Monday, November 02, 2009

Selamat Berangkat

Hujung minggu aku di penuhi dengan kenduri-kenduri rakan-rakan yang akan ke tanah suci. Seronok tumpang gembira kepada mereka-mereka yang berpeluang dijemput untuk menjadi tetamu Allah. Hari Sabtu aku bersama keluarga ke Banting untuk mengucapkan selamat jalan pada Bang Mat dan Kak Nor yang akan berangkat dengan penerbangan ke 35, mereka datang dari penang dan transit di rumah adik dia di Banting. Bang Mat ni rakan baik sejak aku duduk di Prai 20 yang lepas lagi. Sehingga sekarang kami masih rapat. Pernah satu masa dulu semasa aku belajar di Plymouth, anak aku lahir di sana. Bang Mat ni sanggup terbang ke UK semata-mata nak tenguk anak aku. Masa tu aku cukup terkejut dan terharu tiba-tiba dia muncul depan rumah. Semangat dan keseronokan beliau untuk ke tanah suci kali ini begitu kuat sekali. Beliau menerima dua tawaran iaitu melalui masasah dan pakej. Namun begitu beliau memilih melalui pakej, katanya bagi peluang jemaah yang lain ambik tempat dia melalui muasasah. Sempat juga aku bagi nombor telepon rakan di tanah haram untuk beliau hubungi . Semoga beliau akan dipermudahkan sepanjang berada di tanah suci dan dapat haji yang mabrur.

Balik dari rumah Bang Mat kami ambik keputusan untuk mengunjungi Hj Mispan di Sungai Buaya. Beliau juga ku kenali semasa di tanah suci. Memang kami sengaja tak mahu telepon dulu, nak buat surprise kononnya. Dalam kereta anak tanya sebab apa tak nak telepon dulu, kalau tak ada kat rumah kan susah. Aku jawab kalau telepon dulu nanti susahkan Wak Mispan nak tangkap ayam kampong. Sampai di rumah Hj Mispan, memang sah tak ada orang. Semua pintu tertutup rapat, inilah bahana tak mahu telepon dulu. Cuba menghubungi beliau melaui handsetnya, tapi malang cuma mailbox yang jawab. Maka kami pun duduk di serambi rumah yang yang tak ada tuan tu dengan harapan tuan rumahnya balik. Lebih kurang 10 minit kami di situ lalu depan rumah seorang kakak, rupanya kakak tu adik Hj Mispan. Kakak tu kata Hj Mispan ada kenduri di rumah adik dia di Taman Sri Putra, kakak tu suruh kami ke sana. Kami terus ke destinasi seperti yang dimaklumkan di Sri Putra. Terkejut Hj Mispan bila nampak kami. Sekurang-kurangnya hajat nak buat surprise berhasil juga.

Seterusnya Sabtu malam, Ahad tengahari dan malam di penuhi dengan jemputan-jemputan kenduri doa selamat untuk rakan-rakan dalam taman yang akan ke tanah suci. Semoga perjalanan dan ibadat mereka dipermudahkan.

Monday, October 26, 2009

Tanjung Malim

Hari ini aku berkesempatan bersama rakan untuk mengunjungi tapak projek baru di salah satu tempat di Tanjung Malim. Mengikut perancangan induk pembangunan di situ, kawasan tapak projek tersebut mempunyai prospek yang baik untuk membangun masa akan datang. Selesai kerja hajat kami cuma satu, ke restoran ayam kampong bersebelahan Sekolah Menengah Khir Johari. Orang kata ke Tanjung Malim kalau tak singgah ke restoran ni tak sah. Tapi malangnya restoran tersebut hari ni CUTI.

Saturday, October 17, 2009

Rumah Terbuka

Di saat-saat akhir Syawal ni jemputan rumah terbuka begitu banyak sekali, sehingga kadang-kadang tak sempat untuk memenuhi keseluruhan jemputan. Rumah Terbuka di taman aku sempurna terlaksana dengan jayanya. Komitmen semua penduduk begitu menggalakkan. Y.B. Adun Bangi juga turut hadir menjayakan majlis. Sebenarnya majlis marhaban kami lakukan dari rumah ke rumah setiap malam bermula awal syawal hingga akhir malam tadi. Ziarah di lakukan mengikut lorong. Kalau kebetulan lorong tersebut banyak rumah maka agak lewat habis. Kadang-kadang sehingga 30 buah rumah kami ziarah setiap malam. Bilangan jemaah yang mengikuti rombongan marhaban sekitar 200 orang. Setiap jalan akan memasang kemah untuk tujuan jamuan. Oleh yang demikian bermula dari awal Syawal sehingga penghujung syawal boleh dikatakan setiap malam kami berpesta makanan. Setakat ni mungkin hanya di taman kami yang menjayakan program seperti ini di Bangi. Ternyata melalui program seperti ini hubungan ukwah antara kami semakin rapat.

