Friday, May 23, 2008

Basikal

Basikal sudah menjadi pengangkutan utama di German, malah juga di negara-negara lain di Eropah ini. Lebih-lebih lagi cuaca panas pada masa ini. Biasanya penunggang basikal ini akan mendapat keistimewaan kerana pemandu-pemandu lain akan memberi laluan penunggang basikal ini dahulu sebelum memasuki sesuatu simpang. Lorong khas berwarna merah disediakan tetap untuk penunggang basikal di semua jalan raya. Penunggang basikal ini terdiri dari segenap lapisan, bermula dari kanak-kanak sekolah sehinggalah kepada eksekutif. Malah ramai professor di universiti pun berbasikal datang ke tempat kerja. Di samping menjimatkan penggunaan petrol, ianya mungkin kaedah terbaik untuk bersenam.
Agaknya bila lah budaya berbasikal ini akan terlaksana di negara kita. Ada seorang staff Mint bertaraf pegawai yang berulang-alik dari Mint Bangi ke rumahnya di Bandar Baru Bangi dengan berbasikal sejauh 4 km setiap hari. Disebabkan tiada lorong khas, biasanya traffic akan panjang di belakang basikal tu. Kadang-kadang menimbulkan kemarahan pengguna jalanraya yang lain. Satu masa dulu warga Putrajaya juga digalakkan juga untuk berbasikal, tapi kempen tu tak berjaya. Mungkin tunggu harga minyak naik baru budaya berbasikal ini dapat dilaksanakan. Ataupun tunggu semua menteri datang kerja naik basikal baru orang lain ikut.
Lorong khas untuk basikal disediakan untuk penunggang basikal di semua tempat
Beginilah keadaan tempat letak basikal

Thursday, May 22, 2008

Final UEFA

Final UEFA Champions League 2008 telah berakhir di Moscow. Manchester United FC akhirnya menang mengalahkan Chelsea FC dengan sepakan penalti selepas seri 1-1 selepas masa tambahan. Gol MU dijaringkan oleh Cristiano Ronaldo manakala Chelsea oleh Frank Lampard. Secara keseluruhan permainan mereka agak seimbang.

Tunggu EURO 2008 pulak

Monday, May 19, 2008

Catatan di Kota Berlin

Hujung minggu kami berpeluang untuk megunjungi kota Berlin. Jarak anatara Bremen dan Berlin sekitar 450 km. Kami telah sepakat untuk memandu sendiri. Hampir jam 4.30 petang jumaat baru kami mula bertolak. Kali ni kami berpeluang menggunakan kenderaan Merc A180. Kali terakhir aku memandu sebelah kiri kira-kira 2 tahun yang lepas. Sesekali memandu sebelah kiri memang agak mencabar. Highway pada petang itu agak sibuk, mungkin disebabkan hujung minggu. Walaubagaimanapun sesekali jalan lengang, kederaan yang kami bawak meluncur sehingga 190 km/j. Kami menjangkakan jam 9 malam kami akan sampai, tapi perjalanan kami terganggu di sebabkan berlakunya kemalangan di lebuhraya tersebut. Keadaan traffic begitu teruk sekali. Hampir jam 11 malam baru kami memasuki kota Berlin. Kami terus menuju ke rumah seorang pegawai, yang bertugas di Jerman ini untuk bermalam di rumahnya. Ternyata kawasan kediamannya begitu strategic. Kediamannya betul-betul menghadap dewan teater yang begitu terkenal di sini. Di dewan ini jugalah pernah berlangsungnya festival filem peringkat antarabangsa dan juga red carpert. Bila ku tanya berapa harga sewa rumah, En Lah tu kata 3000 euro sebulan. Ini bermakna lebih kurang RM 15 ribu untuk sewa rumah saja sebulan. Itulah kadar sewa di tengah kota Berlin ini. Hari Sabtu En Tokiren yang berpejabat di pejabat kedutaan Malaysia telah menjemput kami untuk melawat ke seluruh peninggalan sejarah di kota Berlin ini. Ternyata Kota Berlin penuh dengan kesan-kesan peninggalan sejarah yang mampu menarik pelancung untuk datang ke sini. Kawasan sebelah Jerman Timur menyaksikan pembangunan begitu pesat. Banyak bangunan-bangunan menggunakan konsep moden di bina di kawasan itu. Berikut sebahagian foto yang boleh dikongsi bersama.
Salah satu bangunan agak unik (bersegi tajam) yang dibina di kawasan dahulu Berlin TimurFoto dirakam dari tempat penginapan yang menghadap kepada dom teater yang begitu terkenal. Kawasan ini meriah sepanjang malam.
Muzium Berlin pada waktu malam
Gerbang yang dikenali dengan nama Branderburger Tor
Bangunan Parlimen di kota Berlin ini sentiasa sesak dengan pelawat dan pengunjung untuk melihat rekaan dalaman bangunan ini di samping berpeluang menaiki dom bangunan tersebut.
Sungai yang menjadi tarikan pelancung menyediakan khidmat cruise yang belayar menyusuri sungai untuk melihat keindahan Kota Berlin
Garisan Tengah ini lah kesan tembok Berlin yang memisah Jerman Timur dan Jerman Barat satu masa dulu. Disebelah kanan adalah Jerman Barat manakala kiri adalah Jerman Timur
Tembok sepanjang 3 km ini dikekalkan sebagai kenangan dan juga bukti sejarah dua idealogi yang berbeza dapat disatukan serta musnahnya fahaman komunis di Jerman Timur

