Friday, September 04, 2009

Masjid Besi

Syukur hari ini aku berkesempatan untuk kali pertama ke Masjid Besi yang pertama kali mengadakan Solat Jumaat. Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau dikenali Masjid Besi adalah kedua besar selepas Masjid Putra. Kontraktor yang bertanggungjawab ke atas pembinaan masjid ini adalah Ahmad Zaki Resources Berhad (AZRB). Segala kemudahan yang disediakan memang memuaskan. Pemandangan di kiri kanan masjid memang menajubkan. Mengikut maklumat yang disediakan banyak aktiviti-aktiviti telah di rancang di masjid tersebut. Inila satu-satunya masjid yang mempunyai 2 tingkat tempat letak kereta di bawah masjid, seolah seperti di komplek membeli belah. Yang tak seronoknya apabila semua jemaah keluar serentak dari bangunan itu, exit di tempat letak kereta menjadi sesak sehingga kita terpaksa menunggu lama sebelum dapat dari komplek itu.

Pemandangan dari sisi masjid

Tuesday, September 01, 2009

Ayam Panggang

Di Bandar Baru Bangi terdapat sekurang-kurangnya lima pasar Ramadhan. Namun begitu dua tempat yang begitu popular ialah di belakang PKNS dan di seksyen 16 (rancangan Samsul Ghau-ghau). Kedua tempat ini memang cukup meriah dan menjanjikan traffic jam yang dasyat. Nak cari apa jenis makanan memang ada kat tempat ini. Di belakang PKNS ayam panggang madu adalah antara gerai yang diminati setiap tahun. Pelanggan sanggup beratur panjang dan menunggu sekurang-kurangnya setengah jam sebelum mendapat yang di hajat. Tak tau apa sebenar tarikannya, pada hal tempat lain ada juga ayam panggang tapi tak perlu la beratur macam tu.


Pelanggan sanggup beratur panjang

Friday, August 28, 2009

Roti Jala

“Ayah nak berbuka kat surau, sapa nak ikut”
“Mama nak ikut, hari ni Kak Ju masak, mesti sedap”
“Angah pun nak ikut jugak, tadi Fatin bagitau kalau tak datang lain kali dia pun tak mau datang”
“Adik pun nak ikut jugak”
“Abang tak mau, abang nak buka kat rumah”
“Abang nak duduk dengan sapa kat rumah”
“Tak pa abang buka sorang-sorang”
“Apasal abang tak mau berbuka kat surau”
“Abang nak makan roti jala, kat surau tak ada roti jala”

Entah apa kena, tak jemu-jemu abang makan roti jala tiap hari

Wednesday, August 26, 2009

Berbuka Puasa

Satu keistimewaan di Negara kita. Setiap kali bulan puasa Bazaar Ramadhan tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Setiap taman pasti ada Bazaar Ramadhan. Masa ni la nak cari makan apa pun ada di jual. Kuih yang jarang kita jumpa pada hari-hari biasa pun akan muncul. Kepelbagaian jenis makanan ini memang menggugat keimanan pengunjung untuk membeli. Yang menariknya bazaar ni bukan sahaja dikunjungi masyarakat melayu tapi juga bangsa lain.

Hotel-hotel dan restoran juga berlumba-lumba mengiklankan pakej-pakej berbuka puasa. Sesetengah tempat perlu booking dulu, kalau nak walk-in memang tak ada tempat. Begitu mewah negara kita, bulan puasa seolah-olah seperti pesta makanan.

Sesuatu yang amat menghairankan juga apabila melihat sesetengah orang yang ketika berpuasa kelihatan amat lesu dan tidak bermaya, tetapi apabila tiba sahaja waktu petang untuk membeli juadah, badan yang lesu tadi sudah menjadi cergas dan kuat. Lantas, pelbagai juadah dibeli sehingga melebihi keperluan yang sepatutnya. Mereka membeli juadah bukan lagi mengikut keperluan, tetapi mengikut nafsu sehingga berlakunya pembaziran yang banyak. Tidak kurang juga terdapat dalam kalangan masyarakat Islam yang menjadikan waktu berbuka tidak ubah seperti suasana ‘pesta makan’. Sebenarnya ajaran Islam tidak pernah melarang umatnya untuk membeli makanan. Cuma ajaran Islam mengajar kita supaya berbelanja secara bersederhana setiap masa, termasuk sewaktu berbuka puasa. Kita sebenarnya bukan 'hidup untuk makan', tetapi 'makan untuk hidup'. Apabila konsep 'hidup untuk makan' dijadikan pegangan, keadaan ini menyebabkan berlakunya kelalaian hingga melampaui batas berbelanja. Tidak cukup dengan juadah yang dimasak di rumah, dibeli lagi makanan di bazar dan pasar Ramadan secara yang berlebihan.

Suasana berbuka puasa di bumbung masjidilharam - foto ehsan dari Saudara Azlee dari Kota Mekah

Berbuka dengan rutab, tamar atau air adalah sunnah Nabi. Rutab adalah kurma yang masak dan tidak dikeringkan, ia lembut dan manis. Tamar pula ialah kurma yang dikeringkan seperti banyak terjual di pasaran.
Anas Malik berkata: “Rasulullah SAW berbuka puasa sebelum solat (Maghrib) dengan rutab. Jika tiada rutab, Baginda akan berbuka dengan tamar dan jika tiada tamar, Baginda akan meneguk beberapa teguk air.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)

Sama-samalah kita berusaha untuk tidak melakukan pembaziran di bulan mulia ini

Sunday, August 23, 2009

Subuh di Masjid

Seorang lelaki bangun pagi-pagi buta utk sholat subuh di Masjid. Dia berpakaian kemas, berwudhu dan berjalan menuju ke masjid. Di tengah jalan menuju masjid, lelaki tersebut tersungkur dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudhu, dan, lagi, berjalan menuju ke masjid. Dalam perjalanan kembali ke masjid, dia tersungkur lagi di tempat yg sama. Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Di rumah, dia, sekali lagi, berganti baju, berwudhu dan berjalan menuju masjid.
Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu. Dia menanyakan identiti lelaki tersebut, dan lelaki itu menjawab "Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda.'