Y.B. Adun Bangi turut sama marhaban
Anak-anak beratur untuk dapatkan sumbangan
Sebahagian kaum ibu yang hadir

Monday, October 12, 2009

Wak Kasrin

Masuk minggu ni genap setahun sebulan, ayah meninggalkan kami. Sebab musabah kematiannya adalah kanser usus. Penyakit itu dikesan hanya 2 bulan sebelum arwah meninggal. Walaupun berbagai usaha telah di buat tapi Allah lebih sayangkannya. Dan sekarang ni Pakcik aku Wak Kasrin pulak disahkan mengidap penyakit kanser paru-paru. Wak Kasrin ni orang kuat surau kat kampong aku, dia selalu jadi imam. Bulan Ramadhan baru ni hanya beberapa hari sahaja beliau dapat berjemaah kat surau, masa tu selalu dia sakit-sakit. Masa aku meziarahinya hari raya pertama, dia kata tak sangka dia boleh hidup sampai raya.

Hari ini aku ambil cuti untuk bersama Wak Kasrin. Seronok aku tenguk dia makan, sepinggan nasi yang dihidang habis dimakan. Wak Kasrin kata dia berselera makan hari ni sebab aku datang, biasanya nak masa sesudu pun susah. Semoga Wak Kasrin di beri kekuatan dan semangat untuk melawan penyakitnya

Monday, October 05, 2009

Serikin

Untuk kunjungan ke Kuching kali ini jadual program telah diubah berbanding seperti kebiasaannya yang memaksa bilik seminar terpaksa dilanjut sehingga 10.00 malam. Mereka telah kidnap aku untuk bawak keSerikin, iaitu pekan kecil bersempadan antara Sarawak dan Indonesia. Ini lah kali pertama aku mengunjungi Serikin. Di pekan ini terdapat kedai-kedai ala pekan koboi yang menjual barang-barang dari Indonesia. Gerai-gerai ini hanya akan dibuka pada hujung minnggu iaitu Sabtu dan Ahad. Yang peliknya semua penjual datang dari Indon, padahal kawasan ini adalan kawasan Malaysia, malah yang kutip parking pun orang Indon. Barang yang di jual memangla murah-murah, tapi kualitinya tak tau macamana.

Malam sempat ke Kampung Gersik melihat industry Kek lapis Dayang Salhah. Kek Lapis Dayang Salhah ini memang begitu terkenal dan ternyata malam itu ramai sungguh yang pengunjung mengunjungi tempatnya. Aku dapat maklum pasaraya Giant telah menawarkan untuk mengambil produk Dayang salhah ini tetapi malangnya kuantiti keluaran Dayang tak mampun memenuhi bilangan yang diperlukan oleh syarikat pasaraya itu.

Tempat ini menjadi tumpuan pengunjung untuk membeli-belah di hujung minggu.

Tuesday, September 29, 2009

Hari Raya

Berikut catatan ringkas Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini

Raya Pertama – Ijok Selangor
Raya Kedua – Tanjung Karang Selangor (Pekena sambal Tahun)
Raya Ketiga – Kuala Berang Terengganu
Raya Keempat – Kuala Berang (Satu keluarga dari Muar datang menziarah)
Raya Kelima – Kota Bharu (Majlis perkahwinan Niza, sempat bertemu sahabat lama di Kota Bharu. Jalanraya di Bandar itu sesak teruk di musim perayaan)
Raya Keenam – Kuala Berang (4 keluarga dari KL, Kulai, Kajang, KT datang menziarah. Abang dapat mencari 20 kg ikan baung untuk kenduri
Raya Ketujuh – Kemasik/Kemaman, Terengganu
Raya Kelapan – Kulai/Batu Pahat, Johor
Raya Kesembilan – Masuk kerja


Keluarga besar pengantin.

Wednesday, September 16, 2009

banglo


Kami baru ni menerima jemputan untuk berbuka di Banglow 3 tingkat ini. Masuk kali ni dah 2 kali aku masuk ke dalam rumah yang bernilai tak kurang RM 1.5 juta. Lebih kurang 50 orang yang hadir. Majlis simple je tapi signifikan. Selepas berbuka berjemaah Magrib beramai-ramai sehinggalah ke terawih. Satu perkara yang paling best kami dihidangkan dengan kuih tradisi Kelantan iaitu JALAMAS, BUNGA TANJUNG DAN NEKBAT. Kesemuih kuih ini rasanya begitu manis iaitu makanan yang di takuti oleh orang yang berpenyakit diabetes.

