Wednesday, June 28, 2006

Bye Bremen

Tanggal 28 Jun kami berangkat meninggalkan Bremen, maka tamat la babak pertama tugas kami di sini. Insyaallah kalau umur panjang datang balik tahun depan. Sebelum balik sempat berkumpul BBQ dengan adik-adik student Malaysia di sini. Destinasi seterusnya Jedah.
Photobucket - Video and Image Hosting
Kepada yang tinggal teruskan perjuangan walau sesusah mana
Photobucket - Video and Image Hosting
Ini bukan kamera trik, tapi betul-betul punya....cawan ni pun nak ikut balik

Friday, June 23, 2006

Trip Bersama Prof Looser

Semalam 21 Jun adalah tarikh bersejarah iaitu colloquium bagi research kami. Inilah majlis yang paling digeruni ramai researcer kerana terpaksa membentangkan proposal depan public. Kebetulan semua profesor setiap bahagian hadir. Menurut Prof Spottl inilah crowd paling ramai dan mereka semua tunggu sehingga habis setiap kami present proposal. Kebetulan pulak Prof Looser, expert German yang pernah duduk 5 tahun kat Malaysia turut hadir. Dia ni banyak membantu. Alhamdullilah semuanya selesai dan semuanya berpuas hati.
Dan hari ni kami hari ini ada program khas sehari berjalan sambil berbincang dengan Prof Looser di Humburg. Pihak ITB menyedakan kenderaan khas untuk kami. Program hari ni adalah permintaan dari Prof Looser sendiri dan beliau meluangkan masa satu hari untuk bersama kami. Beliau sekarang ni bertugas di Oman. Beliau bercuti untuk balik ke German semata-mata untuk berjumpa dengan kami dan untuk memperkenalkan Humburg sebenar. Katanya jugak untuk membalas budi sepanjang beliau duduk di Malaysia.
Perjalanan dari Bremen menggunakan autoban memakan masa selama satu setengah jam. Walaupun kami dah banyak kali datang ke Humburg, tapi inilah trip yang betul-betul kami mengenali sebenar bandar ini. Humburg adalah bandar pelabuhan terbesar di German. Kami berpeluang satu jam menyusuri sungai menggunakan feri pelancung dan bergerak di celah-celah kapal laut yang berlabuh. Satu pengalaman yang cukup menajubkan. Pelabuhan di sini merupakan satu tempat tarikan pelancung. Banyak kapal-kapal yang dijadikan hotel dan restoran. Kami juga sempat turun ke turnel dibawah sungai tersebut yang berukuran panjang 500 meter. Turnel tersebut di buat pada tahun 1911. Tak boleh bayangkan macamana pada masa tu teknologi dia orang dah boleh buat turnel seperti itu.
Selepas itu kami melawat St Michaelis dan naik menara bangunan tertua itu untuk menikmati pemandangan seluruh bandaraya Humburg. Lewat petang kami menyusur jalan di sepanjang sungai sehingga lah sampai di Blangkanese iaitu sebuah kawasan penempatan elit di lereng bukit dan mengadap ke sungai, memang menarik. Malam kami keTreeneweg untuk menerima jemputan makan malam di kediaman Prof Looser, Fantastic Dinner.
Photobucket - Video and Image Hosting
Menyusur pelabuhan dengan feri
Photobucket - Video and Image Hosting
Pemandangan Humburg dari Menara St Michaelis
Photobucket - Video and Image Hosting
Kawasan Kediaman di Blangkanese
Photobucket - Video and Image Hosting
Rumah rehat pegawai kerajaan
Photobucket - Video and Image Hosting
Cantik tak?....susah nak dapat peluang snap macam ni..

