Wednesday, December 30, 2009

Aktiviti Cuti

Aku bercuti hari ni bertujuan menyelesaikan beberapa perkara. Aku bawak Zahir dan Zafran ke kampong melawat kebun. Aku ajar mereka cara membaja. Aku ceritakan pada mereka bagaimana susahnya Atok mengerjakan kebun dulu-dulu. Seronok benar mereka berjalan dari pokok ke pokok sambil menebar baja. Dulu kecil-kecil kebun ini tempat aku bermain. Seusia umur 10 tahun aku sudah membantu emak dan bapak menoreh getah dan memetik kopi. Tapi budak-budak sekarang dah berbeza. Ramai budak-budak di kampungku sekarang tak tahu nak kerja kebun walaupun mereka tinggal di kampong.Mereka lebih rela kerja kilang daripada memikul galah mengait kelapa sawit. Lantaran itu kebun-kebun sawit dikampung hamper keseluruhan diburuhkan kepada pekerja Indonesia. Agaknya sampai bilalah kita perlu mengharap pekerja asing. Walhal pendapatan mengerjakan kebun lebih lumayan berbanding pekerja pengeluaran di kilang.
Petang kami buat pemeriksaan gigi. Terkejut Zafran dia ingat cuma aku sorang buat pemeriksaan, rupanya dia pun jadi mangsa. Selepas itu sempat secawan kopi bersama rakan-rakan yang bertemu tanpa dirancang.
Malam aku menerima kunjungan tetamu istimewa. Ustaz Shaidy Jamil Muhamad Ar Rashid bertandang bersama buah tangan kiriman dari kampong. Sampai ke tengah malam kami bergebang. Seronok bersembang dengan ustaz ni. Setiap perkara dikaitkan dengan Al-Quran dan hadis. Ustaz mengatakan suasana dalam Negara agak merisaukan. Masalah social semakin meruncing. Siaran TV yang terlalu bangak hiburan juga secara tak langsung menyumbang masalah ini. Lebih merisaukan sekarang ini terdapat gejala individu yang melalukan ibadat macam biasa, pergi ke masjid untuk berjemaah tetapi jiwanya percaya kepada jesus. Mereka ini akan masuk jarum dengan cara yang paling halus.

Monday, December 28, 2009

Zahir


Abang dah ambik keputusan untuk masuk asrama penuh. Keputusannya dibuat atas kehendaknya tanpa sebarang tekanan atau paksaan. Kawan-kawan seangkatannya yang lain yang sama mohon ke sekolah tersebut takda seorang pun yang dapat. Aku ikut sahaja sebarang keputusannya.

Ramai yang bertanya macamana abang boleh dapat asrama memandangkan di seluruh negara yang dapat 5A UPSR lebih 50 ribu sedangkan tempat di asrama cuma 5 ribu sahaja. Aku cuma boleh jawab mungkin rezeki dia. Mungkin juga aktiviti kokorikulum memain peranan. Semasa sekolah beliau agak aktif. Beliau merupakan pemain ping pong hingga peringkat daerah juga aktif bola sepak di sekolah. Beliau juga pengerusi PBSM sekolah dan juga bendahari kelab pengawas sekolah. Dulu aku risau juga sebab dia terlalu banyak aktiviti luar, rupanya ada juga hikmahnya.

nota: cuti sekolah ni abang cukup aktif main PS dan internet

Thursday, December 24, 2009

Zahiruddin


Sebelum UPSR diumum, abang dah sampaikan hajat untuk mohon asrama penuh bila masuk tingkatan satu nanti, dia pun mohon secara on-line bersama kawan-kawan dia. Pilihan pertama dia S.M.Sains Selangor. Walau bagaimanapun apabila result UPSR dah keluar (5A) dia dah ubah fikiran tak mahu pulak masuk asrama penuh, maka uruskankan permohonan dia ke S.M.Jln 4. Sekarang ni kedua-dua permohonan telah pun berjaya. Terpulang pada abang nak pilih mana satu.

Sek. Men. Jalan 4 Bangi – Hanya beberapa km dari rumah. Antara sekolah tidak berasrama yang terbaik dalam negara. Berjaya mengkalkan prestasi terbaik setiap tahun dan hanya pelajar terpilih sahaja boleh masuk sekolah ini.