Tuesday, May 13, 2008

Cruise Waser River

Hari ini 12 May merupakan hari cuti umum bagi seluruh German. Cuti ini sempena sambutan Whit Monday. Di Germany, Whit Monday (German: Pfingstmontag) dikenali sebagai Holy Day of Obligation for Roman Catholics. Banyak juga negara-negara di Eropah menggelarkan Whit Monday ini sebagai "the second day of Pentecost" ataupun "the second Whitsun".
Sempena cuti umum ini kami mengambil kesempatan menaiki cruise menyusur sungai waser. Sebagai pelajar kami mendapat diskaun tambang. Itula keistimewaan pelajar di sini. Bas dan tram memanglah percuma. Banyak panorama indah sepanjang pelayaran yang memakan masa 75 minit itu. Daripada bermula di kawasan Bandar yang banyak mengandungi struktur bangunan berumur beratus tahun, cruise juga menyusur kawasan kampong yang masih menggunakan kincir angin sebagai sumber elektrik dan seterusnya menyusur kawasan pelabuhan dan juga kawasan perindustrian di Bremen ini. Sesungguhnya Waser River masih digunakan sebagai sistem pengangkutan utama industry tempatan di Bremen ini.

Restoran terapung di jeti
Bangunan belakang itu la tempat kediaman kami

Menyusur kawasan pelabuhan

Menyusur kawasan perkampungan

Thursday, May 08, 2008

Pendidikan di Jerman

Mengapa belajar di Jerman? Pertanyaan ini cukup sukar dijawab. Ada bermacam-macam alasan mengapa Jerman dipilih sebagai negara tujuan menyambung pelajaran. Kualiti pendidikan di Jerman, Jerman sebagai pusat teknologi dan sains di Eropah, pengalaman di peringkat internasional, dan bahasa Jerman itu sendiri adalah alasan-alasan utama mengapa mahasiswa asing datang ke Jerman untuk belajar. Kos pembeljaran yang murah juga merupakan salah satu sebab mahasiswa memilih Jerman untuk menyambung pelajaran. Kerajaan dan dan masyarakat Jerman mengamalkan sistem sosial demokrat yang menjamin semua warganya layak untuk mendapatkan pendidikan. Pendidikan merupakan hak setiap warganya, sehingga kerajaan Jerman menanggung hampir seluruh pembiayaan untuk pembelajaran. Pendidikan dari sekolah rendah sehingga ke program kedoktoran di berikan percuma bagi rakyat nya.