Wednesday, June 21, 2006

Cerita Visa lagi

Sebelum kedatangan kami ke sini kami telah memohon visa di Germany Embasy, walaubagaimanapun kami hanya di berikan visa untuk 28 hari sahaja, itu pun hanya single entry sedangkan kami kami perlu duduk di sini 3 bulan. Bila kami tanya pegawai tu bagitau kami boleh sambung dan ubah kepada multiple entry kat sini. Rupanya agak sukar untuk berurusan di sini, terlalu banyak birokrasinya. Sepanjang kami duduk sini, walaupun hanya menggunakan single entry kami dah singgah banyak negara europe, semua main tawakal je. Agak mudah traveling kat di europe sebab takda imigresen di border. Berbalik kepada cerita visa, baru-baru ni kami pergi balik ke pejabat imigresen setelah cubaan pertama tempohari gagal. Kali ni pukul 6.30 pagi kami dah sampai, masa tu Torsten dah pun tunggu. Sekali lagi kami beratur panjang di kawasan tak berbumbung dan amat tidak menyelesakan. Nak dijadikan cerita gerimis pulak. Masing-masing dah tak selesa, sedangkan pejabat bukak lambat lagi. Menurut soarang kawan, kalau di Malaysia sudah tentu kita kena kutuk oleh pejuang hak asasi manusia dan dilaporkan di badan dunia kerana layanan ke atas pendatang asing atau orang luar yang tak sewajarnya. Kami cuba tanya Torsten takda ke cara lain untuk kita dapat special kes. Dia jawab tak tau.... ah memang naya la, kena lipat cukup-cukup la mamat tu. Dah la kita belajar sini bayar mahal macam tu pun tak boleh urus. Bukannya lama sangat nak sambung, 3 hari je. Itu pun sebab prosudur universiti. Akhir kami ambil keputusan untuk tidak sambung visa, kekadang kena ajar jugak mat salleh ni, lain kali dia beringat kalau berurusan dengan Malaysian. Lagi pun program ini program kita, apa yang boleh dia buat. Sekurang-kurangnya group akan datang mudah sikit. Kami terus menghubungi pejabat mas dan mintak awalkan penerbangan termasuklah urusan transport dan hotel di Jedah. Alhamdullilah semuanya dipermudahkan dan semua urusan selesai. Lewat petang kami dimaklumkan pihak ITB telah membuat appoitment khas dengan pihak imigresen. Boleh pulak... hari tu awal-awal tak mau urus. Semuanya dah terlambat, adalah lebih baik kami ambil keputusan balik awal sebelum berlaku perkara pelik dengan kerenah birokrasi kat sini. Hari ini juga pihak ITB menawarkan penghantaran buku-buku ke Malaysia dan juga trasport dari guess house ke airport. Mungkin jugak dia rasa bersalah.

Sunday, June 18, 2006

Pekeja Asing

Dalam akbar Utusan baru-baru ini Menteri Sumber Manusia membuat kenyataan; Jumlah pekerja asing di negara kita dijangka meningkat kepada lima juta orang pada 2010 jika kerajaan tidak mengambil langkah menghapuskan jurang permintaan dan penawaran di pasaran tenaga kerja.
Sebagai rakyat Malaysia mungkin kita perlu sensitif dan prihatin akan permasalahan ini. Isu pekerja asing negara sudah menjadi begitu senonim di negara kita. Kalau kita berjalan di tengah kota pada hujung minggu, KLCC sebagai contoh seolah-olah kita bukan dinegara sendiri. Di Putrajaya sendiri, kalau kita berjalan malam di kawasan-kawasan kedai, puak-puak mereka sering berkumpul yang kadang-kadang agak menggerunkan kita.
Pekerja asing yang mencari nafkah di Malaysia berasal dari berbagai negara, seperti Indonesia, Bangladesh, Filipina, dan negara lainnya. Jumlah pekerja asing di Malaysia diperkirakan antara 2,5 sampai 3 juta orang. Dari jumlah tersebut, hanya satu setengah juta bekerja dengan dokumen yang sah di negara yang jumlah total penduduknya adalah 24 juta orang. Kerajaan telah mengambil beberapa langkah berjaga-jaga dalam memberi kelulusan kemasukan pekerja asing kedalam negara, antaranya adalah mewajibkan sijil CE yang dikeluarkan oleh MLVK kecuali bagi pembantu rumah.

