Wednesday, September 21, 2005

Konvokesyen UKM ke 33

Hari ini merupakan satu lagi catatan sejarah dalam hidup aku. Setelah berhempas pulas selama 2 tahun akhirnya aku berjaya menamatkan program master di UKM dengan jayanya dan hari ini merupakan hari pengurniaan sarjana tersebut. Aku masih ingat lagi 2 tahun yang lepas bila aku dan beberapa rakan yang lain mengambil keputusan untuk mengikuti program ini secara sambilan. Pada mulanya memang aku sendiri tak berapa yakin samada boleh bawak atau tidak. Ini memandangkan tempoh minima program tersebut boleh dibuat dalam masa 2 tahun, sedangkan bila study full time pun jangka masa 2 tahun juga. Ini bermakna untuk menamatkan program selama 2 tahun kami terpaksa berkerja keras sedangkan dalam masa yang sama terpaksa menumpukan tugas harian. Untuk mendapatkan pembiayaan JPA kami juga terpaksa mengambil program di bawah Fakulti Engineering iaitu satu fakulti yang terkenal dengan kepayahannya. Tetapi semangat mengatasi segalanya

Ada beberapa sebab mengapa aku ambil keputusan untuk mengikuti program secara part time, sedangkan bila ikut program secara full time gaji dapat elaun bulanan pun dapat. Sebab utama adalah untuk jaminan tempat kerja. Bila ikut program secara full time, jawatan akan pool di JPA. Ini bermakna kita boleh di tempatkan di mana-mana setelah tamat study. Perubahan dari SSB ke SSM juga sedikit sebanyak mempengaruhi keputusan untuk memilih secara part-time.

Pada peringkat permulaan bos tak berapa menggalakkan memandang mengikut rekod yang lepas ramai yang terkandas ditengah jalan. Walaubagaimanapun setelah enam bulan kami mengikuti program dan keputusan pada semester pertama agak memuaskan, bos begitu bersemangat. Galakan yang diberi begitu luar biasa. Setiap masa dia akan tanya perkembangan study kami. Malah diizinkan kami mengambil cuti rehat bila-bila masa jika perlu. Sikap ambil berat bos menjadikan kami terpaksa berkerja keras. Walaubagaimanapun sedaya upaya kami cuba untuk tidak menggunakan masa bekerja untuk tujuan study. Hari ini terbukti kami boleh menghabiskan program tersebut dalam masa 2 tahun.
Persoalannya sekarang mampu atau tidak untuk aku meneruskan program PHD. Jabatan sedia untuk menaja bermula pada tahun ini juga melalui program secara part-time dengan KUITO. Penat lelah belajar selama ini masih belum hilang.

1 comment:

Anonymous said...

Samsung SPH-S3900 and SPH-S3950
Nothing too fancy in up here with these, but Samsung's launching a couple new femmy fashionphones on KTF, the SPH-S3900 and SPH-S3950, which besides coming in the usual cutsie colors will have a 1.3 megapixel ...
It's good to see a great blog! What a very good job!

We have a website about Stock Trading also Stock Trading and other interests.

We would love for you to check us out when you have time. Keep up the great work!