Sunday, September 13, 2009

Majlis Khatam Quran

Majlis khatam Quran Taman Langat Jaya yang berlangsung di surau Al Islah berjalan dengan jayanya. Majlis tersebut bermula selepas waktu Asar. Berbuka beramai-ramai di Surau dan seterusnya berterawih. Selepas terawih penyampaian sumbangan untuk anak-anak yang bertadarus, anak-anak yatim, ibu tunggal, imam dan sumbangan duit raya untuk semua anak-anak dalam taman. Anak-anak la yang paling seronok dalam majlis ini. Majlis di sambung dengan Qiamulail ke esok paginya. Berikut beberapa foto majlis tersebut hasil rakaman puteri ku.
Aku hanya sempat berada di penghujung majlis, selepas berbuka di Ijok aku terus berkejar untuk ke majlis ini.

Tuesday, September 08, 2009

Singgahsana

Petang semalam aku menerima jemputan dari sahabat untuk berbuka di Singgahsana PJ. Boleh tahan juga berbuka di situ. Yang pastinya walaupun zaman gawat, meja tetap penuh. Ia bukan saja di dikunjungi orang islam tapi ramai jugan bukan islam yang turut berbuka.

Kumpulan Rabbani menggamat suasana. Zul telah pun menjadi penyanyi utama Rabbani menggantikan arwah Ustaz Asri. Boleh tahan jugak suaranya, standing dengan suara arwah. Zul ni sebenarnya sebelum ni adalah pengadun suara kumpulan itu. Setelah semua ahli di uji suara, namun tiada yang boleh standing dengan suara arwah, maka beliau telah menawarkan diri untuk di uji. Ternyata beliau mempunyai suara yang baik, kalau tak sama dengan suara arwah pun, sekurang-kurangnya menghampiri sama.

Monday, September 07, 2009

Sg Petani

Hujung minggu aku diperlukan untuk ke Sungai Petani. Tugas tetap tugas walaupun di bulan puasa. Ke Sungai Petani memang kena pilih. Kalau drive ambil masa 5 jam, tapi tak larat bulan puasa. Naik flight kena pilih, ikut Kepala Batas atau Bayan Lepas. Kalau ikut dekat Bayan Lepas lagi dekat tapi takut jam atas jambatan. Kalau ikut Kepala Batas jauh sikit, tapi lancar cuma tambang teksi je dah RM 95 dari Kepala Batas ke Sungai Petani, sama harga petrol dari KL ke Sungai Petani. Akhirnya aku ambik keputusan ikut Kepala Batas. Penganjur telah sediakan bilik, siap pakej berbuka dan bersahur. Murah betul pakej berbuka kat sini, jauh lebih murah banding pakej berbuka di hotel-hotel di KL. Berbuka la aku beramai-ramai bersama peserta kursus. Peserta adalah guru-guru SMT zon utara. Dalam perjalanan balik pemandu teksi bawak aku untuk mengambil bubur lambok yang di sedekahkan oleh individu di bandar itu. Kata pemandu teksi tu, “Ini untuk abang berbuka kat airport nanti”. Sampai di aiport Saudara Rahmat datang jemput aku untuk berbuka di rumah dia di Jitra. Kali ni Mahani hidang ikan keli bakar dan gulai daging campur rebung, memang menyelerakan.
Sebahagian peserta yang hadir
Airport di Kepala Batas lengang

nota: aku dapat ramai kawan baru, dua orang pemandu teksi dan ramai cikgu dan cikgi sekolah teknik

Friday, September 04, 2009

Masjid Besi

Syukur hari ini aku berkesempatan untuk kali pertama ke Masjid Besi yang pertama kali mengadakan Solat Jumaat. Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau dikenali Masjid Besi adalah kedua besar selepas Masjid Putra. Kontraktor yang bertanggungjawab ke atas pembinaan masjid ini adalah Ahmad Zaki Resources Berhad (AZRB). Segala kemudahan yang disediakan memang memuaskan. Pemandangan di kiri kanan masjid memang menajubkan. Mengikut maklumat yang disediakan banyak aktiviti-aktiviti telah di rancang di masjid tersebut. Inila satu-satunya masjid yang mempunyai 2 tingkat tempat letak kereta di bawah masjid, seolah seperti di komplek membeli belah. Yang tak seronoknya apabila semua jemaah keluar serentak dari bangunan itu, exit di tempat letak kereta menjadi sesak sehingga kita terpaksa menunggu lama sebelum dapat dari komplek itu.

