Tuesday, March 21, 2006

Parking punya cerita

Baru-baru ni aku terpaksa hadir memberi keterangan di Jab Peguam Negara berkenaan kes saman TPK ke atas Pusat Bertauliah kerana menyalahgunakan peruntukan pinjaman sejumlah 1.9K. Meeting mula pukul 9 pagi. Pukul 8.15 pagi aku cuba hubungi Izan di bahagian undang-undang KSM untuk pastikan dia dah pergi ke belum. Pegawai yang angkat bagitau dia dah pegi. Dalam hati terfikir sebab apa dia pergi awal, bukannya jauh sangat pun. Tepat jam 8.30 pagi aku bertolak, sampai di komplek Parcel C tiga kali aku tawaf komplek tersebut nak cari parking tapi tak jumpa jugak. Terlampau sesak, sehingga terfikir jugak nak balik dan mintak drebar hantar. Tapi memandangkan masa dah suntuk terpaksa jugak cuba cari parking. Akhir sekali aku terjumpa yang aku rasa boleh letak kereta walaupun bukan bukan parking lot. Elok je aku keluar kereta guard datang kat aku, maka terjadila dialog berikut:
Guard: En tak bolek parking sini!
Aku: Habis nak parking mana lagi, dah 4 kali saya pusing tak jugak dapat parking.
Guard: En kena bagitau jaga kat depan
Aku: Bagitau pun apa dia boleh buat, tempat semua dah penuh
Guard: En tak boleh paking sini nanti dia orang marah
Aku: Sapa nak marah! Tempat ni bukan ada sapa-sapa punya parking. Lagi pun saya sekejap je, ini kes mahkamah, saya perlu segera.
Guard: Apa hal pun En tak boleh parking sini
Masa tu aku dah sikit hot
Aku: Saya letak jugak, apa nak jadi pun jadi la saya tak peduli...

Aku terus beredar dan aku tenguk guard tu blah. Dalam hati dok menyebut tak sepatutnya aku berkasar dengan guard tu, dah tugas dia. Aku dah tak ada pilihan lain, dah terpaksa. Lagi pun dalam komplek ni bukan ada saman pun, malah tak pernah pun dengan kereta kena kunci tayar. Inilah silapnya bila buat building tanpa memikir parking untuk customer. Patutla Izan awal-awal dah pergi, rupanya nak kejar parking.

Perbincangan pagi tu pulak agak hangat. Memang lawyer ni cekap bermain dengan kata-kata. Silap je sikit dia akan skru. Nasib baikla tak banyak yang dia tanya aku. Pegawai dari TPK tak tertepis menjawab soalan, semuanya soalan membunuh. Perbincangan habis pukul 12.15. Seperti yang aku dah jangka bila aku pergi kat kereta satu notis dilekat di cermin hadapan yang bertulis "Tidak dibenarkan parking di sini". Aku buang notis tersebut dan balik ke pejabat. Tapi nak jadi cerita sebelum aku masuk parking kat blok aku tetiba satu mator langgar belakang aku. Aku tenguk Mat tu dah tertiarap kat tepi. Motor dia teruk jugak. Aku tenguk lampu belakang sebelah kanan kereta aku dah berlubang, sakitnya hati..... Nak mintak ganti kat Mat motor tu pun tak sampai hati bila tenguk muka dia bukan main toya. Ini la agaknya balasan sebab berkasar dengan guard tadi.......