Sekolah Men. Sains Selangor – Antara sekolah berasrama yang terkenal, prestasi sekolah ini pun tidak boleh di pertikai. Nak melawat hujung minggu pun tak jauh, hanya setengah jam dari rumah.

Monday, December 14, 2009

Ustaz Rashidy

Uztaz Rashidy Jamil Muhammad Ar Rashid, siapa yang pernah sekali mendengar kuliahnya pasti akan terpesona dan akan terus cuba mengikuti kuliah-kuliahnya. Beliau berasal dari Kampung Buluh Terengganu. Membesar di sebuah keluarga yang susah.

Sebenarnya aku tak berapa mengenali sangat beliau sebelum ini, cuma sesekali terjumpa apabila aku balik mertua di Terengganu dan kebetulan beliau juga balik. Pada hal pejabat beliau dan pejabat ku hanyalah sepelaungan. Kisah bermula apabila aku cuti beraya, melalui kakak ipar beliau memaklumkan teringin untuk menemui aku apabila mengetahui aku bekerja tidak jauh dari pejabatnya. Aku amat terharu apabila orang alim sebegitu ingin menemui aku. Sejak itu aku mengikuti perkembanganya. Sejarah pendidikan beliau bermula dari sekolah Tahfiz. Selepas hafal 30 juzuk Al-Quran beliau bertugas sebagai imam jemputan di Kelantan. Selepas itu beliau berpeluang melanjutkan pelajaran diperingkat Sarjana Muda di Maahat Qiraat Shubra, Mesir. Kemudian melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master) di UIA dalam bidang Usuludin. Telah menghasilkan beberapa karya penulisan yang merangkumi bidang Al-Quran dan Perbandingan Agama, dan sebahagian besar buku-bukunya terpaksa diulang cetak atas permintaan yang menggalakkan. Dan yang lebih membanggakan beliau mencetak sendiri buku-bukunya atas nama Tuan Sharifah Islamic Foundatian iaitu sempena nama nenda tercintanya Hajjah Tuan Sharifah bt Tuan Tengah. Beliau kini aktif menyampaikan kuliah di seluruh Negara, dan sebahagian besar dunianya dihambakan untuk kerja-kerja agama.

Hujung minggu baru-baru ini beliau mengajak aku mendengar kuliahnya di Masjid AnNur USJ 4. Aku pergi bersama-sama beliau. Memang selalu beliau menyampaikan kuliah di masjid ini, malah Ramadhan yang lepas beliau merupakan iman terawih jemputan di masjid ini. Ternyata yang hadir mengikuti kuliahnya bukan saja dari jemaah tempatan, tetapi juga dari luar. Dalam perjalanan balik beliau mengajak aku ke Saba restaurant di Cyberjaya, iaitu satu restaurant makanan Arab. Baru aku tahu rupa ini lah restaurant kegemaran beliau. Malam tu kami pekena nasi mandy kambing, memang mengancam. Secara tak langsung meranapkan diet ku malam itu.

Sebenarnya dalam diam aku amat kagum dan bangga dengan kejayaan ustaz ni. Kejayaan beliau adalah dari kesusahan beliau. Semasa kecilnya membesar sebagai kanak-kanak yang menjaja kuih dari rumah ke rumah. Tepat seperti yang Imam Syafie katakan; ‘Kejayaan itu biasanya terhasil dari kemiskinan’. Dalam usianya baru mencecah awal 30an, beliau telah memiliki segalanya. Ilmu agama penuh di dada, menghasilkan banyak buku, mampu memandu kereta berkuasa besar dan memiliki rumah berharga setengah juta ringgit di tengah Bandar Baru Bangi. Tetapi padanya material bukanlah ukuran pada satu kejayaan. Padanya kejayaan sebenar adalah dari sudut spiritual. Katanya juga berjaya menghayati kesusahan dan tak lupa pada masa silam itu adalah sebuah kejayaan. Pastinya akan timbul membantu sekadar mampu…ketika ada. Itupun seizinNya.

Maaf ustaz kerana menulis biodata ustaz untuk tatapan umum.