Lelaki pertama mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.
Saat sampai di masjid, lelaki pertama bertanya kepada lelaki yang membawa lampu untuk masuk dan sholat subuh bersamanya.Lelaki kedua menolak. Lelaki pertama mengajak lagi hingga berkali2 dan,lagi, jawabannya sama.

Lelaki pertama bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan sholat.
Lelaki kedua menjawab
'Aku adalah Saitan'
Lelaki itu terkejut dgn jawaban lelaki kedua.
Saitan kemudian menjelaskan,'Saya melihat kamu berjalan ke masjid, dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah memaafkan semua dosa-doasa mu. Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan bahkan itupun tidak membuatmu merubah fikiran untuk tinggal dirumah saja, kamu tetap memutuskan kembali masjid. Karena hal itu, Allah memaafkan dosa-dosa seluruh anggota keluargamu.
Saya kuatir jika saya membuat mu jatuh utk ketiga kalinya, jangan-jangan Allah akan memaafkan dosa-dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahwa anda sampai dimasjid dgn selamat..'

Oleh itu sama-sama kita berusaha agar tidak membiarkan saitan mendapatkan keuntungan dari setiap aksinya. Jangan melepaskan sebuah niat baik yg hendak kita lakukan karena kita tidak pernah tau ganjaran yg akan kita dapatkan dari segala kesulitan yg kita temui dalam usaha utk melaksanakan niat baik tersebut.

Friday, August 21, 2009

Monday, August 17, 2009

Kenduri menjelang Ramadhan

Kenduri arwah dan doa selamat menjelang Ramadhan sudah menjadi lumrah, terutama di kampong-kampung. Masa ini di kampong kadang-kadang sehingga 4 buah rumah kenduri dalam sehari. Lepas zohor, asar, magrib dan isyak. Kira-kira bulan ni tak payah masak, kenduri setiap hari. Emak kat kampong masuk je Syaaban dah buat kenduri. Yang istimewanya kampong Ijok masih menggunakan nasi Ambeng. Satu tradisi masyarakat Jawa. Satu dulang adalah untuk 4 orang, sekor ayam pun telah dibelah empat untuk satu dulang. Kebiasaannya mereka-mereka yang hadir tak jamah pun, terus bahagi kepada empat bahagian untuk di bungkus dan di bawa balik. Mereka hanya menjamah makanan ringan yang lain seperti buah, kuih muih, bubur dan lain-lain lagi. Kewangian aroma daun pisang pembungkus nasi ambeng ini menjadikan ianya cukup menyelerakan, dan bungkusan inilah yang di tunggu-tunggu oleh anak-anak apabila ayah mereka hadir majlis kenduri. Kebiasaanya emak di kampong akan menyediakan 25 dulang yang melibatkan 80 hingga 100 buah rumah. Mudahkan, tak payah susah-susah sedia pinggan mangkuk.


Hujung minggu baru ni aku pulak mengadakan majlis serupa di rumah, minggu terakhir sebelum Ramadhan. Tapi taklah buat nasi ambeng. Jemputan melibatkan kareah surau Ikwan dan surau Al-Islah yang dianggarkan 400 orang. Agak penat juga sesekali masak untuk ramai begini. Mujur ada beberapa orang jiran membantu. Menu cukup ringkas iaitu ayam goreng berempah, gulai kawah daging, sayur goreng campur, ikan masin dan ulam. Manakala pencuci mulut seperti buah, agar-agar, karipap, kuih lompang dan kek cokelat. Non-stop menyediakan kesemuanya ni dari pagi sehingga magrib, memang memenatkan tapi seronok dan puas hati.

Tuesday, August 11, 2009

H1N1

Nampak gaya serangan wabak H1N1 ini semakin hari semakin serius. Setiap hari bilangan yang mati semakin bertambah. Apakah sebenarnya aktiviti pembendungan yang kita lakukan sebenarnya kurang berkesan. Mula-mula dulu hanya 1 kematian sehari, sekarang sudah 8 orang sehari. Bilangan yang mati kerana virus ini sudah menjangkau 32 orang. Sesuatu tindakan drastik perlu dilakukan segera bagi membendung penyakit ini daripada terus merebak.

Apakah sebenarnya dengan menutup sekolah-sekolah berasrama yang telah dijangkiti sebenarnya boleh membendung jangkitan, ataupun sebenarnya manambah lagi meluas jangkitan.

Kenapa tak diwajibkan sahaja semua orang memakai topeng semasa berada di kalayak ramai terutamanya kawasan tertutup seperti LRT, pusat membeli-belah, panggung wayang, masjid dan lain-lain lagi.

Pihak berwajib perlu mengeluarkan fatwa hukum sembahyang dengan memakai topeng ataupun fatwa kelonggaran berjemaah kiranya disahkan positif H1N1.

Pekeliling khusus untuk semua agensi perlu di keluarkan bagi tujuan membendung jangkitan.

Saturday, August 08, 2009

H1N1

Hari ini dikejutkan dengan pemergian ke rahmatullah isteri saudara Ropi dari CIAST yang disahkan positif H1N1, semoga rohnya dicucuri rahmat. Alfatihah

Friday, August 07, 2009

Ikan baru

Empat hari aku berkampung di utara tanah air untuk meneliti proses pengambilan balik dan perolehan tanah. Bisanya kalau di luar kawasan program yang diatur begitu tight, biasanya hingga malam. Tapi kali ini program yang diatur tidak begitu ketat. Sebelah malam adalah program sendiri-sendiri. Maka macam-macam aktiviti dapat dipenuhi. Sempat menyambut cabaran Fara dan Era untuk main bowling. Mereka ni begitu handal. Hujung minggu biasanya mereka melekat di bowling center Putrajaya. Dan yang aku sendiri tak sangka sempat main snooker dengan Amin dan Zul, yang mana dah lebih 20 tahun aku tak sentuh meja tu. Masa-masa bujang dulu memang boleh tahan.

