aku tak dimaklumkan perubahan ini. Ini bermakna flight akan berlepas 10 minit lagi. Kaunter tu bagitau next flight pukul 1.15 tgh. So aku pun terus cari pegawai dan mintak bantuan atas alasan court kes. Alhamdullilah berhasil, terpaksa berlari ke gate B5. Elok je aku masuk, flight pun berlepas. Hari ini dalam sejarah sebab terpaksa kejar kapal terbang.
Perjalanan kes di tribunal agak tegang dan tiada sebarang penyelesaian. Kes akan didengar semula pada satu masa yang akan ditetapkan kelak. Aku pun tak dapat nak simpulkan yang mana betul samada pelatih atau PB. PB declare latihan dah complete, pelatih pulak maklum latihan tak memuaskan dan tak ada kemahiran langsung. Presiden tribunal menetapkan PPL untuk turut hadir semasa perbicaraan akan datang. Kes di tribunal selesai jam 12 tengahari, semasa on the way untuk dapatkan teksi 5 orang yang membawa kes ini dah menunggu aku kat luar. Mereka cuba cerita keadaan sebenar di mana latihan tidak dijalankan dengan sewajarnya, malah diajar bagaimana untuk meniru portfolio. Tak taula aku…mana sebenarnya yang betul. Apahal pun tunggu kes ni akan didengar semula nanti. Harap-harap mereka boleh selesaikan diluar tribunal. Flight balik dapat pukul 3.15 petang, sementara tunggu untuk berlepas Rahmat telah ke airport dan ajak aku pergi rumah dia. Memang rumah dia tak pernah lagi aku sampai.

Sunday, August 28, 2005

Induksi di Lagenda

Hari ini terpaksa jadi fasilitator kursus induksi di Kolej Lagenda Mantin, ini bermakna dah masuk 3 minggu berturut-turut aku ada tugas rasmi hari Sabtu dan Ahad. Ini kali pertama aku sampai di Kolej ini. Satu persekitaran kampus yang baik. Semua peserta kursus adalah dikalangan pensyarah college yang mana semuanya dah ada master dan sebahagian sedang buat program PHD. Sebahagian besar tidak pernah terlibat dan tidak mengetahuai program MLVK. Penglibatan mereka dalam bidang ini disebabkan merekan akan telibat samada sebagai PP atan PPD bagi program baru yang sedang dalam proses permohonan pentauliahan. Perjalanan kursus berjalan deangan lancar. Banyak persoalan yang ditimbulkan oleh peserta. Sebelah petang terima permohonan dari Pengurus Pusat agar program ditamatkan awal memandangkan sebahagian besar pensyarah akan terlibat dengan proses permohonan LAN pada hari berikutnya. Aku tak jadi masalah, so program petang ni ditamatkan awal sejam iaitu pukul 4.30 petang.

Saturday, August 27, 2005

Seminggu di Pantai Timur

Hari Pertama
Perjalanan dari KL ke KB dengan melalui Gua Musang agak membosankan. Memang menjadi lumrah setiap musim cuti sekolah jalan raya agak sibuk. Di samping itu sepangjang perjalanan terdapat 3 road block, sepatutnya musim cuti begini polis sepatutnya mengurangkan aktiviti tersebut bagi mengurangkan lagi kesesakan lalulintas. Perjalanan dari kuala lipis ke Gua Musang juga sering terganggu dengan beberapa kenderaan berat yang bergerak terlalu perlahan. Di kawasan ini juga merupakan kawasan berbukit dan banyak double-line. Tujuh jam perjalanan baru sampai ke Kota Bharu. Sebelum ke Riverview Hotel, singgah makan kenduri di rumah En Mustapa, PT ofis. Aku ingat aku orang terakhir rupanya masih adalah kemudian dari aku. Malam sempat ronda Wakaf Che Yeh. Sekri dan Fikri mengujungi aku di hotel.

