Memiliki kediaman di kawasan yang jauh dari hiruk pikuk kota, dengan pokok buahan di sekeliling kediaman dan alur sungai yang jernih mengalir di tengah-tengah kawasan adalah menjadi idaman kepada sebahagian besar insan. Baru-baru ni aku berkesempatan mengunjungi kediaman individu di salah satu kawasan di Janda Baik. Berada di situ terlupa seketika masalah di pejabat.
Wednesday, October 26, 2011
Wednesday, October 19, 2011
Sarapan di SIRIM
Pagi ini aku dijemput oleh SIRIM Shah Alam untuk mempengerusikan satu taskforce yang dihadiri oleh pakar-pakar dari beberapa agensi yang berkaitan dengan welding bagi membincangkan ISO 15614-12. Tujuan utama adalah untuk mengujudkan Malaysian Standard dalam area Spot, Seam & Projection Welding. Oleh kerana aku sampai awal, aku ambil keputusan untuk minum dulu di kafteria SIRIM. Aku ambik nasi goreng kampong, sambal ikan bilis, 2 ketul tempe dan teh O. Bila aku bayar dikaunter harga Cuma RM 2.00. Aku tanya kakak tu sebab apa harganya murah, dia jawab cuma aku je yang kata murah. Alangkah bagusnya kalau semua kedai makan jual marah macam tu.
Sunday, October 16, 2011
Ex-TIKL 80/81 Gathering
Tanggal 15 Oktober 2011 sekali lagi kami bekas pelajar TIKL sesi 80/81 telah berkumpul di Komplek Belia Shah Alam. Kali seramai 50 ahli dapat berkumpul. Sesekali berjumpa memang riuh. Sebahagian tak pernah jumpa dalam masa 30 tahun. Yang nyata fizikal berubah berbanding dengan 30 tahun yang lepas. Antara perubahan ketara;
Ada kepala yang dah botak
Ada rambut yang dah beruban
Ada rambut yang baru nak tumbuh
Ramai perut dah boroi
dan ada yang dah bercucu
Cederahati untuk semua ahli
Bullet sentiasa menggegar dengan suara halilintarnya
Geng Tanjung Karang
Suasana dalam dewan
Keseluruhan ahli yang hadir
Dia orang cukup nakal masa dulu
Kelas 5M1

Thursday, October 13, 2011
Monday, October 10, 2011
Cerita Pekebun
Pagi ini aku sempat sembang dengan abang A, seorang pesara guru yang sekarang aktif mengerjakan kebun. Satu kawasan tanah kosong rizab sungai di hujung Taman aku ni dikerjakannya. Cantik-cantik pokok pisangnya. Cuma baru-baru ni je apabila virus melanda sebahagian besar kebun-kebun pisang di Selangor, pokok-pokok pisangnya juga tak terkecuali. Aku mulakan cerita dengan bertanya pasal kebun-kebunnya. Dia terus bersyarah pasal baget yang baru di umum PM. Katanya tak disentuhpun pasal tanaman untuk makanan. Patutnya kita bagi keutamaan pasal tanaman makanan. Dia menambah sekarang Thailand, Vietnam dan Laos telah dilanda banjir. Banyak sawah-sawah yang musnah, padahal kita bergantung kepada mereka untuk sumber beras. Katanya lagi kalau harap sawah kita memang kebulurla kita. Budak-budak kita dah tak mau kerja sawah, banyak sawah-sawah terbengkalai atau dah ditukar tanaman lain termasuk sawit. Sawit ni pun satu hal, dah hampir pupus budak-budak kampong yang sanggup kerja kat kebun sawit. Silap haribulan Negara kita pun boleh tewas dalam industry sawit.
Banyak kebetulannya hujah abang A ni. Malaysia memang mempunyai kelebihan daya saing berbanding dengan banyak negara lain dari segi industri minyak kelapa sawit. Industri minyak kelapa sawit yang diperdagangkan semenjak 1960an membolehkan Malaysia memperolehi kelebihan “first-mover” dari segi kepakaran dan kemajuan teknologi berbanding dengan negara lain yang lewat berkecimpung dalam industri ini. Kini, industri minyak kelapa sawit berada di persimpangan. Walaupun Malaysia merupakan salah satu daripada pengeluar minyak kelapa sawit terbesar dunia, kita berhadapan dengan risiko kehilangan kelebihan daya saing kepada pengeluar lain di Asia, Afrika dan Amerika Selatan. Penanaman kelapa sawit di Malaysia kelihatan sudah berakhir kerana tanah yang sesuai untuk bercucuk-tanam semakin berkurangan. Kekurangan tenaga kerja dan kos pengeluaran yang meningkat lebih cepat berbanding dengan negara pengeluar lain juga antara faktor meruncingnya risiko ini.
Sekiranya Malaysia ingin mendapat semula kelebihan daya saingnya dalam industri minyak kelapa sawit, ia perlu:
• Meningkatkan penyelidikan & pembangunan (P&P) sebagai pemacu bagi bukan hanya teknologi dan innovasi malah pembangunan modal insan mahir dalam segmen huluan dan hiliran.
• Meningkatkan sumbangan pekebun kecil yang memiliki hampir 40% kawasan yang ditanam dengan kelapa sawit.
• Menganjak ke produk bernilai tambahan tinggi dalam segmen hiliran.
Peladang kelapa sawit di Malaysia membayar ses sebanyak RM15 bagi setiap tan kepada agensi P&P, Lembaga MInyak Sawit Malaysia (MPOB) untuk membiayai program penyelidikan dan sebagai sumbangan bagi tabung penyelarasan harga kelapa sawit. Sebahagian besar tabung ini masih belum terusik dan mungkin lebih baik dimanfaatkan bagi tujuan lain demi kebaikan industry. Tumpuan pada usaha untuk memenuhi keperluan P&P industry amat diperlukan terutamanya dalam aspek mekanisasi dan peningkatan produktiviti.
Apakah pulangan yang diterima oleh pekebun kecil atas ses yang dibayar selama ini berbaloi.