Monday, March 20, 2006

Seminar Kebangsaan Islam Hadari

Terima e mail dari Ustaz Hussein dari Kuittho, yang mengatakan kertas kerja tugasan UMA 6112 yang kami buat telah diterima oleh JK Seminar Kebangsaan Islam Hadhari dan Pembangunan Masyarakat 2006 untuk dimasukkan di dalam sidang pembentangan selari. Sebenarnya kertas kerja tersebut merupakan assighment berkumpulan yang kami ambil masa cuma sehari untuk menyiapkan, tak menjangka langsung ianya boleh dibentangkan di seminar peringkat Kebangsaan. Ini bermakna salah seorang dari kami terpaksa membentangkan paper tersebut.
Seminar ini bertujuan mengupas realiti sebenar Islam sebagai satu agama yang membawa perubahan yang besar serta positif kepada umat manusia bermula daripada lokal sehinggalah kepada global. Pengalaman Islam dalam masyarakat setempat di Asia Tenggara umumnya dan dunia Melayu khususnya amatlah positif dan membina. Di sinilah rupa bentuk sebenar ajaran Islam yang boleh dilihat dan digunakan sebagai kayu ukur untuk melihat hakikat peranan ajaran Islam kepada masyarakat. Para sarjana dan pengkaji seharusnya turun ke padang melihat bagaimana Islam berperanan membina dan membangun masyarakat setempat dan mereka tidak seharusnya terlalu asyik dengan perbincangan retorik tentang isu-isu teoritikal yang tidak berpenghujung. Islam sememangnya satu agama yang syumul dan ianya berbentuk teoritikal dan praktikal. Jika selamanya kita hanya berteori, ajaran Islam akan hanya tinggal di dalam kitab-kitab tulisan ulama silam dan kita sebenarnya gagal melaksanakan tanggungjawab kita sebagai pendakwah dan pewaris nabi. Antara objektif seminar tersebut adalah seperti berikut:
Untuk mengenalpasti dan menyelidik peranan Islam sebagai faktor perubahan terbesar dalam sejarah umat manusia.
Untuk membincangkan masalah-masalah berkaitan dengan perspektif negatif dan positif terhadap ajaran Islam dan umatnya.
Untuk mengenalpasti dan menyelidik peranan Islam dalam masyarakat setempat dan bagaimana ianya boleh dikaitkan dengan peranan Islam di peringkat antarabangsa.
Untuk memperjelaskan peranan dan realiti sebenar Islam dalam masyarakat setempat dan bagaimana ianya boleh digunakan untuk menjelaskan peranan Islam di peringkat antarabangsa.

Sunday, March 19, 2006

Pakatan Tmn Langat Jaya

Malam ni mesyuarat penubuhan pakatan dalam Taman langat Jaya telah diadakan dan kata putus telah dipersetujui oleh semua ahli, antaranya seperti berikut:

· Mesyarat bersetuju konsep pakatan yang akan ditubuhkan merupakan untuk kebajikan penduduk Taman Langat Jaya. Sebarang penggunaan untuk tujuan catering atau lain-lain busines di kalangan ahli adalah dibenarkan dengan dikenakan bayaran sewaan.
· Mesyuarat memutuskan tarikh akhir pembayaran yuran penyertaan sebanyak RM 100 adalah pada 31 Mac 2006.
· Mesyuarat memutuskan kutipan sebanyak RM 50 sebulan dikutip daripada ahli pakatan bermula dari April 2006 sehingga Ogos 2006.
· Peralatan pinggan mangkuk akan mula di beli selepas tarikh 31 Ogos 2006.
· Jumlah kutipan bulanan selepas dari tarikh 31 Ogos 2006 akan diputuskan kemudian oleh ahli setelah mengambil kira jumlah dana yang terkumpul.
· Semua ahli sediaada perlu bersama-sama mendapatkan seberapa ramai ahli di kalangan penduduk dalam Taman langat Jaya untuk turut serta dalam pakatan ini.
· Semua penyertaan ahli baru dalam tahun ini akan diselaraskan tarikh bersamaan dengan tarikh penyertaan ahli sedia ada. Oleh yang demikian jumlah bayaran yang akan dikenakan oleh ahli baru adalah sama dengan jumlah bayaran yang telah dibayar oleh ahli sedia ada.
· Kadar bayaran ke atas penyertaan ahli baru selepas tarikh 31 Dec 2006 akan diputuskan kemudian.
· Sdr Zali menawarkan tempat penyimpaan sementara peralatan tersebut di bengkel beliau sehingga stor penyimpanan sebenar di ujudkan.
· Satu akaun bank atas nama pengerusi, bendahari dan setiausaha akan diujudkan.
· Sebarang perubahan dan pindaan operasi pakatan akan dibuat dari masa ke semasa setelah mendapat persetujuan semua ahli.


