Monday, January 28, 2008

JPK

(Minta maaf kepada pengujung blog ini, sejak kebelakangan ini terasa amat sibuknya, berikut sebahagian pencapaian jabatan aku sejak aku ditukar ke sini dari 2004 hingga sekarang. Kalau boring jangan baca)

Program : Menjana Tenaga Kerja Mahir Negara yang Kompeten dan Kompetitif

Aktiviti Utama:

  • Pengeluaran tenaga kerja mahir yang berkelayakan, iaitu menganugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) atau Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM).
  • Pelaksanaan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN)

Pencapaian

  • Dari tahun 2004 hingga 2007 telah mengeluarkan SKM, DKM atau DLKM kepada sejumlah 436,432 pekerja mahir yang berkelayakan melalui program-program latihan kemahiran yang ditauliahkan.
  • Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia telah diperkukuhkan dengan peruntukan-peruntukan dengan berkuatkuasanya Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan mulai September 2006.
  • Mulai tahun 2007, kelayakan SKM, DKM, dan DLKM di bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia telah diiktiraf dalam Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualification Framework) sebagai salah satu laluan kerjaya utama untuk para lepasan sekolah mahupun para pekerja.
  • SLDN telah diperkenalkan dan mula dilaksanakan dalam tahun 2005 sebagai usaha meningkatkan lagi kapasiti latihan kemahiran Negara.
Impak
  • Mewujudkan latihan kebolehkerjaan di kalangan generasi muda dan para pekerja.
  • Menyediakan laluan kerjaya serta membudayakan pembelajaran sepanjang hayat bagi menghasilkan K-pekerja.
  • Membudayakan program latihan yang dipacu industri (industry-driven) dalam pembangunan pekerja mahir negara

Program : Meningkatkan Kualiti Penyampaian Latihan Kemahiran Supaya Memenuhi Keperluan Industri.

Aktiviti Utama:

  • Pembangunan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (National Occupational Skills Standards, NOSS) sebagai asas kepada latihan kemahiran.
  • Penanda arasan kualiti tenaga pengajar vokasional.

Pencapaian

  • Membangunkan hampir 900 NOSS supaya latihan kemahiran dapat diteraskan kepada keperluan pasaran pekerjaan.
  • Pembangunan NOSS telah diberi peruntukan perundangan dengan berkuatkuasanya Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan mulai September 2006.
  • Pembangunan NOSS telah mendapat pengiktirafan MS ISO 9001:2000 dalam tahun 2005
  • Mengadakan pertandingan kemahiran (dinamakan Pertandingan MySkills) di kalangan tenaga pengajar buat ulung kalinya dalam tahun 2007.

Impak

  • Menyediakan peluang latihan kemahiran yang lebih berkualiti bagi menghasilkan K-pekerja
  • Memastikan bahawa latihan kemahiran memenuhi keperluan industri Negara.

Wednesday, January 02, 2008

Malaysia International Space Adventure

Pameran ini berlangsung di Precinct 5 Putrajaya bermula 15 Dec yang lalu hingga lah Mac ini. Sejarah penerokaan angkasa lepas sejak dulu hingga sekarang di pamerkan di sini. Semua bahan pameran adalah daripada NASA. Beberapa peralatan yang di gunakan diangkasa lepas turut dipamerkan di sini. Pengalaman menonton filem 4D pengembaraan angkasawan ke bulan amat menyeronokan. Walau bagai mana pun pameran ini kurang mendapat sambutan. Mungkin juga disebabkan kurangnya promosi ataupun juga disebabkan harga tiket yang agak mahal. Tiket bagi dewasa adalah sebanyak RM 38 seorang dan potongan 25% diberikan kepada pemegang mykad. Mungkin jugak kerajaan perlu melihat untuk memberi subsidi lebih tinggi bagi menggalakkan lagi lebih ramai rakyat negara kita untuk melihat pameran yang berunsurkan ilmu begini. Walau bagaimana pun, apabila diamati kesemua pameran yang ditunjukkan, bayaran tersebut adalah berbaloi.


Di dalam Replika Kapal Angkasa

2 alat seperti ini masih digunakan pada masa ini di Planet Marikh