Nota: Berikut sebahagian ungkapan Ustaz Rashidy
Masa kecil-kecil dulu selepas sarapan pagi roti paun dan air milo, Ana ikut Cik tanam timun kat Tanjung. Kat sini juga la tempat Ana main wau masa kemarau. Sebelah tu ada pokok binjai tempat kami beramai-ramai tunggu binjai luruh. Kalau gatal-gatal badan Cik akan mandikan Ana dengan daun sukar. Sampai sekarang ni pun kalau balik kampong, Ana petik daun sukar, gosok-gosok dan cium baunya. Nak ulang-ulang kenangan itu. Saat begini teringat Ana pada kata-kata Syeikh Ibnu A’thoollah di dalam Al-Hikamnya: ‘Sebaik-baik saat dalam hidupmu, ialah ketika kamu menyedari kekurangan diri dan kembali kepada kerendahan dirimu’.

Sunday, December 13, 2009

Aktiviti hujung minggu

Hujung minggu ni hanya berkisar di Bangi. Tiada induksi hujung minggu, tidak pulak balik kapung tenguk sawit seperti kebiasaannya.
Pagi bawak anak bujang berenang di UKM Bangi, tengahari hadir dua jemputan kenduri di Bangi, petang bawak anak-anak joging di Tasik Cempaka Bangi dan malam macam biasa dengar ustaz berceloteh.
Komplek renang UKM ini dibuka kepada semua orang awam setiap hari. Bayaran yang dikenakan cukup murah. Kebiasaannya hujung minggu memang ramai. Zahir, Zafran kalau jumpa air tak ingat dunia. Jam 12 aku paksa mereka naik.
Kenduri di Bangi lama, di kawasan kampung yang dikelilingi pokok rambutan yang masak ranum. Melihat menu yang dihidang saja dah tau keluarga tu mesti keturunan jawa. Sungguh tak ku sangka rupanya di Bangi lama ramai masyarakat jawa. Memang makan sungguh-sungguh. Baliknya singgah satu lagi jemputan di Bandar baru Bangi, serorang tauke kedai makan. Menu yang dihidang bermacam-macam, maklumlah tauke restoran. Tapi sayang perut dah penuh.
Taman Tasik Cempaka ini merupakan satu-satunya kawasan riadah bagi masyarakat Bangi. Setiap petang kawasan ini ramai yang datang berjoging. Malah ramai juga yang datang memancing walaupun kawasan tu sebenarnya dilarang memancing.

Kemalangan

Aku sedang memandu bersama keluarga ke utara tanah air melalui lebuh raya utara selatan. Keadaan ketika hujan lebat. Panduan ku tidak la selaju mana dan ketika itu berada dilorong kiri. Tiba-tiba di km125 Pagoh sebuah BMW 5 series memotong dengan lajunya. Dengan tidak semena-mena kereta tersebut melanggar pembahagi jalan dan berpusing bebera kali. Kejadian itu begitu jelas di depan mata. Aku cuba memberhentikan kederaan seberapa yang boleh, tapi apakan daya, BMW tu masuk juga ke line aku, maka gedebus…… Kerosakan kereta yang aku alami tak la banyak mana, tapi perlu 4 angka juga nak perbaiki. Aku buat buat laporan di balai polis Yong Peng dan pemandu BMW tu telah disaman kerana cuai dan menyebabkan kemalangan. Beginila keadaan BMW tu