Mungkin perlu kita lihat manfaat kepada negara menggunakan buruh asing secara besar-besaran. Hampir kesemua pekerja buruh yang diimpot digunakan sebagai buruh kasar, tanpa kemahiran, yang mana, telah dikatakan, tidak sanggup dilakukan oleh rakyat Malaysia. Kelebihan utama untuk Malaysia menggunakan pekerja buruh yang diimpot secara besar-besaran adalah kos yang rendah. Tetapi terdapat juga beberapa kelemahan menggunakan pekerja buruh yang diimpot yang perlu diteliti dengan lebih dekat. Pertama sekali, ia membuatkan kos pekerja buruh di lihat sebagai rendah kerana pekerja-pekerja dari negara-negara yang kurang bernasib baik bersedia untuk berkerja dengan upah yang jauh lebih sedikit dari rakyat Malaysia – hanya kerana kehidupan mereka jauh lebih susah di negara sendiri. Ini menguntungkan pemilik-pemilik kilang dan ladang dan juga mereka dari kelas pertengahan dan atasan, yang mengambil ramai buruh kasar. Tetapi ia menyebabkan upah buruh-buruh dari Malaysia, yang masih ramai lagi, juga rendah. Secara efektifnya, ini bermakna rakyat Malaysia mengimpot taraf hidup yang lebih rendah sama seperti negara-negara yang kurang bernasib baik ini kerana upah buruh-buruh dari Malaysia dibiarkan rendah dari taraf hidup (dan kos) yang sepatutnya di negara ini. Dengan adanya pekerja buruh yang mudah didapati dan murah juga mempunyai kesan yang buruk – ia melemahkah peningkatan produktiviti melalui penggunan jentera dan otomasi dan penggunaan tenaga pekerja tempatan. Malahan, industri perladangan pernah mengisytiharkan mereka akan gulung tikar jika kemudahan mengambil pekerja buruh haram yang murah dihentikan. Orang-orang tengah di Malaysia dan di negara mereka akan memotong sejumlah besar dari gaji pekerja-pekerja asing dan mengenakan bayaran yang tinggi, selalunya sehingga enam bulan gaji, untuk mendapatkan mereka pekerjaan. Ini adalah tambahan kepada bayaran yang majikan terpakasa bayar kepada agen-agen untuk mendapatkan pekerja-pekerja ini. Adakah logik seorang majikan membayar RM 3,000 kepada sebuah agensi untuk mendapatkan seorang pembantu rumah warga Indonesia untuk tempoh dua tahun, iaitu sama dengan tiga per empat gaji tahunan pembantu rumah tersebut? Lebih-lebih lagi apabila pembantu rumah itu sendiri terpaksa membayar jumlah yang sama kepada agennya sendiri?

Mengikut pertumbuhan pantas dan perkembangan perdagangan merentas sempadan dan pelancongan, bilangan orang asing yang memasuki negara kian bertambah berkali ganda. Sementara bilangan pekerja asing di Malaysia agak besar, mereka hanya peratusan kecil daripada penduduk negara ini yang sebanyak 25 juta. Tetapi kumpulan 'minoriti' ini telah menyerap masuk ke dalam seluruh kehidupan kita. Mereka tinggal bersama majikan mereka di bawah bumbung yang sama; mereka berjalan dalam kumpulan di kalangan kita; mereka juga pengguna, duduk di kedai mamak dan menyebabkan kekecohan apabila ada orang jatuh cinta pada kekasihnya. Apabila mereka sudah tiada duit, mereka akan mengendap masuk mana-mana rumah penduduk tempatan - mereka tahu bahawa jika mereka berkumpul, mereka akan menjadi satu 'kuasa yang digeruni'.
Reaksi kebanyakan rakyat Malaysia terhadap perkara ini ialah tidak minat dan tidak peduli kerana ia hanya sekumpulan pekerja-pekerja asing yang tidak berpelajaran. Walau bagaimanapun, kita semua tahu bahawa masyarakat kita bergantung kepada pekerja asing. Walaupun, rakyat Malaysia tidak mahu anak-anak mereka bekerja sebagai buruh binaan, pembantu rumah, pelayan restoran, aktivit pembinaan masih perlu terus berjalan.
Disebabkan saling bergantung antara satu sama lain, antara Malaysia dan pekerja asing, kita perlu cuba mewujudkan sistem yang menguntungkan kedua-dua pihak. Sementara mengharapkan kualiti daripada pekerja asing, kita juga perlu waspada, perbaiki kualiti sebagai majikan dan layan pekerja asing dengan baik. Pihak berkuasa perlu mengawal keadaan dan mencegah kejadian yang tidak diingini. Mungkin agak terlambat untuk bertindak, apabila keadaan sudah tidak dapat dikawal.

