Monday, July 27, 2009

Sawit 1

Sejak dari kecil memang aku bergelumang dengan sawit. Malah semasa sekolah menengah aku boleh dikatakan pakar dalam menuai buah sawit samada mengguna skop atau sabit. Masa tu rata-rata pekebun kecil mengusahakan sendiri kebun masing-masing. Tetapi situasi kini dah berubah. Hanya sebilangan kecil pekebun mengusahakan sendiri. Sebahagian besar dari mereka menggunakan pekerja asing untuk menurunkan buah. Boleh dikira anak-anak muda tempatan yang sanggup bekerja di kebun sawit.

Kira-kira setahun yang lepas harga sawai mencecah RM 800 setan. Aku pernah cerita situasi ini sebelum ni. Masa tu kalau masuk kedai kopi kat kampong, semua orang berebut nak bayar. Tapi harga tu tak kekal, menjunam dan terus menjunam sehinggalah ke paras RM 200 setan. Masa tu ramai yang tak endahkan langsung kebun kelapa sawit. Bermula Feb yang lepas harga naik semula sehinggala pada Mei lepas harga mencapai RM464 setan. Walaupun harga ini tak sehebat harga setahun yang lepas tetapi sekurang-kurangnya para pekebun kecil boleh menaris nafas lega kiranya harga tersebut boleh bertahan berterusan. Namun begitu bulan Jun yang lepas harga telah turun kepada RM410 setan dan hari ini harga tersebut tidak sampai pun RM 400 setan. Situasi harga sebegini memang merisaukan ramai pekebun kecil. Yang nyata harga baja melambung naik. Sekiranya harga turun terus ke tahap RM300 setan bermakna bermakna pekebun-pekebun kecil menghadapi masalah untuk menyara kehidupan harian. Aku mengikuti sepenuhnya perkembangan harga sawit ini setiap bulan lantaran aku terpaksa mengurus beberapa kebun sawit milik keluarga. Walaubagaimana memandangkan ianya aktiviti sambilan, penurunan harga tidak berapa kami endahkan. Sekurang-kurangnya beberapa orang boleh menyara keluarga hasil upah menuai buah dah kira bagus, yang penting jangan sampai kos operasi tak melebihi hasil sawit.

Baru-baru ni aku berpeluang memberi ceramah kepada pegawai-pegawai MPOB di PD. Sebahagian mereka merupakan pegawai kanan. Semasa rehat aku tak melepas peluang untuk berdiskusi dengan pegawai-pegawai tersebut berhubung ketidak stabilan harga sawit ini.

Seharusnya agensi-agensi berkaitan mengambil tindakan sewajarnya agar harga sawit kekal ditahap yang memuaskan memandangkan kita merupakan pengeluar utama sawit. Beberapa perkara perlu dirungkai bagi membantu pekebun-pekebun kecil sawit.

- Bagaimana untuk menstabilkan harga sawit di pasaran.

- Harga baja dan racun di pasaran terlampau tinggi, bagaimana untuk menurunkan harga tersebut agar keluaran pekebun kecil dapat ditingkatkan.

- CESS (tax) yang dikenakan kepada pengilang, secara tak langsung pengilang akan mengenakan kadar tersebut kepada pekebun.

- Pelaburan pembukaan ladang-ladang sawit di Indonesia oleh tauke negara kita, apakah ia menuntungkan negara kita atau menguntungkan sesetengah pihak. Mereka akan menjadi pesaing kita. Mereka boleh jual harga yang rendah dari kita kerana kos buruh yang rendah

- Pasaran ke atas produk-produk berasaskan sawit ke peringkat dunia. Harga produk sawit juga perlu competitive berbanding produk dari minyak sayuran yang lain.

Saturday, July 25, 2009

Sawit

Aku bercuti Jumaat kerana ingin menyelesaikan beberapa perkara urusan keluarga. Aku ambik kesempatan untuk balik kapong melalui Pucung untuk mengelakan kesesakan kalau melalui Sg Besi. Rupanya di Pucung tu ada orang perasan kereta aku, aku terima SMS dari PB “Nak ke mana tuuuu”. Sorry PB lalu tak mintak izin.