Yang aku nak cerita yang ini. Pasal makan la...
Tepat jam 7 pagi, seorang kawan telah mengambil kami di tempat penginapan untuk ke Kuala Kedah. Tempat yang dituju adalah sebuah warung di depan Bernas Kuala Kedah. Warung tu aku nampak tak bernama pun, tetapi pelanggan punyalah ramai. Berbagai bangsa ada di warung itu. Rupanya orang Kedah ni mereka berserapan pagi makan nasi. Yang istimewanya kedai itu menjual ikan baru. Semua makanan laut yang dimasak adalah baru naik dari Kuala Kedah. Tak kena ais lagi pun, memang manis. Patutla semua orang di situ ambik lebih dari sekor. Rupanya memang sedap, kalau ikut hati empat ekor pun boleh makan. Harganya pulak memang murah, sekor ikan kembung masak gulai hanya seringgit. Kadang-kadang hanya 80 sen sahaja seekor. Sebesar-besar kuali digunakan untuk gulai ikan di samping beberapa menu seperti sotong dan lain-lain makanan laut. Semuanya di hidang panas. Sesiapayang ke Alor Setar cubala cari warung depan Bernas ni. Sesekali makan ikan baru yang belum kena ais memang ada kelainannya.

Monday, July 27, 2009

Sawit 1

Sejak dari kecil memang aku bergelumang dengan sawit. Malah semasa sekolah menengah aku boleh dikatakan pakar dalam menuai buah sawit samada mengguna skop atau sabit. Masa tu rata-rata pekebun kecil mengusahakan sendiri kebun masing-masing. Tetapi situasi kini dah berubah. Hanya sebilangan kecil pekebun mengusahakan sendiri. Sebahagian besar dari mereka menggunakan pekerja asing untuk menurunkan buah. Boleh dikira anak-anak muda tempatan yang sanggup bekerja di kebun sawit.

Kira-kira setahun yang lepas harga sawai mencecah RM 800 setan. Aku pernah cerita situasi ini sebelum ni. Masa tu kalau masuk kedai kopi kat kampong, semua orang berebut nak bayar. Tapi harga tu tak kekal, menjunam dan terus menjunam sehinggalah ke paras RM 200 setan. Masa tu ramai yang tak endahkan langsung kebun kelapa sawit. Bermula Feb yang lepas harga naik semula sehinggala pada Mei lepas harga mencapai RM464 setan. Walaupun harga ini tak sehebat harga setahun yang lepas tetapi sekurang-kurangnya para pekebun kecil boleh menaris nafas lega kiranya harga tersebut boleh bertahan berterusan. Namun begitu bulan Jun yang lepas harga telah turun kepada RM410 setan dan hari ini harga tersebut tidak sampai pun RM 400 setan. Situasi harga sebegini memang merisaukan ramai pekebun kecil. Yang nyata harga baja melambung naik. Sekiranya harga turun terus ke tahap RM300 setan bermakna bermakna pekebun-pekebun kecil menghadapi masalah untuk menyara kehidupan harian. Aku mengikuti sepenuhnya perkembangan harga sawit ini setiap bulan lantaran aku terpaksa mengurus beberapa kebun sawit milik keluarga. Walaubagaimana memandangkan ianya aktiviti sambilan, penurunan harga tidak berapa kami endahkan. Sekurang-kurangnya beberapa orang boleh menyara keluarga hasil upah menuai buah dah kira bagus, yang penting jangan sampai kos operasi tak melebihi hasil sawit.

Baru-baru ni aku berpeluang memberi ceramah kepada pegawai-pegawai MPOB di PD. Sebahagian mereka merupakan pegawai kanan. Semasa rehat aku tak melepas peluang untuk berdiskusi dengan pegawai-pegawai tersebut berhubung ketidak stabilan harga sawit ini.

Seharusnya agensi-agensi berkaitan mengambil tindakan sewajarnya agar harga sawit kekal ditahap yang memuaskan memandangkan kita merupakan pengeluar utama sawit. Beberapa perkara perlu dirungkai bagi membantu pekebun-pekebun kecil sawit.

- Bagaimana untuk menstabilkan harga sawit di pasaran.

- Harga baja dan racun di pasaran terlampau tinggi, bagaimana untuk menurunkan harga tersebut agar keluaran pekebun kecil dapat ditingkatkan.

- CESS (tax) yang dikenakan kepada pengilang, secara tak langsung pengilang akan mengenakan kadar tersebut kepada pekebun.

- Pelaburan pembukaan ladang-ladang sawit di Indonesia oleh tauke negara kita, apakah ia menuntungkan negara kita atau menguntungkan sesetengah pihak. Mereka akan menjadi pesaing kita. Mereka boleh jual harga yang rendah dari kita kerana kos buruh yang rendah

- Pasaran ke atas produk-produk berasaskan sawit ke peringkat dunia. Harga produk sawit juga perlu competitive berbanding produk dari minyak sayuran yang lain.

Saturday, July 25, 2009

Sawit

Aku bercuti Jumaat kerana ingin menyelesaikan beberapa perkara urusan keluarga. Aku ambik kesempatan untuk balik kapong melalui Pucung untuk mengelakan kesesakan kalau melalui Sg Besi. Rupanya di Pucung tu ada orang perasan kereta aku, aku terima SMS dari PB “Nak ke mana tuuuu”. Sorry PB lalu tak mintak izin.