Hari Kedua
Dialog KP dengan CEO berjalan dengan lancar. Seramai 40 CEO PB telah hadir pagi tu. Banyak juga persoalan yang ditimbulkan oleh PB. Seperti biasa PB sering tidak berpuashati dengan PPL, mana-mana tempat akan menyebut kaedah verifikasi yang tak standard.

Hari Ketiga
Appoiment dengan pensyarah Politeknik Kota Bharu bagi tujuan penilaian PPT bagi calon-calon di bawahnya. Penilaian tidak menghadapi sebarang masalah. Semua calun adalah lepasan ILP yang kebanyakannya telah mempunyai PW4 Suruhanjaya Tenaga. Bukti yang dikemukakan juga lengkap dan masing-masing layak untuk dianugerahkan SKM mengikut tahap yang dipohon.
Sempat mengunjungi mertua di Kuala Berang. Duku di rumah abang tengah banyak, tetapi kadaan cuaca yang sering hujan maka agak sukar untuk menurunkan buah tersebut. Satu masa dulu duku Terengganu ni cukup mahal, kadang-kadang balik kampung pun susah nak makan sebab kebanyakan pokok telahpun dipajak. Biasanya dari Singapura. Kalau ada 10 pohon pun boleh pergi Mekah setiap tahun. Masa tu harga di sini pun paling murah pun RM 4 sekilo, tapi sekarang ni tinggal RM 1 sekilo. Kat mana silapnya pun tak tau. Sehinggakan banyak buah terbiar begitu sahaja.
Hari ni teringat satu surat untuk minta kerjasama klinik kesihatan Bandar Baru Bangi bagi turut serta dalam hari keluarga di taman, sepatutnya surat tu perlu dihantar minggu ni tapi terbawak dalam beg. Terus mengunjungi seorang kawan yang juga pengurus Pusat Bertauliah MLVK di Ajil untuk minta bantuan fax surat tu ke BBB. Kalau dilihat bisnes Wahid ni semakin berkembang, bidang welding dan metal fab yang dibuatnya tiada saingan dari PB lain sebab bidang ni bukan calang-calang orang yang sanggup untuk menceburi bidang ini disebabkan kos besi yang amat tinggi. Kerajaan Terengganu banyak memberi peruntukan untuk membiayai pelajar, sehingga dia terpaksa tolak disebabkan kapasiti latihan yang terhad. Baru-baru juga SIRIM telah menawarkan beliau untuk menjadi salah satu pusat di negeri Terengganu sebagai pusat untuk menguji pengimpal samada untuk mendapatkan lesen ataupun memperbaharui lesen. Untuk memenuhi syarat tersebut beberapa peralatan perlu ditambah yang dianggarkan bernilai RM 200 ribu.

Sempat hantar kereta untuk dicuci memandangkan keadaannya begitu teruk. Tetapi satu perkara yang tak diingini telah berlaku. Petang tu malas nak letak kereta dalam garaj, letak je bawak pokok duku. Malam tu pergi rumah abang sebab nak tenguk komputer dia ada masalah, abang tegur sebab apa kereta kotor. Rupanya atas pokok duku tu banyak ayam tidor, jadi apa lagi berselepet la tahi ayam atas bonet depan.

Hari Keempat
Perjalanan ke Setera Beach Resort di Merang Terengganu melalui Permaisuri dan menyusur pantai agak jauh, walau bagaimanapun pemandangansepanjang pantai amat cantik. Sempat berhenti dibeberapa tempat untuk pemandangan sepanjang pantai. Memang tak boleh dinafikan pantai sepanjang pantai Terengganu memang bersih. Sampai di hotel jam 2 petang. Aku dapat bilik yang betul-betul menghadap laut. Serambi bilik dengan laut lebih kurang 20 kaki sahaja. Suasana kampong memang begitu terasa. Pokok kelapa penuh di sekeliling resort. Deruman ombak boleh kedengaran setiap masa. Memang satu tempat yang cukup sesuai untuk merehatkan kepala.
Petang terima massage dari HQ – Kabinet paper bagi kadar fi perlu disegerakan. Aku malam ni aku dapat menyiapkan. Petang sempat ke Batu Rakit untuk menikmati sata, otak-otak dan keropok lekor.
Kursus kaunselor bermula malam ni, seramai 50 pegawai dari berbagai agensi telah hadir. Sebahagian besar aku tak kenal, terutamanya pegawai-pegawai baru.

