Monday, December 15, 2008

Patin

Aku masih teringat sorang kawan bercerita yang beliau terkena apabila terpaksa membayar hampir RM 50.00 apabila mengambil sepotong ikan patin masak tempoyak semasa berhenti makan di sebuah gerai di Bandar Termeloh. Sebenarnya ikan patin ni ada banyak jenis iaitu Patin Sangkar, Patin Muncung, Patin Buah, Patin Lawang, Patin Mas (kacukan patin buah & muncung), Patin Juara dan sebagainya.
Sepotong Ikan Patin Sangkar Masak Gulai Tempoyak biasanya dijual dalam harga sekitar RM5 hingga RM9 seketul. Bagi seketul Ikan Patin Muncung, Patin Juara atau sebagainya jika dimasak gulai tempoyak, harganya boleh mencecah sehingga RM100 seketul. Ini kerana Ikan Patin Muncung, Patin Buah, Patin Juara sukar ditangkap. Harga pasaran bagi ikan tersebut adalah diantara RM50 hingga RM220 sekilogram. Sungai Pahang terkenal dengan hidupan sepsis elit ini. Oleh itu, jika anda ingin makan ikan Patin tanyalah terlebih dahulu sama ada ianya Ikan Patin Sangkar atau sebaliknya.

Besar tak ikan patin ni. Dengan menggunakan umpan buah kelapa sawit dan berbekalkan tali joran yang mempunyai kekuatan 50 kg, patin seberat 9 kilo ini berjaya dinaikkan dari sebatang sungai di Batang Berjuntai. Gambar tangan itu adalah tangan tuan punya blog ini.

Tuesday, December 09, 2008

Raya Korban

Aidiladha merupakan perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t. Hari Raya Korban Aidil Adha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan diseluruh dunia bagi menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat haji di Mekah. Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah. Mengikut kalendar masihi, Aidiladha kali ini jatuh pada 8 Dec 2008 iaitu pada hari Isnin. Kebetulan pula cuti sekolah. Atas sebab-sebab itu jugala maka ramai pengguni Taman tempat aku duduk balik ke kampong masing-masing. Walau bagaimana pun tradisi takbir rumah ke rumah pada malam raya di Taman tetap diteruskan seperti biasa. Menjelang hampir jam 1.00 pagi barulah program tersebut selesai. Perut, tak usah cakapla…..macam nak meletop.

Sebahagian yang hadir dalam program takbran rumah ke rumah pada malam raya
Melaksanakan ibadat korban dengan menyembelih binatang ternakan bukan sahaja sebagai tanda mensyukuri nikmat Allah yang telah melebihkan rezeki kepada kita, tetapi di dalamnya mengandungi rahsia hidup bermasyarakat. Daging korban itu akan menghubungkan talian kasih sayang yang sangat rapat di antara si pemberi dengan si penerima, khususnya yang mempunyai kemampuan dan kurang mampu.
Selain mengeratkan silaturahim sesama Islam, ibadat korban dapat merapatkan jurang antara yang kaya dengan yang miskin. Ibadat korban dapat mengikis sifat tamak dan sayangkan harta. Sifat-sifat yang buruk ini boleh menjerumuskan manusia untuk melakukan perbuatan keji seperti penindasan, rasuah, penipuan dan lain-lain sifat keji yang patut kita hindarkan.
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Tuesday, December 02, 2008

Kenduri Abang Lah

Kenduri kahwin puteri sulong Abang Lah di Taman Langat Jaya, Bandar Baru Bangi ini menyaksikan sekali lagi permuafakatan gotong royong penduduk taman selama 2 hari satu malam. Alhamdullilah semunya berjalan lancar sepenuhnya.
Tak tidur sepanjang malam bertemankan periuk-periuk besar ini. Menjelang subuh semua menu telah siap sepenuhnya.
Beriani Gam Batu Pahat merupakan menu utama. Agar sukar untuk menyediakannya. Nasi di masak di atas rebusan daging. Mengandungi hampir 40 bahan untuk digaul bersama daging. Hasil nya...uhm...memang mengancam. Boleh lawan beriani gam putrajaya.
Pasangan mempelai, semoga bahagia ke anak cucu
Majlis makan beradap
Adik Husna dengan violinnya mengiringi majlis santapan
Kumpulan silat yang telah ditubuhkan lebih 10 tahun di Taman ini memohon restu kedua mempelai untuk memulakan persembahan.
Pertunjukan bermain senjata di hadapan mempelai menarik minat pengunjung yang hadir
Sebagai tanda ucapan terima kasih, penyampaian hadiah sumbangan keluarga pengantin kepada semua warga taman.
Tahniah Abang Lah, Terima kasih kepada semua warga taman kerana berjaya mengujudkan suasana kampung dalam menjayakan majlis ini.