Aku keluar berdua-duaan dengan mak. Kami makan lontong di satu warung di Pekan Batang Berjuntai. Lama kami tak keluar berduaan begitu. Emak senyum je. Emak kata dah dua hari dia tak boleh baca Quran, spek tak tau letak mana. Katanya mungkin tercicir masa balik mengaji. Aku bawak mak tempah spek lain. Biasanya 2 hari baru siap, tapi hari tu apek tu kata setengah jam siap. Mak kata Alhamdullialah…

Aku tanya mak “macamana mak ni, harga sawit makin turun” .Sambil senyum mak jawab “ taka pa, bukan kita sorang yang rasa”. Mak tak kisah langsung harga sawit turun. Kalau arwah ayah ada, dia akan berhujah panjang lebar bila cerita pasal sawit. Mak kata lagi kebun sawit hujung jalan rumah kita dah dijual. Yang beli Jenal, salah sorang orang berduit dalam kampong aku. Mak kata kebun tu dulu memang semak, sekarang dah cantik. Memang betul masa aku lalu kawasan tu kebun tu dah cantik, pokok dah trim, rumput dah beracun. Pelepah daun tersusun rapi. Malah parit kiri kanan kebun nampak baru disediakan. Aku tanya mak lagi berapa harga si Jenal tu beli tanah tu. Mak kata kalau tak silap tiga ratus lima puluh ribu. Mahal betul harga tanah kapung aku, kebun sawit yang tak terurus untuk 3 ekar boleh sampai harga tu. Rasanya memang tak termampu kalau kerja gomen macam aku nak beli tanah harga macam tu. Masa awrah bapak ada dulu, selalu dia pesan kalau ada duit lebih tu carila tanah. Pernah satu hari dulu dia bagitau aku, katanya ada tanah 10 ekar nak dijual, dia suruh aku beli. Katanya tanah tu sesuai untuk tanam sawit. Harga nya murah, dia kata dia bayar setengah, setengah lagi dia mintak aku cari. Aku cuma kata nantila, manalah nak cari banyak dalam waktu terdekat. Tapi bagi aku itu satu cabaran, kalau dia boleh sedia setengah takkan aku tak boleh cari setengah lagi. Apabila aku rasa dah ada sumber aku boleh dapat aku ajak arwah bapak tenguk tanah tu. Tapi katanya “ Engkau dah terlambat, selang dua hari je orang dah beli tanah tu”. Huh dasyat orang kampong jual beli tanah beratus ribu macam beli ikan kat pasar.

Balik pekan ajak mak singgah kebun sawit di Jaya Setia, mak senyam tenguk kebun tu bersih beracun. Mak pesan yang penting kebun berjaga, ada orang ambik buah, rumput beracun dan pokok berbaja. Harga sawit turun, kita nak buat macamana.

Nota: Cukup bahagia bila dapat peluk emak, cium tangan emak dan kucup dahi emak

Wednesday, July 22, 2009

Perjumpaan

Perjumpaan kami 4 keluarga untuk makan malam di Kajang malam ini mengembalikan semula nostalgia makan malam di dewan makan Abeer Garden Makah setiap lepas solat Isyak. Abang Zul, terima kasih datang dari jauh untuk mengunjungi kami. Semoga persahabatan kita akan terus kekal. Sesungguhnya aku amat-amat bangga dan menghargai persahabatan ini. Pertemuan kami juga untuk mengucapkan selamat jalan kepada saudara Rasidi yang akan keTanah Suci minggu depan. Tahniah kepada saudara Rasidi, walaupun baru 3 bulan balik dari Tanah Suci tetapi telah dijemput semula untuk menjadi tetamu Allah. Sesungguhnya aku pun teringin sangat untuk pergi semula. Rindu sangat pada Baitullah.

Monday, July 20, 2009

Ombak dan Pantai

Sesungguhnya alam ciptaan Allah teramat indah. Saling melengkapi, seperti pantai dan ombak. Setia ombak dan pantai, bagai janji yang dipateri. Setiap masa ombak merindui pantai yang setia menanti.

Saksikan kehebatan insan yang mengabadikan keindahan alam ciptaan Ilahi.


nota: foto-foto adalah kiriman dari Pn Zura

Thursday, July 16, 2009

Dialog bersama Tim Menteri

Perhimpunan 300 pakar industri negara dari berbagai bidang untuk berdialog dengan Y.B. Timbalan Menteri Sumber Manusia telah berlangsung di INTEKMA hari ini. Majlis berjalan lancar tanpa sebarang isu yang hangat. Beberapa cadangan dari pakar-pakar negara bagi mertabatkan kemahiran dapat dikumpulkan. Penerimaan dan pengiktirafan kemahiran di kalangan masyarakat adalah agenda utama. Kelahiran teknokrat-teknokrat atau teknologis-teknologis atau jurutera-jurutera berasaskan kemahiran dinegara-negara maju seperti German membuktikan mereka mampu bersaing di peringkat global. Malah masyarakat mereka menerima kemahiran adalah pilihan terbaik menentu kerjaya. Penerimaan sebegini perlu dalam negara kita.


Sebahagian peserta yang hadir

Y.B. Timbalan Menteri merasmi dan berdialog dengan peserta

Sebahagian pakar-pakar 'tua' yang hadir

Hampir 1 jam setengah aku mengadap Y.B. sehari sebelum majlis berlangsung bagi memastikan kelancaran majlis ini, almaklumlah mereka-mereka adalah yang terlibat sekurang-kurangnya 10 tahun dalam bidang masing-masing.

High Income Economy

Negara kita berhasrat untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Dengan situasi ekonomi masa ini negara kita menghadapi berbagai cabaran untuk mencapai High Income Economy menjelang 2020. Sudah sampai masa struktur ekonomi industri negara kita perlu di ubah di mana produktiviti tenaga kerja perlu di tingkatkan. Untuk tujuan ini adalah perlu tahap kemahiran perkerja dalam negara ditingkatkan. Tahap pengetahuan dan kemahiran sebelum memasuki alam pekerjaan juga perlu di tingkatkan.
Beberapa isu dilihat mempengaruhi kecekapan human capital pada masa ini antaranya:

a) Polisi pembelajaran pada masa ini tidak focus kepada tahap kritikal untuk memperbaiki kualiti pembelajaran di peringkat rendah dan menengah, dengan kata lain perlu di tingkatkan kualiti tenaga pengajar.
b) Ramai pelajar yang memasuki alam pekerjaan dengan kemahiran yang rendah dan tidak mencapai tahap kualiti sebenar
c) Peratusan yang tinggi ke atas graduan university yang tidak mendapat pekerjaan yang memaksa kerajaan untuk mengujudkan skim latihan kepada graduan-graduan menganggur.