Aku keluar berdua-duaan dengan mak. Kami makan lontong di satu warung di Pekan Batang Berjuntai. Lama kami tak keluar berduaan begitu. Emak senyum je. Emak kata dah dua hari dia tak boleh baca Quran, spek tak tau letak mana. Katanya mungkin tercicir masa balik mengaji. Aku bawak mak tempah spek lain. Biasanya 2 hari baru siap, tapi hari tu apek tu kata setengah jam siap. Mak kata Alhamdullialah…

Aku tanya mak “macamana mak ni, harga sawit makin turun” .Sambil senyum mak jawab “ taka pa, bukan kita sorang yang rasa”. Mak tak kisah langsung harga sawit turun. Kalau arwah ayah ada, dia akan berhujah panjang lebar bila cerita pasal sawit. Mak kata lagi kebun sawit hujung jalan rumah kita dah dijual. Yang beli Jenal, salah sorang orang berduit dalam kampong aku. Mak kata kebun tu dulu memang semak, sekarang dah cantik. Memang betul masa aku lalu kawasan tu kebun tu dah cantik, pokok dah trim, rumput dah beracun. Pelepah daun tersusun rapi. Malah parit kiri kanan kebun nampak baru disediakan. Aku tanya mak lagi berapa harga si Jenal tu beli tanah tu. Mak kata kalau tak silap tiga ratus lima puluh ribu. Mahal betul harga tanah kapung aku, kebun sawit yang tak terurus untuk 3 ekar boleh sampai harga tu. Rasanya memang tak termampu kalau kerja gomen macam aku nak beli tanah harga macam tu. Masa awrah bapak ada dulu, selalu dia pesan kalau ada duit lebih tu carila tanah. Pernah satu hari dulu dia bagitau aku, katanya ada tanah 10 ekar nak dijual, dia suruh aku beli. Katanya tanah tu sesuai untuk tanam sawit. Harga nya murah, dia kata dia bayar setengah, setengah lagi dia mintak aku cari. Aku cuma kata nantila, manalah nak cari banyak dalam waktu terdekat. Tapi bagi aku itu satu cabaran, kalau dia boleh sedia setengah takkan aku tak boleh cari setengah lagi. Apabila aku rasa dah ada sumber aku boleh dapat aku ajak arwah bapak tenguk tanah tu. Tapi katanya “ Engkau dah terlambat, selang dua hari je orang dah beli tanah tu”. Huh dasyat orang kampong jual beli tanah beratus ribu macam beli ikan kat pasar.

Balik pekan ajak mak singgah kebun sawit di Jaya Setia, mak senyam tenguk kebun tu bersih beracun. Mak pesan yang penting kebun berjaga, ada orang ambik buah, rumput beracun dan pokok berbaja. Harga sawit turun, kita nak buat macamana.

Nota: Cukup bahagia bila dapat peluk emak, cium tangan emak dan kucup dahi emak

Wednesday, July 22, 2009

Perjumpaan

Perjumpaan kami 4 keluarga untuk makan malam di Kajang malam ini mengembalikan semula nostalgia makan malam di dewan makan Abeer Garden Makah setiap lepas solat Isyak. Abang Zul, terima kasih datang dari jauh untuk mengunjungi kami. Semoga persahabatan kita akan terus kekal. Sesungguhnya aku amat-amat bangga dan menghargai persahabatan ini. Pertemuan kami juga untuk mengucapkan selamat jalan kepada saudara Rasidi yang akan keTanah Suci minggu depan. Tahniah kepada saudara Rasidi, walaupun baru 3 bulan balik dari Tanah Suci tetapi telah dijemput semula untuk menjadi tetamu Allah. Sesungguhnya aku pun teringin sangat untuk pergi semula. Rindu sangat pada Baitullah.