Sistem pendidikan di Jerman agak berbeza jika di bandingkan dengan Malaysia atau negara-negara lain seperti USA, UK dan Australia. Di Jerman terdapat 3 katagori universiti:

  • Univerität dan Technische Universiät (TU). Sistem pendidikan di universität ini lebih berorientasi pada teori dan research. Peratus untuk pengajaran teori mencapai 80%-90% dari kurikulum pembelajarannya.
  • Fachhochschule (FH) dalam Bahasa Inggris dikenal dengan University of Applied Science. Di universiti ini kandungan kurikulum antara teori dengan amali adalah seimbang. Peratus perbandingan antara teori dengan amali sekitar 60% teori dan 40% amali termasuklah latihan internship di industry.
  • Berufsakademie (BA) dalam Bahasa Inggris di kenal dengan University of Cooperative Education. Universiti ini merupakan bentuk kerja sama antara university dengan industry. 60% daripada kandungan latihannya adalah latihan di industri.

Insyaallah satu masa nanti akan ujud Universiti Kemahiran Malaysia di negara kita yang menggunakan konsep yang diamalkan dinegara Jerman ini di mana amali merupakan teras utama kurikulum pembelajarannya.

Beberapa orang anak melayu mencuba nasib di bumi Jerman ini

Artikel di salah sebuah universiti di Jerman

Sunday, May 04, 2008

Kehidupan musim bunga

Bermulanya cuaca cerah dan panas di Bremen ini, tetiba saja corak kehidupan mahluk-mahluk yang bernyawa di bandar ini turut berubah. Kedai-kedai minuman menyediakan tempat duduk diluar kedai. Amat meriah sungguh. Sebolehnya masing-masing ingin berjemur di tengah panas. Kadang-kadang tu jugak cara berpakaian mereka amat memedihkan mata. Tapi itulah budaya mereka.
Suasana di tengah-tengah bandar Bremen
Suasana di sekitar Schnoor, kawasan bangunan melebihi 500 tahun

Saksikan juga apakah perbezaan photo di bawah ini.............




Dua merpati sejoli di tepi sungai depan apartment aku




'Dua merpati sejoli' di tepi sungai di belakang apartment aku




Thursday, May 01, 2008

Pak Uda

Pelawak veteran, Zami Ismail atau lebih dikenali sebagai Pak Uda dilapurkan kembali stabil selepas tidak sedar kerana sesak nafas. Aku baru jumpa dia ni kira-kira 3 minggu lepas. Masa tu dia buat penggabaran filem Shhh…. arahan Saipul Apek kat opis aku. Ramai lagi pelawak veteran masa tu termasuk la Ahmad Busu, Imuda, Khatijah Tan, Shukery Hashim, Jalil Hamid, Angah Raja Lawak, Kuna dan ramai lagi. Sempat jugak aku berborak dengan dia, nampak sihat dia masa tu. Semoga beliau cepat sembuh.
Saipul Apek sedang sibuk mengarah filem 'Shhh.....Dia Datang'

Monday, April 28, 2008

Tulip

Aku sempat mengunjungi kawasan taman yang di penuhi Tulip di Bandar Bremen ini. Tidak ubah langsung seperti 2 tahun dulu masa aku ke sini. Tulip berwarna merah masih menjadi pilihan. Sebenarnya Tulip berasal dari Asia Tengah, tumbuh liar di kawasan pergunungan Pamir dan pegunungan Hindu Kush. Sekarang ia terkenal di seluruh Europe dan tengah mekar pada masa ini. Belanda antara negara yang terkenal sebagai negeri bunga tulip. Terdapat sekitar 100 jenis bunga tulip yang di tanam dalam dunia dengan berbagai warna seperti merah, oren, kuning, hijau, biru dan ungu. Terdapat juga berbagai jenis kelopak, ada yang tidak terbuka sewaktu mekar (mengucup) dan ada yang terbuka luas semasa mekar. Walau bagaimanapun Tulip biru dan ungu nampak agak unik.