Saturday, December 05, 2009

Malam Sekalung Budi

4 Dis 2009 merupakan hari terakhir Y.Bhg Dato’ Ir wan Seman in Wan Ahmad berkhidmat di sector awam sebagai Ketua Pengarah JPK. Majlis perpisahan yang diadakan di Pan Pacific KLIA telah di hadiri oleh 250 orang kakitangan dipenuhi dengan persembahan yang begitu menyentuh perasaan. Tidak dinafikan terlalu banyak jasa beliau dalam memartabatkan kemahiran dalam negara kita, dan tidak salah kalau beliau digelar bapa pembangunan kemahiran dalam negara. Secara peribadi aku antara orang yang agak lama bekerja bersama beliau. Aku mula mengenali beliau sejak tahun 1986. Masa tu aku bekerja di salah sebuah institusi di Perai. Tapi masa tu aku hanya jumpa beliau sesekali sahaja. Pada tahun 1974 institut tempat aku bekerja dalam perancangan untuk diswastakan, aku telah diarah pindah ke ibu kota. Masa surat arahan pertukaran dibuat aku sedang berkursus di Wales. Dato’ Wan ni yang bertanggung jawab manarik aku keluar sebelum institut diswastakan. Masa tu sebaik aku balik berkursus aku tel beliau bertanyakan status perpindahan aku. Dia jawab daftar dulu segera selepas tu nak cuti lama pun tak pa. Sejak itu aku bekerja sepejabat bersama beliau. Terlalu banyak pahit manis bersama beliau. Mula-mula dulu selalu juga kena marah. Yang bagusnya selepas kena marah dalam bilik dia keluar ajak minum, seolah tak ada apa yang berlaku. Kira-kira dah hampir 15 tahun aku bekerja dengan beliau sehinggalah beliau bersara. Dah masak sangat perangainya, kalau tenguk muka dia pun dah tahu mood dia. Namun begitu sesungguhnya aku amat senang bekerja bersamanya. Dia sentiasa bertanggungjawab ke atas semua tindakan pegawai di bawah jagaannya. Pandangannya terlalu jauh, kadang-kadang tindakan dan keputusanya tidak terfikir oleh manusia biasa. Dia lah ketua untuk dirujuk, kadang-kadang macam bapak, kadang-kadang macam kawan. Beliau bersedia mendengar semua masalah termasuklah masalah peribadi. Mungkin sukar mencari pengganti sehebat beliau.

Wednesday, December 02, 2009

Cerita balik Terengganu

Berikut beberapa gelagat haiwan yang sempat aku rakam semasa balik di Kuala Berang baru-baru ni

Sekali pandang macam musim bunga, tapi sebenarnya sekawan camar putihTumpang garu sikit badanLepak ramai-ramai, nak kayuh tak retiSapa kata kambing dan kucing tak boleh berkawanTengah bertelagah sapa dulu nak kena sembelihSeronok kalau dapat rounder kebun sawit naik kuda macam niSelamat dikurbankan

Monday, November 23, 2009

Mamutik, Manukan dan Sapi

Seminggu aku berkampung di Kota Kinabalu. Hampir setiap hari aktiviti aku seperti berikut; Selepas subuh jogging di waterfront (4.45 dah subuh – banyak masa), 8.30 – 5 petang berceloteh dengan pengajar ILA, 5 gym di hotel dan malam meraih dan diraihkan kawan-kawan yang bermastautin di sini. Hujung minggu aku sempat nejelajah 3 pulau di Taman Tunku Abdul Rahman Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sapi. Tidak dinafikan ke tiga –tiga pulau ini memang menarik. Keseluruhan taman Tunku Abdul Rahman ini dilindungi dari sebarang kegiatan penangkapan ikan. Kedatangan kita akan disambut dengan ikan-ikan dari berbagai jenis di setiap jeti pulau tersebut. Ternyata air di kesemua kepulauan taman tersebut begitu jernih sekali. Dengan bantuan diver professional aku berkesempatan menyelam di Pulau Manukan. Berada 10 meter di bawah permukaan laut dan bermain dengan berbagai jenis ikan termasuk Nemo memang mengasyikkan. Pemandangan di dasar laut dengan tumbuhan laut dan batu karang dengan berbagai warna memang menawan. Yang seronoknya setiap pergerakan aku di dasar laut itu dirakamkan dengan menggunakan video oleh diver professional yang turun bersama. Dengan berbekalkan roti yang di sumbatkan kedalam botol air mineral untuk dijamu kepada ikan-ikan didasar laut, pastinya kita akan dikelilingi oleh beratus-ratus ikan dengan berbagai jenis dan warna dan berebut-rebut untuk menjamu roti tersebut.

Di Pulau Mamutik dan Pulau Sapi aku hanya melakukan aktiviti snorkeling. Mengapung diri di permukaan laut sambil menikmati keindahan kehidupan dasar laut memang memukau pandangan. Tak sedar masa berlalu. Menyaksikan berbagai jenis ikan yang bermain di celahan gumpalan rumpai laut yang tebal adalah pengalaman sukar dilupakan. Kalau selama ini keindahan dasar laut cuma tenguk di tv, tapi kali ni di depan mata. Berikut beberapa foto dasar laut di Manukan – maaf gambar tak berkualiti.
Jeti Pulau Sapi yang indahBersedia untuk aktiviti Snorkeling di Pulau Sapi

Thursday, November 12, 2009

Pandangan Kawan

Ini la pemandangan dari bilik air office aku. Tak pernah aku rasa selama ini pemandangan itu cantik, tapi hari ini ada sorang kawan datang dari jauh dia kata "HUH....CANTIKNYA PEMANDANGAN KAT SINI". Yang aku tau musim-musin hujan begini air tasik tu jadi keruh, kalau musim panas jernih la sikit....