Untuk mengatasi masalah ini beberapa pendekatan perlu dilakukan, antaranya
a) Meningkatkan kualiti tenaga pengajar.
b) Meningkatkan kualiti dan persepsi latihan kemahiran.
c) Meningkatkan pengeluaran dalam kemahiran.
d) Meningkatkan nilai siji kemahiran.

Mungkin sudah sampai masa pekerja perlu dilesenkan. Tapi apakah persediaan kita?
Apakah makanisma kita untuk menggantikan pekerja asing. Apakah NOSS kita sudah cukup diterima oleh industri? Adakah makanisma Pentauliahan Pencaian Terdahulu (PPT) yang ada boleh membantu mentauliahkan semua sekerja dalam negara?

Tuesday, July 14, 2009

Hari Keluarga JPK

Program Hari Keluarga warga JPK baru-baru ni berjalan dengan lancar. Seramai 110 keluarga telah hadir yang melibatkan lebih dari 400 peserta.

Seekor lembu di tumbangkan untuk BBQ dan sop

Bersenam beramai-ramai berlatar belakangkan bukit menghijau

Sebanyak 400 kg durian dan 200 kilo rambutan habis kesemuanya

Kenduri kampung - merupakan salah satu sekaneka yang menyeronokan

Lebih dari 160 hadiah cabutan bertuah sumbangan kakitangan

Kanak-kanak la yang paling seronok

Friday, July 10, 2009

Wednesday, July 08, 2009

Dialog Buah

“Assalamualaikum”,
“Walaikumsalam, sapa ni”
“Ijoy la, abang jadi ke nak ambik durian tu”
“Apa pulak tak jadinya, abang dah bagai tau ayah kau semalam”
“Tau la…abang nak berapa banyak”
“Kau agak-agak la boleh makan 300 orang”
“Banyak tu bang, buah mahal la hujung minggu, dah la buah dah nak habis”
“Mahal macamana pun kau jangan la ambik untung banyak, kira harga adik beradik da la…”
“Abang boleh tak bagi deposit dulu dalam 300 ringgit, Ijoy nak rolling jugak”
“Alamak, bukannya 300, bayar penuh pun boleh, bila kau nak”
“Jumaat boleh bang, bagi kat ayah saya”
“Jumaat tak tentu, tapi kalau Sabtu boleh la”
“Okay la, okay la….. rambutan abang nak jugak kan”
“Ha, mestila, kau ambik belakang rumah kau tu”
“Belakang rumah mana ada lagi bang, kena beli tempat lain jugak”
“Tak kesah la mana kau nak cari, janji dapat”
“Ya la….Ijoy cuba la cari”
“Ijoy, abang dah tak cari tempat lain, kalau tak dapat buah tu mati aku”
“Abang jangan risau la, nak hantar buah tu bila”
“Pagi Ahad la, tapi kalau nak hantar malam Ahad tu pun boleh, petang Sabtu abang ada situ dah”
“Ijoy hantar buah je, tak tunggu kan”
“Ye la..tapi kau kena tinggal la pisau”
“Okay la bang, jumpa lagi nanti, Asalamualikum”
“Walaikumsalam, kirim salam Hj Md Nor”
“Insyaallah, bye”


nota, sebenarnya aku pun tak harap sangat Ijoy ni boleh dapatkan buah-buah tu, kalau ada kira rezeki la

Sunday, July 05, 2009

Ti m Menteri KBS

Dalam majlis yang aku hadiri di Kajang baru-baru ini aku berkesempatan duduk di sebelah Dato’ Razali Hj Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan semasa makan. Sambil makan banyak yang kami bincang, perbincangan berkisar hal bekas penagih. Beliau sedih dengan penerimaan masyarakat terhadap bekas penagih. Katanya sebahagian besar penagih yang datang ke pusat serenti adalah atas kehendak mereka untuk berhenti dari menjadi penagih. Malah ada di antara mereka adalah bekas pelajar universiti yang mula terjebak dadah apabila cuba menggunakan bahan tersebut ketika bersengkang mata sebelum peperiksaan. Yang menjadi masalah sekarang apabila mereka telah pulih dan keluar dari pusat, masyarakat tidak menerima mereka. Bukannya sahaja majikan tidak inginkan untuk mengambil mereka bekerja, malah sebahagian dari mereka keluarga pun tak sanggup terima mereka. Itu yang menjadikan mereka kembali kepada penagih. Katanya duit negara berpindah berjuta-juta sebulan kerana kita menggaji pekerja asing, tetapi kenapa kita menolak bekas penagih warga Malaysia yang telah insaf ini. Katanya pakej tertentu perlu dilakukan supaya bekas-bekas penagih ini boleh bekerja di satu-satu tempat dan dapat membuktikan supaya dapat buktikan kepada masyarakat mereka boleh berjaya. Aku beri cadangan kenapa semua pusat serenti tak sedia program kemahiran, latih semua bekas penagih ini dengan kemahiran khusus dan keusahawanan seperti dalam penjara. Katanya sepatutnya memang begitu.

Monday, June 29, 2009

Mengunjungi dan dikunjungi

Sabtu tengahari aku dikunjungi dua keluarga yang agak rapat, salah seorangnya adalah tetamu dari Padang Indonesia. Petang meronda bawak tetamu Padang tu untuk menikmati panorama Putrajaya. Sebelah malam mengunjungi warta untuk melengkapkan persiapan Along yang akan ke selatan tanah air.