Hari Kelima, Keenam dan Ketujuh
Perjalanan kursus berjalan dengan lancar, tiga orang kaunselor dari JPA telah melengkapkan 11 slot yang telah disediakan bagi kursus peringkat 1 ini. Seseorang itu boleh ditauliahkan sebagai Kaunselor apabila telah melengkapkan 3 bahagian kursus. Pada peringkat pertama ini kita boleh menguji personaliti seseorang. Dengan melalui satu ujian kita akan dapat menilai personaliti seseorang itu. Personaliti seseorang memang sukar diubah tetapi kita perlu memikirkan apakah reaksi yang perlu kita sesuaikan dengan personaliti yang sediada

Thursday, August 18, 2005

TEKA - TEKI IMAM AL-GHAZALI

Apa yang paling dekat dengan kita di dunia?
Apa yang paling jauh dari kita di dunia?
Apa yang paling besar di dunia?
Apa yang paling berat di dunia?
Apa yang paling ringan di dunia?
Apa yang paling tajam di dunia?


Pada suatu hari,Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya,lalu Imam Al-Ghazali bertanya;pertama:"Apa yang paling dekat dengan kita di dunia?" Murid-muridnya menjawab,"Orang tua,guru, kawan dan sahabatnya".Imam Al-Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah MATI!!! Sebab itu sememangnya janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.(Al-Imran:85)
Lalu Imam Al-Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua."Apa yang paling jauh dari kita di dunia?" Murid-muridnya menjawab,"Negara China,bulan,matahari dan bintang-bintang".Lalu Imam Al-Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar.Tapi yang paling benar adalah MASA LALU.Walau dengan apacara sekali pun kita tidak dapat kembali ke masa lalu.Oleh sebab itu,kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Islam.
Lalu Imam Al-Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga."Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-murinya menjawab,"Gunung, bumi dan matahari"."Semua jawapan itu benar", kata Imam Al-Ghazali.Tapi yang paling besar daripada apa yang ada di dunia ini adalah NAFSU (Al-A'araf:179).Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita,jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.
Pertanyaan keempat adalah,"Apa yang paling berat di dunia ini?".Ada yang menjawab,"Besi dan Gajah"." Semua jawapan adalah benar",kata Imam Al-Ghazali. Tapi yang paling tepat adalah MEMEGANG AMANAH (Al-Ahzab:72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin di dunia ini). Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehungga banyak daripada manusia masuk ke neraka kerana tidak dapat memegang amanahnya.
Pertanyaan yang kelima adalah ,"Apa yang paling ringan di dunia ini?". Murid-muridnya menjawab,"Kapas, angin, debu, dan daun-daunan"."Semua itu benar",kata Imam Al-Ghazali.Tapi yang paling ringan di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan,kita meninggalkan solat. Gara-gara bermesyuarat, kita meninggalkan solat.
Dan pertanyaan keenam ialah,"Apa yang paling tajam di dunia ini?".Murid-muridnya menjawab dengan serentak,"Pedang"."Benar",kata Imam Al-Ghazali. Tapi yamg paling tajam adalah LIDAH MANUSIA - kerana melalui lidah, manusia selalunya menyakiti hati dan perasaan saudaranya sendiri.

