Tuesday, June 24, 2008
Karipap Bremen
Sunday, June 22, 2008
Kawasan Perkampungan
Hujung minggu kami menerima jemputan Prof Gert untuk lunch di rumahnya. Prof Gert merupakan Prof di Uni Bremen yang telah bersara. Beliau sering datang ke Malaysia sebagai expert dan juga pernah menetap lama di Oman, juga sebagai pakar. Rumah beliau terletak kawasan perkampungan yang agak sunyi dan terpencil di pinggir Bandar Bremen. Suasana kehijauan disekeliling kediaman beliau amat menarik sekali. Semua pepohan hijau yang sebahagian besar adalah tumbuhan semula jadi dijaga begitu rapi. Agak sukar sebenarnya dapat berpeluang melawat kawasan perkampungan modern di Jerman ini. Disekeliling kawasan ini terletaknya petani-petani kecil modern yang megusahakan ladang-ladang seperti jagung dan ternakan lembu. Sebahagian besar dari mereka memiliki kuda di kediaman masing-masing yang berfungsia sebagai riadah untuk keluarga. Mungkin hanya penduduk asal atau mereka-mereka yang berduit sahaja yang mampu memiliki kawasan perumahan seperti ini. Kami sempat juga melawat sangkar lebah yang di usahakan oleh Prof ini. Walaupun betaraf Prof, beliau masih berupaya mengusahakan produk madu hasil usahanya sendiri.
Melawat sangkar-sangkar lebah yang mampu mengeluarkan madu yang cukup bermutu, setiap kami telah di hadiahkan se botol madu hasil dari sangkar-sangkar ini
Mahluk yang bersaiz seekor singa dewasa ini amat jarang di temui datang bertandangFriday, June 20, 2008
German menang lagi
Trotz der Tore von Schweinsteiger, Klose und Ballack kam Portugal immer wieder zurück und traf. Doch Deutschland hat gewonnen.Semasa entry ini dimasukan jam menunjukkan tepat jam 11.00 malam waktu German atau 5.00 pagi waktu Malaysia. Perlawanan antara Portugal dan German baru tamat kira-kira 15 minit yang lepas. German telah mengalahkan Portugal 3-2 dan seterusnya membenamkan
peluang Portugal untuk mara ke seterusnya. Pada masa ini penyokang Jerman sedang meraikan kemenangan pasukan mereka. Keadaan di luar sekarang ini terlalu hingar bingar. Boleh dikatakan setiap saat hon dibunyikan. Kepada mereka itu mungkin satu kepuasan, tetapi kepada yang memerlukan ketenangan keadaan masa ini mungkin begitu membingitkan. Gol-gol dijaringkan oleh Schweinsteiger 22’ Klose 26’ dan Ballack 62’
peluang Portugal untuk mara ke seterusnya. Pada masa ini penyokang Jerman sedang meraikan kemenangan pasukan mereka. Keadaan di luar sekarang ini terlalu hingar bingar. Boleh dikatakan setiap saat hon dibunyikan. Kepada mereka itu mungkin satu kepuasan, tetapi kepada yang memerlukan ketenangan keadaan masa ini mungkin begitu membingitkan. Gol-gol dijaringkan oleh Schweinsteiger 22’ Klose 26’ dan Ballack 62’
Pelengkap jaringan
Tuesday, June 17, 2008
Germany dan EURO 2008
Setakat ini German telah bermain sebanyak 3 kali di dalam kumpulan B. Dalam 3 perlawanan tersebut German telah memenangi 2 perlawanan iaitu menang dengan Poland (2-0), kalah dengan Crotia (1-2) dan menang dengan Austria (1-0). Ini bermakna Germany merangkul naib juara kumpulan B dan layak untuk memasuki pusingan suku akhir. Sebahagian besar masyarakat Germany begitu taksub dengan game ni. Setiap kali German bermain, di mana-mana tempat akan lengang. Tram yang biasanya penuh sesak dengan penumpang begitu lengang sekali, malah boleh dikira penumpang yang ada. Kedai-kedai akan ditutup awal kecuali pub-pub yang menyediakan live screen. Di kebanyakan Bandar-bandar besar akan disediakan big screen. Big Screen yang disediakan biasanya mendapat sambutan yang amat menggalakan. Telatah penonton seolah seperti dalam stadium. Apabila pasukan mereka menang mereka akan meraikan sehingga pagi. Semua kenderaan akan membunyikan hon sehingga kadang-kadang susah nak tidur.