Setiap musim bunga kawasan Kincir di tengan bandar Bremen ini akan di penuhi Tulip
Ini merupakan jenis Tulip yang kurang menarik, biasanya tulip jenis ini bukannya untuk pasaran
Mekar bunga ini tidak akan tahan lama

Saturday, April 26, 2008

Teerhof Guest House

Di Bremen ini kami di tempatkan di Guest house universiti di satu tempat yang dinamakan Teerhof iaitu sebuah pulau di tengah sungai. Apartment studio type yang agak simple tapi cukup selesa untuk seorang. Semua kemudahan ada terdapat di sekeliling guest house ini. Sebenarnya di university of Bremen ini banyak guest house, tapi di Teerhof inilah satu-satunya guest house yang berada di tengah-tengah pusat Bandar. Biasanya hanya student tahun akhir dari luar German sahaja ditempatkan di sini. Mungkin konsep guest house ini boleh di terap di kolej-kolej di negara kita.
Tempat aku memerah otak menyelesaikan segala tugasan, juga tempat berhubung dengan keluarga. Thaks a lot to VoipStunt kerana menyediakan laluan percuma untuk menghubungi semua relatif di Malaysia, rakan-rakan pejabat, malah semua responden kajian.
Ruangan untuk mencari ilham
Ruangan utama
Ruangan untuk memasak

Thursday, April 24, 2008

Plamyra Restaurant

Plamyra Restaurant adalah satu-satunya restoran bangsa Syria yang terdapat di Bandar Bremen ini. Menu yang disediakan tak jauh bezanya dengan restoran-restoran Timur Tengah yang lain. Kami berpeluang makan malam di restoran ini. Suasana keseluruhan restoran agak malap, memang begitu romantik. Rasa masakan boleh tahan, harga pun boleh tahan juga. Kalau convert RM memang tak berani nak makan. Yang kurang cuma satu, bila kami tanya tempat sembahyang hanya ditunjukan satu lorong yang sempit yang hanya boleh muat untuk sembahyang seorang sahaja.
Pelayan sedang mengambil pesanan


Monday, April 21, 2008

Tram


Tram adalah pengangkutan utama di semua Bandar di seluruh German. Kederaaan ini begitu efficient dan akan sampai tepat pada waktu yang di tetapkan. Setiap hari pengangkutan ini yang kami guna berulang dari tempat kediaman ke office. Tram no 6 yang kami guna. Oleh kerana tram yang kami naiki merupakan tram untuk ke airport, maka ianya adalah antara tram terbaik di Bandar Bremen ini. Satu keistemewaan tram ini, trak untuk laluan dia juga diguna oleh kederaan lain. Agaknya kalau di pasang di KL boleh jadi jem gila.


Beginilah kesesakan penumpang setiap pagi


Tempat menunggu tram setiap hari

Sunday, April 20, 2008

Kebab House

Di mana-mana tempat di German ni memang ramai warga Turki. Sebahagian besar mereka adalah peniaga. Mungkin disebabkan terlalu ramai puak-puak mereka ini, maka kebab house boleh di dapati di mana-mana. Cuma kadang-kadang agak kuatir untuk mendapatkan yang betul-betul halal. Begitu juga di Bremen ini, terlalu banyak kedai menjual kebab. Tapi dalam banyak-banyak tu hanya dua kedai sahaja yang tidak menjual alcohol dan tidak diragui makanan yang dijual. Salah satunya ialah Kebab house Ali Baba. Rasa dan harga kebabnya masih sama seperti dua tahun yang lepas. Kedudukannya yang hampir dengan masjid menjadikan ianya tempat persinggahan utama jemaah masjid untuk mendapatkan kebab. Rasa Kebab di Europe ni memang berbeza sekali dengan kebab yang dijual di negara kita.
Dua pekerja di Ali Baba sedang sibuk
Minuman 'cay' tau teh o disediakan percuma

Friday, April 18, 2008

Berpantang mati sebelum ajal

Sekali pandang pokok ini seperti pohon-pohon yang telah mati. Tapi sebenarnya ia menunggu tumbuhnya daun baru. Begitulah besarnya ciptaan Tuhan. Keadaan cuaca di Bremen ini pun masih tak menentu. Sepatutnya masa ni dah musim bunga, tapi cuaca masih sejuk. Kadang-kadang bawah 5 darjah celcius. Boleh dikatakan saban hari sejak kami sampai, hujan turun setiap petang. Macam juga di Kuala Lumpur. Tapi hujan di sini taklah selebat hujan di Malaysia tapi cukup untuk menambah kesejukan sedia ada. Kadang-kadang terfikir juga, seronok di tempat kita tak perlu pakai baju sampai 2 kilo berat.