Pemandangan dari sisi masjid

Tuesday, September 01, 2009

Ayam Panggang

Di Bandar Baru Bangi terdapat sekurang-kurangnya lima pasar Ramadhan. Namun begitu dua tempat yang begitu popular ialah di belakang PKNS dan di seksyen 16 (rancangan Samsul Ghau-ghau). Kedua tempat ini memang cukup meriah dan menjanjikan traffic jam yang dasyat. Nak cari apa jenis makanan memang ada kat tempat ini. Di belakang PKNS ayam panggang madu adalah antara gerai yang diminati setiap tahun. Pelanggan sanggup beratur panjang dan menunggu sekurang-kurangnya setengah jam sebelum mendapat yang di hajat. Tak tau apa sebenar tarikannya, pada hal tempat lain ada juga ayam panggang tapi tak perlu la beratur macam tu.


Pelanggan sanggup beratur panjang

Friday, August 28, 2009

Roti Jala

“Ayah nak berbuka kat surau, sapa nak ikut”
“Mama nak ikut, hari ni Kak Ju masak, mesti sedap”
“Angah pun nak ikut jugak, tadi Fatin bagitau kalau tak datang lain kali dia pun tak mau datang”
“Adik pun nak ikut jugak”
“Abang tak mau, abang nak buka kat rumah”
“Abang nak duduk dengan sapa kat rumah”
“Tak pa abang buka sorang-sorang”
“Apasal abang tak mau berbuka kat surau”
“Abang nak makan roti jala, kat surau tak ada roti jala”

Entah apa kena, tak jemu-jemu abang makan roti jala tiap hari

Wednesday, August 26, 2009

Berbuka Puasa

Satu keistimewaan di Negara kita. Setiap kali bulan puasa Bazaar Ramadhan tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Setiap taman pasti ada Bazaar Ramadhan. Masa ni la nak cari makan apa pun ada di jual. Kuih yang jarang kita jumpa pada hari-hari biasa pun akan muncul. Kepelbagaian jenis makanan ini memang menggugat keimanan pengunjung untuk membeli. Yang menariknya bazaar ni bukan sahaja dikunjungi masyarakat melayu tapi juga bangsa lain.

Hotel-hotel dan restoran juga berlumba-lumba mengiklankan pakej-pakej berbuka puasa. Sesetengah tempat perlu booking dulu, kalau nak walk-in memang tak ada tempat. Begitu mewah negara kita, bulan puasa seolah-olah seperti pesta makanan.

Sesuatu yang amat menghairankan juga apabila melihat sesetengah orang yang ketika berpuasa kelihatan amat lesu dan tidak bermaya, tetapi apabila tiba sahaja waktu petang untuk membeli juadah, badan yang lesu tadi sudah menjadi cergas dan kuat. Lantas, pelbagai juadah dibeli sehingga melebihi keperluan yang sepatutnya. Mereka membeli juadah bukan lagi mengikut keperluan, tetapi mengikut nafsu sehingga berlakunya pembaziran yang banyak. Tidak kurang juga terdapat dalam kalangan masyarakat Islam yang menjadikan waktu berbuka tidak ubah seperti suasana ‘pesta makan’. Sebenarnya ajaran Islam tidak pernah melarang umatnya untuk membeli makanan. Cuma ajaran Islam mengajar kita supaya berbelanja secara bersederhana setiap masa, termasuk sewaktu berbuka puasa. Kita sebenarnya bukan 'hidup untuk makan', tetapi 'makan untuk hidup'. Apabila konsep 'hidup untuk makan' dijadikan pegangan, keadaan ini menyebabkan berlakunya kelalaian hingga melampaui batas berbelanja. Tidak cukup dengan juadah yang dimasak di rumah, dibeli lagi makanan di bazar dan pasar Ramadan secara yang berlebihan.

Suasana berbuka puasa di bumbung masjidilharam - foto ehsan dari Saudara Azlee dari Kota Mekah

Berbuka dengan rutab, tamar atau air adalah sunnah Nabi. Rutab adalah kurma yang masak dan tidak dikeringkan, ia lembut dan manis. Tamar pula ialah kurma yang dikeringkan seperti banyak terjual di pasaran.
Anas Malik berkata: “Rasulullah SAW berbuka puasa sebelum solat (Maghrib) dengan rutab. Jika tiada rutab, Baginda akan berbuka dengan tamar dan jika tiada tamar, Baginda akan meneguk beberapa teguk air.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)

Sama-samalah kita berusaha untuk tidak melakukan pembaziran di bulan mulia ini

Sunday, August 23, 2009

Subuh di Masjid

Seorang lelaki bangun pagi-pagi buta utk sholat subuh di Masjid. Dia berpakaian kemas, berwudhu dan berjalan menuju ke masjid. Di tengah jalan menuju masjid, lelaki tersebut tersungkur dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudhu, dan, lagi, berjalan menuju ke masjid. Dalam perjalanan kembali ke masjid, dia tersungkur lagi di tempat yg sama. Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Di rumah, dia, sekali lagi, berganti baju, berwudhu dan berjalan menuju masjid.
Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu. Dia menanyakan identiti lelaki tersebut, dan lelaki itu menjawab "Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda.'

