Tuesday, September 26, 2006

Puasa - Jem

Hari pertama bekerja di bulan puasa menyaksikan satu fenomena trafik jem yang begitu teruk sekali. Untuk keluar dari tempat letak kereta je dah memakan masa 15 minit. Semua orang terkejar-kejar untuk berbuka di rumah. Yang biasa balik pukul 6 pun balik pukul 5. Biasanya dari pejabat ke rumah tak sampai pun setengah jam tetapi sekarang dah jadi satu jam untuk perjalanan hanya 20 km. Agaknya solution terbaik adalah naik motor.

Sunday, September 24, 2006

Kerana mu Malaysia

Photobucket - Video and Image Hosting
Apa istimewanya gambar ini? Nama gerai ini menggambarkan satu semangat petriotik yang tinggi. Namun begitu meter kutipan parking kereta terletak di dalam sebahagian gerai tersebut. Depan gerai di letak kerusi untuk memastikan tiada kederaan di letak di situ. Kesian DBKL.

Saturday, September 23, 2006

Menjelang Ramadan

Dalam 2 minggu ni agak sibuk sikit. Bermula minggu lepas Induksi Pekerja Asing di Impress, lepas tu hujung minggu Induksi PPL di International, lepas tu sambung di bengkel penilaian di Awana Genting dan sambung bengkel I-1031 di Tiara PD. Kesemuanya aku terlibat samada jadi fasilitator atau pun penceramah. Kadang-kadang penat jugak tapi dah terpaksa, demi tugas. Cuma yang aku perasan sejak kebelakangan ini kebanyakan hotel penuh dengan program dari berbagai agensi. Agaknya semua orang nak kejar sebelum bulan puasa. Apa hal pun selamat berpuasa semua

Sunday, September 10, 2006

Suara oh suara

Ubat dah habis setengah botol, batuk tak jugak kurang. Suara pun macam itik nila, esok malam kena bagi ceramah kat Nilai, macam mana ni.....???? Ada ke petua nak pulihkan suara segera

Wednesday, September 06, 2006

Colloquium

Sekali lagi terpaksa keluar awal pagi, pukul 8.30 pg perlu ada di Kuittho Batu Pahat.
Hari pertama merupakan majlis kolokium di Kuittho. Semua orang yang telah lulus proposal di German tempoh hari perlu membentangkan semula di depan semua supervisor, lecture dan student di sini. Ini pun mungkin pertama kali Kuittho mengadakan program seperti ini. Di Europe perkara ni dah biasa. Wajib bagi semua researcher perlu membentangkan kepada public kajian yang perlu dibuat dalam mana-mana seminar. Walau bagaimanapun program tersebut berjalan dengan lancar. Banyak soalan-soalan yang kadang-kadang mencabar minda.
Hari kedua merupakan taklimat kepada 2 nd group yang akan pergi 9 Sept ni. Ucapan aluan Dekan menyatakan pihak German begitu berpuashati dengan kerja yang dilakukan oleh 1 st group dan antara yang terbaik berbanding dengan negara lain. Walau bagaimanapun ini merupakan titik permulaan, perjalanan masih jauh.
Antara kandungan amanat Tim Reaktor Akademik memaklumkan kejayaan dalam NDTS adalah satu kejayaan misi kerajaan. Meletakkan kepercayaan di kalangan masyarakat terutama industri adalah satu cabaran. Industi merupakan elemen penting dalam latihan. Sistem pendidikan sering dikatakan gagal menghasikan kualiti yng diharapkan. Kejayaan kajian 10 orang yang menjalankan program PHD ini akan menentukan hala tuju sistem latihan di negara pada masa depan dan akan dijadikan sebagai rujukan dalam merealisasikan kualiti k-workers yang sewajarnya. Menjalankan kajian di bawah pengawasan 2 universiti adalah satu cabaran. Persepsi di Malaysia masih ada budaya menidakkan sesuatu yang dibuat tetapi di Europe sebarang komen walaupun kadang-kadang diluar jangka tetapi adalah bertujuan untuk kebaikan kajian kita. Lagi banyak komen sebenarnya akan memantapkan kajian kita. Semua perlu memikirkan untuk mula menyediakan kertas kerja bagi pembentangan mana-mana seminar samada dalam atau luar negara.

Saturday, September 02, 2006

Hujung minggu

Cuti hujung minggu penuh dengan jemputan kenduri
Photobucket - Video and Image Hosting
Serba oren, Abang, Adik dan Salleh Yacob di hadapan Masjid Putrajaya