Thursday, November 05, 2009

Kesihatan diri

Setelah beberapa tahun aku tidak membuat pemeriksaan kesihatan, 3 bulan yang lepas aku menemui doktor untuk tujuan itu. Hasil yang di dapati amat mengejutkan, kandungan gula dalam darah yang tinggi, kolestrol melebihi tahap selamat dan berat badan yang melebihi dari sepatutnya. Doktor memberi kata dua, menjaga kesihatan atau akan menghadapi masalah. Doktor bagi bagi masa 3 bulan untuk aku cuba baiki.

Dalam masa 3 bulan aku jaga makan sepenuhnya, kurangkan makan lemak dan minyak. Dalam masa 3 bulan tu jugak aku tak menyentuh nasi lemak, tak menyentuh roti canai dan teh tarik yang mana makanan ini merupakan kegemaran aku. Sesungguhnya menjaga makanan semasa musim raya baru-baru ni memang mencabar. Dalam masa 3 bulan ini jugak hampir setiap hari aku pergi ke gym atau pun berjoging.

Dan selepas 3 bulan hari ni aku membuat pemeriksaan semula, doktor yang memeriksa terkejut dengan perubahan pada aku, malah aku sendiri terkejut. Kolestrol turun kepada 4.0 dan kandungan gula pulak menjadi 4.9. Berat badan aku pulak turun sebanyak 7 kilogram. Doktor suruh maintain, masalahnya masih mampu atau tidak untuk aku terus menjaga makan dan bersenam setiap hari.

Monday, November 02, 2009

Selamat Berangkat

Hujung minggu aku di penuhi dengan kenduri-kenduri rakan-rakan yang akan ke tanah suci. Seronok tumpang gembira kepada mereka-mereka yang berpeluang dijemput untuk menjadi tetamu Allah. Hari Sabtu aku bersama keluarga ke Banting untuk mengucapkan selamat jalan pada Bang Mat dan Kak Nor yang akan berangkat dengan penerbangan ke 35, mereka datang dari penang dan transit di rumah adik dia di Banting. Bang Mat ni rakan baik sejak aku duduk di Prai 20 yang lepas lagi. Sehingga sekarang kami masih rapat. Pernah satu masa dulu semasa aku belajar di Plymouth, anak aku lahir di sana. Bang Mat ni sanggup terbang ke UK semata-mata nak tenguk anak aku. Masa tu aku cukup terkejut dan terharu tiba-tiba dia muncul depan rumah. Semangat dan keseronokan beliau untuk ke tanah suci kali ini begitu kuat sekali. Beliau menerima dua tawaran iaitu melalui masasah dan pakej. Namun begitu beliau memilih melalui pakej, katanya bagi peluang jemaah yang lain ambik tempat dia melalui muasasah. Sempat juga aku bagi nombor telepon rakan di tanah haram untuk beliau hubungi . Semoga beliau akan dipermudahkan sepanjang berada di tanah suci dan dapat haji yang mabrur.

Balik dari rumah Bang Mat kami ambik keputusan untuk mengunjungi Hj Mispan di Sungai Buaya. Beliau juga ku kenali semasa di tanah suci. Memang kami sengaja tak mahu telepon dulu, nak buat surprise kononnya. Dalam kereta anak tanya sebab apa tak nak telepon dulu, kalau tak ada kat rumah kan susah. Aku jawab kalau telepon dulu nanti susahkan Wak Mispan nak tangkap ayam kampong. Sampai di rumah Hj Mispan, memang sah tak ada orang. Semua pintu tertutup rapat, inilah bahana tak mahu telepon dulu. Cuba menghubungi beliau melaui handsetnya, tapi malang cuma mailbox yang jawab. Maka kami pun duduk di serambi rumah yang yang tak ada tuan tu dengan harapan tuan rumahnya balik. Lebih kurang 10 minit kami di situ lalu depan rumah seorang kakak, rupanya kakak tu adik Hj Mispan. Kakak tu kata Hj Mispan ada kenduri di rumah adik dia di Taman Sri Putra, kakak tu suruh kami ke sana. Kami terus ke destinasi seperti yang dimaklumkan di Sri Putra. Terkejut Hj Mispan bila nampak kami. Sekurang-kurangnya hajat nak buat surprise berhasil juga.