Wednesday, August 17, 2005

Tak sempat rehat

Tiga hari bengkel di Royal Adelphi (Rabu hingga Jumaat) yang melibatkan pegawai-pegawai dari MARA, JTM, JPA, KBS, KUITO, GMI, Kolej Negeri, Kem Pertanian dan MLVK sendiri. Tujuan adalah untuk mendapatkan kaedah penilaian yang paling sesuai untuk digunakan dalam persijilan kemahiran malaysia. Komitmen semua ahli amat menggalakkan, cuma masa yang begitu terhad tidak cukup untuk menghasilkan cadangan yang comprehensif . Walaubagaimanapun satu frame work telah dikenalpasti dan dipersetujui sebagai kaedah penilaian yang akan gunakan nanti.
Habis bengkel di Seremban terus bertolak ke Terengganu untuk lawatan 7 buah Pusat Bertauliah iaitu hari Sabtu dan Ahad. Hujung minggu ni pula terpaksa ke Kota Bharu untuk majlis dialog, hujung minggu satu lagi ada kelas induksi dan saksi tribunal kes di Alor Setar. Ini bermakna bulan ni terpaksa kerja 30 hari tanpa cuti. Ini yang susahnya bila ada negeri-negeri tak sama cuti dengan persekutuan.

Tuesday, August 09, 2005

Lawatan TKR Kulai

Lawatan kerja ke TKR iaitu satu company Japan di Kulai berjalan dengan lancar. Syarikat yang berorientasikan press mould ini telah bersetuju untuk turut serta dalam program SLDN. Malah seboleh-bolehnya untuk melaksanakan seberapa segera yang boleh. Walaupun HR company tersebut tidak mengetahui sebelum ini program SLDN ni, tetapi dia telah menghidu benefit yang akan diperolehinya. Memandangkan syarikat tersebut syarikat Japan, maka kami tidak memaklumkan bahawa program ni adalah berasal dari Germany. Biasanya syarikat Japan tidak akan menggunakan sistem orang lain selain sistem dari negara mereka. Tiga orang wakil dari ILP Pasir Gudang yang dijemput untuk turut serta dalam lawatan ini juga sampai tepat pada masanya. Lawatan kali ini boleh dianggap agak berjaya.

SMS 6 pagi

Pukul 6 pagi ni terima sms dari Rom dari Muar “Allah lebih menyayangi adik Is, Alfatihah”. Aku jadi serba salah, kalau tak disebabkan aku kena outstation hari ni memang aku ambil cuti. Aku dengan semua keluarga Rom ni memang agak rapat, semua keluarganya memang biasa datang rumah aku. Itu yang rasa serba salah tak dapat nak ziarah. Arwah Is ni seorang yang agak peramah, tetiba je dalam 3 minggu ni dia sakit yang agak misteri, selalu meracau. Doktor pun tak boleh nak kesan penyakit nya yang sebenar. Yang peliknya doktor tak benarkan pulak untuk keluar hospital. Maklumat yang diterima mengatakan kuasa luar telah masuk dalam badan arwah atas perbuatan dari individu yang memang ingin memusnahkannya. Apahal pun semoga Allah akan cucuri rahmat ke atas rohnya. Kalau tak ada hal aku akan cuba melawat keluarganya hujung minggu ni.

Wednesday, August 03, 2005

AJK Penduduk Taman

Mesyuarat AJK taman malam ni larut sampat ke 12 tengah malam. Banyak perkara yang yang dibincangkan demi keharmonian masyarakt setempat, antaranya