Ahad seperti dirancang kami mengunjungi UTHM Batu Pahat. Terserempak Prof Jai dan Dr Wahid, sempat bersembang dan sindirannya agak sinis. Almaklum report tak siap lagi. Pendaftaran Along agak lancar. Saudara Ropi kebetulan telah seminggu di sana dan mengunjungi aku di kolej Along. Kami sempat bersama menikmati ikan merah masak asam penas di sebuah restoran di Parit Raja, memang mengancam. Ikan tu hanya di masak apabila terima pesanan, memang fresh. Terima kasih Sdr Ropi kerana membawa kami ke restoran tersebut. Lain kali insyaallah aku datang balik restoran tu. Selepas melengkapkan keperluan asrama Along, kami kembali ke kolej. Tak lama lepastu adik sekeluarga datang dari Pasir Gudang untuk menemui kami . Selang beberapa minit kemudian terima call pulak dari anak saudara dan abang ipar dalam perjalanan dari Skudai untuk ke Terengganu. Kami bertemu dan berkumpul di salah satu gerai durian di Pekan Air Hitam. Kami memulun durian sampai semua tak larat nak makan. Seterusnya kami berkonvoi ke Tangkak dan berpisah mengikut haluan masing-masing. Hajat untuk ke Pedas bagi mendapatkan ikan salai untuk di hantar ke Mekah terpaksa di batal kerana yang ada hanya sembilang salai, sedangkan mereka menghendaki haruan salai.

Dan hari ini di Putrajaya aku dikunjungi tetamu istimewa, blogger yang sekarang menetap Australia. Terima kasih Arsaili kerana sudi bersama makan tengahari bersama dan terima kasih atas cenderahati tu. Aku amat-amat menghargai pemberian mu.


Cenderahati dari Australia

Wednesday, June 24, 2009

Dialog pagi

Pagi-pagi aku terima call

Assalamualaikum
Walaikumsalam, hai lama tak nampak
Sibuk sikit la sekarang ni, anak ko dapat masuk mana?
UTHM, ambik engineering, macam bapak dia jugak
Bila daftar?
Hujung minggu ni
Elok tu, ko tau tak kerajaan Selangor bagi peruntukan pada anak-anak yang masuk U
Tak tau pulak aku
Iye, kalau mak bapak dia orang Selangor boleh dapat seribu setengah
Habis bini aku bukan orang Selangor macamana?
Tak pa la, kita cuba mintak dulu, kat taman tu ada berapa orang masuk U?
Setahu aku ada dua orang je, sorang lagi anak Ramlan
Bukan anak Wak Din sekali ke?
Anak dia dah lama la masuk university.
OK la nanti aku dapatkan borang, ko sedia je surat tawaran dan resit bayaran yuran
Ye la, terima kasih
OK Asalamualaikum
Walaikumsalam


nota: Bagus jugak kerajaan negeri Selangor ni, dah la bagi 20 liter air percuma, ni bagi pulak sumbangan anak-anak masuk U.
Ada ke negeri lain yang bagi subsidi macam ni.....

Sunday, June 21, 2009

Raja Buah

Menyusur lorong kecil di satu kampong sambil memerhati gayutan-gayutan buah di pohon durian di kiri-kanan lorong memang mengasyikan. Sesekali di selangi dengan kebun-kebun getah yang masih menitik hasil torehan di pohonnya. Niat kami Cuma satu, untuk menjamah raja buah yang sedang bermaharaja lela di situ. Tiba di satu rumah ternyata ada longgokan di tepi rumah, ku katakan yang ini pernah singgah kita cari yang lain seperti di kabarkan oleh sahabat. Tak lama selepas itu kami sampai rumah yang di tuju, sukur pakcik tua tu ada di bangsal sebelah rumah. Dengan pakaian yang di pakainya menandakan pakcik tu baru balik dari kebun. Setelah memberi salam kami pun sampaikan hajat.

“Buah ada lagi Pakcik”
“Adala sikit, anak Pakcik baru jual pagi ni, ni je yang tinggal itu pun baru je jatuh”


Dengan tak payah di suruh, Pakcik tu terus membelah 3 biji….huh rasanya memang mengancam, isinya masih cekang. Kami terus meratah satu demi satu….


“Pakcik kami datang ni Pak Haji berjanggut yang datang sini semalam bagitau”
“Ooo ye, tiga hari turut-turut dia datang sini”
“Pakcik kami ambik semua mana yang ada”


Pakcik tu terus kutip dan susun semua buah

“Berapa semua ni Pakcik”
“Bagi la dua puloh”


14 biji buah durian yang cukup berkualiti, bersaiz besar dan sederhana dan baru jatuh dari pokok denga harga RM 20…cukup murah

“Buah kat kebun banyak lagi ke Pakcik?”
“Banyak lagi, ini pun baru jatuh..boleh la sampai dua minggu lagi”
“Buah langsat macamana?”
“Baru je masak tak ada sapa nak panjat”
“Lepas ni kami datang balik Pakcik”
“Datang laaa”



Pakcik ni baru balik dari kebun

Baru je jatuh....

Inila yang kami dapat di Broga Lenggeng

Sunday, June 14, 2009

H1N1

Setakat ini seramai 12 oarng telah disahkan dijangkiti H1N1 di negara kita. Baru-baru ini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)telah memumumkan peningkatkan amaran Influenza Pendemik daripada fasa tiga ke fasa empat keatas penyakit H1N1 atau selsema babi. Sehubungan itu kerajaan memperuntukkan RM7 juta bagi menyediakan suntikan vaksin influenza kepada lebih 200,000 pekerja di 125 pintu masuk utama Malaysia sebagai langkah berjaga-jaga menghadapi risiko jangkitan virus influenza H1N1 atau selesema babi, di negara ini. Kementerian Kesihatan juga juga telah mengenal pasti 28 hospital kerajaan untuk dijadikan pusat kuarantin di seluruh Negara. Jabatan Veterinar juga telah menyarankan untuk memberikan dua dos pelalian H1N1 kepada babi di lebih 700 ladang ternakan seluruh negara. Kerajaan juga sudah mengeluarkan nasihat perjalanan kepada rakyat supaya menangguhkan atau tidak melakukan lawatan antarabangsa terutama ke negara yang dilanda wabak sekiranya tidak perlu atau keadaan tidak mengizinkan. Yang nyata adalah amat-amat perlu bagi membendung penyakit ini merebak dalam negara.