Seterusnya Sabtu malam, Ahad tengahari dan malam di penuhi dengan jemputan-jemputan kenduri doa selamat untuk rakan-rakan dalam taman yang akan ke tanah suci. Semoga perjalanan dan ibadat mereka dipermudahkan.

Monday, October 26, 2009

Tanjung Malim

Hari ini aku berkesempatan bersama rakan untuk mengunjungi tapak projek baru di salah satu tempat di Tanjung Malim. Mengikut perancangan induk pembangunan di situ, kawasan tapak projek tersebut mempunyai prospek yang baik untuk membangun masa akan datang. Selesai kerja hajat kami cuma satu, ke restoran ayam kampong bersebelahan Sekolah Menengah Khir Johari. Orang kata ke Tanjung Malim kalau tak singgah ke restoran ni tak sah. Tapi malangnya restoran tersebut hari ni CUTI.

Saturday, October 17, 2009

Rumah Terbuka

Di saat-saat akhir Syawal ni jemputan rumah terbuka begitu banyak sekali, sehingga kadang-kadang tak sempat untuk memenuhi keseluruhan jemputan. Rumah Terbuka di taman aku sempurna terlaksana dengan jayanya. Komitmen semua penduduk begitu menggalakkan. Y.B. Adun Bangi juga turut hadir menjayakan majlis. Sebenarnya majlis marhaban kami lakukan dari rumah ke rumah setiap malam bermula awal syawal hingga akhir malam tadi. Ziarah di lakukan mengikut lorong. Kalau kebetulan lorong tersebut banyak rumah maka agak lewat habis. Kadang-kadang sehingga 30 buah rumah kami ziarah setiap malam. Bilangan jemaah yang mengikuti rombongan marhaban sekitar 200 orang. Setiap jalan akan memasang kemah untuk tujuan jamuan. Oleh yang demikian bermula dari awal Syawal sehingga penghujung syawal boleh dikatakan setiap malam kami berpesta makanan. Setakat ni mungkin hanya di taman kami yang menjayakan program seperti ini di Bangi. Ternyata melalui program seperti ini hubungan ukwah antara kami semakin rapat.

Y.B. Adun Bangi turut sama marhaban
Anak-anak beratur untuk dapatkan sumbangan
Sebahagian kaum ibu yang hadir

Monday, October 12, 2009

Wak Kasrin

Masuk minggu ni genap setahun sebulan, ayah meninggalkan kami. Sebab musabah kematiannya adalah kanser usus. Penyakit itu dikesan hanya 2 bulan sebelum arwah meninggal. Walaupun berbagai usaha telah di buat tapi Allah lebih sayangkannya. Dan sekarang ni Pakcik aku Wak Kasrin pulak disahkan mengidap penyakit kanser paru-paru. Wak Kasrin ni orang kuat surau kat kampong aku, dia selalu jadi imam. Bulan Ramadhan baru ni hanya beberapa hari sahaja beliau dapat berjemaah kat surau, masa tu selalu dia sakit-sakit. Masa aku meziarahinya hari raya pertama, dia kata tak sangka dia boleh hidup sampai raya.

Hari ini aku ambil cuti untuk bersama Wak Kasrin. Seronok aku tenguk dia makan, sepinggan nasi yang dihidang habis dimakan. Wak Kasrin kata dia berselera makan hari ni sebab aku datang, biasanya nak masa sesudu pun susah. Semoga Wak Kasrin di beri kekuatan dan semangat untuk melawan penyakitnya

Monday, October 05, 2009

Serikin

Untuk kunjungan ke Kuching kali ini jadual program telah diubah berbanding seperti kebiasaannya yang memaksa bilik seminar terpaksa dilanjut sehingga 10.00 malam. Mereka telah kidnap aku untuk bawak keSerikin, iaitu pekan kecil bersempadan antara Sarawak dan Indonesia. Ini lah kali pertama aku mengunjungi Serikin. Di pekan ini terdapat kedai-kedai ala pekan koboi yang menjual barang-barang dari Indonesia. Gerai-gerai ini hanya akan dibuka pada hujung minnggu iaitu Sabtu dan Ahad. Yang peliknya semua penjual datang dari Indon, padahal kawasan ini adalan kawasan Malaysia, malah yang kutip parking pun orang Indon. Barang yang di jual memangla murah-murah, tapi kualitinya tak tau macamana.