Monday, July 20, 2009

Ombak dan Pantai

Sesungguhnya alam ciptaan Allah teramat indah. Saling melengkapi, seperti pantai dan ombak. Setia ombak dan pantai, bagai janji yang dipateri. Setiap masa ombak merindui pantai yang setia menanti.

Saksikan kehebatan insan yang mengabadikan keindahan alam ciptaan Ilahi.


nota: foto-foto adalah kiriman dari Pn Zura

Thursday, July 16, 2009

Dialog bersama Tim Menteri

Perhimpunan 300 pakar industri negara dari berbagai bidang untuk berdialog dengan Y.B. Timbalan Menteri Sumber Manusia telah berlangsung di INTEKMA hari ini. Majlis berjalan lancar tanpa sebarang isu yang hangat. Beberapa cadangan dari pakar-pakar negara bagi mertabatkan kemahiran dapat dikumpulkan. Penerimaan dan pengiktirafan kemahiran di kalangan masyarakat adalah agenda utama. Kelahiran teknokrat-teknokrat atau teknologis-teknologis atau jurutera-jurutera berasaskan kemahiran dinegara-negara maju seperti German membuktikan mereka mampu bersaing di peringkat global. Malah masyarakat mereka menerima kemahiran adalah pilihan terbaik menentu kerjaya. Penerimaan sebegini perlu dalam negara kita.


Sebahagian peserta yang hadir

Y.B. Timbalan Menteri merasmi dan berdialog dengan peserta

Sebahagian pakar-pakar 'tua' yang hadir

Hampir 1 jam setengah aku mengadap Y.B. sehari sebelum majlis berlangsung bagi memastikan kelancaran majlis ini, almaklumlah mereka-mereka adalah yang terlibat sekurang-kurangnya 10 tahun dalam bidang masing-masing.

High Income Economy

Negara kita berhasrat untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Dengan situasi ekonomi masa ini negara kita menghadapi berbagai cabaran untuk mencapai High Income Economy menjelang 2020. Sudah sampai masa struktur ekonomi industri negara kita perlu di ubah di mana produktiviti tenaga kerja perlu di tingkatkan. Untuk tujuan ini adalah perlu tahap kemahiran perkerja dalam negara ditingkatkan. Tahap pengetahuan dan kemahiran sebelum memasuki alam pekerjaan juga perlu di tingkatkan.
Beberapa isu dilihat mempengaruhi kecekapan human capital pada masa ini antaranya:

a) Polisi pembelajaran pada masa ini tidak focus kepada tahap kritikal untuk memperbaiki kualiti pembelajaran di peringkat rendah dan menengah, dengan kata lain perlu di tingkatkan kualiti tenaga pengajar.
b) Ramai pelajar yang memasuki alam pekerjaan dengan kemahiran yang rendah dan tidak mencapai tahap kualiti sebenar
c) Peratusan yang tinggi ke atas graduan university yang tidak mendapat pekerjaan yang memaksa kerajaan untuk mengujudkan skim latihan kepada graduan-graduan menganggur.

Untuk mengatasi masalah ini beberapa pendekatan perlu dilakukan, antaranya
a) Meningkatkan kualiti tenaga pengajar.
b) Meningkatkan kualiti dan persepsi latihan kemahiran.
c) Meningkatkan pengeluaran dalam kemahiran.
d) Meningkatkan nilai siji kemahiran.

Mungkin sudah sampai masa pekerja perlu dilesenkan. Tapi apakah persediaan kita?
Apakah makanisma kita untuk menggantikan pekerja asing. Apakah NOSS kita sudah cukup diterima oleh industri? Adakah makanisma Pentauliahan Pencaian Terdahulu (PPT) yang ada boleh membantu mentauliahkan semua sekerja dalam negara?

Tuesday, July 14, 2009

Hari Keluarga JPK

Program Hari Keluarga warga JPK baru-baru ni berjalan dengan lancar. Seramai 110 keluarga telah hadir yang melibatkan lebih dari 400 peserta.