Saturday, June 17, 2006

Aachen

Hari ini aku ke Aachen untuk melawat dan interview key person salah satu company di situ. Kali ni aku pergi dengan Prof Dr Spottl, salah sorang supervisor aku. Jarak perjalanan sekitar 450 km.Memandangkan train bertolak awal pagi, aku terpaksa keluar rumah jam 4.45 pagi. Kadar tambang menggunakan ICE (Inter City Express) agak mahal, 111 eur untuk perjalanan ini. Perjalanan ditanggung sepenuhnya melalui peruntukan projek ITB. Walaubagaimanapun ICE sini tak sehebat dan selaju bullet train (Shinkansen) di Japan. Tepat jam 5.40 keretapi bertolak dari Bremen. Pukul 9.10 pagi tiba di Koln dan ambik train lain untuk ke Aachen. Suasana di station Kolnn begitu sibuk dengan penyokong WC. Nasib baik journey kami dah booking seat, kalau tidak jenuh berebut. Kami sampai di Aachen tepat jam 10.00 pagi. Ambik teksi dan terus ke Auto Kuckartz iaitu satu syarikat jual dan service kereta jenama Renault. Kami terus disambut oleh Managing Director Mr Fritz Kuckartz. Layanan cukup memuaskan, setiap pertanyaan dijawab dengan baik. Mungkin jugak ITB sengaja mengaturkan lawatan ke atas syarikat yang elok sahaja supaya kita didedahkan kepada elemen positif sahaja. Walau bagaimanapun syarikat ini merupakan salah satu syarikat katogari SME yang boleh dicontohi dalam melaksanakan Dual Training System. Terdapat 12 orang apperantise dalam satu masa. Sambutan bagi mengikuti latihan amat baik. Iklan pengambilan akan dikeluarkan di Chamber of Comerce. Yang ini kita tewas, chamber negara kita masih tak berfungsi sepenuhnya. Kebiasaannya setiap pengambilan syarikat akan mengambil 2 apperantis dari 40 yang memohon. Ujian lisan dan bertulis dibuat dalam membuat pilihan bagi memastikan calon yang berkualiti. Latihan dijalankan selama 3 - 3 setengah tahun. Pelatih akan dibayar 400 hingga 550 eur sebulan. Dua benefit melalui program ini, pertama syarikat memperolehi pekerja yang berkualiti dan kedua syarikat dapat memberi latihan kepada belia-belia. Tiada sebarang insentif atau peruntukan dari government. Kalau kat Malaysia syarikat sering bertanya, apa yang mereka boleh dapat dan apa yang kerajaan boleh bagi kalau mereka ikut program seperti ini. Salah salah satu yang patut dicontohi juga di sini hubungan di antara syarikat begitu baik. Mereka mempunyai persatuan yang kuat. Tiada soal persaingan dalam training. Mereka boleh exchange di antara syarikat berlainan product semata-mata untuk memberi pengalaman kepada apperantis. Perkara ini mungkin agak sukar untuk dilaksanakan dinegara kita buat masa ini sebab semuanya hanya memikirkan untung.
Semasa menunggu ICE di Kolnn untuk balik ke Bremen, pengumuman dibuat untuk pertukaran platform dari 6 ke 7, tetapi semuanya dibuat dalam bahasa German. Sepatutnya musim WC ni di mana ramai pelancung luar pengumuman perlu juga dibuat dalam bagasa inggeris. Aku sempat bercakap pada Prof Spottl, kalau datang sorang memang aku duduk kat platform situ je la. Tak paham apa langsung. Perbualan kami menarik salah sorang yang turut menunggu di situ, dia menyampuk katanya yang ini masih belum lagi international. Rupanya mamat ni pernah bekerja 15 tahun lepas kat Malaysia. Dia cukup seronok duduk kat Malaysia. Dia teringin sangat untuk datang balik tapi masih belum berpeluang. Lama aku sembang dengan dia sampai aku terlupa Spottl ada kat sebelah. Salah satu yang patut kita banggakan ialah mana pun negara yang kita pergi, bila kita jumpa sapa-sapa yang pernah datang negara kita dia akan puji Malaysia. Biasanya mereka akan puji makanan dan keramahan rakyat Malaysia. Pukul 9 malam baru aku sampai rumah, PENAT.
Photobucket - Video and Image Hosting
Inter City Express
Photobucket - Video and Image Hosting
Penyokong Ivoire bergendang dan berjoget di station