Semoga penubuhan kumpulan seperti ini akan lebih mengeratkan hubungan dikalangan penduduk Taman

Kisah Pakcik Tua dan Mid Valley

e-mail yang diterima dari seorang kawan
Saya menuju ke Post Office untuk menghantar pesanan CD-ROM 'Idea-Idea Bisnes Yang Hebat & Luar Biasa!' kepada para pelanggan saya tetapi rupanya post office di situ buka pukul 10.00am! Maka terpaksalah saya menunggu di situ, lagipun saya ada temujanji dengan pelanggan lain pada pukul 10.30am di Mid Valley juga. Saya pun berjalan-jalan tetapi tiada satu kedai pun yang dibuka. Yang kelihatan hanyalah pekerja pembersihan dan juga pekerja2 kedai yang membuat persiapan untuk perniagaan hari itu. Tetiba saya terpandang seorang apek tua yang menolak sebuah shopping trolley yang sarat berisi vacuum cleaner dan peralatan mencuci lainnya. Saya perhatikan beliau masuk ke sebuah kedai lalu memulakan kerjanya... mencuci dan membersihkan kedai! Saya hanya memerhatikan beliau bergerak dari sebuah kedai ke kedai yang lainnya. Setelah selesai mencuci kedai ke 7, beliau berjalan ke bangku untuk berehat sebentar. Saya pun pergi ke arahnya dan duduk di sebelah beliau. Saya katakan saya tertarik dengan apa yang dilakukannya dan ingin berbual dengannya sebentar. Beliau tersenyum lalu ketawa. Namanya Liew Kok Chan berusia 65 tahun. Hidup bersendirian setelah kematian isterinya 10 tahun lepas. 3 anaknya sudah berkahwin tetapi dah migrate ke UK, USA dan Australia. Uncle Liew mengatakan beliau merupakan pesara kerani di jabatan kesihatan. Namun disebabkan kesunyian dan juga untuk menampung perubatan penyakit diabetesnya, beliau harus mencari pendapatan tambahan. Pada umurnya 65 tahun, siapakah yang ingin mengambilnya bekerja? Lalu beliau berfikir mencari idea terbaik untuk mendapatkan wang dengan kudrat yang ada padanya! Nak tahu apa ideanya itu? Dengan bantuan jiran, beliau mengambil upah sebagai pembersih di sebuah kedai di Mid Valley dengan upah RM10 sehari.Kerjanya ialah vacuum lantai, buang sampah dan lap cermin. Itu sahaja! Semuanya boleh disiapkan dalam masa 15 minit sahaja! Uncle Liew bekerja dengan tekun dan ini menarik minat ramai lagi pemilik kedai yang lainnya! Beliau bawa peralatan sendiri dan upahnya berpatutan. Ini menarik pemilik-pemilik kedai lainnya untuk mendapatkan khidmatnya! Maka bermulalah kerjaya baru Uncle Liew sebagai pencuci 'freelance' di Mid Valley.

Sunday, March 12, 2006

Bahasa Jerman

Hari ni satu hari belajar bahasa Jerman. Pengajar Dr Abdul Malek, seorang rakyat Turki yang pakar dalam bidang Kesusasteraan Jerman dan boleh menguasahi 5 bahasa. Telah menetap 4 tahun di Malaysia dan berkahwin dengan orang Pasir Mas. Susah jugak rupanya belajar bahasa German ni. Nak mengingat satu hal, nak menyebutnya pun bukan main susah. Kadang-kadang bunyi macam arab, kekadang macam japan dan kekadang bunyi macam jawa. Setiap benda perlu diketahui samada jantan, betina atau keduanya sekali. Nak mengingatkan semuanya tu bukan boleh dalam masa yang singkat. Tapi apa hal pun insyaallah 3 minggu lagi aku akan pergi balik ke Jerman.