Seekor lembu di tumbangkan untuk BBQ dan sop

Bersenam beramai-ramai berlatar belakangkan bukit menghijau

Sebanyak 400 kg durian dan 200 kilo rambutan habis kesemuanya

Kenduri kampung - merupakan salah satu sekaneka yang menyeronokan

Lebih dari 160 hadiah cabutan bertuah sumbangan kakitangan

Kanak-kanak la yang paling seronok

Friday, July 10, 2009

Wednesday, July 08, 2009

Dialog Buah

“Assalamualaikum”,
“Walaikumsalam, sapa ni”
“Ijoy la, abang jadi ke nak ambik durian tu”
“Apa pulak tak jadinya, abang dah bagai tau ayah kau semalam”
“Tau la…abang nak berapa banyak”
“Kau agak-agak la boleh makan 300 orang”
“Banyak tu bang, buah mahal la hujung minggu, dah la buah dah nak habis”
“Mahal macamana pun kau jangan la ambik untung banyak, kira harga adik beradik da la…”
“Abang boleh tak bagi deposit dulu dalam 300 ringgit, Ijoy nak rolling jugak”
“Alamak, bukannya 300, bayar penuh pun boleh, bila kau nak”
“Jumaat boleh bang, bagi kat ayah saya”
“Jumaat tak tentu, tapi kalau Sabtu boleh la”
“Okay la, okay la….. rambutan abang nak jugak kan”
“Ha, mestila, kau ambik belakang rumah kau tu”
“Belakang rumah mana ada lagi bang, kena beli tempat lain jugak”
“Tak kesah la mana kau nak cari, janji dapat”
“Ya la….Ijoy cuba la cari”
“Ijoy, abang dah tak cari tempat lain, kalau tak dapat buah tu mati aku”
“Abang jangan risau la, nak hantar buah tu bila”
“Pagi Ahad la, tapi kalau nak hantar malam Ahad tu pun boleh, petang Sabtu abang ada situ dah”
“Ijoy hantar buah je, tak tunggu kan”
“Ye la..tapi kau kena tinggal la pisau”
“Okay la bang, jumpa lagi nanti, Asalamualikum”
“Walaikumsalam, kirim salam Hj Md Nor”
“Insyaallah, bye”


nota, sebenarnya aku pun tak harap sangat Ijoy ni boleh dapatkan buah-buah tu, kalau ada kira rezeki la

Sunday, July 05, 2009

Ti m Menteri KBS

Dalam majlis yang aku hadiri di Kajang baru-baru ini aku berkesempatan duduk di sebelah Dato’ Razali Hj Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan semasa makan. Sambil makan banyak yang kami bincang, perbincangan berkisar hal bekas penagih. Beliau sedih dengan penerimaan masyarakat terhadap bekas penagih. Katanya sebahagian besar penagih yang datang ke pusat serenti adalah atas kehendak mereka untuk berhenti dari menjadi penagih. Malah ada di antara mereka adalah bekas pelajar universiti yang mula terjebak dadah apabila cuba menggunakan bahan tersebut ketika bersengkang mata sebelum peperiksaan. Yang menjadi masalah sekarang apabila mereka telah pulih dan keluar dari pusat, masyarakat tidak menerima mereka. Bukannya sahaja majikan tidak inginkan untuk mengambil mereka bekerja, malah sebahagian dari mereka keluarga pun tak sanggup terima mereka. Itu yang menjadikan mereka kembali kepada penagih. Katanya duit negara berpindah berjuta-juta sebulan kerana kita menggaji pekerja asing, tetapi kenapa kita menolak bekas penagih warga Malaysia yang telah insaf ini. Katanya pakej tertentu perlu dilakukan supaya bekas-bekas penagih ini boleh bekerja di satu-satu tempat dan dapat membuktikan supaya dapat buktikan kepada masyarakat mereka boleh berjaya. Aku beri cadangan kenapa semua pusat serenti tak sedia program kemahiran, latih semua bekas penagih ini dengan kemahiran khusus dan keusahawanan seperti dalam penjara. Katanya sepatutnya memang begitu.