Friday, June 16, 2006

Kaunter Imigresen

Hari ni kami terpaksa pergi ke pejabat Imigresen di sini bertujuan untuk menyambung visa untuk beberapa hari lagi. Kami tiba tepat jam 8 pagi dan apa yang kami lihat adalah di luar jangkaan kami. Queue begitu panjang sekali. Apa yang menyedihkan tempat beratur di luar bangunan dan dipisahkan dengan jeriji besi. Terasa seolah-olah seperti banduan. Suasana di tempat beratur juga amat tidak selesa, puntung rokok mesepah di sana-sini. Kebetulan pagi ni hujan renyai. Jauh berbeza jika dibandingkan di tempat kita. Tak sangka sebuah negara yang maju macam ini perkhidmatan pelanggan di pejabat imigresen masih jauh ketinggalan. Setelah beratur lebih setengah jam dalam hujan, kami masih tidak bergerak. Akhirnya kami ambil keputusan untuk balik dan datang semula lain kali. Mungkin inilah satu-satunya kaunter paling teruk di Bremen ni. Kami juga difahamkan mogok di kalangan pekerja pejabat tersebut keranan menuntut kenaikan gaji juga telah berlaku sehari sebelum itu.
Photobucket - Video and Image Hosting

Wednesday, June 14, 2006

Lawatan lagi

Lawatan ke Daimler Chrysler iaitu satu company yang cukup terpengaruh dan terkenal di German ini adalah seperti yang aku duga. Syarikat ini membuat, memasang dan menjual kereta Merch . Presentation yang di gunakan sama seperti yang digunakan masa aku datang sini tahun lepas. Malah yang sampaikan presentation juga orang yang sama masa aku datang sini dulu. Cuma sekarang ni kami dimaklumkan syarikat dalam proses untuk mengurangkan pekerja atas desakan ekonomi. Hakikatnya ekonomi negara German ni dah semakin merudum. Kadar pengangguran semakin meningkat, sesetengah tempat seperti di Bremenhaven kadar pengangguran meningkat sehingga 25%. Kadar cukai pulak makin meningkat.
Lawatan ke Technisches Bildungszentrum Mitte iaitu sebuah pusat latihan yang sebahagian besar latihan menggunakan Dual Training System amat berhasil. Institut ini tidak menyembungikan sesuatu. Banyak perkara kat sini yang boleh membantu research aku. Taklimat yang diberikan bukan saja menerangkan perkara-perkara positif mengenai Dual Training System, tetapi juga perkara-perkara negatif yang sukar kita temui di tempat lain. Kita sentiasa didedahkan perkara-perkara yang positif di negara maju ini untuk kita contohi, tapi sebenarnya ada masalah yang kita tak nampak. Bukan semestinya sistem yang negara maju ni buat dan berjaya di sini boleh kita contohi bulat-bulat. Culture mereka amat berbeza dengan kita. Kajian teliti perlu dibuat untuk kesesuaian negara kita.
Apahal pun sebelah petang, Jessica Blings, supervisor aku datang bilik aku dan congrate kat aku... ini bermakna proposal aku dah clear dan boleh masuk board.
Photobucket - Video and Image Hosting
Perbincangan di Technisches Bildungszentrum