1. Strategi perancangan hari keluarga tahunan yang dirancang sebulan lagi. Berbagai aktiviti telah dirancang yang melibatkan semua lapisan penduduk.
2. Projek kebun buah-buahan di tanah rizab surau, sebanyak 20 pokok rambutan dan 5 pokak manggis akan ditanam. Konsep anak angkat akan diperkenalkan bagi memastikan setiap penduduk mempunyai tanggungjawab untuk menjaganya. Hasil kemudianya akan dinikmati bersama semua penduduk taman.
3. Langkah keselamatan taman perlu diperketatkan. Setiap pengguni taman perlu peka ke atas individu yang tak dikenali yang berlegar dalam taman. Rangkaian penyebaran maklumat dikalangan pengguni secara pantas perlu di beri perhatian bagi mengawasi tetamu tak diundang.
4. Memberi nasihat ke atas individu atau keluarga yang memperlihatkan kelakuan sumbang dalam taman terutamanya dari segi pergaulan anak-anak muda.
5. Mengutip derma kilat dan menghantar wakil penduduk untuk mengucapkan salam takziah kepada satu keluarga india yang kematian anak mereka.
6. Menghidupkan pakatan syarikat catering dan pinggan mangkuk dalam taman. Konsep gotong-royong dalam urusan kenduri akan digalakan

Tuesday, August 02, 2005

Kawan lama

Tengahari ni kawan lama tel ajak lunch. Razi ni sebenarnya kawan sekelas dari sekolah rendah lagi, tapi selepas tingkatan 3 kami berpecah. Aku masuk TI KL dan dia continue SMK Btg Berjuntai. Selepas tu kami terus tak jumpa, sehinggala tahun lepas dia datang cari aku kat pejabat. Tenguk dari segi fizikal dia dah begitu succes sekarang ni. Dah jadi CEO untuk 2 syarikat. Datang pun drive kereta berharga RM300 ribu.
Kami terus ke Dataran Selera, memang hajat nak kena kari kepala ikan. Kami terus cari pot yang sesuai. Tak sangka pulak kami duduk sebelah pengerusi SPR Tan Sri Hj Ab Rasid Ab Rahman and the gangs, dan mereka tengah rancak makan. Kami cuma angkat tangan kat dia orang.
Kami terus berbual sambil tunggu makanan, bila time mamak tu nak hidang dia terhantar kat meja Tan Sri SPR tu. Tan Sri cepat-cepat tolak, tapi kalau nak belaja takpa dia kata. Razi terus balas tak pa Tan Sri, tak jadi hal....
Banyak perkara yang aku dapat dari Razi, semangat dia untuk membantu kerajaan dalam memulihkan dana PTPTN amat dipuji. Sebenarnya beliau telah berjaya mengutip tunggakkan beberapa agensi di bawah kerajaan negeri Selangor dan sekarang diberi kepercayaan oleh Kem Pendidikan untuk menyelesaikan masalah tunggakan pinjaman.
Sebelum beransur Tan Sri sempat berseloroh dengan kami, menyesal saya makan biriani bila tenguk hangpa makan kepala ikan.

Thursday, July 28, 2005

Masih ada rezeki

Balik kerja semalam dikejutkan satu cerita, basikal zahir hilang. Memang pagar rumah selama ini tak pernah berkunci, lagipun siang hari dan kiri kanan rumah memang ada orang. Oleh itu tak pernah terpikir pun ada orang yang berani masuk pagar dan bawak lari basikal tu. Aku yakin memang budak taman ni punya kerja. Sebenarnya basikal tu di beli di UK sembilan tahun yang lalu, cukup tahan lasak. Malah beberapa tahun yang lepas masa aku hantar tukar tayar basikal tu kat kedai, tokey kedai tu nak beli basikal tu. Bila dah hilang geram jugak, so petang tu aku terus jumpa sorang kawan dalam taman ni. Kawan ni memang agak berpengaruh, taman aku ni boleh dikatakan dia ni yang jaga siang dan malam sebab dia punya bengkel welding di pinggir taman. Sebut je Zali semua dalam taman ni dan sekitarnya kenal. Dia ni pun orang kuat surau dan budak-budak memang tak berani angkat muka. Lepas ditanya bentuk basikal tu, dia kata mungkin masih ada harapan untuk jumpa sebab dia yakin basikal tu masih di sekitar kawasan ni.
Tengahari ni Zali call aku kat pejabat, katanya basikal tu dah jumpa. Aku macam tak caya macam mana boleh jumpa. Petang ni balik kerja aku terus cari Zali, macam biasa petang dia minum kat kedai depan. Rupanya yang curi basikal tu budak India taman sebelah, dan basikal tu disembunyikan di tepi sungai. Zali ni pun dah jumpa mak ayah budak tu. Ayah budak tu mintak maaf dan dia kata dia akan ajar cukup-cukup anak dia. Dan sampai ke pukul 6 petang ni budak india tu masih tak berani balik rumah.
Dengan sikap positif emak ayah budak tu, aku yakin budak tu masih boleh dibetulkan. Zahir bila dia nampak basikal tu ada balik, dia kata Alhamdulillah....