Saturday, October 08, 2011
Jambatan
Silau
Sunday, October 02, 2011
Pulau Gemia
Baru-baru ni aku berkesempatan mengujungi Pulau Gemia. Ia merupakan sebuah pulau yang berkeluasan 9 ekar yang berhampiran Pulau Kapas. Pulau ini merupakan pulau persendirian yang terletak kira-kira 800 Meter dari Pulau Kapas dan mengambil masa 15minit perjalanan dari Jeti marang. Walaupun Pulau Gemia kecil namun banyak keistimewaan yang ada di pulau ini. Pulau Gemia dikelilingi pasir putih bersih, air laut yang sejernih kristal, batu-batu karang yang berwarna warni dan kehidupan marine seperti ikan dan penyu menjadi daya tarikkan utama pulau ini. Pulau ini boleh dianggap sebagai antara pulau yang terindah di Pantai Timur . Dikelilingi hutan dara, bukit batuan dan air laut yang membiru benar-benar memukau pengunjung untuk merasai kedamaian di Pulau Gemia.
Gem Wellness Spa & Island Resort adalah satu-satunya resort yang ada di Pulau Gemia yang sebelum ini dikenali sebagai Gem Island Resort. Resort ini juga menyediakan kemudahan lengkap bagi pengunjung untuk menikmati percutian yang menyeronokkan. Antara aktiviti yang wajib adalah snorkeling, berenang bersama ikan dan melihat keindahan batu karang yang berwarna warni yang cukup menakjubkan. Melepak di beranda resort dan melihat pemandangan indah Pulau Kapas yang tidak jauh dari resort dan dataran Marang yang sayup-sayup kelihatan dari kejauhan. Di bawah beranda pula kedengaran ombak lembut memukul batu dan melihat anak-anak ketam berlari-lari di atas batu setiap kali air ombak menghempas mereka.
Jetty di Pulau Gemia
Gem Wellness Spa & Island Resort
Untuk snorkeling tak perlu menggunakan boat, di pantai ini pun kita boleh menikmati hidupan laut yang menawan. Hampir setiap waktu terluang aku gunakan untuk snorkeling di pantai ini
Setiap tahun penyu akan mendarat di sini untuk bertelor
Anak-anak penyu ini menunggu masa untuk dilepaskan ke laut luas
Bilik-bilik di resort ini dipersisiran air
Suasana dalam bilik begitu mengasyikkan

Subscribe to:
Posts (Atom)