Thursday, April 17, 2008

Dr Thomas

Sudah menjadi satu tradisi, semua klinik akan tutup pada petang Rabu di sini. Setiap perjumpaan juga perlukan temujanji sebelum itu. Walau bagaimanapun petang semalam Dr Thomas Borger dari Pusat Rawatan di Wachmannstrase 115, sanggup menunggu aku untuk buat pemeriksaan. Rawatan berpunca sakit belakang, mungkin terlalu lama perjalanan dan terpaksa mengangkat barang yang agak berat. Temujanji diurus oleh pihak universiti. Layanan doktor memang memuskan. Tiada sebarang bayaran dibuat, semuanya diuruskan oleh pihak insuran. Selepas kena injection, ini la ubat yang aku kena telan. Alhamdullilah sakit semakin reda.

Wednesday, April 16, 2008

Bremen Kembali

Sekali lagi aku kembali kebumi German ini untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai. Kali ini aku ditempatkan di Zum Gastehaus Teerhof iaitu rumah tetamu Universiti of Bremen yang terletak di tengah-tengah pulau di sebatang sungai di bandar Bremen ini. Mungkin merupakan lokasi rumah tetamu terbaik masa ini di Bremen Universiti. Untuk tempoh 3 purnama ini blog ini akan berkisar di bumi German ini.

Pemandangan dari depan apartment

Pemandangan waktu siang dari belakang apartment

Pemandangan waktu malam dari belakang apartment

Tuesday, April 15, 2008

Sinar

Kenapalah dalam banyak-banyak blog kat Malaysia ni, blog ni jadi pilihan penerbit ni
Keratan akbar Sinar beberapa hari yang lepas

Thursday, March 20, 2008

Maulidur Rasul


Kawan Lama

Dulu-dulu kita pernah kerja satu bumbung, kita pernah satu nadah satu arah dalam bidang metal fabrication. Tapi lepas tu kau pilih jalan kau sendiri, resign dan buat business. Lepas tu kau aktif berpolitik. Apa pun fahaman kau, semoga hasrat kau melahirkan belia berwawasan akan terlaksana.
(Gambar ini dirakamkan sebelum pilihan raya, selepas tu aku tak sempat nak bertanya khabar. Tunggu reda sikit, kena pulak member sebelah tu kalah bertanding di Kedah)

Tuesday, March 11, 2008

Majlis Berkatan




Zafran: Abang! Habis dah, burung dah takda paruh

Zahir: Dulu dia kat dalam, tak nampak, sekarang dia dah nampak dunia he..he...

Sunday, March 02, 2008

Masjid Kristal

Masjid Kristal adalah sebuah masjid yang dibina di sebuah pulau yang dikenali sebagai Pulau Wan Man di Kuala Terengganu. Ianya menelan belanja hampir RM250 juta dan merupakan sebahagian binaan dalam kawasan yang dinamakan Taman Tamaddun Islam. Masjid tersebut baru sahaja dirasmikan oleh Yang Dipertuan Agong. Walau bagaimana pun masjid tersebut belum diwartakan untuk sembahyang Jumaat, mungkin disebabkan pulau tersebut tiada pengguni, mungkin juga rangkaian model-model binaan islam terkenal dunia masih belum siap sepenuhnya di Taman itu.
Baru-baru ini aku sempat singgah melawat masjid ini. Memang struktur binaannya agak mengkagumkan. Aku sempat berbual dengan beberapa orang tempatan mengenai masjid ini. Ada berbagai tanggapan, ada yang menyokong dan ada yang membangkang pembinaan masjid ini. Walau apa pandangan sekali pun, pengisian masjid itu la yang paling utama dan ada hadis mengatakan di antara tanda hampirnya hari qiamat, ialah umat Islam berbangga dan bermegah-megah dengan masjid. Semoga usaha mereka-mereka untuk mengimarahkan masjid ini akan terlaksana.