Wednesday, March 08, 2006

Hak Pekerja Wanita

Pada 17 Februari 2006, seorang pekerja wanita beragama islam Habsah Jaafar, yang berjawatan Pengarah Akaun telah di paksa berhenti kerja oleh majikan kerana bertudung. Asas yang digunakan oleh majikan adalah pekerja wanita dilarang memakai tudung semasa bertugas dan bertentangan dengan peraturan yang ditetapkan.

Jelas sekali Habsah Jaafar telah dinafikan haknya sebagai pekerja wanita islam di mana beliau tidak dibenarkan memakai tudung semasa bertugas. Ini bertentangan dengan kebebasan dan hak seorang wanita. Hak-hak mereka dijamin oleh undang-undang negara. Jaminan tersebut meliputi nyawa, agama, harta, kehormatan dan akal. Dalam Islam ia terkandung dalam matlamat pesyariatan syariat Islam (Maqasid as-Syariah). Jaminan ke atas hak-hak tersebut juga terkandung dalam Pelembagaan Persekutuan di mana agama Islam merupakan agama rasmi negara. Oleh yang demikian Habsah sebagai seorang Islam mempunyai hak untuk bertudung semasa bekerja sebagaimana yang dinyatakan dalam Pelembagaan Persekutuan. Di samping itu juga, terdapat dalam Bahagian Kedua Perlembagaan yang membuat peruntukan mengenai kebebasan asasi (Fundemental Liberties). Implikasi daripada jaminan tersebut meletakkan kumpulan minoriti dan wanita dapat menikmati apa jua yang dinikmati oleh kumpulan majoriti dan lelaki.

Habsah Jaafar sebagai wanita islam yang patuh kepada perintah Allah SWT supaya menutup aurat sebagai bukti ketaatan dan perlindungan Islam terhadap pandangan lelaki yang tidak berhak memandangnya.Beliau mengambil tindakan untuk berhenti kerja supaya ianya menjadi pengajaran kepada majikan supaya mengambilberat tentang keperluan agama dan ianya menjadi suatu tanggungjawab kepada semua wanita muslim untuk menutup aurat apabila berada di luar rumah.

Dalam kes Habsah Jaafar, tiada perlanggaran Akta Kerja 1955 di mana mangsa sendiri telah berhenti kerja dan bukannya dibuang kerja. Walaubagaimanapun majikan boleh diambil tindakan sekiranya pembuangan pekerja dibuat berdasarkan hak dan kebebasan pekerja samada wanita atau lelaki.

Terlalu banyak faktor yang telah mengkaburkan keistimewaan serta memerosotkan kedudukan wanita kini. Antaranya adalah kedangkalan pengetahuan agama sehinggakan nama baik agama Islam sering sahaja disamakan dengan keganasan dan penindasan hak oleh pihak-pihak yang berkepentingan. Al-Quran di dalam ayatnya banyak berbicara tentang wanita. Ayat-ayat tersebut mencakupi pelbagai aspek kehidupan wanita khasnya. Terdapat ayat yang berbicara tentang hak dan kewajibannya, ada pula yang menghuraikan keistimewaan-keistimewaan tokoh-tokoh wanita dalam sejarah agama atau kemanusiaan. Jika diteliti perihal penglibatan wanita di dalam bidang pekerjaan pada zaman kebangkitan Islam, tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa Islam membenarkan mereka aktif dalam pelbagai aktiviti pekerjaan. Para wanita dibenarkan bekerja dalam pelbagai bidang di dalam atau di luar rumah dengan syarat pekerjaan tersebut dilakukannya dalam suasana terhormat, sopan, serta senantiasa memelihara agamanya dan menghindari daripada perkara-perkara negatif dari pekerjaan tersebut terhadap diri dan persekitarannya.