Friday, July 22, 2005

Mutiara Ilmu

Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila di belanjakan tetapi ilmu bertambah apabila di belanjakan.
Syadina Ali bin Abi Talip
Kemarahan orang yang berakal dilihat pada tindak tanduknya dan kemarahan yang ada pada orang jahil itu dapat dilihat melalui perkataannya.
Syadina Ali bin Abi Talip

Orang tetap akan menjadi ahli ilmu yang sejati selama dia masih menuntut. Tetapi apabila pada suatu hari ketika dia berkata, "Aku sudah pintar"
, maka sesungguhnya dia sudah menjadi bodoh dengan sendirinya.
Lugman Hakim

Wednesday, July 20, 2005

MEMAHAMI SITUASI UMAT

Situasi yang dihadapi oleh umat Islam pada hari ini tidak jauhberbeza. Dengan ucapan-ucapan penuh retorik, para pemimpin G8 yangbersidang di Gleneagles dengan segera mengambil kesempatan atas kejadian di kota London itu untuk menguatkan lagi usaha menentang keganasan. Pihak media pula membuat spekulasi awal iaitu tentang laman web "Pertubuhan Rahsia Al Qaeda Eropah" dan pengebom beranimati. Semuanya samada sedar atau tidak telah melahir dan memperhebatkan lagi syak wasangka ke atas komuniti kaum muslimin. Pada masa inilah, iaitu ketika komuniti muslimin sedang dituduh, diserang dari pelbagai penjuru dan berhadapan dengan pelbagai persoalan, kita seharusnya bertanya kepada diri kita, apakah yang sewajarnya kita lakukan untuk mengatasi semua ini. Ini sebenarnya adalah suatu bentuk ujian dari Allah SWT. Kita akan dipersoal tentang sikap kita dalam menghadapi apa yang berlaku.
"Dan sesungguhnya kami benar-benar akan menguji kamu sehingga kamimengetahui siapakah yang bermujahadah dan yang bersabar di antarakamu, dan kami akan menyatakan hal ehwalmu" ( siapakah yangberdusta, dan siapakah yang benar) [TMQ Muhammad (47): 31]
Allah telah mengangkat umat Islam untuk memikul dakwah Islam danterus menyatakan yang hak walaupun berhadapan dengan berbagai provokasi dan ujian.. Sesungguhnya menyatakan kebenaran tentang segenap aspek penjajahan ke atas dunia kaum muslimin, pembunuhan dan maruah yang dirampas oleh kuasa-kuasa barat merupakan kewajipan yang paling tinggi dan agung. Peristiwa yang berlaku di kota London sudah tentu akan digunakan oleh kuasa-kuasa barat ini untuk menutup mulut kaum muslimin dan meletakkan kaum muslimin terus menerus di dalam keadaan yang defensif dan menyerah kalah dalam menyuarakankebenaran. Memang benar, hukum di dalam Islam tidak membenarkan pembunuhan jiwa orang-orang awam, tetapi pada masa yang sama, Islamtidak membenarkan kaum muslimin dicemuh dan terus diperlecehkan tanpa bukti yang kukuh atau lemah. Sebenarnya, spekulasi yang diada-adakan itu hanyalah untuk melahirkan ketakutan di dalam jiwa kaum muslimin agar mereka mengubah pendirian mereka terhadap hegemoni barat. Sekiranya kaum muslimin tetap berpegang kepada Islam dan tetap mengatakan yang hak, ia akan dijadikan pula alasan untuk menahan dan memasukkan mereka ke dalam penjara.
"Tidak ada sebab mengapa kami tidak bertawakkal kepada Allah. Sesungguhnya Dialah yang telah menunjukkan jalan kepada kami, dan kami benar-benar akan bersabar terhadap gangguan-gangguan yang kamu lakukan kepada kami. Dan hanya kepada Allah sahaja orang-orang yang bertawakkal itu berserah diri" [TMQ Al Ibrahim (14) : 12]