Sunday, June 11, 2006

Humburg lagi

Hari ni ke Humburg bagi urusan visa ke Saudi. Keadaan di bandar ini agak sibuk. Hari ni perlawanan antara Argentina dan Cote d'Ivoire di adakan disini. Bandar in dipenuhi dengan penyokong kedua pasukan. Selepas urusan di Labait selesai kami terus ke Toko Indonesia. Kat sinilah tempat untuk mendapatkan barangan makanan dari Indonesia dan Malaysia. Kedai ni dipunyai oleh seorang warga Indonesia yang telah menetap di German selama 39 tahun. Perniagaannya begitu berjaya, pelanggannya dari seluruh europe. Sebahagian besar urusan pembelian lebih kepada cara on-line. Selepas tu kami terus ke Labes iaitu satu restoran Turkish yang terkemuka di Bandaraya ini untuk makan tengahari. Agak mengah juga menghabiskan nasi dan setengah ekor ayam sorang. Selepas solat zohor sempat singgah dua tiga kedai jual product FIFA 2006.
Photobucket - Video and Image Hosting
Penyokong Argentina - satu keluarga
Photobucket - Video and Image Hosting
Bahan makanan di Toko Indonesia - semua ada termasuk petai, tempe, rempeyek dan macam lagi
Photobucket - Video and Image Hosting
Makanan Pak Arab - penat nak mengabis setengah ekor ayam
Photobucket - Video and Image Hosting
FIFA 2006 product yang sempat aku beli - ramai sangat yang pesan

Saturday, June 10, 2006

Perlawanan Pembukaan

Seperti yang dijangkakan sebahagian besar penduduk German, pasukan mereka menang bergaya perlawanan pembukaan mengalahkan Costa Rica 4-2. Philipp Lahm menjaringkan gol pertama tuan rumah dan dua gol menerusi Miroslav Klose yang merupakan pemain Warder Bremen dan gol keempat buat tuan rumah menerusi Torsten Frings tiga minit sebelum perlawanan tamat. Costa Rica pula menjaringkan dua gol menerusi Paulo Wanchope. Jaringan pemain pertahanan Lahm melakukan sepakan lencong yang menakjubkan terus ke penjuru kanan jaring menewaskan penjaga gol Costa Rica, Jose Porras adalah antara jaringan yang terbaik perlawanan ini.
Perlawanan pembukaan memperlihatkan suasana persekitaran di sini amat berbeza. Jalan raya yang biasanya sibuk menjadi sunyi. Trem yang bergerak mengikut masa nampak lengang tanpa penumpang yang berpusu seperti biasa. Mungkin masing-masing tertumpu depan TV. Sehingga kelewat tengah malam masih kedengaran lagi sorak-sorak meraikan kemenangan.

Friday, June 09, 2006

Cuaca cerah

Cuaca sekarang ni kembali cerah. Langit kelihatan biru dan tiada lagi tompok-tompok awan seperti kebisaan. Hari ni suhu suju mencatat sehingga 22 darjah celcius. Mengikut ramalan cuaca akan terus cerah. Maka bermula lah semula manusia-manusia yang dahagakan cahaya matahari berjemur di tengah panas. Mengikut calendar rasmi summer akan bermula 21 Jun ini. Bersesuaian dengan musim piala dunia yang akan bermula beberapa jam lagi, ianya dijangka akan menjanjikan satu perlawanan yang menarik. Masing-masing menunggu perlawanan pembukaan Germany-Costa Rica. Di Bandar Bremen ini sendiri di pasang 2 big screen.

Tuesday, June 06, 2006

Demam Bola

Demam World Cup di Germany ni dah semakin panas. Mana-mana tempat tak kira gerai tepi jalan, kedai kecik, kedai besar, supermarket semua dah meriah promosi dan jualan barangan world cup. Macam-macam souvenirs ada, daripada yang sekecik sampai yang sebesar. Di tengah dataran bandar Bremen dilukis semua bendera negara yang masuk final. Semua orang daripada yang kecik sampai yang yang besar semua cerita bola. Walau bagaimanapun penyokong sini tak la terlalu fanatic macam penyokong UK. Lapan tahun lepas semasa World Cup di France, aku study di Plymouth UK. Masa tu nak join dia orang tenguk big screen kat student union pun risau. Masing-masing perangai dah macam hantu.
Sekarang ni jersey bola dari negara yang masuk final bergantungan kat mana-mana. Tapi harga dia.. mak oi..mahal bukan main. Baru ni belikan la jersey German untuk anak, tunjuk anak kat Malaysia melalui webcam. Bila je nampak no 13 kat depan tu…dia terus mekik Woi yo! no 13 Ballark! Hai anak aku ni pun kecik-kecik pun dah kena penyakit bola jugak, masa bila la dia tau nama pemain German ni….

