Sebahagian hiasan di hadapan restaurant. Malam tu Village View restaurant ni begitu sesak dengan pengunjung. Tempat ni sebenarnya baru bukak, lebih kurang 3 bulan yang lepas, tapi customer manjang penuh setiap malam.
Suasana dalam restaurant, setia menunggu teman-teman lain yang belum datang
MBSalleh – Macamanalah aku nak lead buat program kita, tak tahu masa bila aku free. Masalahnya aku ni jaga orang, kalau jaga pokok ke jaga bangunan ke…senang, benda tu tak bergerak.
Sufian – mana Suhaimi ni tak datang. Dah la dia yang mintak tukar tarikh TT ni malam ni. Aku dari Seremban pun boleh sampai sini.
Wajah-wajah ceria, yang kecik-kecik ni dengan aktiviti mereka sendiri
Shimi – Pening kepala aku. Kereta aku mat rempit sudah sondol, habis berkecai side mirror aku. Aku dah tanya kat Toyota, harga side mirror tu je RM300, belum masuk cat body lagi. Mamat tu pulak cuma bagi RM 200 je.
Katrina – Ni heroin filem bollywood
Kaum-kaum ibu ni pun tak kurang hebatnya depa sembang bila sesekali bertemu.
Zino – Khusuk, kalau mak mertua lalu belakang pun tak sedar.
Hero Malaya – Sapa la yang dia orang tenguk ni
Sebahagian yang hadir malam tu, tuan punya blog takda dalam gambar. Jurugambar tak datang, inila jadinya. Terima kasih yang hadir, Zino, Zainal, Krahim, MBsalleh, Shimi, Haslinda, Mroslan dan lain-lainnya. Insyaallah lain kali kita kumpul lagi.

