Malam sempat ke Kampung Gersik melihat industry Kek lapis Dayang Salhah. Kek Lapis Dayang Salhah ini memang begitu terkenal dan ternyata malam itu ramai sungguh yang pengunjung mengunjungi tempatnya. Aku dapat maklum pasaraya Giant telah menawarkan untuk mengambil produk Dayang salhah ini tetapi malangnya kuantiti keluaran Dayang tak mampun memenuhi bilangan yang diperlukan oleh syarikat pasaraya itu.

Tempat ini menjadi tumpuan pengunjung untuk membeli-belah di hujung minggu.

Tuesday, September 29, 2009

Hari Raya

Berikut catatan ringkas Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini

Raya Pertama – Ijok Selangor
Raya Kedua – Tanjung Karang Selangor (Pekena sambal Tahun)
Raya Ketiga – Kuala Berang Terengganu
Raya Keempat – Kuala Berang (Satu keluarga dari Muar datang menziarah)
Raya Kelima – Kota Bharu (Majlis perkahwinan Niza, sempat bertemu sahabat lama di Kota Bharu. Jalanraya di Bandar itu sesak teruk di musim perayaan)
Raya Keenam – Kuala Berang (4 keluarga dari KL, Kulai, Kajang, KT datang menziarah. Abang dapat mencari 20 kg ikan baung untuk kenduri
Raya Ketujuh – Kemasik/Kemaman, Terengganu
Raya Kelapan – Kulai/Batu Pahat, Johor
Raya Kesembilan – Masuk kerja


Keluarga besar pengantin.

Wednesday, September 16, 2009

banglo


Kami baru ni menerima jemputan untuk berbuka di Banglow 3 tingkat ini. Masuk kali ni dah 2 kali aku masuk ke dalam rumah yang bernilai tak kurang RM 1.5 juta. Lebih kurang 50 orang yang hadir. Majlis simple je tapi signifikan. Selepas berbuka berjemaah Magrib beramai-ramai sehinggalah ke terawih. Satu perkara yang paling best kami dihidangkan dengan kuih tradisi Kelantan iaitu JALAMAS, BUNGA TANJUNG DAN NEKBAT. Kesemuih kuih ini rasanya begitu manis iaitu makanan yang di takuti oleh orang yang berpenyakit diabetes.

Sunday, September 13, 2009

Majlis Khatam Quran

Majlis khatam Quran Taman Langat Jaya yang berlangsung di surau Al Islah berjalan dengan jayanya. Majlis tersebut bermula selepas waktu Asar. Berbuka beramai-ramai di Surau dan seterusnya berterawih. Selepas terawih penyampaian sumbangan untuk anak-anak yang bertadarus, anak-anak yatim, ibu tunggal, imam dan sumbangan duit raya untuk semua anak-anak dalam taman. Anak-anak la yang paling seronok dalam majlis ini. Majlis di sambung dengan Qiamulail ke esok paginya. Berikut beberapa foto majlis tersebut hasil rakaman puteri ku.
Aku hanya sempat berada di penghujung majlis, selepas berbuka di Ijok aku terus berkejar untuk ke majlis ini.

Tuesday, September 08, 2009

Singgahsana

Petang semalam aku menerima jemputan dari sahabat untuk berbuka di Singgahsana PJ. Boleh tahan juga berbuka di situ. Yang pastinya walaupun zaman gawat, meja tetap penuh. Ia bukan saja di dikunjungi orang islam tapi ramai jugan bukan islam yang turut berbuka.

Kumpulan Rabbani menggamat suasana. Zul telah pun menjadi penyanyi utama Rabbani menggantikan arwah Ustaz Asri. Boleh tahan jugak suaranya, standing dengan suara arwah. Zul ni sebenarnya sebelum ni adalah pengadun suara kumpulan itu. Setelah semua ahli di uji suara, namun tiada yang boleh standing dengan suara arwah, maka beliau telah menawarkan diri untuk di uji. Ternyata beliau mempunyai suara yang baik, kalau tak sama dengan suara arwah pun, sekurang-kurangnya menghampiri sama.