Sunday, June 04, 2006

Trip ke Flensberg

Tepat jam 8 pagi kami bertolak dari ITB Bremen. Kali ni kami dapat kederaan MPV Merchedes, agak selesa sedikit. Pengurus kami, Tostern jadi driver. Sesekali bagus juga kita jadi tuan, Mat Salleh jadi kuli. Kami dah pesan don't drink when you drive. Dia jawab Don't wory, I drink first, after that I drive!. Mat Salleh sorang ni pun dah rosak sejak berkawan dengan kami. Perjalanan menuju Neumunster menggunakan motorway agak lancar cuma traffic jam sebelum memasuki turnnel. Kami sampai di tempat yang dituju tepat jam 10.30 pagi dengan perjalanan sejauh 140 km. Sebenar kami lewat setengah jam. Company pertama yang kami lawat ialah Sauber Danfoss. Syarikat ini mengeluarkan berbagai product motor electromakanikal bagi kegunaan berbagai jentera berat. Ianya di ekspot ke seluruh dunia. Menggunakan hightech sepenuhnya. Jumlah pekerja 650 org dan hanya 40% sahaja blue collar. Semua blue betul-betul high skill.
Pukul 1.30 kami bertolak ke Flensberg untuk lawatan industry company seterusnya iaitu Krones AG Werk Flensberg iaitu syarikat membuat mesin pencuci botol. Sambutan syarikat ini kepada kami diluar dugaan. Bendera Malaysia berkibar di pintu masuk syarikat ini. Tempat parking tersedia juga ditag dengan bendera malaysia dan MLVK. Kerja-kerja utama syarikat ini adalah metal fabrication. Semuanya menggunakan teknologi modern. Walaupun aku pernah mengajar bidang ini dulu tapi ada sebahagian mesin tak pernah aku lihat.
Pukul 6 petang kami checkin di Sankelmark. Hotel ini terletak di satu kawasan perkampungan. Suasana begitu tenang dan sunyi. Ianya dikelilingi pokok-pokok rimba. Dibelakang hotel tersebut terdapat satu tasik yang cukup cantik.
Photobucket - Video and Image Hosting
Tasik di belakang hotel
Pukul 7.30 petang kami bertolak ke rumah Pengarah ITB di Kluesrieser iaitu 20 minit dari tempat penginapan untuk jemputan program Barbeque. Prof Spottl sudah menunggu bila kami sampai. Dia ni jugaklah supervisor aku. Sebelum tu memang kami dah tanya samada daging halal atau tidak. Dia kata dia beli daging di kedai muslim turki. Dia pernah duduk 6 tahun di Arab Saudi dan 2 tahun di Malaysia. Oleh yang dekian dia dah biasa dengan masyarakat islam. Layanan yang diberikan memang memuaskan. Macam-macam makanan yang disediakan, sampai tak larat nak makan. Pukul 10.45 malam baru kami balik ke hotel.
Photobucket - Video and Image Hosting
Barbeque di rumah Pengarah ITB
Hari kedua (Jumaat)
Selepas sarapan di hotel kami terus ke Berufliche Schulen untuk lawatan seterusnya. Tempat ni merupakan tempat untuk melatih pekerja mahir. Kawasan agak besar, juga dikelilingi rimba hijau. Boleh menempatkan sehingga 3600 pelajar. Taklimat di sampaikan oleh pengarah institut di biliknya. Sarapan pagi juga telah disediakan, tetapi kami tak boleh nak isi memandangkan kami telah mengambil sarapan di hotel. Agak memenatkan juga berjalan di kawasan institut ini memandangkan kawasan yang cukup luas dan berbukit. Walaubagaimanapun suasana hijau dan landkap yang menarik agak melegakan pandangan. Kami meninggalkan institut tersebut tepat jam 12 tgh dan terus menuju ke bandar untuk mencari masjid bagi solat Jumaat. Kami cuba dapatkan maklumat masjid di sini melalui internet. Cuma ada satu sahaja masjid di sini berbanding 27 di Bremen. Mungkin tak ramai masyarakat Turki di sini. Hanya sekitar 50 orang sahaja jemaah pada hari tu. Mujur ada jugak ada jemaah menjual kebab kat situ, boleh jugak kami mengalas perut.