Lelaki pertama mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.
Saat sampai di masjid, lelaki pertama bertanya kepada lelaki yang membawa lampu untuk masuk dan sholat subuh bersamanya.Lelaki kedua menolak. Lelaki pertama mengajak lagi hingga berkali2 dan,lagi, jawabannya sama.

Lelaki pertama bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan sholat.
Lelaki kedua menjawab
'Aku adalah Saitan'
Lelaki itu terkejut dgn jawaban lelaki kedua.
Saitan kemudian menjelaskan,'Saya melihat kamu berjalan ke masjid, dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah memaafkan semua dosa-doasa mu. Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan bahkan itupun tidak membuatmu merubah fikiran untuk tinggal dirumah saja, kamu tetap memutuskan kembali masjid. Karena hal itu, Allah memaafkan dosa-dosa seluruh anggota keluargamu.
Saya kuatir jika saya membuat mu jatuh utk ketiga kalinya, jangan-jangan Allah akan memaafkan dosa-dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahwa anda sampai dimasjid dgn selamat..'

Oleh itu sama-sama kita berusaha agar tidak membiarkan saitan mendapatkan keuntungan dari setiap aksinya. Jangan melepaskan sebuah niat baik yg hendak kita lakukan karena kita tidak pernah tau ganjaran yg akan kita dapatkan dari segala kesulitan yg kita temui dalam usaha utk melaksanakan niat baik tersebut.

Friday, August 21, 2009

Monday, August 17, 2009

Kenduri menjelang Ramadhan

Kenduri arwah dan doa selamat menjelang Ramadhan sudah menjadi lumrah, terutama di kampong-kampung. Masa ini di kampong kadang-kadang sehingga 4 buah rumah kenduri dalam sehari. Lepas zohor, asar, magrib dan isyak. Kira-kira bulan ni tak payah masak, kenduri setiap hari. Emak kat kampong masuk je Syaaban dah buat kenduri. Yang istimewanya kampong Ijok masih menggunakan nasi Ambeng. Satu tradisi masyarakat Jawa. Satu dulang adalah untuk 4 orang, sekor ayam pun telah dibelah empat untuk satu dulang. Kebiasaannya mereka-mereka yang hadir tak jamah pun, terus bahagi kepada empat bahagian untuk di bungkus dan di bawa balik. Mereka hanya menjamah makanan ringan yang lain seperti buah, kuih muih, bubur dan lain-lain lagi. Kewangian aroma daun pisang pembungkus nasi ambeng ini menjadikan ianya cukup menyelerakan, dan bungkusan inilah yang di tunggu-tunggu oleh anak-anak apabila ayah mereka hadir majlis kenduri. Kebiasaanya emak di kampong akan menyediakan 25 dulang yang melibatkan 80 hingga 100 buah rumah. Mudahkan, tak payah susah-susah sedia pinggan mangkuk.


Hujung minggu baru ni aku pulak mengadakan majlis serupa di rumah, minggu terakhir sebelum Ramadhan. Tapi taklah buat nasi ambeng. Jemputan melibatkan kareah surau Ikwan dan surau Al-Islah yang dianggarkan 400 orang. Agak penat juga sesekali masak untuk ramai begini. Mujur ada beberapa orang jiran membantu. Menu cukup ringkas iaitu ayam goreng berempah, gulai kawah daging, sayur goreng campur, ikan masin dan ulam. Manakala pencuci mulut seperti buah, agar-agar, karipap, kuih lompang dan kek cokelat. Non-stop menyediakan kesemuanya ni dari pagi sehingga magrib, memang memenatkan tapi seronok dan puas hati.

Tuesday, August 11, 2009

H1N1

Nampak gaya serangan wabak H1N1 ini semakin hari semakin serius. Setiap hari bilangan yang mati semakin bertambah. Apakah sebenarnya aktiviti pembendungan yang kita lakukan sebenarnya kurang berkesan. Mula-mula dulu hanya 1 kematian sehari, sekarang sudah 8 orang sehari. Bilangan yang mati kerana virus ini sudah menjangkau 32 orang. Sesuatu tindakan drastik perlu dilakukan segera bagi membendung penyakit ini daripada terus merebak.

Apakah sebenarnya dengan menutup sekolah-sekolah berasrama yang telah dijangkiti sebenarnya boleh membendung jangkitan, ataupun sebenarnya manambah lagi meluas jangkitan.

Kenapa tak diwajibkan sahaja semua orang memakai topeng semasa berada di kalayak ramai terutamanya kawasan tertutup seperti LRT, pusat membeli-belah, panggung wayang, masjid dan lain-lain lagi.