Realiti yang berlaku di negara kita sejak negara mencapai kemerdekaan sampai ke hari ini menunjukkan setiap kaum dan bangsa tidak dinafikan hak-hak mereka, bahkan dalam beberapa perkara diberikan perlindungan dan jaminan melalui undang-undang negara. Di negara kita seperti juga di kebanyakan negara-negara lain bagi menjamin hak-hak seseorang dan kumpulan itu tidak dinafikan, kerajaan telah menubuhkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM). Kerajaan juga telah menerima deklarasi Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDHR), beberapa teriti dan kemanusiaan lain, termasuk mengenai wanita. Bahkan dalam beberapa aspek kedudukan wanita di negara ini jauh lebih baik berbanding di sesetengah negara Islam. Ada undang-undang yang menjamin hak-hak mereka dan kesatuan yang menguruskannya. Mereka boleh terlibat dalam semua sektor pekerjaan dan perkhidmatan yang tidak menyalahi undang-undang negara dan penyertaan dalam pembangunan negara. Bagi menjamin hak-hak tersebut dihormati dan tidak dicabuli, terdapat badan-badan yang mengawasi termasuk mahkamah-mahkamah diberi kuasa dan bebas untuk membicarakan isu menyalahi hak-hak apabila berlaku pertikaian.

Islam membenarkan wanita keluar bekerja berdasarkan kepada keperluan seperti ketika ketiadaan suami, ketidakupayaan suami atau bekerja dalam jawatan yang memerlukan khidmat wanita serta bidang yang bersesuaian. Tujuan atau niat untuk keluar bekerja itu mestilah murni, sama ada untuk membantu keluarga atau menyampaikan kesedaran Islam kepada wanita lain. Namun begitu, kerja yang dilakukan mestilah bersesuaian dengan sifat kewanitaan dan kerja tersebut tidak akan menjejaskan peranannya sebagai isteri dan ibu. Restu yang diberikan daripada penjaga, bapa atau suami, menjaga kehormatan diri, sentiasa memelihara kehendak syarak seperti ,menutup aurat, sentiasa menjaga tata susila dan terhindar daripada perlakuan bebas dengan lelaki. Apa yang pasti dengan keluarnya wanita bekerja tidak akan mengubah atau mengabaikan tanggungjawab utamanya sebagai serikandi dan bidadari dalam rumah tangga. Apabila memperkatakan peranan dan sumbangan wanita dalam pembangunan masyarakat dan negara, sejarah membuktikan bahawa sejak zaman Rasulullah, wanita secara aktif memainkan peranan mengikut batas yang ditetapkan. Misalnya, wanita bersama-sama lelaki mempelajari ilmu dan petunjuk Islam. Kebebasan dalam mencari ilmu dan menyumbangkan apa yang dipelajari, dapat dipraktikkan oleh wanita dalam usaha, membantu dalam masalah kepincangan dan kebejatab di kalangan muda-mudi.

Wanita yang bekerja perlu memastikan keperluan rumahtangga dan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu perlu dilaksanakan sebaik mungkin walaupun mereka terpaksa bekerja pada siang harinya dan ketika di pejabat mereka juga perlu memberikan komitmen yang penuh untuk melunaskan tugas yang diberikan kepada mereka. Wanita perlu menghargai kepercayaan yang diberikan oleh suami kepada mereka dan perlu menjaga nama baik suami dan keluarga ketika berada diluar dan pihak suami sewajarnya memberi perhatian dan panduan serta bimbingan sekiranya isteri mereka memerlukan pendapat dan tempat untuk meluahkan masalah kerana sifat tolak ansur dan tolong-menolong ini mampu melahirkan keluarga yang aman bahagia.

Kes Habsah Jaafar sepatutnya tidak berlaku jika majikan benar-benar memahami dan menghormati hak pekerja wanita islam. Ini diperkuatkan lagi dengan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan dalam Perlembagaan Malaysia dan Akta Kerja 1955. Di samping itu, islam ditegakkan di atas prinsip-prinsip yang jitu serta adil, saksama, amanah dan bertanggungjawab kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa, keturunan dan fahaman agama, tidak memandang rendah mana-mana golongan. Hak-hak mereka dilindungi oleh undang-undang dan apabila timbul pertikaian ia boleh diselesaikan oleh mahkamah atau badan seumpamanya.

