Wednesday, April 11, 2012

Frenchi vs Beretta

Franchi dan Beretta adalah dua jenama terkenal senjata api ringan buatan dari Europe. Kedua-duanya mempunyai keistimewaan masing-masing. Kedua-dua shotgun jenama ini biasa aku guna. Cuma sejak kebelakangan ini apabila kampong dah semakin moden musuh tanaman tak sebanyak dulu, penggunaannya banyak kepada aktiviti riadah.

Untuk mendapatkan lesen bagi memiliki shotgun di negara kita agak sukar. Lesen hanya dikeluarkan atas tujuan mencegah musuh tanaman, keselamatan, memburu dan bersukan. Bagi tujuan mencegah musuh tanaman dokumen-dokumen yang diperlukan bagi tujuan permohonan lese ialah dokumen pemilikan tanah, pemberian kuasa penjagaan tanah, maklumat kerosakan terhadap tanaman, program penanaman semula, kepelbagaian dan jenis tanaman. Selain dari itu pemohon mestilah bersih dari sebarang rekod jenayah, lepas tapisan keselamatan dan sihat tubuh badan. Bagi tujuan menjaga keselamatan diri dan harta benda pula, pemohon perlu mengemukakan dokumen penyata kewangan syarikat dan peribadi yang terkini dan salinan aduan kepada polis mengenai ancaman. Manakala bagi tujuan bersukan perlu mengemukakan sijil penyertaan di mana-mana kejohanan di peringkat tempatan atau antarabangsa mewakili kelab, negeri atau negara. Kelulusan hanya dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara setelah melihat dari berbagai aspek.
Dua jenama yang mempunyai ciri-ciri keistimewaannya tersendiri

Ukiran pada body Frenchi ini menjadikan ianya agak unik, semi-auto ini boleh diisi 5 peluru sekali gus menjadikan mangsa tidak akan terlepas dari sasaran

Beretta terkenal dengan rekabentuknya yang tegap dan hentakan yang padu memberi kepuasan pengguna, amat sesuai untuk aktiviti sukan

Muncung saiz 12 bore ini perlu dibersih setiap kali diguna

Peluru untuk size 12 bore ini mudah dibeli tapi perlu kelulusan PDRM setiap pembelian

Sambil-sambil tenguk kebun kadang-kadang ada rezeki ayam hutan lalu

Saiz ayam hutan ni agak kecil tapi dagingnya padat, kalau buat rendang memang mengancam