Monday, June 16, 2008
Kilauan Emas
Pandangan mataku setiap hari menjelang senja dari jendela kamar.
Saturday, June 14, 2008
Jerman & Minyak
Harga minyak dan petrol dan disel di Jerman ini hampir sama. Harga yang di jual berbeza sedikit di antara syarikat-syarikat pembekal. Walau bagaimanapun harganya adalah sekitar €1.43 - €1.48 seliter. Semasa aku datang ke sini tahun 2006 harganya pun macam itu juga. Ini bermakna tiada kenaikan mendadak walaupun pasaran minyak dunia melambung tinggi. Yang peliknya Jerman bukan lah negara pengeluar minyak. Bagaimana kerajaannya boleh mampu mengatasai masalah ini dan harga minyak kekal dengan harga asal.
Mungkin ada yang mengatakan €1.43 itu bersamaan dengan RM 7.15 dan kita masih rendah. Perbandingan ini tidak boleh di buat sebab gaji pekerja di Jerman tinggi. Sebagai contoh engineer yang baru bekerja di bayar gaji antara €2800 - €3000 sebulan yang bersamaan dengan RM14,000 sebulan.
Persoalan nya bagaimana mereka mampu bertahan tanpa menaikan harga minyak walaupun mereka bukan negara pengeluar minyak. Bukan saja minyak, malah harga semua barang keperluan harian adalah sama seperti harga 2 tahun lepas.
Persoalan nya bagaimana mereka mampu bertahan tanpa menaikan harga minyak walaupun mereka bukan negara pengeluar minyak. Bukan saja minyak, malah harga semua barang keperluan harian adalah sama seperti harga 2 tahun lepas.
Malaysia negara pengeluar minyak, setiap sen pasaran minyak dunia meningkat, bermakna juga keuntungan buat negara……………..
Sunday, June 08, 2008
Lepat
Baru-baru ini kami mejemput Lepat atau Ismail Arrifin untuk makan tengahari di kediaman kami. Agak tragis bila mendengar dari mulut beliau sendiri bagaimana beliau melalui hari-hari selepas peristiwa hitam yang terjadi atas dirinya.Suatu ketika dahulu, negara kita digemparkan dengan cerita Lepat dan isterinya, Aishah Jane. Aishah Jane melarikan Sunny, anak mereka, pulang ke negara asalnya. Aisah memberi alasannya sendiri kenapa dia perlu melarikan Sunny. Lepat juga punya sebab tersendiri, kenapa perlunya Sunny bersamanya.
Sebenarnya Sunni dilahirkan di Malaysia tetapi dilarikan ke Britain oleh Jane pada bulan Mac 1996 selepas rumah tangga pasangan itu mengalami keretakan.
Lepat menyusulnya ke Britain, tinggal di negara ini selama beberapa bulan sebelum membawa lari Sunni ke Amsterdam dan kemudian ke Pulau Pinang pada bulan Oktober 1996. Keperitan hidup amat dirasai semasa beliau di UK sehinggalah beliau dapat melarikan Sunny.
Kes ini menjadi rumit kerana keluarga Jane Brummit berjaya mendapatkan perintah Mahkamah Crown di Winchester supaya Ismail memulangkan semula Sunni. Jane kemudian pergi ke Malaysia bagi mendapatkan hak penjagaan ke atas Sunni daripada Mahkamah Syariah Pulau Pinang. Kes penjagaan anak itu ditangguh pada bulan Jun 1997. Jane dan Lepat telah terlibat dalam perbicaraan di Mahkamah Syariah yang agak panjang berhubung penjagaan anak. Sehingga sekarang masih tiada penyelesaian. Kes Sunni Sazali anak Ismail Ariffin atau Lepat dan Aishah Jane mungkin salah satu daripada beribu-ribu kes tuntutan Hak Penjagaan Anak di negara ini yang masih tidak menemui penghujungnya. Istimewanya Sunni kerana ibunya bangsa asing dan dia dilarikan ke luar negara. Dalam usia yang masih mentah Sunni langsung tidak tahu sejarah yang telah diciptanya. Menuding jari mencari siapa bersalah tidak mendatangkan manfaat sebaliknya menjadikan masalah semakin kusut.