Pihak berwajib perlu mengeluarkan fatwa hukum sembahyang dengan memakai topeng ataupun fatwa kelonggaran berjemaah kiranya disahkan positif H1N1.

Pekeliling khusus untuk semua agensi perlu di keluarkan bagi tujuan membendung jangkitan.

Saturday, August 08, 2009

H1N1

Hari ini dikejutkan dengan pemergian ke rahmatullah isteri saudara Ropi dari CIAST yang disahkan positif H1N1, semoga rohnya dicucuri rahmat. Alfatihah

Friday, August 07, 2009

Ikan baru

Empat hari aku berkampung di utara tanah air untuk meneliti proses pengambilan balik dan perolehan tanah. Bisanya kalau di luar kawasan program yang diatur begitu tight, biasanya hingga malam. Tapi kali ini program yang diatur tidak begitu ketat. Sebelah malam adalah program sendiri-sendiri. Maka macam-macam aktiviti dapat dipenuhi. Sempat menyambut cabaran Fara dan Era untuk main bowling. Mereka ni begitu handal. Hujung minggu biasanya mereka melekat di bowling center Putrajaya. Dan yang aku sendiri tak sangka sempat main snooker dengan Amin dan Zul, yang mana dah lebih 20 tahun aku tak sentuh meja tu. Masa-masa bujang dulu memang boleh tahan.

Yang aku nak cerita yang ini. Pasal makan la...
Tepat jam 7 pagi, seorang kawan telah mengambil kami di tempat penginapan untuk ke Kuala Kedah. Tempat yang dituju adalah sebuah warung di depan Bernas Kuala Kedah. Warung tu aku nampak tak bernama pun, tetapi pelanggan punyalah ramai. Berbagai bangsa ada di warung itu. Rupanya orang Kedah ni mereka berserapan pagi makan nasi. Yang istimewanya kedai itu menjual ikan baru. Semua makanan laut yang dimasak adalah baru naik dari Kuala Kedah. Tak kena ais lagi pun, memang manis. Patutla semua orang di situ ambik lebih dari sekor. Rupanya memang sedap, kalau ikut hati empat ekor pun boleh makan. Harganya pulak memang murah, sekor ikan kembung masak gulai hanya seringgit. Kadang-kadang hanya 80 sen sahaja seekor. Sebesar-besar kuali digunakan untuk gulai ikan di samping beberapa menu seperti sotong dan lain-lain makanan laut. Semuanya di hidang panas. Sesiapayang ke Alor Setar cubala cari warung depan Bernas ni. Sesekali makan ikan baru yang belum kena ais memang ada kelainannya.

Monday, July 27, 2009

Sawit 1

Sejak dari kecil memang aku bergelumang dengan sawit. Malah semasa sekolah menengah aku boleh dikatakan pakar dalam menuai buah sawit samada mengguna skop atau sabit. Masa tu rata-rata pekebun kecil mengusahakan sendiri kebun masing-masing. Tetapi situasi kini dah berubah. Hanya sebilangan kecil pekebun mengusahakan sendiri. Sebahagian besar dari mereka menggunakan pekerja asing untuk menurunkan buah. Boleh dikira anak-anak muda tempatan yang sanggup bekerja di kebun sawit.

Kira-kira setahun yang lepas harga sawai mencecah RM 800 setan. Aku pernah cerita situasi ini sebelum ni. Masa tu kalau masuk kedai kopi kat kampong, semua orang berebut nak bayar. Tapi harga tu tak kekal, menjunam dan terus menjunam sehinggalah ke paras RM 200 setan. Masa tu ramai yang tak endahkan langsung kebun kelapa sawit. Bermula Feb yang lepas harga naik semula sehinggala pada Mei lepas harga mencapai RM464 setan. Walaupun harga ini tak sehebat harga setahun yang lepas tetapi sekurang-kurangnya para pekebun kecil boleh menaris nafas lega kiranya harga tersebut boleh bertahan berterusan. Namun begitu bulan Jun yang lepas harga telah turun kepada RM410 setan dan hari ini harga tersebut tidak sampai pun RM 400 setan. Situasi harga sebegini memang merisaukan ramai pekebun kecil. Yang nyata harga baja melambung naik. Sekiranya harga turun terus ke tahap RM300 setan bermakna bermakna pekebun-pekebun kecil menghadapi masalah untuk menyara kehidupan harian. Aku mengikuti sepenuhnya perkembangan harga sawit ini setiap bulan lantaran aku terpaksa mengurus beberapa kebun sawit milik keluarga. Walaubagaimana memandangkan ianya aktiviti sambilan, penurunan harga tidak berapa kami endahkan. Sekurang-kurangnya beberapa orang boleh menyara keluarga hasil upah menuai buah dah kira bagus, yang penting jangan sampai kos operasi tak melebihi hasil sawit.