Saturday, July 09, 2005

TT Mc Donald

TT Tribetoyota bulanan kali ini adalah di McD Kepong. Ianya merupakan antara TT terbesar setakat ini. Sebanyak 40 keluarga telah berkumpul. Sebahagian besar muka-muka lama hadir pada malam itu. Mungkin disebabkan host malam tu adalah Lawchoo & Catch menyebabkan penyertaan begitu menggalakkan. Pihak McD juga telah menyediakan pakej permainan untuk kanak-kanak. Perjumpaan bulan depan dijangkakan adalah di Bandar Baru Bangi iaitu sempena malam merdeka.

Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com

Thursday, June 30, 2005

Seminar ILJTM

2 hari berpeluang menyertai seminar Pengajar ILJTM yang dihadiri oleh 300 wakil dari JTM, MLVK, Perhebat, MARA, KBS, UNIKL, Kolej Komuniti dll. Sebanyak 6 kertas kerja telah di bentangkan oleh EPU, JPA, UNIKL, MLVK, PROTON dan SIRIM. Aku dilantik mengetuai salah satu kumpulan. Untuk dapatkan komitmen semua ahli aku terpaksa bertindak sebagai fasilitator, letih jugak. Beberapa resolosi telah di putuskan demi kepentingan pengajar dan latihan kemahiran negara.

Hari pertama sempat membajak di Morib. Tetapi hanya sempat sampai ke hole 6, lepas tu magrib. Main petang tu hancus.....

Sunday, June 26, 2005

Kursun Induksi PP, PPD & PPB

Dah lama aku tak bercakap panjang. Hari ni terpaksa jadi penceramah kursus induksi di Summit USJ menggantikan staff yang el. Penganjur terkejut bila tenguk aku yang datang dan dia kata tak sangka pulak aku yang nak bagi ceramah.

Berceloteh sorang-sorang dari pukul 8.30 pagi sampai 5.30 petang, berhenti cuma masa makan. Masa berceramah tak rasa penat, tapi bila dah sampai rumah nak bercakap pun tak larat. Peserta kursus tak ramai, cuma 22 orang. Semua peserta menunjukan minat yang mendalam terhadap kursus ini. Aku tak pasti samada penyampaian aku memuaskan atau tidak tetapi Alhamdulillah selama 8 jam aku bercakap tak ada sorang pun yang terlentuk. Seperti biasa aku gunakan skill yang ada untuk menarik perhatian peserta.

Saturday, June 18, 2005

Hari Keluarga MLVK

Hari ini ada tiga majlis yang patut aku hadiri. Pertama Angah masuk pertandingan akhir Marhaban peringkat negeri Selangor di Sekolah Agama Nilai, keduanya TT bulanan Funser di Damansara dan yang ketiga Majlis Hari Keluarga MLVK.
Sebagai Setiausaha PKS, aku terpaksa mengutamakan Hari Keluarga MLVK. Majlis yang dirancang berjalan dengan lancer. Sebenarnya awal-awal lagi kami telah diarahkan agar tidak mendapatkan sebarang sumbangan dari mana-mana pihak. Walaubagaimanapun masih terdapat beberapa syarikat yang dapat menghidu dan menyumbangkan sedikit sumbangan. Majlis kali ini ada sedikit kelainan. KP telah mendermakan seekor lembu. Dagingnya di masak sup dan gulai, selebihnya dipanggang. Biasanya seekor lembu boleh menjamu 1000 orang, tetapi kami hanya lingkungan 300 orang termasuk kanak-kanak. Oleh yang demikian memang puas makan daging.
Terima kasih kepada semua warga MLVK yang majayakan majlis ini.