Semasa Sunny dilarikan ke UK Sunny adalah dibawah jagaan Mahkamah Syariah. Mahkamah Syariah Pulau Pinang menetapkan Jane hanya boleh berjumpa anaknya seminggu sekali di Balai Polis Lebuh Pantai, Pulau Pinang sebelum kes hak penjagaan ke atas Sunni diputuskan. Semasa wanita British itu melawat anaknya beliau telah mengambil kesempatan melarikan Sunni dan memulakan perjalanan melalui Bangkok dan wanita itu mendakwa dia tidak dibantu oleh sesiapa. Agak sukar untuk mempercayai hujah itu. Banyak persoalan timbul di sini, bagaimana Mahkamah Syariah menjaga Sunny, bagaimana polis mengawal sehingga kehilangan Sunny ketika anak itu ditempatkan di dibalai polis dan bagaimana kawalan kita sehingga wanita itu boleh melepasi sempadan. Sedangkan perjalanan dari Penang ke sempadan bukannya dekat. Banyak persepsi mengatakan seolah perjalanan mereka seperti dirancang. Apakah sebenarnya Lepat menjadi mangsa keadaan. Wallahualam. Dalam hubungan ini pasangan suami isteri yang telah berpisah harus meletakkan undang-undang di antara kasih sayang dan perasaan, kemudian tambah sedikit dengan sepakat dan persefahaman. Apa yang penting dahulukan kepentingan dan masa depan anak dalam segala hal. Bagaimanakah peranan masyarakat dan kerajaan dalam menyelesaikan isu-isu seperti ini.
Lepat kini menetap di Jerman bersama isteri barunya memberitahu anak nya itu kini telah berusia 13 tahun dan amat berharap satu masa nanti dia akan dapat menemuinya. Semoga konflik keluarga ini akan berakhir satu masa nanti dan mereka akan bersatu semula. Buat masa ini beliau masih aktif sebagai pelukis dan pemuzik.
Lepat kini menetap di Jerman bersama isteri barunya memberitahu anak nya itu kini telah berusia 13 tahun dan amat berharap satu masa nanti dia akan dapat menemuinya. Semoga konflik keluarga ini akan berakhir satu masa nanti dan mereka akan bersatu semula. Buat masa ini beliau masih aktif sebagai pelukis dan pemuzik.
Saturday, June 07, 2008
Sinar Malam
Kegelapan tidak boleh mengusir terang. Kegelapan hanya terjadi bila terang disingkirkan. Malam tidak dapat merampas siang. Siang berlalu, dan malam menyusul menggantikan siang. Kalau ada kegelapan, itu kerana Tuhan, untuk alasan yang hanya diketahui olehNya, menarik terang.
Kalau Tuhan menarik terang, Ia sesungguhnya mengajarkan pada kita bahawa ada sesuatu yang lebih baik dari terang, yaitu iman.
Friday, June 06, 2008
Makan, makan dan makan
Sempena Mesyuarat ILO yg diadakan di Geneva, Tok Wan telah mengambil kesempatan melawat kami selama 2 hari di Bremen. Kesanggupan beliau untuk menziarah kami di sini merupakan satu penghormatan. Sempena lawatan beliau, beberapa program khas telah dirancang bersama pihak Universiti of Bremen. Sebaik sahaja sampai di Bremen beliau telah menyatakan untuk terus ke kediaman kami walaupun perancangan awal sepatutnya beliau perlu check in dulu di hotel. Walau pun sibuk dengan tugasan harian, sempat juga kami sediakan juadah untuk makan tengahari. Terkejut dia dengan menu yang disediakan - macam kat Malaysia.
Menu yang sempat kami sediakan - ayam goreng berempah, sayur goreng campur, ikan kurau masin goreng bercili, kari ikan tenggiri, sambal udang petai, bubur kacang durian dan agar-agar di samping beberapa jenis buah.
Makan tengahari di kediaman kami sebaik mendarat di Bremen
Makan malam di Hilton sambil membincangkan isu dan strategi
Makan tengahari bersama pengurusan tertinggi Universiti of Bremen bagi membincang future planing
Tok Wan & Prof Dr Spootl, pertembungan dua kuasa, dua negara dan dua benua ke arah satu matlamat - Dual Training System (makan malam di Maharaja Restaurant)
Suasana hiasan dalaman di Restaurant Maharaja. Restoran indisch-pakistan yang menyediakan makanan halal ini terletak di Hastedter iaitu di pinggir bandar Bremen. Menu yang disediakan tak ubah seperti mana-mana Indian Restaurant yang lain Wednesday, June 04, 2008
BBQ
Satu program telah di atur yang telah mengumpulkan semua warga Malaysia yang ada di Bremen ini di satu taman untuk BBQ. Keadaan cuaca yang amat cerah masa ini dan waktu siang yang panjang amat sesuai untuk mengadakan aktiviti sebegini. Kami berkumpul di satu taman yang menghijau malah di kelilingi bunga ros yang sedang mekar.