Baru-baru ni aku berpeluang memberi ceramah kepada pegawai-pegawai MPOB di PD. Sebahagian mereka merupakan pegawai kanan. Semasa rehat aku tak melepas peluang untuk berdiskusi dengan pegawai-pegawai tersebut berhubung ketidak stabilan harga sawit ini.

Seharusnya agensi-agensi berkaitan mengambil tindakan sewajarnya agar harga sawit kekal ditahap yang memuaskan memandangkan kita merupakan pengeluar utama sawit. Beberapa perkara perlu dirungkai bagi membantu pekebun-pekebun kecil sawit.

- Bagaimana untuk menstabilkan harga sawit di pasaran.

- Harga baja dan racun di pasaran terlampau tinggi, bagaimana untuk menurunkan harga tersebut agar keluaran pekebun kecil dapat ditingkatkan.

- CESS (tax) yang dikenakan kepada pengilang, secara tak langsung pengilang akan mengenakan kadar tersebut kepada pekebun.

- Pelaburan pembukaan ladang-ladang sawit di Indonesia oleh tauke negara kita, apakah ia menuntungkan negara kita atau menguntungkan sesetengah pihak. Mereka akan menjadi pesaing kita. Mereka boleh jual harga yang rendah dari kita kerana kos buruh yang rendah

- Pasaran ke atas produk-produk berasaskan sawit ke peringkat dunia. Harga produk sawit juga perlu competitive berbanding produk dari minyak sayuran yang lain.

Saturday, July 25, 2009

Sawit

Aku bercuti Jumaat kerana ingin menyelesaikan beberapa perkara urusan keluarga. Aku ambik kesempatan untuk balik kapong melalui Pucung untuk mengelakan kesesakan kalau melalui Sg Besi. Rupanya di Pucung tu ada orang perasan kereta aku, aku terima SMS dari PB “Nak ke mana tuuuu”. Sorry PB lalu tak mintak izin.

Aku keluar berdua-duaan dengan mak. Kami makan lontong di satu warung di Pekan Batang Berjuntai. Lama kami tak keluar berduaan begitu. Emak senyum je. Emak kata dah dua hari dia tak boleh baca Quran, spek tak tau letak mana. Katanya mungkin tercicir masa balik mengaji. Aku bawak mak tempah spek lain. Biasanya 2 hari baru siap, tapi hari tu apek tu kata setengah jam siap. Mak kata Alhamdullialah…

Aku tanya mak “macamana mak ni, harga sawit makin turun” .Sambil senyum mak jawab “ taka pa, bukan kita sorang yang rasa”. Mak tak kisah langsung harga sawit turun. Kalau arwah ayah ada, dia akan berhujah panjang lebar bila cerita pasal sawit. Mak kata lagi kebun sawit hujung jalan rumah kita dah dijual. Yang beli Jenal, salah sorang orang berduit dalam kampong aku. Mak kata kebun tu dulu memang semak, sekarang dah cantik. Memang betul masa aku lalu kawasan tu kebun tu dah cantik, pokok dah trim, rumput dah beracun. Pelepah daun tersusun rapi. Malah parit kiri kanan kebun nampak baru disediakan. Aku tanya mak lagi berapa harga si Jenal tu beli tanah tu. Mak kata kalau tak silap tiga ratus lima puluh ribu. Mahal betul harga tanah kapung aku, kebun sawit yang tak terurus untuk 3 ekar boleh sampai harga tu. Rasanya memang tak termampu kalau kerja gomen macam aku nak beli tanah harga macam tu. Masa awrah bapak ada dulu, selalu dia pesan kalau ada duit lebih tu carila tanah. Pernah satu hari dulu dia bagitau aku, katanya ada tanah 10 ekar nak dijual, dia suruh aku beli. Katanya tanah tu sesuai untuk tanam sawit. Harga nya murah, dia kata dia bayar setengah, setengah lagi dia mintak aku cari. Aku cuma kata nantila, manalah nak cari banyak dalam waktu terdekat. Tapi bagi aku itu satu cabaran, kalau dia boleh sedia setengah takkan aku tak boleh cari setengah lagi. Apabila aku rasa dah ada sumber aku boleh dapat aku ajak arwah bapak tenguk tanah tu. Tapi katanya “ Engkau dah terlambat, selang dua hari je orang dah beli tanah tu”. Huh dasyat orang kampong jual beli tanah beratus ribu macam beli ikan kat pasar.

Balik pekan ajak mak singgah kebun sawit di Jaya Setia, mak senyam tenguk kebun tu bersih beracun. Mak pesan yang penting kebun berjaga, ada orang ambik buah, rumput beracun dan pokok berbaja. Harga sawit turun, kita nak buat macamana.