Di negara kita jualan daging babi tetap seperti biasa, mungkin mereka lupa sebenarnya H1N1 itu adalah selsema babi atau pada mereka virus itu belum menjangkit babi-babi dalam negara kita.


Allah melarang memakan babi. Setiap larangan Allah mesti ada sebabya. Beberapa perkara berhubung tabiat babi pun sudah cukup untuk kita menjauhi dari segala yang berkaitan dengan babi. Antaranya seperti berikut:

Babi adalah haiwan yang kerakusannya dalam makan tidak dapat ditandingi haiwan lain. Ia makan semua makanan di depannya. Jika perutnya telah penuh atau makanannya telah habis, ia akan memuntahkan isi perutnya dan memakannya lagi, untuk memuaskan kerakusannya. Ia tidak akan berhenti makan, bahkan memakan muntahannya.

Babi boleh memakan semua yang boleh dimakan di hadapannya. Memakan kotoran apa pun di depannya, entah kotoran manusia, haiwan atau tumbuhan, bahkan memakan najisnnya sendiri, hingga tidak ada lagi yang boleh dimakan di hadapannya.

Babi akan mengencingi najisnya yang ada di hadapannya, kemudian memakannya kembali.

Babi gemar memakan sampah, busuk-busukan, dan najis hhaiwan yang lain.

Babi adalah satu-satunya haiwan mamalia yang memakan tanah, memakannya dalam jumlah besar dan dalam waktu lama, jika dibiarkan.

Kulit orang yang memakan babi akan mengeluarkan bau yang tidak sedap.

Thursday, June 11, 2009

IBM

Hari ini aku berpeluang untuk mengiringi Y.B. Senator Dato’ Maznah Mazlan, Timbalan Menteri Sumber Manusia ke majlis perasmian IBM Human Resource Integrated Services Team (IST) di Cyberjaya. Arahan yang dikeluarkan dari pejabat Timbalan Menteri hanya 45 minit sebelum majlis bermula. Beberapa kali terima call dari Imelda – SU Timbalan Menteri untuk pastikan hadir. Majlis nampak ringkas tapi begitu significant. Majlis diakhiri dengan persembahan oleh kakitangan IBM yang menampak kelainan daripada persembahan-persembahan perasmian kebiasaan. IST di Cyberjaya baru ditubuhkan dengan 120 kakitangan dan dijangka akan berkembang kepada 260 kakitangan menjelang hujung tahun ini.

Serba sedikit mengenai IBM Malaysia
IBM mula beroperasi di Malaysia sejak tahun 1961 di sebelah penjara Pudu. Pada masa ini IBM beroperasi di 170 negara di seluruh dunia termasuk negara kita. Di Malaysia mereka mempunyai 18 jenis operasi share services yang melibatkan 2,300 pekerja. Malaysia adalah lokasi dan pasaran penting bagi IBM dalam operasi global. Malaysia sebagai pilihan kerana keujudan infrastruktur yang baik dan modal insan yang berkemahiran tinggi. Pada Dec 2007 juga IBM Malaysia telah mendapat pengiktirafan sebagai Operational Headqarters status. Pengiktirafan ini memberi makna syarikat tersebut adalah syarikat yang memberi perkhidmatan berkualiti samada perkhidmatan dalam atau luar negeri. Sesuatu yang dibanggakan, dalam keadaan ekonomi sekarang di mana banyak syarikat mengurangkan pekerja tetapi IBM Malaysia mencari pekerja baru.

Tengahari kami lunch di Cyberview Lodge Resort

Wednesday, June 10, 2009

Tiwul

Baru ni aku balik kampong dapat merasa tiwul, sejenis makanan yang telah bertahun aku tak menjamahnya. Mak kata sekarang dah mudah, tepung tiwul boleh beli timbang kilo. Tak payah jemur macam dulu-dulu. Tiwul ini sering dikaitkan dengan makanan kampong. Kalau zaman dulu ianya dikaitkan dengan makanan rakyat miskin kerana masa itu beras agak mahal dan hanya orang kaya dan pesawah sahaja yang mampu makan nasi. Tiwul dihasilkan dari ubi kayu (cassava) yang di parut/sagat dan dijemur sehingga kering sehingga menjadi tepung yang agak kasar. Apabila telah kering sepenuhnya ianya boleh disimpan bertahun. Tiwul adalah hasil olahan dari tepung ubi kayu(cassava) melalui proses tradisional, iaitu tepung cassava ditambahkan air hingga basah dan dikukus selama 20-30 minit. Apabila telah masak sepenuhnya, ianya akan digaul bersama kelapa dan sedikit garam. Rasanya memang cukup sedap. Sayangnya ramai orang sekarang sudah tidak mengenali tiwul terutama anak-anak.