Saturday, March 04, 2006

Pembangunan dan Alam Sekitar

Negara dikejutkan dengan peristiwa banjir mengejut di Shah Alam. Hujan yang turun selama 4 jam telah menyebabkan kerugian berjuta ringgit. Di mana punca masalah perkara ini, apakah pembangunan yang kita rancang mengenepikan pemeliharaan alam sekitar?

Penggunaan sumber secara giat pada masa kini akan menyebabkan sumber berkenaan mengalami susutan / kehabisan pada masa depan. Maka, pembangunan masa hadapan akan tersekat akibat perancangan pembangunan yang tidak teliti pada masa ini. Negara Dunia Pertama telah menghadapi masalah alam sekitar terlebih dahulu dan telah berjaya menyekat dan memulih masalah yang timbul. Negara Dunia Ke-3 atau negara membangun yang menghadapi masalah ini masih berusaha mengatasi dengan pelbagai cara.

Manusia memerlukan sumber alam untuk pembangunan. Peningkatan penggunaan sumber dan pengeluaran kerap memberi implikasi kepada alam. Masalah yang nyata adalah kepada kemerosotan, kehabisan dan kemusnahan sumber alam. Kestabilan alam akan tergugat melalui aktiviti pembangunan tidak terancang.

Bagi tujuan pemeliharaan dan pemuliharaan alam pembangunan yang menekankan kos ekonomi dan kos sosial perlu mengambilkira agar pencemaran / kemusnahan yang minimum kepada sumber-sumber alam dan alam sekitar. Angkubah alam sekitar perlu diambil kira dalam perancangan pembangunan.

Banyak meeting di peringkat antarabangsa berkenaan pemeliharaan alam sekitar telah dibuat, antaranya seperti 1972 Stockholm United Nations Conference on the Human Environment 1972 Stockholm United Nations Conference on the Human Environment dan1987 World Commission on Environment and Development (WCED), Brundtland report: Our Common Future. Daripada Deklarasi tersebut 27 Prinsip telah di rangka bagi tujuan pemeliharaan alam sekitar. Persetujuan antarabangsa telah diputuskan yang menghormati kepentingan integriti alam sekitar dan sistem pembangunan secara global. Penekanan adalah diberikan kepada individu dalam masyarakat.

Pembangunan lestari amat penting dan perlu dinilai bagi keperluan jangka masa yang panjang. Penilaian pembangunan lestari juga perlu menitikberatkan kos sosial di samping kos ekonomi.

Friday, March 03, 2006

ITTAR Perai

Tiga hari dua malam bertapa kat Genting Highland untuk baikpulih silibus kursus induksi. Setiap malam tidur pukul 2, macam tu la setiap kali outstation. Turun dari Genting petang ni ingat nak balik terus ke rumah, tapi 3 orang kawan dari ITTAR Prai call, katanya dah sampai Putrajaya, nak jumpa jugak. Terpaksalah aku ke ofis. Banyak cerita yang aku dengar petang ni berkenaan ITTAR Perai. Ada cerita yang seronok dan yang tak seronok. Tapi kebanyakannya tak seronok. ITTAR Perai ni dulunya ILP Perai, tempat aku mula kerja 20 tahun yang lalu. Itulah satu-satunya ILP yang pertama dan terakhir diswastakan. Baru-baru ni seramai 35 orang kena retrenchment, sekarang ni yang tinggal hanya 22 orang termasuk 12 pengajar. Ada yang macam dah hilang pedoman, memang kesian…. Agaknya kalau aku masih kat sana, senasib dengan mereka. Harap-harap usaha sorang kawan tu untuk cuba ambil alih institut tersebut berjaya. Sekurang-kurangnya nasib mereka akan terbela.