Nota: Cukup bahagia bila dapat peluk emak, cium tangan emak dan kucup dahi emak

Wednesday, July 22, 2009

Perjumpaan

Perjumpaan kami 4 keluarga untuk makan malam di Kajang malam ini mengembalikan semula nostalgia makan malam di dewan makan Abeer Garden Makah setiap lepas solat Isyak. Abang Zul, terima kasih datang dari jauh untuk mengunjungi kami. Semoga persahabatan kita akan terus kekal. Sesungguhnya aku amat-amat bangga dan menghargai persahabatan ini. Pertemuan kami juga untuk mengucapkan selamat jalan kepada saudara Rasidi yang akan keTanah Suci minggu depan. Tahniah kepada saudara Rasidi, walaupun baru 3 bulan balik dari Tanah Suci tetapi telah dijemput semula untuk menjadi tetamu Allah. Sesungguhnya aku pun teringin sangat untuk pergi semula. Rindu sangat pada Baitullah.

Monday, July 20, 2009

Ombak dan Pantai

Sesungguhnya alam ciptaan Allah teramat indah. Saling melengkapi, seperti pantai dan ombak. Setia ombak dan pantai, bagai janji yang dipateri. Setiap masa ombak merindui pantai yang setia menanti.

Saksikan kehebatan insan yang mengabadikan keindahan alam ciptaan Ilahi.


nota: foto-foto adalah kiriman dari Pn Zura

Thursday, July 16, 2009

Dialog bersama Tim Menteri

Perhimpunan 300 pakar industri negara dari berbagai bidang untuk berdialog dengan Y.B. Timbalan Menteri Sumber Manusia telah berlangsung di INTEKMA hari ini. Majlis berjalan lancar tanpa sebarang isu yang hangat. Beberapa cadangan dari pakar-pakar negara bagi mertabatkan kemahiran dapat dikumpulkan. Penerimaan dan pengiktirafan kemahiran di kalangan masyarakat adalah agenda utama. Kelahiran teknokrat-teknokrat atau teknologis-teknologis atau jurutera-jurutera berasaskan kemahiran dinegara-negara maju seperti German membuktikan mereka mampu bersaing di peringkat global. Malah masyarakat mereka menerima kemahiran adalah pilihan terbaik menentu kerjaya. Penerimaan sebegini perlu dalam negara kita.


Sebahagian peserta yang hadir

Y.B. Timbalan Menteri merasmi dan berdialog dengan peserta

Sebahagian pakar-pakar 'tua' yang hadir

Hampir 1 jam setengah aku mengadap Y.B. sehari sebelum majlis berlangsung bagi memastikan kelancaran majlis ini, almaklumlah mereka-mereka adalah yang terlibat sekurang-kurangnya 10 tahun dalam bidang masing-masing.

High Income Economy

Negara kita berhasrat untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Dengan situasi ekonomi masa ini negara kita menghadapi berbagai cabaran untuk mencapai High Income Economy menjelang 2020. Sudah sampai masa struktur ekonomi industri negara kita perlu di ubah di mana produktiviti tenaga kerja perlu di tingkatkan. Untuk tujuan ini adalah perlu tahap kemahiran perkerja dalam negara ditingkatkan. Tahap pengetahuan dan kemahiran sebelum memasuki alam pekerjaan juga perlu di tingkatkan.
Beberapa isu dilihat mempengaruhi kecekapan human capital pada masa ini antaranya:

a) Polisi pembelajaran pada masa ini tidak focus kepada tahap kritikal untuk memperbaiki kualiti pembelajaran di peringkat rendah dan menengah, dengan kata lain perlu di tingkatkan kualiti tenaga pengajar.
b) Ramai pelajar yang memasuki alam pekerjaan dengan kemahiran yang rendah dan tidak mencapai tahap kualiti sebenar
c) Peratusan yang tinggi ke atas graduan university yang tidak mendapat pekerjaan yang memaksa kerajaan untuk mengujudkan skim latihan kepada graduan-graduan menganggur.

Untuk mengatasi masalah ini beberapa pendekatan perlu dilakukan, antaranya
a) Meningkatkan kualiti tenaga pengajar.
b) Meningkatkan kualiti dan persepsi latihan kemahiran.
c) Meningkatkan pengeluaran dalam kemahiran.
d) Meningkatkan nilai siji kemahiran.

Mungkin sudah sampai masa pekerja perlu dilesenkan. Tapi apakah persediaan kita?
Apakah makanisma kita untuk menggantikan pekerja asing. Apakah NOSS kita sudah cukup diterima oleh industri? Adakah makanisma Pentauliahan Pencaian Terdahulu (PPT) yang ada boleh membantu mentauliahkan semua sekerja dalam negara?