Monday, June 08, 2009

Kenduri

Sudah menjadi budaya masyarakat melayu kenduri di musim cuti sekolah. Biasanya kenduri di tempat kita ni jemputan di tetapkan dari jam 12tgh hingga 4 petang. Oleh itu apabila banyak terima jemputan , ianya perlu disempurnakan dalam masa 4 jam. Tolak waktu solat zohor, hanya tinggal 3 jam setengah. Begitulah keadaannya hari Sabtu baru ni, aku terpaksa berkejar sesana kemari hanya kerana memenuhi jemputan majlis kenduri. Ianya bermula jam 11.30pagi lagi bagi majlis yasin dan doa selamat di rumag Abang salah seorang penduduk taman aku. Hidangan yang disediakan cukup menyelerakan. Jarang jumpa kenduri di Lembah Klang ini menyediakan sajian kapong termasuklah ulam-ulam dan ikan keli bakar, ditambah pulak dengan bubur kacang yang dipenuhi dengan durian. Cukup-cukup menyelerakan, tapi memandangkan banyak kenduri yang akan aku kejar, maka hanya sekadar makan yang mampu. Pukul 12.45 tengahari terus ke Taman Titiwangsa untuk memenuhi jemputan seorang teman saudara Ramlan. Pukul 2.30 ptg ke Taman di Ulu Langat juga memenuhi jemputan seorang teman saudara Lufti yang menerima menantu sulung. Jam 3.15 pm berkejar ke seksyen 16 Putrajaya bagi memenuhi jemputan puan Mariam, kebetulan naknya yang berkahwin adalah bekas staff aku 2 tahun lepas. Kira-kira kami la agaknya tetamu penutup di majlisnya. Terasa lega apabila dapat menyempurnakan kesemua jemputan dalam masa 4 jam. Seterusnya kami perlu entertain seorang rakan Abang Zul yang datang dari Kulai dan dijangka sampai di Kajang jam 5.00 petang. Aku call Hj Jas yg berada di Serdang, untuk bertanya lokasi Abang Zul, katanya jam 6.00 baru sampai. Sebenarnya mereka ini adalah rakan-rakan semasa mengerjakan umrah. Memandangkan ada masa lagi 2 jam lagi kami merancang untuk melawat seorang rakan yang mendapat musibah di hospital Pantai, tapi apabila dihubungi dimaklumkan beliau baru sahaja keluar hostipal. Cancel program ke Pantai dan terus call Abang Zul untuk mengetahui lokasinya, rupanya mereka dah sesat di Kajang Mewah. Aku minta dia tunggu di situ untuk aku ambik dan bawak ke rumah. Malam kami sempat berkumpul di sate Kajang Hj Samuri. Malam tu keadaan begitu sibuk sekali, mujur masih dapat tempat.

Pagi Ahad kami berkonvoi ke Kampung Sg Buaya Banting untuk mengunjungi Hj Mispan. Hj Mispan ini walau pun usia mencecah 70 tahun, tapih masih gagah lagi. Masih kuat untuk mengait kelapa sawit. Beliau juga ku kenali di tanah suci. Walau pun hanya 2 minggu bersama mereka semua di tanah suci, tapi hubungan kami sehingga sekarang masih cukup rapat dan sentiasa menghubungi antara satu sama lain. Kebetulan ada durian kampong yang gugur, maka dapatlah kami berlumba untuk menghabiskannya.

Upacara mengopek durian

Peserta terakhir sedang menamatkan perlumbaan

Kenangan bersama Hj Mispan

nota: aku sepatutnya ke Dungun untuk jemputan kawan yang menghantar menantu, tapi tak kesampaian

Thursday, June 04, 2009

C3030

Mengambil gambar merupakan sebahagian minat aku sejak muda remaja. Maka itula agaknya aku memiliki beberapa siri kamera zaman dulu-dulu yang mana sebahagian masih boleh digunakan. Masa tu kalau dapat menghasilkan gambar yang berkualiti, rasa cukup puas. Masa tu semua pakai roll filem, kalau betul setting kamera mesti hasilnya cantik. Walau bagaimanapun kini minat itu dah tak sehebat dulu.

Aku telah menggunakan C3030 ni sejak 10 tahun yang lalu. Ini lah pertama kali percubaan aku menggunakan digital. Ini pun disebabkan zaman dah berubah sehinggalah sampai satu tahap segan nak print gambar guna filem, maka bermulalah penggunaan digital ini. Kapasiti gambar pada kamera ini hanyalah 3.3 megapic tetapi pada masa itu ianya cukup tinggi. Malah kualiti gambar kamera ini boleh setanding dengan SLR. Kamera ini lah peneman aku apabila traveling ke mana-mana. Walaupun aku ada simpanan Digital SLR Cannon dan Sony Alpha, tapi agak sukar mengusung kamera yang besar-besar begitu. Aku cukup-cukp sayang kamera A3030 ini, tapi perkhidmatannya dah hampir tamat. Kerosakan nya amat sedikit, lens kamera sebelah dalam tertanggal. Dah banyak kedai aku hantar untuk service tapi tak ada yang sanggup. Mereka kata perlu hantar ke agent di Damanasara, tak tau la bila boleh pergi.

Satu masa dulu aku cukup minat ambik gambar pantulan objek di air. Berikut antara memori yang pernah dirakam kan oleh C3030 ni.

Sungai ini merupakan laluan kapal-kapal, untuk mendapatkan permukaan air yang tenang amat jarang sekali. Untuk mendapatkan suasana pancaran matahari senja dan air yang tengang begini agak sukar.

Ketenangan permukaan air di tasik dalam komplek yang membuat kereta jenama Volk Wagen ni hampir perfect sehinggakan antara objek sebenar dan bayangan dipermukaan air hampir sama.

Aku menghabiskan masa agak lama di tepi pelabuhan ini dengan saudara Nawi untuk mendapatkan pemandangan pantulan, tapi tak Berjaya. Air di Darling harbor tu tak pernah tenang.

Sebahagian besar struktur kota lama yang berusia beratus tahun di utara German ini di bina di dalam tasik. Ketenangan air dapat menghasilkan pantulan objek yang juga agak memuaskan, cuma di tasik ini kadang-kadang agak sukar untuk mendapatkan air yang betul-betul tenang kerana tiupan angin.

Mengunjungi tasik di tengah bandar Tokyo ini semata-mata untuk mendapatkan pantulan objek, tapi air di situ tak tenang. Mungkin masa yang tak sesuai, walaubagaimana pun objek lain yang ada...

Tasik di Flinsberg ni cukup luas, dan ketenangan permukaan tasik ini memang boleh memantulkan pandangan objek yang cukup menawan.

Pernah duduk tepi tasik untuk dapatkan pantulan Sakura ni, tapi gagal kerana ketenangan permukaan air sering diganggu swan yang ada di kawasan itu.

Jam 7.00 pagi di Hanoi, objek ini di rakam bukan menggunakan C3030, tapi guna kamera lain - tak puas hati langsung.