Photobucket - Video and Image Hosting
Taklimat di Berufliche
Selepas sembahyang kami terus menuju ke IHK-Flensburg iaitu chamber of commerce and industry bagi kawasan utara Germany. Sambutan yang diberikan agak memuaskan. Kami diberikan 2 setengah jam taklimat di sini. Kami jugak dapat maklumat masalah yang dihadapi bagi menggalakan training di industri adalah sama di antara Malaysia dan German. Walaubagaimanapun chamber di sini memainkan peranan penting berbanding di negara kita. Banyak perkara yang boleh diperolehi di sini yang mungkin boleh membantu research kami. Lewat petang barulah balik ke hotel. Kebetulan ada live Germany dan Sepanyol, sempat jugak tenguk walaupun tak sampai habis.
Photobucket - Video and Image Hosting
Bersama pegawai di Chamber of Commerce
Malam kami menerima kunjungan DG ITB di tempat penginapan. Tujuannya kali ni adalah untuk membincangkan persiapan terakhir proposal sebelum memasuki comitte pada akhir bulan ini. Perbincangan tamat pada pukul 10.30 malam. Mungkin jugak hari ni merupakan aktiviti rasmi terpanjang yang pernah kami lalui sejak datang ke sini.
Hari ketiga (Sabtu)
Hari merupakan hari cuti, oleh tiada program rasmi yang dirancang. Kami bebas bergerak ke mana yang kami suka. Mark Timm seorang kakitangan di Berufliche dan pernah belajar di GMI bertindak sebagai pemandu pelancung. Pukul 8.30 pagi mula bergerak. Kami merancang untuk ke sempadan Denmark. Denmark adalah antara negara Europe yang agak kurang selamat untuk kenegara tersebut tanpa dokumen yang sah. Hari kami menjejakan kaki ke bumi Denmak.
Photobucket - Video and Image Hosting
Border Germany dan Denmark
Selepas itu melawat ke city center Flensburg. Bandar ini terletak di tepi laut dan mempunyai pelabuhan yang cukup menarik. Kami jugak sempat melawat satu tempat industri membuat boat kayu. Banyak boat/kapal berlaboh, sebahagian dari mereka ke sini adalah untuk turut serta pertandingan meminum wine. Pelik betul dia orang ni. Bandar ini memang agak kurang selamat kalau kita berjalan seorang diri. Terlalu ramai pemabuk di sini.
Photobucket - Video and Image Hosting
Port di Bandar Flensburg
Selepas itu kami bergerak ke Gluckburg untuk melihat satu castle dan kami berpeluang untuk masuk ke dalam. Setiap bilik dan kelengkapan masih tejaga dengan rapi. Tidak dibenarkan mengambil sebarang gambar, tetapi aku berjaya jugak mencuri snap tanpa flash. Selepas itu Mark Timm membawa kami ke sebuah pantai, agak pelik di sini untuk mandi dipantai kena bayar 2 euro.
Selepas itu kami meneruskan perjalanan untuk mengunjungi satu lagi tempat bersejarah iaitu satu lagi Castle di namakan Scoloss Bottosh. Walaubagaimanapun kali ini kami ambil keputusan untuk tidak masuk ke dalam. Seterusnya kami melawat satu lagi kawasan bersejarah yang berusia lebih 800 tahun iaitu Viking. Di sinilah kita dapat melihat bagaimana puak-puak viking membina kubu dan menggunakan strategik untuk memonopoli kawasan kesekeliling.
Photobucket - Video and Image Hosting
Watak Viking