Hanya dengan program begini barulah dapat kami semua berkumpul dan mengenali lebih rapat masing-masing. Sebahagian besar mereka adalah pelajar first degree. Tabik pada adik-adik yang mampu menamatkan pengajian di Jerman ini.
Di sekeliling pohon yang menghijau
Masing-masing sibuk membakar
Anak kedua Lepat (seorang pelukis dan pemuzik yang pernah menggempar tanah air apabila anak pertamanya di bawa lari bekas isterinya ke UK, sehingga kini beliau masih menghadapi masalah untuk menemuinya)
Gabungan warna hijau, oren, merah, kuning, hitam dan putih (Lepat dan isteri - warga jerman yang fasih berbahasa melayu)Thursday, May 29, 2008
Cuaca Tak Menentu
Cuaca pada masa ini memang tidak menentu, kadang-kadang panas, kadang-kadang hujan. Kebiasaannya bila awan penuh di langit menandakan hujan boleh turun tiba-tiba. Ramalan cuaca pun kadang-kadang tak tepat. Walaupun ramalan menyatakan suhu akan mencapai sehingga 22 darjah pada hari tu, tetapi apabila tiba-tiba hujan keadaan tetap sejuk. Persediaan rapi amat perlu bila keluar rumah. Malaysia jugak yang seronok.
Wednesday, May 28, 2008
Iklan Barat gambarkan Melayu pengganas disiasat
Berikut adalah keratan akhbar Berita Harian yang dikeluarkan semalam
Iklan itu berlatarbelakangkan suasana seperti baru selesai ’operasi keganasan’, ketua kumpulan pengganas berkenaan yang berbangsa Melayu, dirakam menembak ke udara sambil menyatakan dengan jelas dalam bahasa Melayu, “Akulah orang yang paling jahat dalam dunia ini. Mari lawan aku. Aku akan bunuh semua’. Shaziman berkata SKMM akan mengambil tindakan serta menyerahkannya kepada pihak polis selepas meneliti dengan lebih lanjut mengenai kandungan iklan itu. Beliau berkata terdapat 104 juta laman web di dunia dan agak sukar bagi SKMM untuk mengakses setiap laman web berkenaan. "Kalau ada orang ramai yang terjumpa laman web itu sila maklumkan kepada SKMM. Kita alu-alukan kerana rakyat Malayia kini lebih prihatin,” katanya. - Bernama
Sesiapa yang ingin melihat iklan tersebut klik disini.
Tuesday, May 27, 2008
Bremerhaven
Bremerhaven adalah satu bandar yang terletak ditepi laut sebelah barat Jerman. Jarak antara Bremerhaven dan Bremen tempat kami tinggal hanyalah kira-kira 60 km sahaja. Telah banyak kali kami berhajat untuk mengujungi bandar ini, tetapi asyik tertangguh. Padahal banyak kawasan-kawasan yang jauh telah kami lawati. Akhirnya baru-baru ini pada hujung minggu kami berkesempatan untuk melawat bandar ini. Ada tiga cara untuk ke sana dari Bandar Bremen ini. Pertama melalui jalan laut iaitu menggunakan cruise dari belakang kediaman kami. Kedua dengan keretapi, yang ini kami semua mempunyai semester tiket yang melayakkan untuk tambang percuma. Ketiga menggunakan jalan darat iaitu bas atau kereta. Kami telah memilih menggunakan jalan darat untuk ke sana. Perjalanan sejauh 60 km itu hanya melalui kawasan ladang di kiri kanan jalan. Kawasan perindustrian memang agak kurang di Bremenrhaven ini, sebab itulah mungkin bandar ini terkenal sebagai bandar yang mempunyai kadar pengangguran tertinggi di Jerman.
Memandangkan kami sampai di situ pada hari minggu, maka bandar tersebut agak lengang kerana semua kedai tutup pada hari Ahad. Bremerhaven tidaklah sebesar mana, tetapinya disebabkan lokasinya di tepi laut menjadikan ianya agak begitu menarik. Di sini jugalah tempat berlabuhnya kapal-kapal samada perlancungan atau perdagangan. Antara tempat tarikan di sini adalah zoo yang menempatkan haiwan-haiwan yang hidup di kutub.
Subscribe to:
Posts (Atom)