Wednesday, June 08, 2005

Kekayaan Kejayaan dan Kasih Sayang

Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalamanrumahnya. Dia tidak kenal akan mereka. Wanita itu bertanya, " Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu. "Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya. "Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar. "Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawap.
Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut. "Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk kedalam sekarang! "Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam. "Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," mereka menjawap. "Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu. Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan: "Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya, dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi, "Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang. "Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput kedalam rumah."
Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira. "Bagusnya!!" dia berkata. "Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!"Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?" Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya : "Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!" Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita itu," kata suami itu kepada isterinya."Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu diantara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami." Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya. Terperanjat, wanita itu pun bertanyakepada Kekayaan dan Kejayaan : "Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?" Mereka semua menjawab: "Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan, yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya.Dimana ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan Kejayaan!"

Monday, June 06, 2005

Lawatan ke Terengganu

Tiga hari di Terengganu aku bertujuan menghadiri kenduri abang ipar di samping itu membuat lawatan audit empat Pusat Bertauliah (PB). Semuanya program berjalan lancar. Kenduri di rumah abang ipar, walaupun tak sebesar mana tetapi 3 ekor lembu tumbang. Kerjasama masyarakat Felda memang amat membanggakan. Cuma yang agak memeningkan kepala pagi kenduri tu air paip terputus, terpaksa mintak bantuan Majlis Bandaran untuk hantar air selori.

Lawatan ke atas PB hari kedua dan ketiga tidak menghadapi sebarang masalah. Kebetulan keempat-empat PB yang dilawati merupakan PB yang mempunyai rekod yang memuaskan dan tidak pernah menimbulkan masalah. Cuma aku tidak menyedari salah satu PB yang aku lawati merupakan kepunyaan En Wahid, S/U persatuan PB Terengganu. Dan aku amat kenal dengan En Wahid ni, malah beliau kerap pesan kat aku kalau balik Terengganu mesti call dia. Si Wahid ni pun tak perasan aku yang akan datang pusat dia, jadi bila je nampak aku dia terus berteriak..“Apa ni balik kampung tak telipon....“ Apahal pun PB dia ni mempunyai prospek yang amat baik untuk berkembang lebih jauh.

Friday, June 03, 2005

Dialog CEO

Daripada minggu lepas lagi tumpuan kerja hampr seluruh kakitangan di pejabat tertumpu kepada persediaan bagi dialog mengenai National Dual Training System di antara YB Dato’ Mustapa Mohamad dan YB Datuk Wira Dr Fong Chan On dengan 1000 orang CEO dari berbagai sector industri di seluruh Negara. Malam tadi juga terdapat beberapa pegawai terpaksa bekerja sehingga pukul 3 pagi kerana penyediaan persiapan terakhir. Hari ini merupakan kemuncak majlis tersebut. Alhamdullilah semuanya berjalan lancar walaupun beberapa perkara terpaksa diubah di saat akhir. Saat paling memeningkan adalah untuk mengenali VVIP semasa pendaftaran.

Majlis memperlihatkan industri berminat untuk menyertai program NDTS ini. Majlis seperti ini juga memberi peluang kepada para CEO untuk bertemu antara satu sama lain. Dan aku sendiri dapat juga jumpa ramai kenalan lama. Bekas bos lama aku Tan Sri Zainol... masih macam tu, kalau borak sampai tak sedar majlis dah mula. Semangat kerja memang still number one, kalau tidak takkan LHDN dapat kutip berlipat kali ganda....